Dia Yang Terjaga (Fantasy)
❄️
Kaira, seorang gadis berusia 30 tahun. Dia telah berkecimpung dalam dunia arkeologi sejak berusia 10 tahun lagi. Misi bagi pekerjaannya ialah untuk mencari bandar, empayar, dan harta karun yang hilang ditelan bumi.
Keluarganya memang bergaris keturunan ahli arkeologi. Kali pertama Kaira melibatkan dirinya dalam bidang ini adalah ketika mengikut umi dan abinya ke tapak ekskavasi di Mesyaier.
Pada waktu itulah, Kaira mendapat tahu tentang kelebihan yang dia miliki. Dia mempunyai kemampuan untuk mengetahui apa yang terkubur, tertanam di bawah kakinya.
Apabila dia menjejak ke suatu-suatu tempat, akan ada suatu aura, yang akan membuat dia... berjalan sendiri. Semakin dekat dia dengan tempat yang mempunyai 'sesuatu', semakin kuat dia bagai ditarik-tarik ke situ.
Akan muncul juga gambaran laluan untuk mendekati barangan paling istimewa, paling unik dan paling berharga yang tertanam di situ.
Walhal, Kaira sudah mula mengikut ibu bapanya ke tapak ekskavasi sewaktu berusia 5 tahun lagi. Namun, sejak dia menjejak kaki ke Mesyaier buat pertama kalinya, dia mula mendapat kelebihan itu... dan kelebihan itu kekal dalam dirinya... hingga membuatkan dia kini menjadi seorang ahli arkeologi yang terkemuka.
❄️
Baru-baru ini, telah berlaku gempa kecil berukuran 5.2 skala richter di Mesyaier, tidak jauh dari kawasan tapak ekskavasi pertama Kaira.
Ternyata, setelah melakukan remote sensing menggunakan satelit dan beberapa software lainnya, jelas perbezaan topografi... terlihat garisan yang muncul di situ. Garisan yang seringkali menandakan, terdapat kota yang tertimbus di dalam tanah.
Kaira lantas mengarahkan salah seorang rakan kongsinya, Claudhia yang tinggal berdekatan Mesyaier untuk ke sana bagi mendapatkan sampel tanah, dan dibawa pulang ke makmal.
Keputusan ujian makmal mendapati terdapat pelbagai hasil galian berharga di situ seperti padparadscha sapphire, alexandrite, jadeite, musgravite, dan permata berwarna.
Tanpa membuang masa, mereka melakukan kertas kerja untuk mendapatkan kebenaran penggalian dari Pusat Arkeologi Negara (PAN) dan pihak tuan tanah. Para pengekskavasi baru dan lama direkrut serta-merta.
Mereka semua akhirnya tiba ke sana dengan menaiki bas dan lori pengangkutan.
Di saat Kaira menjejak kakinya di tanah yang bakal digali itu, matanya terbuka luas. Jantungnya berdetak, bukan kepalang. Kakinya mula melangkah, laju dari biasa.
Bayangan, muncul dalam mindanya, tanpa henti. Dia melihat sebuah bangunan. Piramid yang diperbuat dari tanah liat. Terlihat besar dan mewah.
Namun, bayangannya kali ini bukanlah seperti biasanya. Kali ini, dia melihat, piramid itu seakan-akan masih 'hidup'.
Semakin jauh Kaira menelusi isi piramid tersebut melalui bayangan mindanya, dia makin menghampiri satu sudut. Berpintu, berbilik. Aura yang dirasakannya disaat ini, bukan biasa-biasa.
Kaira kemudian seakan mendengar detak jantung yang semakin kuat bunyinya. Dia membawa tangan ke dada, memeriksa detak jantungnya.
Bukan! Detak jantungku tidak seiring dengan bunyi ini!
Kaira teragak-agak untuk melangkah. Namun, kakinya bagai ditarik menapak masuk ke dalam bilik itu. Dia terlihat bayangan sebuah keranda. Melihat keranda ialah suatu kebiasaan bagi ahli arkeologi. Namun...
Langkah Kaira terhenti. Pandangannya... pandangan asli serta pandangan bayangan menjadi gelap! Segelap malam tanpa bulan mahupun bintang!
Tangan Kaira meraba di dalam 'kegelapan' tersebut. Dan...
Tiga saat kemudian, Kaira terlihat bayangan sepasang mata. Lalu, sepasang mata itu terbuka!
'Dia'... seakan terjaga dari lenanya.
Terkejut melihat bayangannya sendiri, kaki Kaira lemah, dan dia terjatuh duduk di padang pasir nan serba luas. Hilang semua bayangan yang dibayangkan.
Wayne, salah seorang rakan kongsi Kaira berlari, lalu mendapatkan Kaira yang terjatuh. "Kaira... are you okay?" soal Wayne.
"Kita... tak patut menggali di sini." Itulah kali pertamanya... Kaira melafaz ayat sedemikian rupa.
Kaira kemudian jatuh pengsan.
Memandangkan peta grid telah disiapkan awal-awal lagi, Wayne dan Claudhia memutuskan dan memberi arahan agar ekskavasi dilakukan bermula pukul 4.00 pagi keesokan harinya.
❄️
"Please... kita batalkan ekskavasi ni." Kaira merayu kepada Wayne dan Claudhia.
Wayne dan Claudhia berbalas pandang. "Kaira... stop all this nonsense. Tak kan lah kita nak lepaskan peluang ni? Lab result shows ada bermacam jenis rare stones dekat sini. Penemuan ni sendiri ialah sesuatu yang sangat-sangat rare Kaira..."
"Bila lagi kita boleh jumpa semua stones tu, dekat satu tempat yang sama? Tak mungkin! Itu baru stones, belum lagi benda lain. There's..." Claudhia menolak permintaan Kaira.
"Benda lain! Benda lain! Itulah masalahnya sekarang! Aku takut kita akan jumpa benda lain, yang tak patut kita jumpa!" Kaira memotong percakapan Claudhia.
"Aku nak balik!" Kaira memutuskan untuk pulang.
"Kaira... relax... you janganlah bertindak macam budak amatur. Minta nak balik, sekarang? You tahu kan, transport dah balik kemarin. Lagi 3 hari, baru diorang datang sini hantar barang-barang keperluan kita." Wayne berkata lembut. Kaira... tak pernah macam ni. Apa masalah dia sebenarnya?
"Kaira... tell me... what's wrong?" pinta Wayne.
"Aku... aku... aku nampak sesuatu." Kaira yang tadinya berjalan mundar-mandir, akhirnya duduk di atas kerusi-boleh-lipat... berhadapan rakannya berdua. Matanya berkaca, menahan takut, menahan tangis.
"Kau nampak apa?" pantas Claudhia menyoal.
"Aku nampak... someone... terjaga."
"Hek eleh... itu je? Itu je yang kau kecohkan?" Claudhia pamir riak tak percaya.
"Dhia! Aku nampak dia terjaga, dari dalam keranda!"
Claudhia muka tak beriak. Terjaga dari dalam keranda? "Kaira... ini bukan in the making of The Mummy, okey... Asal? Siapa yang bangun? Imhotep? Dia hot apa..." Claudhia tersenyum.
"Dhia... aku tak ada mood nak main-main." Balas Kaira malas. "Wayne... please... jomlah kita balik."
"Well... Kaira. I bukan nak sebelahkan Dhia or what. Tapi... cerita you macam tak logik..." Wayne juga menolak permintaan Kaira.
"Terjaga dari keranda is somewhat terlalu aneh, terlalu drama material." Dan yang lebih aneh, Kaira originally sangat tak sukakan benda-benda yang drama material macam ni! Weird!
"Fine! Kalau jadi apa-apa nanti, jangan cakap aku tak bagi warning! Dari dulu aku cerita dekat korang, aku tahu apa yang ada bawah tanah, dalam tanah... tapi korang tak nak percaya."
"Sekarang pun, korang tak nak percaya juga! Fine! It's up to you guys. Aku tunggu transport sampai, then aku nak balik. Korang nak stay, stay! Aku tak kan halang." Kaira kemudian berlalu keluar dari khemah utama itu.
❄️
"Kaira... kau marah lagi ke?" Claudhia menyoal Kaira takut-takut. Soalan Claudhia tak berjawab.
Kaira sedang membaca buku sejarah mengenai Mesyaier.
"Kaira..."
"Enough laa Dhia. Aku tak rasa korang perlukan pendapat aku. Teruskanlah dengan kerja korang."
Claudhia akhirnya terpaksa tinggalkan Kaira, setelah dimaklumi bahawa krew ekskavasi berjaya menemui pintu masuk piramid.
Sedang asyik Kaira membaca buku mengenai Tamadun Xendar itu, dia terjumpa sehelai kertas A4 yang tercoret tulisan tangan.
Tulisan umi.
Sekilas terpandang, dia sudah tahu, itu tulisan uminya.
Mesyaeir... indahnya ia
Melebihi indah yang lainnya
Padang kosong berpasir cuma
Namun agung kerana oasisnya
Tersebutlah kisah... di suatu kerajaan dahulu kala... terdapat seorang ratu, seindah-indah rupa, semewah-mewah harta yang dimilikinya, sebesar-besar empayar tanpa penghujungnya.
Namun... sang ratu jatuh cinta, pada sekadar seorang kesatria. Putera raja datang dari segala pelosok dunia, datang meminang, menginginkan dirinya. Namun semua, ditolak tanpa bincang bicara. Kerana cintanya, hanya untuk sang kesatria negara.
Berkerut dahi Kaira membaca tulisan uminya. Umi ni... menyempat je selit puisi dia dalam buku aku. Siap ada cerita ratu bagai.
Secara tiba-tiba, Kaira teringat tentang sebuah kisah yang pernah diceritakan oleh uminya. Kisah tentang... kononnya, keturunannya adalah keturunan diraja Mesyaier.
Kaira menggeleng kepala, lalu menyelit semula puisi tersebut di muka surat belakang... sebelum dia kembali hanyut dalam bacaannya.
❄️
Tidak sekali pun Kaira melangkahkan kakinya ke tapak ekskavasi.
Fikir Wayne, Kaira akan hilang marahnya menjelang hari ini, hari keempat mereka di sini. Namun, sangkaannya salah. Kaira masih bertegas, dia akan pulang esok.
"Kaira... kami ada jumpa sebuah keranda." Wayne dan Claudhia datang ke khemah Kaira.
Perkataan 'keranda' dari Wayne nyata berjaya menarik minat Kaira.
"Kitorang nak pergi buka keranda tu, sekarang. Kau nak ikut sekali?" Claudhia menyoal.
Kaki Kaira pantas membuka langkah.
Sejak terjaga dari pengsan, dia sebenarnya sangat tertanya-tanya... apa maksud bayangan itu? Macam mana, ada orang yang terjaga... dari dalam keranda?
Kalau difikirkan balik, semua tu memang tak masuk akal!
Wayne dan Claudhia pantas mengikut Kaira dari belakang. "Kaira... kejaplah. Kau tahu ke dekat mana lokasi keranda tu?" soal Claudhia, pelik.
Laju je si Kaira ni menapak. Padahal, dia bukan tahu pun dekat mana lokasi keranda. Entah-entah, pintu piramid pun dia tak tahu dekat sisi mana!
Bayangan Kaira pada hari pertama dulu, cukup kuat melekat dalam ingatannya. Dia berjaya tiba di pintu piramid dengan mudah. Setelah masuk ke dalam piramid, kakinya masih jua melangkah laju.
Wayne dan Claudhia yang mengikut, mula terfikir... macam mana Kaira terlihat arif benar mengenai kawasan di dalam piramid?
Lalu, mereka teringat pula akan kata-kata Kaira kepada mereka. Benda tuu, betul ke? Kalau tak, macam mana Kaira boleh mengetuai perjalanan sekarang, padahal dia tak pernah turun ke tapak ni? Dia... betul-betul boleh 'nampak' yang macam dia katakan tu ke?
Tiba sahaja di hadapan pintu bilik yang menempatkan keranda tersebut, langkah Kaira mati.
Lagi sekali, dia mendengar bunyi degupan jantung. "Korang dengar tak?" Kaira menyoal ahli krew utama yang mengikutnya sedari tadi. Mereka semua berjumlah 7 orang termasuk Kaira.
"Dengar apa?" Claudhia menyoal, cuak. Bunyi apa pula yang Kaira dengar ni?
Kaira tidak menjawab. Dia sebaliknya masuk ke dalam bilik tersebut. Terlihat sebuah keranda yang diletak secara vertikal, iaitu secara berdiri menegak. Keranda yang diperbuat dari bancuhan batuan putih.
Sama.
Sama... persis dalam bayangannya.
Kaira berhenti betul-betul di hadapan keranda itu. Lalu, tangannya secara automatik diangkat. Tapak tangannya mendarat di atas keranda. Separas dada.
Tidak semena-mena, batuan keranda itu mulai berguguran.
"Prof!" Ahli krew yang menyaksikan hal tersebut, berasa risau. Ketua projek mereka seolah-olah hilang etika... sentuh barangan tanpa memakai sarung tangan?
Lain pula bagi Claudhia dan Wayne. Mereka berasa risau, kerana takut apa yang dikatakan Kaira benar-benar terjadi.
Beberapa saat kemudian, batuan keranda yang luruh jatuh ke tanah menyebabkan debu berterbangan di hadapan keranda itu.
Kaira ingin menurunkan tangannya kembali ke sisi, namun... tangannya direntap! Tubuhnya masuk ke dalam keranda!
Kaira hilang dari pandangan krewnya.
"Kaira!"
"Prof!"
Dua orang dari ahli krew mereka lari keluar dari bilik itu.
Badan Kaira terkaku. Dia tak mampu bergerak. Terasa, suatu figura sedang memeluk pinggangnya. Dingin.
Debu tebal di hadapan keranda membuat ahli krew berasa risau akan Kaira. Namun, tak siapa antara mereka berani untuk menarik Kaira keluar dari situ. Gusar dengan seribu satu kemungkinan yang mungkin berlaku.
Disaat debu makin menipis, Kaira dapat melihat sinaran dari sepasang mata.
Ahli krew juga mulai terlihat, Kaira yang kini dalam dakapan seorang... lelaki.
"Qiara..."
Si dia yang terjaga memanggil Kaira... yang berada dalam dakapannya... dengan nama yang hampir sama, namun berbeza.
"Maaf... maafkan aku. Aku... aku bukan... Qiara."
❄️
Lelaki tersebut dibawa ke khemah utama. Dia disuruh duduk di situ.
Mereka berlapan kini duduk dalam formasi meja bulat, tanpa sebarang meja.
"Jadi... kau ingat siapa nama kau?" Kaira mula menyoal.
"Arkyl... namaku, Arkyl..."
(cara sebutan untuk mereka yang tertanya-tanya... cara saya panggil dia ialah Ar-ka-el... Arkael... Tapi ejaannya, Arkyl... Saja ja acah bajet unik gitu 😂)
7 pasang telinga yang mendengar, terkejut dengan jawapan si dia.
"Ar... Arkyl? Kau... kau suami Ratu Shahina? Raja Arkyl Sang Kesatria?" Tergagap Kaira bertanya.
"Oh Qiara!" Arkyl tiba-tiba datang menerpa dan memeluk Kaira. "Ternyata, dikau masih ingat akan daku!" sambungnya lagi.
Kaira menolak perlahan tubuh Arkyl agar menjauh. "Aku dah cakap... aku bukan Qiara. Aku... Kaira..."
"Kaira?" Arkyl terlihat bingung. "Daku tahu dikau masih berkecil hati kepadaku. Tapi... apakan daya... aku cuma seorang kesatria. Apa dayaku menolak permintaan sang ratu?"
Bingung. Semua mereka bingung sesama sendiri.
"Apa... maksud kau?" Berkerut dahi Kiara menyoal.
"Kau... lupa?" Arkyl juga menyoal dengan kerut di dahi. Dia kemudian bangun lalu berjalan dalam bulatan para krew utama.
Kaira kembali duduk. Kus semangat. Apa masalah mumia satu ni?
"Masih ingatkah dikau kekasihku Qiara akan si dia... Ratu Shahina... yang telah tertawan hatinya kepada daku, Arkyl... yang bukan apa-apa, sekadar seorang kesatria."
"Ratu sendiri tahu... bahawa aku sudah pun berkahwin... denganmu Qiara, belahan jiwaku." Arkyl tiba-tiba duduk melutut pada Kaira.
Sekali lagi, Kaira terkejut dengan perilaku Arkyl.
"Namun... dia memaksa daku meninggalkan dikau, nyawaku... Maafkan daku... telah memungkiri janjiku padamu..."
"Janji apa?" Claudhia menyampuk tiba-tiba.
"Aku berjanji... akan mencintaimu, dan hanya dirimu. Maafkan aku, sayangku Qiara!" Arkyl memeluk Kaira lagi.
Sekali lagi, Kaira terpaksa menolak bagi menjauhkan Arkyl dari dirinya. Aduh...
"Macam mana kau boleh... ter... tidur... dalam keranda tu?" Kaira menyoal.
"Aku... telah disumpah oleh sang ratu..."
"Really?" Claudhia sedikit terjerit. Ratu Shahina sumpah suami dia sendiri? Biar betul?
"Kekasihku... apa yang dia katakan? Adakah dia cuba menyumpahku kembali tertidur?" soal Arkyl. Arkyl bangun dan ingin berjalan ke arah Claudhia dengan riak muka marah.
"Eyh... bukan... bukan. Dia bukan nak menyumpah. Dia... bercakap gunakan bahasa Inggeris. Itu je. Dia tanya kau, biar betul, Ratu Shahina dah sumpah kau?" Kaira menarik pergelangan tangan Arkyl.
"Benar! Dia telah menyumpahku. Hilang ke mana... segala memorimu... tentang masa kita berdua bersama? Lupakah dikau... akan alasan dia menyumpahku?" Arkyl papar riak sedih.
"Arkyl... aku dah cakap... aku... bukan Qiara. Aku Kaira..." jelas Kaira lagi.
"Daku mengerti rasa kecewa yang dikau hadapi. Namun... janganlah dikau pinggirkan diriku darimu begini..." Masih sedih nada suara Arkyl.
Tiba-tiba, matanya terbuka luas. Seakan-akan baru teringat akan sesuatu. "Mana Ratu Shahina?"
Kaira mencebik sesaat. Masalah betul mumia satu ni. Kang, tak terkena sumpahan, aku sendiri ketuk kepala dia... bagi pengsan... bawa masuk dalam keranda dia tu semula!
"Oh Arkyl... di tahun berapakah dikau hidup dahulu kala?" Kaira mengajuk percakapan klasik Arkyl.
Arkyl tersenyum. Akhirnya... Qiara berbicara seperti biasa!
"Kita berdua mengenali sedari tahun 1495... sejak kita berdua dilahirkan. Lalu sayangku Qiara... kita bersama membina istana cinta pada 1515. Sehinggalah 1517, apabila aku terpaksa tinggalkan dikau. Aku dipaksa mengahwini sang ratu. Dan ditahun 1520, aku telah disumpah untuk tertidur... sehinggalah..."
Kata-kata Arkyl terhenti tiba-tiba. Dia terlihat seperti sedang mengingati dan berfikir akan sesuatu.
"Sehinggalah..?" soal Claudhia lagi.
Arkyl tidak terus menjawab. Dia memandangkan Kaira tajam. "Kau... kau bukan Qiara, bukan?" soal Arkyl pada Kaira.
Kaira terkejut. Akhirnya! Akhirnya mumia satu ni faham, aku bukan Qiara!
"Bukan... aku bukan Qiara. Aku, Kaira. Aku... dilahirkan pada tahun 1990. Dan sekarang... kita hidup di tahun 2020." Jelas Kaira.
"20... 20? Jadi... aku tertidur selama 500... tahun?" soal Arkyl pada dirinya.
"Nampaknya... macam itulah. Kau masih ingat, kenapa Ratu Shahina menyumpahmu?" soal Kaira.
"Ratu Shahina menyumpahku... setelah dia mendapat tahu, aku sering pulang kepadamu. Maksudku... kepada Qiara. Lalu, dia menjadi murka. Karna itulah, dia menyumpahku. Dan... aku tidak tahu, apa nasib yang menimpa permata jiwaku, Qiara. Aku juga tidak tahu apa yang terjadi pada sang ratu..." Datar nada suara Arkyl.
"Selepas kau, Raja Arkyl, suami pertama Ratu Shahina dikatakan mati... dia telah mengahwini Raja Hamzer. Namun, tiga tahun kemudian, Ratu Shahina telah dibunuh oleh seorang pemanah yang digelar Sang Kilauan Cahaya."
"Tidak lama setelah kematian sang ratu, dibawah pemerintahan Raja Hamzer yang tamak dan kejam... kerajaannya dikatakan telah tenggelam ditelan bumi." Kaira menceritakan kepada Arkyl mengenai mitos yang telah dibacanya.
"Kilauan Cahaya... diufuk dunia...
Kekal cintaku, selagi kau di situ...
Perginya kamu matilah daku...
Kembali daku kerana tulus cintamu..."
Arkyl bersajak tiba-tiba.
"Gelaran Kilauan Cahaya adalah kerana anak panahnya amat laju. Hampir tidak mampu dilihat mata. Kilauan Cahaya adalah gelaran... untuk... kekasih hatiku, Qiara." Cerita Arkyl.
Semua mereka terdiam. Cuba untuk memahami, dan menghadam. Ratu Shahina sumpah Arkyl. Kemudian, Sang Kilauan Cahaya bunuh ratu. Kilauan Cahaya ialah... Qiara.
"Jadi... Qiara membalas dendam kerana ratu telah menyumpahmu?" soal Kaira terkejut.
"Mungkin..." Arkyl menjawab sepatah.
"Dan sumpahanku... hanya akan dipatahkan... apabila ada dari keturunan Ratu Shahina sendiri... yang akan mencintaiku... sepertimana malah lebih dari dia mencintai dirinya."
"Jadi... kau... keturunan Ratu Shahina?" Arkyl menyoal Kiara.
Tersentak semua yang mendengar.
Kaira menelan liur. Teringat semula cerita uminya. "Kita adalah keturunan diraja Mesyaeir..."
Kaira tidak menjawab soalan Arkyl.
"Jadi... kau akan mencintaiku... lebih dari nyawamu?" Arkyl menyoal Kaira.
❄️
Kaira sedang memandang Arkyl dari kejauhan. Arkyl dikelilingi ramai manusia, anak kecil juga orang dewasa.
Rutin bagi Arkyl pada setiap hari Sabtu dan Ahad ialah, menjadi salah satu 'pameran' di Muzium Negara. Namun, dia bebas berbicara bersama pengunjung semua.
Jam menunjukkan pukul 4.55 petang. 5minit lagi, Arkyl akan habis 'waktu bekerja'nya.
Arkyl melambai kepada Kaira.
Setahun sudah berlalu sejak penemuan 'Si Mumia Hidup'. Kaira akhirnya jatuh hati kepada si mumia tersebut.
Tanpa henti Arkyl menjadi 'ekor' kepada Kaira pada awalnya... mengikut dia ke mana sahaja.
"Cinta..." Arkyl memeluk Kaira, isterinya. Kaira geleng kepala. Asyik panggil pelik-pelik je dia ni. Cintalah, belahan jiwalah, bulan purnamalah. Pasrah jelah aku.
"Jom... kita kena beli barang dapur." Kaira mengajak.
Setelah Arkyl menukar pakaian kepada pakaian biasanya, mereka bersama-sama ke pasar.
"Kanda ingin makan labah-labah..."
Refleks Kaira memandang Arkyl. "Mana boleh makan lelabah!" marahnya.
"Dulu jiwa pernah masakkan untuk kanda..." jawab Arkyl polos.
Kaira kerut dahi. Aku, masakkan dia, labah-labah?
"Itu..." Arkyl menunjuk. Mereka tiba di bahagian barangan basah.
"Sayang... kan dah cakap, itu, ketam... bukan labah-labah." Kaira menggeleng kepala. Kaira berlalu dan memilih 6 ekor ketam. 2 buatnya, dan 4 untuk Arkyl.
Siap menimbang, Kaira melihat Arkyl sedang berbicara kepada seorang pekerja. Kaira berlari anak ke arah mereka.
"Ada... saya pernah makan." Arkyl berkata pada pekerja.
"Tapi... saya tak tahu benda apa." Berkerut muka si pekerja.
"Maaf... saya isteri dia. Ke... kenapa ni?" Kaira menyoal.
"Oh... suami puan... dia cari..."
"Kanda ingin makan buah jantung. Dia buruh di sini, tapi tak tahu di mana buah jantung berada." Arkyl mengadu.
Kaira juling mata ke atas. Buah jantung pula! Tak pasal-pasal aku kena jawab kuiz setiap kali bawa dia datang pasar! "Takpe lah dik. Akak uruskan suami akak. Minta maaf ye."
"Akak... ini Arkyl the Mummy Alive tu ke?" soal pekerja bernama Drew itu.
"Yup... the very the one."
Drew kemudian mencapai dan menjabat tangan Arkyl.
"No wonder dia tanya 'buah jantung'. Maaflah. Macam-macam saya tanya tadi. Tapi semuanya bukan."
"It's okay. Nanti akak je handle."
Drew kemudian berlalu setelah pamit.
"Buah warna apa?" soal Kaira.
"Semerah darahmu..."
"Kecil ke besar?"
"Kurang lebih seperti hidungmu."
"Masam ke manis?"
"Masam bagai diwaktu rajukmu, tapi manis bagai senyummu. Sangat enak bagai bibirmu."
Kaira pandang Arkyl mencerun, namun dengan senyum. Menyempat je dia!
"Strawberi ke?" teka Kaira. "Yang tu?" soal Kaira sambil menunjuk ke arah rak strawberi.
"Yup... the very the one." Jawab Arkyl dengan senyum besar.
"Amboi dia... bahasa Inggeris cepat je belajar. Nama makanan, susah amat..." Adu Kaira pula.
"Bahagia kanda melihatmu berusaha mengerti kemahuan kanda." Tersenyum.
"Nasib baik ayang sayang abang. Sabar jelah yang mampu."
"I love you..."
"Me too..."
Kaira berjalan ingin melangkah ke rak strawberi, namun langkahnya termati.
Akryl memeluk Kaira dari belakang. "Aku akan cintakanmu. Dan hanya kamu... purnamaku..."
❄️
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro