Belajar! Bukan... {Teenfic}
4 orang pelajar keluar dari sebuah van putih... 2 orang lelaki dan 2 orang perempuan. Hari ini, hari pertama mereka... di sebuah tempat asing.
Mereka berempat berusia 16 tahun, lepasan PT3. Berkat keputusan peperiksaan PT3 mereka yang memberangsangkan, mereka telah menerima satu arahan dari pihak sekolah.
Bahawasanya, mereka berempat ialah pelajar yang terpilih untuk mengikuti program pertukaran pelajar ke sebuah sekolah elit.
Dengan hati yang berdebar, mereka melangkah ke arah pejabat. Apalah nasib kitorang di sini. Nanti, akan ada yang pandang rendah ke tak, dekat kami?
Setelah selesai mendaftar, mereka diarahkan untuk ke asrama masing-masing.
Mereka dihantar oleh van sekolah ke MRSM Merbok yang berlokasi di negeri Kedah. Ini kerana, mereka berasal dari Pulau Pinang.
Memandangkan hal pertukaran pelajar ini adalah urusan sekolah, pihak sekolah telah bersetuju untuk menguruskan perjalanan pergi dan pulang mereka berempat.
"Assalamualaikum..." Zulaikha dan Aisyah memberi salam di muka pintu bilik asrama.
Salam mereka dijawab oleh ahli asrama... iaitu pelajar yang seumuran dengan mereka berdua.
"Jadi, Zulaikha dan Aisyah orang Penang?" soal Maryam.
"So... korang top students dekat sekolah korang untuk PT3 haritu? Apa result korang?" soal Balqis pula.
"Yup... kami memang asli orang Penang. Aku 9A 1B. Zulaikha 10A," jawab Aisyah.
"Daebak(terbaik)! Korang sekolah mana dulu?" soal Balqis lagi.
"SMK Seri, Balik Pulau," jawab Zulaikha.
"Uish... nice tu. Seri popular juga, kan? Aku pernah dengar dekat radio... Seri buat promotion untuk Hari Keusahawanan korang dulu, kan?" soal Maryam pula.
Mereka bersembang, tanpa sedar masa yang telah lama berlalu.
"So, korang duduk sini berapa lama?" Maryam bertanya.
"5 bulan..."
"Bestlah dekat sekolah ni." Zulaikha memulakan bicara. Dia dan Maryam sedang duduk bersahaja di sebuah gazebo. Almaklumlah, waktu rehat. Memandangkan mereka berpuasa sunat hari ini, jadi, mereka tidak ke kantin.
"Apa yang bestnya? Si Luth ais batu tapi hensem serta maskulin itu? Ke, Adam flower boy yang cute giler namati menjadi pilihan hati?" soal Maryam, berseloroh.
"Banyaklah kau!" jeling Zulaikha. "Maksud aku... sesi pembelajaran dia. Contohnya, macam makmal Biologi tadi. Banyak gila mikroskop! Puas hati betul membelek rupa bentuk sel tadi."
"Ohh... gitu... aku ingatkan kau pun sama dah terminat dekat salah satu hot stuff sekolah ni." Maryam membuat tanda 'peace' kepada Zulaikha.
Zulaikha menggeleng kepalanya bersama segaris senyuman.
Balqis dan Aisyah yang baru selesai makan, terlihat sedang berlari bagi menghampiri Maryam dan Zulaikha.
"Zulaikha! Yusuf tuu abang kembar kau ke?" Balqis menyoal dengan nada tinggi.
Terkejut Zulaikha dibuatnya. Astaghfirullah... "Balqis... tak payahlah jerit. Aku tak pekak tau..." Zulaikha kerut dahi. Macam nak pecah gegendang telinga aku.
"Betul ke? Aisyah bagitahu aku tadi! Apesal kau tak cerita pun yang korang sebenarnya kembar?" soal Balqis, tak puas hati.
Dua orang pelajar lelaki yang terlibat dalam sesi pertukaran pelajar ini ialah Yusuf dan Zakaria.
Tetapi, apa yang tidak diketahui ramai ialah... Yusuf dan Zulaikha sebenarnya merupakan pasangan kembar.
"Alaa... tak ada kepentingan pun kalau dia abang aku ke tak. Sama je, kan?" soal Zulaikha pula.
"Eyh! Banyaklah kau! Tak sama, okey! Kalau aku tahu, aku layan kau baik-baik. Mana tahu, ada chance jadi kakak ipar kau. So... dik... adik nak makan apa hari ni? Akak belanja..." Pelawa Balqis.
Aisyah dan Maryam tersengih.
Zulaikha kerut dahi. Pelik weyh! Adik?
"Eyh Cik Balqis... Adik Zulaikha kau puasa hari ni. Lupa ke?" soal Maryam, sinis. Aduh... minah ni mula dah sesi crush mrush dia! Tak tenanglah hidup Zulaikha lepas ni. Kikikii...
Balqis tersengih senget. Duh! Lupa. "Okey-okey... buka puasa kejap lagi akak belanja."
"Mak cik... kita buka puasa dekat dewan makan doe. Celah mananya kau nak belanja Zulaikha?" tanya Aisyah pula. Tak sangkanya! Cerita tentang Zulaikha dan Yusuf ialah pasangan kembar boleh buatkan Balqis berubah 135 darjah dari kebiasaannya!
"Aduh... takpelah... kalau macam tu, tidur nanti akak temankan. Akak peluk Zulaikha, yaa?"
"Yaa Allah... advance gila kau ni Balqis. Sudah-sudahlah tu. Kome suka Yusuf, ambil hati Yusuflah. Bukan hamba... sekian, harap maklum."
Loceng berbunyi, menandakan waktu rehat sudahpun berakhir.
"Zulaikha... kau pandai Biologi, kan? Tolong ajar aku." Tiba-tiba si Luth, jejaka Artik mendatangi Zulaikha.
"Aku... nak cakap pandai tuu, tak. Tapi, aku cuba tolong mana yang aku boleh, in shaa Allah. Kau... pandai Add Math, kan? Nanti ajar aku balik." Setuju Zulaikha.
"Lepas Asar, dalam pukul 5 ke, 5.15 ke, kita jumpa dekat kelas. Ajak memana yang nak join sekali."
"In shaa Allah..."
"Zulaikha... jom jogging." Ajak Balqis.
Zulaikha tertawa hambar. Jogging? Tidaklah saya... "Tak nak... penat." Tolak Zulaikha.
"Cik Zulaikha... Tahu tak, kamu sebenarnya berada dalam 2 bahaya. Iaitu bila kamu ketawa terhadap sesuatu yang tidak kamu senangi dan... kemalasan walaupun tidak keletihan." Balqis berkata, panjang.
Tersentap Zulaikha. Adush! Kemek terpenyet hidung saya begini! "Fine fine... siapa lagi join?" soal Zulaikha. Dia bangun dari baring di atas katil. Baju pajama ditukar kepada baju t-shirt lengan panjang.
"Hello... macam biasalah. Maryam and Aisyah..." jawab Balqis. Mereka berdua itu sudahpun menunggu di luar asrama.
Muncung bibir Zulaikha. Pagi Sabtu hujung minggu macam ni pun tak boleh nak tidur lelama. Ada je yang... menggang... membant... mengajak nak bersukan bagai. Rajin betul diorang ni bersenam.
"Zulaikha... nota Sejarah dah siap ke belum?" soal Yusuf kepada adik kembarnya.
"Belum. Dah buat ke?" soal Zulaikha semula.
Yusuf tiba-tiba bercekak pinggang. Zulaikha Binti Muhammad seorang ni! Kalau tak bertangguh, tak sah!
"Adindaku intan payung batu permata... berjaga-jagalah kamu dengan sikap bertangguh. Kamu hidup hari ni, bukan esok. Kalau esok dah tak ada untuk kamu, nanti kamu menyesal dah terlepas peluang hari ni... iya... kan?" soal Yusuf, panjang.
Zulaikha lepas keluh, perlahan. Di petang Sabtu yang sepatutnya nyaman ini, ada juga manusia yang membantu... saya mengingati kekhilafan diri. Walaupun nada suara si dia, menyakitkan hati... tapi... alhamdulillah. Adindamu bakal mencuba lebih kuat lagi. Sekarang, dah mencuba sebenarnya. Tapi... masih belum berjaya.
"Assalamualaikum..." Luth dan Adam memberi salam.
"Waalaikumsalam..." Yusuf dan Zulaikha menjawab.
Petang ini, mereka berlapan akan mengadakan perbincangan kumpulan. Alhamdulillah, semua mereka memiliki kelebihan dalam subjek yang berbeza-beza. Jadi, mereka akan saling bertukar ilmu.
Cepat betul sesi pengajaran dilakukan di MRSM. Hari ini bab A, esok dah masuk bab B! Kalau tak buat perbincangan berkumpulan macam ni, alamatnya memang tak berapa nak cantiklah keputusan ujian semester yang akan tiba, minggu hadapan.
"Maryam... cerita pasal acid-base please," pinta Zakaria.
"Err... yang tu... aku tak khatam lagi." Maryam menggaru kepalanya yang dilapisi kain tudung.
"What? Cakap Young Chemist? Yang itu pun... kau tak tahu?" soal Zakaria dengan pandangan mencerun. Sengaja nak kacau anak dara orang.
"Eyh Zakaria... kalau kita tak tahu tentang sesuatu tu, adalah lebih baik untuk mengakui akan ia. Janganlah kita menghukum sesuatu yang kita tak tahu. Supaya... kita terselamat dari akibatnya. Kau nak ke aku hentam kromo je ajar kau?" Mencerun pandangan Maryam sewaktu menyoal semula kepada Zakaria.
Alhamdulillah. Sepanjang mereka berempat menjadi pelajar pertukaran, tak ramai pun yang memandang rendah terhadap mereka. Yang berbuat demikian, hanya boleh dikira dengan sebelah tangan.
5 bulan berlalu.
"Zulaikha... Aisyah... korang..." Maryam tidak mampu meneruskan kata-katanya. Sebak di dada terasa.
"Maryam... tak payahlah sedih. In shaa Allah, ada rezeki, ada jodoh, kita jumpa lagi." Aisyah menarik Maryam ke dalam pelukannya.
Zulaikha dan Balqis turut sama memeluk, menjadikan itu sebagai pelukan kumpulan mereka yang terakhir.
Adam dan Luth bersalaman dengan Yusuf dan Zakaria. "Jumpa lagi, in shaa Allah. Assalamualaikum..." Mereka memeluk seorang demi seorang, sesama mereka.
"Hilanglah tutor Biologi aku mulai hari ni. By the way... Zulaikha... ada rezeki, CUDIPT... in shaa Allah." Selesai Luth melafas, van bergerak meninggalkan perkarangan MRSM Merbok itu.
"Zulaikha... sekarang masa untuk 3B, faham?" Yusuf menyoal Zulaikha.
Zulaikha menjuling matanya ke atas. "In shaa Allah, faham." Abang ni! Tak habis-habis 3B dia tu! Orang tahulah! Sekarang masa untuk 'Belajar, Bukan Bercinta'.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro