Rahsia Penawar {SciFi}
Aku disuruh mengikut ketua doktor ke bilik mesyuarat untuk menyambut saintis tersohor itu. Dan aku, hanya menurut.
"Selamat datang Doktor Que." Ketua doktor yang bernama Zyan, menyambut kedatangannya.
Hanya kami bertiga yang menghuni bilik tersebut.
Setelah duduk... "Dialah doktor yang aku maksudkan." Zyan memberitahu Que.
Mataku melirik Zyan. Yang aku maksudkan? Zyan cerita sesuatu pasal aku, dekat Que?
"Jadi... kamulah doktor yang merahsiakan satu formula yang berkemungkinan... menjadi vaksin untuk virus Influxia?" Que menyoalku.
Aku tersentak. Rahsiakan... formula? Takkanlah diorang tahu pasal formula tu!
"Tak... saya takde rahsiak..."
Kata-kataku terhenti apabila Zyan meletak sebuah buku yang amat aku kenal, ke atas meja.
Buku catatanku! Selepas 'saintis gila' berikan formula itu kepadaku, aku telah mengkajinya... secara rahsia.
"Mana doktor dapat buku ni?" Tanganku pantas mencapai buku tersebut. Nada suaraku tinggi, marah.
"6 out of 10 vaccine test kamu, berjaya. Kenapa kamu rahsiakan tentangnya?" soal Que.
"As you said... 6 out of 10. Two trial, unsuccessful. Another two trial, the virus becoming worst! You expect me to turn this formula to higher-ups? No way! Vaksin ni tak stabil, obviously!" marahku.
"You can save 6 lives, Dyarra. Instead of watching all 10 of them, died," bidas Que.
"I... still have few concerns regarding this. Macam mana kalau, pesakit yang makin teruk selepas gunakan vaksin ni, develop new genotype of the virus? It's highly risk. Saya tak sanggup nak..."
"What if, dari 10 pesakit tuu, salah seorang dari mereka... saudara terdekat kamu? Kamu akan biarkan mereka mati, atau kamu akan berikan vaksin ni?" Zyan pula bertanya.
Aku terdiam.
"60% is much better than currently percentage, which is 0.01%..." Zyan menambah.
Aku tak mampu bersuara.
Betul. Statistik sekarang, hanya seorang yang berjaya sembuh dalam kalangan 10,000 orang pesakit.
"We need to try this, Dyarra." Que cuba memujukku.
"We got nothing to lose." Zyan menambah.
"But definitely... something that we can use." Que menyokong.
"Then... let's do this."
Cubaan pertama vaksin itu kepada 100 orang pesakit, ternyata 65 daripadanya berjaya sembuh dalam tempoh yang singkat.
30 daripadanya menunjukkan kesan sampingan negatif. Ruam merah mulai muncul hampir di keseluruhan badan.
Manakala 5 daripada 100 pesakit, tidak berjaya diselamatkan.
"30 of them undergo a very uncomfortable side effects! Their health level, super drop!" Aku melampias rasa kecewaku kepada Zyan.
"Dyarra! 65 of them cured, successfully!" jerkah Zyan.
Airmataku gugur. Kenapa perlu ada yang merana?
"It's not your fault. You've done your best." Zyan cuba tenangkanku.
"Not the best, yet!" Aku berlalu meninggalkannya.
Betul, pesakit yang merasai sakit.
Tapi aku sebagai doktor, merasai perit tika tak mampu merawat sakit mereka. Sedang mereka bergantung harap padaku!
Ruam merah yang muncul pada badan pesakit buatkan aku terfikir tentang virus rubella.
Aku lantas membuat pengujian terhadap vaksin yang sedia ada, namun ditambah dengan satu bahagian vaksin rubella.
Alhamdulillah...
Vaksin terbaru itu ternyata berhasil menyembuhkan 95% pesakit yang sedang dirawat di hospital ini... tanpa sebarang kesan sampingan.
Formula itu akhirnya diwartakan sebagai vaksin ampuh untuk merawat virus Influxia.
Ironinya, negara memberi pengiktirafan kepadaku. Bukan kepada pelopor sebenarnya... sang 'saintis gila'.
#dudukrumah
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro