'Sayang' {Sad}
"Warna apa ye yang sesuai untuk rak dapur..?" Si ayah menyoal dirinya sambil membelek katalog perabot dapur. Mereka baru sahaja berpindah ke rumah baru- masih dalam pencarian perabot rumah yang sesuai.
"Warna hitam.. Senang nak bersihkan.." Si gadis menjawab. "Tak nak laa warna hitam, tak ceria langsung.." Si ayah menolak cadangan si gadis dengan riak muka marah.
"Kamu.. Pinggan mangkuk dah habis basuh ke belum? Lantai rumah pun tak bersapu lagi?! Semak betul rumahnya!" Si ibu memarahi si gadis.
Si gadis laju menyelesaikan membilas pinggan yang sudahpun bersabun. Laju penyapu dicapai. Fiuuu... Kali kedua kena sapu sampah- setakat pagi ni je.. Nasib nasib..
Selesai sampah dimasukkan dalam tong sampah- kedengaran bunyi pintu bilik dibuka. Adik si gadis baru bangun dari tidurnya. "Sayang.. Ibu ada masak sarapan tadi, nasi goreng. Makanlah.." Si ibu menyuruh anak bongsunya untuk bersarapan terlebih dahulu. Mereka bertiga- si ayah, si ibu, si adik bongsu, berborak mesra di meja makan.
Si gadis menuju ke tungku dapur pula. Senduk dicapai, lalu dimasukkan ke dalam isi periuk yang kini berisi kari ikan sardin. Dia merasa kuah masakannya. Okey, dah cukup rasa. Api tungku gas ditutup setelah yakin isi ikan sudah masak. Dah siap! Boleh pergi sembang dengan mereka.
"Ayah.. Akak rasa, rak dapur kita kena guna warna hitam lah.. Senang sikit nak cuci nanti.. Kesan minyak lah, memacam lagi.." Kakak sulung yang baru habis menonton tv- melabuhkan duduk di kerusi meja makan.
Si gadis juga turut duduk bersama mereka. Si gadis tersenyum dalam hati. Akak pun nak kena marah dengan ayah juga sekejap lagi nampaknya.. Kkk..
"Hmm.. Iye..? Itulah.. Ayah pun rasa warna hitam sesuai.. Kan?"
Si gadis tersentak dengan reaksi si ayah.
"Sayang.. Makan nasi goreng ni dulu.." Si ibu menyuruh anak sulungnya pula untuk makan.
"Kamu.. Kari dah siap masak, kan? Pergi ambil.. Boleh kita makan tengah hari terus.." Si ibu berkata pada si gadis.
Si gadis bangun dari duduk.
Aku pun nak dipanggil 'sayang' juga..
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro