2. The Tragedy
Pekan terasa sungguh sepi. Dedaunan kering memenuhi jalan berterbangan ditiup angin. Lisa menapak laju memasuki kawasan sekolah. Tali beg sandang digenggam erat keduanya.
Tidak ramai yang hadir ke kelas berikutan kes kematian 2 orang penduduk kerana serangan serigala di pinggir hutan malam tadi. Sekolah seakan diselubungi suasana suram. Di pekan yang meriah, itulah pertama kali peristiwa menyayat hati itu terjadi.
Tiba-tiba langkahnya terhenti. Matanya dikalih ke sisi, merentasi kawasan berpagar di pinggir hutan tebal. Mata tajamnya menangkap susuk tubuh berselubung kain keperangan. Pandangan mereka bertembung seketika sebelum bahunya dilanggar seseorang. Apabila dia menoleh semula, lelaki tadi sudah hilang. Langkah diteruskan menuju ke kelas.
"Pertempuran Bulge di Ardennes adalah salah satu daripada konflik Perang Dunia II, menyebabkan 78,000 orang mangsa cedera, terbunuh, menjadi tahanan termasuklah anggaran 2,114 orang yang hilang. Bilangan ini tidak termasuk dengan bilangan mangsa tentera Jerman."
Hampir menguap dia mendengar penerangan dari Madam Elizabeth. Mood untuk belajar langsung hilang entah ke mana.
"Aku dengar Alex terlibat sama dalam serangan malam tadi."
Lisa memasang telinga. Perbualan yang jauh di sebalik dinding kelas itu sampai pada pendengarannya. Tempat duduk Alex yang kosong dipandang sepi. Lelaki berambut perang itu sentiasa tersenyum padanya.
"Aku tak beranilah nak pergi tengok dia. Rumah dia betul-betul dekat dengan tempat kejadian. Aku yakin serigala-serigala itu masih ada."
Lisa menutup buku teks. Ada perkara burukkah yang menimpa Alex?
◇
BUNYI DAUN kering dipijak memecah kesepian petang itu. Lisa mengekori Tom masuk ke dalam rumah Hendrick dan Anna.
"Pergilah jenguk dia di atas. Dia ada di bilik bacaan," ujar Anna sambil tersenyum pada Lisa.
Pertama kali dia memasuki bilik bacaan klasik itu. Penuh dengan buku-buku lama, potret hitam putih yang tergantung kemas di dinding serta sepasang sut tentera lusuh yang dibingkaikan dan diletakkan di atas meja. Belakang tubuh Alex yang menyembamkan muka di atas meja dipandang kaku. Serba salah hendak memanggil nama itu.
"Mama, Alex nak berseorangan. Sekejap lagi Alex join makan malam."
Ahh, pasti Alex menyangka Anna yang masuk ke dalam bilik bacaan itu. Kertas berkerunyut di lantai dicapai Lisa.
"Tawaran sambung belajar?"
Sepantas kilat Alex menoleh ke belakang. Matanya buntang melihat Lisa di situ.
"Lisa?!"
Lisa tersengih segan. Tak tahu apa yang patut dikatakannya.
"Hai." Teragak-agak tangannya diangkat.
"Hai." Alex membalas sebelum mereka ketawa bersama. Awkward.
"Saya dengar awak terlibat dengan serangan serigala malam tadi," ujar Lisa. Kedua tangan dimasukkan ke dalam poket seluar sambil bersandar pada hujung meja.
Alex menarik sedikit tshirt yang dipakainya ke atas, menunjukkan sisi tubuh yang berbalut. Berkerut wajah Lisa melihatnya.
"Auch- macam teruk saja. Besar ke serigalanya?"
"Boleh la..."
Suasana kembali sepi antara mereka. Tak pernah mereka berbual berdua begini.
"Jadi... ermm... awak nak sambung belajar ke?" soal Lisa. Surat tawaran yang berkerunyut tadi dipandang Alex. Ada riak hampa di wajahnya.
"Tempat saya di sini." Alex membaca sekilas surat tawaran itu.
Belum sempat Lisa bersuara, Anna sudah memanggil mereka untuk minum petang bersama. Namun suasana terlalu hening di meja makan. Tiada siapa pun yang bersuara.
Malam itu, Lisa mengamuk apabila Tom memberitahu dia akan dihantar ke London untuk tinggal bersama Seroja, wanita yang melahirkannya namun tidak pernah datang mencarinya.
"Cukup, ayah! Berhenti mengarut!" Lisa berlari keluar berkaki ayam terus menuju ke hutan yang gelap. 'Taman permainannya' itu sedikit pun tidak menakutkannya malah dia merasa lebih tenang berada di situ. Panggilan Tom tidak diendahkan. Sekelip mata dia sudah hilang ditelan kegelapan.
"Albert, tolong carikan Lisa! Dia lari ke dalam hutan. Aku... aku tak boleh keluar rumah. Aku takut aku menjadi ancaman pada dia," cemas Tom menelefon Albert. Menggigil tangannya mengenangkan kawanan serigala yang berlegar-legar di dalam hutan yang sama.
Di dalam hutan, Lisa berhenti berlari apabila terdengar bunyi aneh di belakangnya. Dia tahu ada sesuatu mengekorinya.
"Tunjukkan diri!"
Perlahan-lahan, satu bayang kelihatan dari sebalik pokok. Kelebihannya dapat melihat dalam gelap menjadikan dia tidak memerlukan bantuan cahaya untuk melihat lelaki itu.
"Kau nampak aku?" Lelaki itu menyoal.
Lisa diam tidak menjawab. Dia tahu lelaki itu orang yang sama muncul di tepi sekolah pagi tadi. Tubuhnya kaku tatkala lelaki itu semakin merapat. Kepalanya mendongak memandang lelaki yang lebih tinggi daripadanya.
"Lisa Esburn."
Lisa terkaku mendengar namanya di bibir lelaki asing itu. Dia cuba bergerak namun tidak mampu. Mata mereka bersabung buat seketika sebelum segalanya gelap gelita.
"Kau milik kami..."
*
Enjoy? Click the ☆ werewolfies 🙆♀️
Flizwn.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro