Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Jodoh! {YoungAdult}

"Tak sangka, kan?" Azfa menyoal. "Dah 7 tahun kita kenal. And... berjaya jumpa pula tu. Panjang betul jodoh kita."

Azfa merupakan seorang gadis Malaysia. Tetapi dia telah mengenali Hakiki (Kay), Wahyuni (Ye), Nafidzah (Fida) dan Putri (Put)... empat orang gadis Indonesia di sosial media. Lantas, mereka berlima akhirnya memutuskan untuk bertemu.

Kay mengangguk. "Iya... ini bakal jadi puasa dan lebaran kita yang ketujuh bersama."

Mereka berlima duduk sebaris di atas pasir putih itu. Ye, Kay, Azfa, Fida dan Put.

"Tapi kak..." Put tiba-tiba bersuara. "Kapan nih Kak Fa dan Kak Ye bakal nikah? Udah tujuh tahun katanya pengin nikah. Masih juga belum..."

Azfa dan Ye nyata terkejut dengan soalan Put. Azfa dan Ye sudah berusia 26 tahun, manakala Kay, Fida dan Put baru berusia 22 tahun.

"Iya kan, Put. Katanya mau nikah... tapi masih berentam(bergaduh) mungkin. Kan, mereka berdua sukanya cowok yang sama." Tambah Kay pula.

"Iya... kita berdua tu masih berentam... mahukan si Dujunie. Kay, kamu sukanya sama V. Put, sukanya sama Leo. Fida, sukanya sama Omar! Ngak perlu berentam pastinya. Kok, belum-belum juga nikah?" soal Ye, marah. Namun, niatnya hanya mahu bergurau.

"Eih kak... kita berdua hormati yang tua kak. Yang tua, didulukan..." Kata-kata Fida dipersetujui Put dan Kay kemudiannya.

"Kak Fa kok diam aja?" soal Fida pada Azfa.

Azfa kemudian tersenyum. "Aku... rasa macam... tak percaya. Jumpa kamu semua... rasa macam..."

"Mimpi?" soal Ye, Kay, Fida dan Put serentak.

Mereka berlima kemudian tertawa.

Langit sudah mulai berubah warna. Gabungan warna jingga, biru kegelapan, violet dan pink mula menyapa pandangan. Matahari mulai terbenam.

"Cantiknya..." Azfa berkata.

"Subhanallah..." Ye mulakan zikir.
"Alhamdulillah..." Fida menambah.
"Laailahaillallah..." Kay menyelit.

"Allahu akbar..."

Mereka berlima bersenandung indah bersama di pantai Jimbaran, Bali. Bagai sebuah kumpulan nyanyian layaknya.

Mereka berlima duduk menunggu di meja makan. Makanan sudah dipesan. Jadi, sekarang adalah sesi menunggu ketibaan makanan.

Sedang mereka bersembang sesama sendiri...

"Eyh... Kay?" Seorang lelaki menyapa Kay.

"Eyh... Kak Andre? Lagi apa di sini?" soal Kay kepada lelaki tersebut.

"Aku lagi libur..."
"Sendirian?"
"Iya... ngak ada yang sudi temanin."

"Iyalah... belum nikah. Dilamar sama Kak Fia, langsung ditolak. Ini nih... temanku... Kak Ye... nikah aja sama dia. Masih jomblo(single) nih. Available. Pandai masak. Suaranya juga enak."

Ye menampar peha Kay. Dijeling juga matanya bagai ingin terkeluar.

Andre sekadar tersenyum sambil menggeleng kepala. Padahal, memang betul. Hatinya sudah terpaut memandang raut wajah ayu milik Ye.

"Aku pamit duluan..."

"Encik... kalau kita jumpa lagi sekali... itu tanda tuu... signal." Azfa tiba-tiba mencelah.

Andre kerutkan dahinya. Aneh percakapannya. "Emang, tandanya apa?"

"Jodohnya Ye..." jawab Azfa, bergurau.

Tangan Azfa dicubit Ye, kuat. Sempat Azfa mengaduh. Muka Ye memerah, menahan malu.

Makanan tiba. Lalu, Andre minta pamit setelah dia berkenalan dengan kesemua rakan Kay. Ternyata, Andre merupakan senior kepada Kay. Dia berumur 27 tahun dan bekerja sebagai peguam(pengacara) sekarang.

"Eyh Ye... emang... ini... saudara kamu?" soal Azfa setelah pelayan siap menghidang makanan mereka.

"Mana?" soal Ye, pelik. Ngak ada saudaraku yang bilang mahu juga ke mari.

"Ini..." Azfa menunjuk kepada udang di dalam pinggan.

"Itu kan... udang?" soal Ye lagi.

"Betul! Ye... muka kamu dah macam udang dibakar! Merah betul!"

Sekali lagi, Azfa terpaksa 'makan' tamparan dari Ye pula.

Put, Kay dan Fida sekadar menggeleng kepala. Itu kakak berdua. Tapi, sifatnya lebih keanakan dari mereka bertiga.

Sedang mereka berjalan, bersembang dan tertawa bersama di dalam Mal Bali Galeria... tiba-tiba Ye telah dilanggar oleh seseorang.

"Andre?" soal Ye.

"Ngaklah!" Potong Put.

"Jodoh!" Serentak Put, Kay, Azfa dan Fida berkata.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro