Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Andai {Prolog}





"Baby... I janji dengan you... I akan cintakan you seorang je, sepanjang hayat I. Kita akan kahwin, hidup bersama... ada anak sesama. I jaga you, you jaga I... you jaga anak-anak kita sekali. By the way, baby nak anak berapa orang?" Taufiq menabur janji-janji manisnya.

"Hmm... baby nak anak 3 orang..." jawab Zunnurin, setelah berfikir lima saat.

"What? 3 je? Bie nak 5 lah baby..." Taufiq membantah. "Alaa... tak larat lah asyik nak kena mengandung je nanti. Bila masa kita boleh dating kalau anak ramai?" Zunnurin tarik muncung.

"Alahhh... dah kahwin nanti, kita dating dekat rumah pun boleh." Taufiq double jerk dengan sengih nakalnya.

Zunnurin tersenyum. Mengada! "Haa... inilah lelaki, kan? Waktu bercinta, kemain ajak jalan sana, jalan sini. Ini, belum kahwin pun, dia dah ada plan nak suruh kita terperuk dekat rumah je? Kan? Kejam betul." sengaja Zunnurin berlakon merajuk. Mahu dipujuk.

"Okey, okey... bie pun nak anak 3 je. Lepas beranak anak yang ke-3, kita honeymoon je manjang. Suka gitu?" soal Taufiq pula.

"Saya suka, saya suka..." Zunnurin meniru gaya bercakap Ying Boboiboy.

"Mengada baby, kan?" Taufiq tersenyum. "Alah. Mengada dengan bie je. Nak ke baby mengada dengan Ril?" soal Zunnurin tiba-tiba.

Taman Tasik Titiwangsa ialah tempat mereka bertiga sering melepak bersama. "Aku ni kan... rasa serba salah korang tahu?" Zafril mencelah.

"Hadap korang berdua, macam nak demam je aku rasa. Nak tinggalkan korang berdua, entah apa yang akan jadi nanti. So, dimohon, tolonglah jangan over sangat korang bermanja depan aku. Macam nak terjun tasik tu je aku rasa bila jadi third wheeler korang ni." Zafril mengadu.

Dan yang lebih menyiksakan, aku memang nak Nurin 'mengada' dengan aku!

"Ril... cakap kita nak piknik dengan diorang. Dah tu, mananya bebudak lain?" Zunnurin yang sudah lama duduk di atas hamparan tikar di bawah pokok rendang itu- melihat sekeliling. Mencari kelibat rakan-rakan yang lain di sekitar kawasan tasik.

"Biasalah... diorang confirm lambat. Macam selalu." Zafril ambil duduk di sebelah Zunnurin. Duduk mereka dipisahkan oleh beg tangan Zunnurin.

10 minit berlalu tanpa kata. Zunnurin sibuk menghantar dan membalas chat dengan rakan-rakan yang lain. Ini reunion pertama lepas kali terakhir jumpa masa konvokesyen, 6 tahun lepas! Itupun, lambat juga?!

Manakala Zafril pula, masih membaca doa penenang hati. Semoga dipermudahkan hajatnya. Tangannya ligat menyiapkan 'hasil seni' di belakang tangan kirinya.

"Ril... kenapa diam je?" soal Zunnurin, setelah lama Zafril mendiamkan diri.

"Eherm..." Zafril berdeham terlebih dahulu. Pen di tangan, diletak ke bawah setelah yakin 'seni lukisan'nya sudah memadai.

"Zunnurin Adha..." Zafril memanggil. Zunnurin memandang ke wajah Zafril, "Yes?"

Zafril keluarkan tangan kirinya, digenggam, lalu ditunjuk pada Zunnurin. Zunnurin membaca apa yang tertulis di situ.

'Will you'...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro