Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Perbincangan Tentang Wabak {SciFi}


Aku: Saya... memang pernah jumpa seorang saintis gi... a... ayah awak, apparently. Macam mana dengan dia? Dekat mana dia sekarang?

Adrian: Dia dah meninggal. Dia salah seorang pesakit yang dijangkiti wabak Influxia. Apparently, dia dah cuba antidot tu pada dirinya, sebelum dia serahkan formula tu pada kau.

Aku: Tapi, formula tu belum lengkap!

Adrian: That's how he lost his war. Dua minggu lepas... dia pulang ke rumah lama kami, dan dia jatuh sakit semula. Dia meninggal di sana.

Aku: Takziah.

Adrian: It's okey. Itulah yang namanya hidup... ada awal, ada akhir.

Aku: Jadi... awak nak penghargaan yang saya terima... diserahkan kepada ayah awak semula?

Adrian: Tak. Aku tak kisah pasal benda tu. Lagipun, kau yang menambahbaik kondisi antidot tu. Cuma... aku nak tahu, kenapa dia serahkan formula tu pada kau... bukan aku?

Aku terkedu. Err... manalah aku tahu, kenapa? Kenal ayah dia pun, tak.

Aku: Saya pun tak pasti. Mungkin, sebelum dia tinggalkan hospital, saya orang terakhir yang dia jumpa?

Adrian: Nope. Ayah aku jenis yang susah nak percayakan orang. Jadi, siapa kau sebenarnya?

Dahiku berkedut. Apa yang Adrian maksudkan ni?

Aku: Maksud... awak?

Adrian: Siapa nama kau?

Aku kaget. Ya ampun! Kitorang kerja satu bahagian! Tapi, dia tak tahu nama aku? Wah... aku perlu tingkatkan populariti aku lepasni nampak gayanya!

Aku: Dyarra.

Adrian: Dyarra... cuba kau tengok fail ni.

Dia meletakkan sebuah fail berwarna hitam ke atas mejanya.

Tanganku mencapai fail tersebut.

Beberapa helai kertas berisi nama dan maklumat peribadi beberapa orang manusia, aku baca. Di setiap helaian biodata tersebut, terselit gambar mereka.

Tanganku berhenti menyelak apabila sekeping gambar menyapa retina. Mataku mulai panas.

Aku: Fail... apa ni?

Mataku tidak lepas dari memandang gambar itu.

Adrian: Aku jumpa fail ni dekat rumah lama kitorang. Aku suspek, mereka semua ialah bahan ujikaji ayah...

Aku: Don't call them that way! Diorang bukan, bahan ujikaji!

Setitis airmataku menitis di pipi.

Adrian: Then, kau nak aku panggil apa? Sukarelawan? Yang sanggup badan mereka disuntik apa sahaja cairan, asalkan diorang dapat wang pulangan lumayan?

Aku: Stop it!

Adrian: Betullah. Diorang yang setuju untuk prejudiskan nyawa diorang sendiri. Yang kau sensitif sangat, dah kenapa?

Aku mencampak fail tersebut padanya. Gambar yang aku tatap tadi, kini dipandang olehnya.

Aku: Dia... ibu aku.

Ibu ialah seorang ibu tunggal. Ibu meninggal 10 tahun lalu... meninggal di tempat kerja. Aku langsung tak dibenarkan melihat jenazah ibu sebelum dikebumikan.

Inikah alasannya? Ibu, sebenarnya meninggal disebabkan wabak? Wabak yang... aku sendiri tak pasti datangnya dari mana. Dari cairan antidot, atau dari dalam badannya?

Adrian: Ini... ibu kau?

Aku mengangguk.

Adrian membaca fail ibuku.

Adrian: Dyarra... ibu kau pernah menjadi salah satu bahan... maksud aku, sukarelawan. Dia pernah disuntik dengan 7 jenis cairan antidot. Dan dia...

Aku menunggu Adrian menghabiskan ayatnya yang tergantung, agak lama.

Aku: Kenapa dengan ibu?

Menyesal pula aku tak baca profile ibu awal tadi.

Adrian: Ibumu... satu wabak baru telah terhasil dari mutasi DNA dalam genetiknya. Dia ialah... penghasil asal virus Influxia.

Aku tergamam.

Takdir apakah ini? Ibu... penghasil wabak? Manakala aku, ialah penghasil antidotnya?

Ironinya hidupku.

#dudukrumah

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro