Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Aku Sayang Dia! {Seram}

"Kau nak keluar ke tak?" jerkah Abang Amar kepada kakak ipar kami, Kak Maya. Abang Amar sedang berdiri, manakala Kak Maya sedang duduk berlunjur kaki.

Tubuh Kak Maya seakan mengejang. Dia dipegang dari belakang oleh suaminya, iaitu abang aku sendiri yang bernama Mikail.

"Aku tak nak keluar! Aku sayang dia!" jerit Kak Maya.

"Sayang? Ini kau panggil sayang? Dia sakit sebab kau. Kau tahu tak?" jerkah Abang Amar lagi.

Rumahku kini dipenuhi oleh ahli keluargaku dan rakan-rakan Abang Amar.

Kak Maya ditengah-tengah rumah sedang memakai telekung berwarna biru gelap. Sekarang, abang-abangku sedang dalam proses untuk merawat Kak Maya. Ini ialah percubaan kali kedua untuk merawatnya.

Kak Maya dan Abang Mikail sudah berkahwin lebih dari 10 tahun. Namun, masih belum ada rezeki dikurniakan cahaya mata.

"Dah dah... kau keluar sekarang juga." Abang Amar bersuara dengan nada sakit hati.

Mesti Abang Amar dah malas nak layan cakap dia. Biasalah, makhluk macam ni, ada je modal dia nak menipu.

"Aku tak nak! Aku marah dia kahwin dengan manusia! Aku tak suka! Sebab tu lah, aku ikat rahim dia dari awal kahwin dulu! Aku tak nak dia ada anak dengan manusia! Biar padan muka diorang!" Benda di dalam badan Kak Maya menghamburkan amarahnya.

Tiada sesiapa yang terkejut, sebab waktu berubat kali pertama dulu, 'benda itu' telahpun mengakui tentang hal itu.

"Keluar cepat!"

"Aku cakap tak nak, tak naklah! Berapa kali lagi nak cakap? Tak dengar ke? Aku cakap, aku, tak nak keluar!" jerit si 'dia' lagi.

Lain betul perwatakan Kak Maya sekarang. Kalau tidak, dia bercakap lemah-lembut je.

"Aku sayang dia! Aku cinta dia! Aku yang jaga dia! Dia ada suami pun, suami tak guna! Asyik pergi kerja, tinggal dia seorang-seorang! Aku, yang jaga, dia!" marah si 'dia' lagi.

"Ooo... kau lah yang jaga dia? Jadi... kaulah yang beli makan minum dia? Kaulah yang beli baju seluar dia? Kaulah, erk?" soal abangku yang bernama Hafiz pula dengan nada sindiran.

Semua yang menonton, tertawa kecil mendengar sindiran itu. Si 'dia' diam terkutik tak mampu menjawab.

Haa, dengar tak? Ingat apa? Ingat senang ke tanggungjawab seorang suami? Suka hati kau je nak kutuk abang aku 'suami tak guna'? Dia kena pergi kerja, tahu tak? Sebab nak jaga isteri dan keluarga dia. Termasuk nak jaga aku ni, adik dia!

"Tak boleh layan dia ni. Banyak merapu." Abang Amar geleng kepala dengan senyum sakit hatinya.

"Bagi je, Amar. Tak boleh layan dia ni." Abang Hafiz pula berkata dengan senyum.

Senyum di muka Abang Amar mulai memudar. Dia mulai duduk melutut.  Mulut Abang Amar aku lihat, terkumat-kumit membacakan sesuatu. Kedua-dua tangannya kemudian diangkat melepasi kepala, matanya ditutup, lalu mukanya mulai berkerut. Tangannya digenggam sedikit demi sedikit, ditarik turun ke bawah. Dia bagaikan 'menarik' sesuatu dari atas tadi. Sesuatu yang aku sendiri tak pasti, apakah ianya.

Setelah berjaya mendapatkan 'sesuatu' itu, dia bangun dari duduk, lalu menghampiri Kak Maya. Dia kemudian duduk dengan dipasak kedua-dua lututnya, sedang kaki Kak Maya dilunjur diantara kakinya itu.

"Aku cakap elok-elok, tak nak dengar, kan? Ni makan dia..." Abang Amar kembali serius. Dia kemudian bagai menggunakan 'senjata' yang ghaib pada pandangan kasar mataku. Dengan senjata itu, dia tusukkan ke bahu kakak iparku lalu ditarik ke atas, terus ditusuk ke bawah telinga pula. Beberapa kali Abang Amar mengulang perbuatan yang sama. Dia macam tengah guna tekpi pun ada, sebab gunakan kedua-dua belah tangan.

Aku lihat, mata Kak Maya terbuka statik. Dia tidak menjerit sama sekali.

Abang Amar tersenyum, "Ooo... kau tahan eyh? Boleh tahan lagi? Kejap..." Tangan Abang Amar kemudian bagai menyediakan suatu 'senjata' yang lain pula. Gaya dia... macam tengah pegang... tombak?

Abang Amar kemudian menusuk senjatanya itu pada perut Kak Maya. Seraya itu, "Sakit! Sakit!" pekik Kak Maya, kuat!

Hmm... aku rasa Abang Amar tusuk rahim, bukannya perut. Kan 'dia' tu duduk dekat rahim Kak Maya. Kerja dia, makan darah kotor Kak Maya, dan... makan benih Kak Maya juga.

Abang Amar berulang kali menusuk perut Kak Maya. Benda itu menjerit tak berhenti. Sehinggalah, Kak Maya akhirnya jatuh pengsan. Benda itu lari keluar dari badan Kak Maya... buat seketika.


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro