Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Yang Mana 1 Pilihan Hati? {Romantika}

Aku: Fahri... aku rasa... hubungan kita, cukup sampai di sini.

Aku akhirnya melafaz apa yang terbuku di benakku.

Fahri tidak menjawab. Dia sekadar membisu.

Pemandangan pantai dan laut nan luas, menyapa retina.

Kami duduk di kerusi yang disediakan untuk pengunjung. Gelak tawa para manusia di sekeliling, sedikit sebanyak membuatkan hatiku sakit.

Orang lain datang sini, nak eratkan hubungan diorang. Aku ajak Fahri datang... sebab nak putuskan pertunangan kitorang.

Setelah PKP tamat, aku telah bertunang dengannya. Tempoh setahun yang dijanjikan, sudah hampir tiba ke penghujung. 2 bulan... sahaja lagi tempoh pertunangan kami yang tersisa.

Emak dah mula bertanya pasal kad undangan... barang hantaran. Soalan dari emak yang tak kunjung putus, buatkan aku terfikir... betul ke ini yang aku mahukan?

Fahri: Kenapa? Apa kurangnya aku, sampaikan kau langsung tak mampu terima aku dalam hidup kau?

Aku dah agak, dia mesti akan tanya soalan tu. Sesungguhnya, aku sudah mula sayangkan dia. Hati ini juga sudah mula mengangankan untuk hidup bahagia bersamanya. Tapi...

Aku: Aku... tak yakin... aku dah bersedia nak kahwin.

Fahri: Kalau belum bersedia, kau takkan minta putus. Kalau belum bersedia, kau akan minta tangguh.

Aku: Fahri... aku tak nak bagi kau fake hope.

Fahri: Tapi selama ni... kau memang bagi fake hope je dekat aku, kan?

Renungan matanya memaut anak mataku. Matanya terlihat agak merah.

Dia... sedih ke... marah?

Aku palingkan wajahku darinya, tak sanggup untuk terus bertatapan mata.

Aku: Kau tahukan yang... Fikah cintakan kau?

Fikah... teman baikku sejak di bangku sekolah. Dia rupanya menyimpan perasaan terhadap Fahri selama ini.

Bulan lepas, masa pergi melepak di rumahnya, aku ternampak gambar-gambar Fahri. Bila disoal, baru dia mengakui akan hal itu.

Katanya, dia pernah luahkan perasaannya kepada Fahri waktu zaman universiti, namun ditolak.

Fahri: Tahu.

Aku: Apa kata kau cuba terima dia? At least, kau tahu dia cinta gila dekat kau.

Fahri: Then... kenapa kau tak cuba terima aku, sedangkan kau tahu aku cinta mati dekat kau?

Aku terkedu.

Aku: Fahri...

Fahri: Kau ada orang lain?

Aku: Tak ada.

Fahri: Kau nak tolong Fikah?

Aku: Lebih kurang.

Fahri: Kau sebenarnya tengah bunuh aku Nawal.

Fahri bangun dari kerusi, lantas meninggalkan aku sendirian.

"Kau sebenarnya tengah bunuh aku Nawal..." Entah mengapa, kata-katanya terngiang di mindaku.

Aku... dah buat salah ke?

Aku bangun dari duduk, lantas berlari mengejarnya. Belakang bajunya aku tarik.

Aku: Fahri, wait...

Fahri: Enough, Nawal. Aku... aku dah tak tahu macam mana nak yakinkan kau pasal perasaan aku. Kalau betul kau tak sudi, aku takkan memaksa. Aku redha, kalau inilah keputusan akhir kau. Nanti aku suruh parents aku jumpa parents kau, minta putuskan pertunangan kita.

Aku: I love you.

Aku berkata sambil menggenggam belakang bajunya, erat. Mataku juga tertutup rapat. Gila! Ini kali pertama aku ungkapkan ayat keramat itu kepadanya.

Fahri: You... what?

Fahri cuba memusing badannya, ingin menghadapku.

Aku: No! Don't!

Pantas aku menghalangnya dari berbuat demikian.

Aku: Aku dah cukup malu sekarang, Fahri. Mohon jangan pusing belakang. Esok cuti, kan? Jom keluar beli barang hantaran.

Aku melepas bajunya, berpaling, lantas melarikan diri ke keretaku. Malu!

#dudukrumah

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro