Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Terperangkap Dalam Buku 2 {Fantasi}

Apabila aku mula membaca halaman pertama buku tersebut, aku tiba di dalam sebuah pondok usang.

Lain betul keadaan aku sekarang dibandingkan kali terakhirnya. Dulu, aku tiba di istana mewah. Tapi sekarang...

Aku bangun dari duduk terjelepokku. Badanku kini tersarung baju hanfu berwarna putih.

Pondok itu kecil sahaja, namun lengkap semua keperluannya. Ada bilik air, dapur, bilik tidur dan ruang tamu.

Aku melangkah menuju ke pintu. Terbuka sahaja pintu, pandanganku disapa oleh danau indah. Airnya berkilau bak mutiara.

Aku kemudian menapak keluar.

Namun, ketenanganku nyata tidak bertahan lama. Aku terdengar bunyi benda yang berjatuhan ke tanah. Pantas, wajahku dipalingkan ke belakang.

Jun..?

Aku melihatnya dalam pakaian putih, bersih. Namun, pakaiannya tidak semewah dahulu. Dari gayanya, dia seperti baru pulang dari mencari kayu api.

Jun mulai mendekatiku. "Lashira?" dia menyoal, tidak percaya.

"Jun..."

Dia tetiba menarikku ke dalam pelukannya, erat. Hampir sesak nafasku. Namun, aku tidak menghentikan perbuatannya. Kerana sungguh, aku juga merinduinya.

Setelah hampir seminit, dia akhirnya melepaskanku.

"Kau... akhirnya pulang." Tangannya mencapai tanganku, lalu dia membawaku ke bawah rimbunan pohon rendang di tepian danau.

Kami duduk di atas hamparan rumput.

Namun tetiba, Jun melabuhkan kepalanya di atas pehaku.

Pandangan mata kami bertaut.

"Sudah hampir setahun aku menunggumu." Dia memulakan bicara.

Aku tersentak. Setahun? Tapi, baru sebulan je aku 'balik' dari sini. Jadi, apakah seperti tajuk buku ini... 发现公主 (fāxiàn gōngzhǔ)... puteri yang ditemukan... dia akhirnya menemuiku, kembali?

"Apa yang terjadi padamu? Kenapa kau di sini, bukan di istana?" soalku kepadanya.

Wajahnya terlihat bagai menanggung rasa sedih.

"Soulmate aku... sudah mati."

Terkejut. "Singa itu?" Nada suaraku agak tinggi.

Jun mengangguk.

"Macam mana boleh jadi begitu?" soalku lagi.

"Kali terakhir kau datang, itu ialah majlis untukku mencari pasangan buat soulmateku. Tapi... nampaknya, ia menyukaimu. Dia enggan berpasangan dengan soulmate yang lainnya. Ia jatuh sakit, lalu mati." Dia bercerita, sayu.

"Tapi... kenapa kau di sini?" Aku tak faham. Apa kaitan soulmatenya mati, dengan dia berada di sini?

"Aku tidak lagi layak menjadi pemerintah tanpa soulmateku di sisi. Jadi, aku..."

"Kau dibuang ke sini?" Sekali lagi, aku menyoal lantang. Taagune betul!

Jun tertawa.

Kacaknya dia!

"Bukanlah... aku sendiri yang memilih untuk hidup di sini." Dia tersenyum padaku. "Tenang bukan, di sini?" Matanya dipejam. Wajahnya terlihat aman.

"Kau tak rindukan keluargamu?" soalku.

"Terlalu rindu."

"Pulanglah."

"Bukan tempatku di sana. Hidup seseorang di duniaku... tanpa soulmate, kami hidup bagaikan tanpa makna. Aku tak bisa menemukan belahan jiwaku. Dan tak akan pernah mendapatkan pewarisku." Nada suaranya terdengar kecewa.

Walaubagaimanapun, aku menjalani hari-hariku bersamanya, dengan gembira.

Suatu hari, perkara yang ajaib telah terjadi.

Penghuni istana telah digemparkan dengan kebangkitan semula soulmate Putera Jun.

Raja lantas mengirimi tenteranya untuk membawa Jun pulang.

Jun mengajakku ke istana... bersamanya. Aku bersetuju.

Tiba di istana, aku diperkenalkan kepada Raja dan Permaisuri Kerajaan Lightellia.

Suatu hari, aku mendapat soulmateku sendiri. Seekor singa putih, sama seperti kepunyaan Jun.

Aku dan Jun akhirnya berkahwin. Setelah melahirkan seorang putera yang diberi nama Putera EiJun, aku telah 'dipulangkan' ke dunia nyata.

Aku dikatakan telah mengalami serangan jantung dan membuatku terlantar koma... sebulan lamanya.

EiJun...

#dudukrumah

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro