Prolog
Dalam sebuah rumah...
"Eunwoo-ah! Palli, kita dah lewat ni!" Jerit seorang jejaka di depan pintu bilik si kawan yang dipanggilnya Eunwoo itu.
Tapi senyap. Tiada sebarang suara pun yang kedengaran dari bilik tersebut.
Dengan geram si jejaka segara membuka pintu bilik tersebut. Tapi ternyata tiada sesiapa di sana malah si kawan yang dipanggil Eunwoo turut tiada.
Makin geram si jejaka jadinya.
"Mana pula si jebon ni ni pergi?" omel si jejaka agak tak puas hati.
Dengan geram dia kembali keluar dari bilik tersebut lalu menuju ke dapur pula untuk bersarapan.
Lantaklah Eunwoo tu. Orang panggil tak nak menyahut. Mungkin tengah sembelit dalam tandas.
Namun sebaik si jejaka tiba di meja makan, alangkah terkejutnya dia bila lihat Eunwoo santai saja tengah makan corn flakes di meja makan.
Aigoo... makin bengang pula dia rasa.
Lantas dia terus menghampiri Eunwoo lalu menarik telinganya dengan geram.
"Yay! Kau ni kan kalau dah siap bagitahu aku. Kau ada kat dapur bagitahu aku, tak payah aku nak panggil kau kat bilik bagai! Kau ni kan memang saja je lah kan nak buat aku geram! Dasar jebon aku tarik juga telinga kau bagi capang baru tahu harghsh! Yaghsh! Geram betul!" si jejaka dah membebel penuh kegeraman tapi Eunwoo juga turut menyeringai kesakitan sama dek telinganya ditarik si kawan.
"Auh, au-auh, appaya, yay!Yah, Moonbin-ah! Sakitlah! Kau ni aku nak makan ni lepaslah! Aughhh!" Eunwoo turut mengomel dalam kesakitan bila telinganya masih tak ingin dilepaskan si kawan yang bernama Moonbin itu.
Moonbin mendecit jengkel sebelum melepaskan telinga Eunwoo yang ditariknya. Namun selepas itu dia sempat lagi menolak kepala Eunwoo dek geram dengan Eunwoo.
Dah tak dia hiraukan Eunwoo yang turut menjeling geram padanya.
Hugh... Kalau dah ada kat meja makan kenapa tak bagitahu je. Geram sungguh Moonbin dengan rakan serumahnya yang seorang ni!
Kemudian Moonbin turut sama menikmati sarapannya dengan hati yang masih panas dengan Eunwoo.
Ikutkan hati nak je dia gelek-gelek Eunwoo biar jadi lempeng. Nasib baik kesabarannya masih menebal, Eunwoo pun tak mendiang awal.
Huh!
"""
Mereka berdua berjalan bersama, untuk menuju ke kelas yang sama. Lagipun Eunwoo dan Moonbin belajar di kolej yang sama dan turut mengambil jurusan yang sama.
Disebabkan itu walaupun sering bergaduh, mereka tetap akan berbaik kemudiannya.
"Balik nanti tolong beli barang dapur," pesan Moonbin sewaktu mereka berdua sedang berjalan ke kelas.
Eunwoo kerling Moonbin.
"Kau?" Moonbin dah jeling Eunwoo bila dengar soalannya itu.
Nak berdengkilah tu.
"Aku kerjalah, pabbo," ungkap Moonbin dalam geram.
Eunwoo mencebih, tak puas hati.
"Okey, tapi aku pergi beli lambat sikit. Sebab petang ni aku ada latihan bola keranjang," balas Eunwoo kemudiannya.
"What ever," balas Moonbin, nak tak nak saja sebelum dia terlebih dahulu masuk ke kelasnya.
Eunwoo pula, mula mengeluarkan cermin kecil dari poket seluarnya. Kemudian buat kali terakhir dia memeriksa wajahnya dan mengemaskan rambutnya supaya nampak lebih kacak sebelum dia senyum sendirian ditempatnya, puas hati.
"Omo~ Eunwoo sentiasa kacak!~" puji Eunwoo pada diri-sendiri bersama rasa gembira sebelum dia turut masuk ke kelas.
Err...
Harap Eunwoo masih normal untuk tak perasan lama-lama.
.bersambung.
*note:new ff about BinWoo fanfiction.Enjoy~!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro