Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Angkara Wabak {SciFi}

"Diandra! Apa kau buat ni? Cepatlah! Red code!" Seseorang dalam seragam yang menutupi keseluruhan tubuhnya, menghenjut bahuku beberapa kali. Berdasarkan suaranya, dia ialah seorang lelaki.

Diandra? Sejak bila aku jadi... Diandra? Namaku, Rania. Ke... dia ni salah orang? Yelah... kan aku pun pakai personal protective equipment yang menutup keseluruhan tubuhku tanpa cacat cela. Tapi... apa yang aku buat dekat sini?

"Kenapa red code?" soalku, polos.

"Suddenly, ramai patient sesak nafas. Cepatlah gerak... pergi kawasan kau." Lelaki itu kemudian berlari meninggalkanku.

"Doktor Diandra! Our patient lost conscious..." Tetiba, seseorang yang suaranya menandakan dia ialah seorang wanita, menarik lenganku.

Automatik, tubuhku kini melayang berterbangan di udara.

Di belakang wanita yang aku tebak ialah seorang jururawat itu, terbuka dua pasang sayap. Bagaikan sayap... pepatung!

Buntang mataku melihatnya. Sayap? Pepari? Aku... dekat dunia pepari?

Kami tiba di sebuah kubikel. Seorang pesakit lelaki sedang terbaring di katil. Pesakit itu juga memiliki sayap.

"Patient admitted pagi tadi, dalam keadaan yang sihat, but with COPD history. Nasopharyngeal and oropharyngeal for both swab and PCR test dah diambil... tapi result belum keluar. Sebelum pengsan, pesakit mengalami sesak nafas." Terang si jururawat, panjang.

Dapat aku lihat... bibir, hujung jari dan wajah pesakit mulai kebiruan. Mesin ECG menunjukkan pesakit sedang mengalami arrhythmia. Pulse oximeter pula menunjukkan bacaan 80%! Pesakit kekurangan oksigen! Bahaya!

"Admit oxygen via nasal prongs 2l/minute. Kita perlu dapatkan bacaan oksigennya at least 88%." Yakin, aku memberi arahan.

Bacaan untuk pesakit normal ialah 94-98%. Tetapi, memandangkan pesakit mengalami COPD, nilai itu tidak lagi disahgunakan.

Virus Epiméno kini sedang melanda dunia yang didiami pepari yang tiada sebarang kuasa magis.

Aku... seorang doktor di sini. Tak sangka, di dunia pepari pun, perlukan doktor juga.

Di makmal Virologi... aku kini sedang duduk menghadap komputer yang bersambung dengan sebuah electron microscope.

Entah mengapa, morphology Epiméno terlihat sebiji sama dengan morphology Corona yang pernah aku lihat di internet dulu. Adakah semua dimensi dunia sedang diserang wabak sama, namun dikenali dengan nama berbeza?

Pesakit pertamaku dulu telah meninggal kerana positif Epiméno. Dia mengalami kesusutan kesihatan dengan amat cepat, memandangkan dia pesakit COPD. Seperti Corona, Epiméno juga menyerang organ paru-paru.

Pelbagai antidot cuba dihasilkan. Namun keputusannya masih sama... gagal.

Aku meneliti dokumen pengajian yang ada di dalam komputer itu. Setelah sebulan mengkaji, aku menjumpai tiga jenis virus yang hampir sama dengan Epiméno.

Peratusan persamaannya ialah... Ephyrys 99%, Méanor 50% dan Noxya 50%.

Memandangkan ketiga-tiga virus tersebut sudah mempunyai vaksin, aku memutuskan untuk menggabungkan kesemuanya. Nisbah vaksin yang aku guna adalah berdasarkan peratusan persamaannya.

Hari ini, aku akan mengeluarkan tissue culture Epiméno yang telah dirawat dengan vaksin inovasiku.

Inkubator karbon dioksida, aku hampiri. Beberapa viral culture yang ada di dalamnya, aku keluarkan.

Doktor Xy, pepari pertama yang aku temukan, ada bersamaku untuk pemeriksaan hari ini.

Gembira bukan kepalang... apabila kami mendapati tiada kehadiran plaque pada plate viral tissue culture yang telah dirawat menggunakan vaksin hasil cadanganku!

Xy bergegas ingin memaklumkan hal itu kepada pihak atasan. Sedang aku tersenyum sendirian, tiba-tiba lenganku bagai direntap dengan kuat, dan aku...

Kembali menjadi Rania.

#dudukrumah





Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro