Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 8

Peluh sudah membasahi baju dan seluar yoga yang dipakainya. Tangannya menyeka peluh yang berjejeran turun ke dagu. Sudah hampir satu jam mereka buat latihan menari untuk pertandingan nanti.

"Boleh kurus I kalau selalu dance. I tak sangka I boleh capai tahap amatur dalam tak sampai seminggu ni." Tina bersuara sambil mengelap peluh dengan tuala kecil berwarna merah jambu. Elly tersengih tanpa suara.

"Perasan juga you ni kan Tina. I tengok keras saja you dance. Amatur pun belum sampai lagi tau!" balas Juli sambil meregangkan tubuhnya.

"Alaa, biasalah. Baru tiga hari kan. Tapi you all look good apa. Okeylah tu," balas Zulaikha positif.

"Kan, normallah tiga hari macam ni. I nekad, after this competition, I nak teruskan dance. Baru mantap body I." Tina dah berangan-angan.

"Yalah tu. We will see Tina. I takut tu semua kata-kata saja. Bukan kita orang tak kenal siapa Tina Amelina binti Amri ni kan..." Elly bersuara dan disambut ketawa teman-teman yang lain-lain.

"Apapun, Irah ni power juga dance ya, Zula. Dia belajar ke?"

"Irah memang suka menari syok sendiri. Selalu juga dia buat persembahan. Tapi, I pun tak sangka dia pandai macam ni," jawabnya sambil tengok video tarian Irah di komputer ribanya. Tarian mengikut lagu In The End dari Kat Deluna. Dia yang rakam.

Tak sangka Irah pandai cari step. Patutlah asyik terperap dalam bilik. Cari ilham tarian rupanya. Memanglah sangat membantu. Gerak tarian pun mudah ditiru. Sesuai sangat dengan mereka yang baru belajar menari.

"Eh, I lupa nak inform kat kau orang. Esok kita ada meeting dekat kelab teater tau. Kita wajib ada, sebab kita ni budak baru, kenalah tunjuk komited sikit. Lagipun presiden mungkin nak bagi kita job scope kot..." beritahu Zulaikha sambil menarik hujung jari kaki kanannya. Meregangkan otot yang sudah terasa sakit.

"Job scope eh? Macam besar sangat saja bunyinya," balas Juli.

"Yalah, dalam teater ni kan ada yang uruskan prop, costume, actor dan macam-macam lagi. So, agaknya esok dia bagi kot tugas kita semua. I harap I dapatlah pegang jawatan as a MUA. Class kau jah!" katanya sambil meletakkan tangan di bahu. Terkekek-kekek teman yang lain ketawa bila Zulaikha buat gaya tidak semenggah begitu.

"Berangan kuat!" Satu tuala tepat melekat di wajahnya dengan sisa ketawa teman yang masih belum habis.

Dengan lafaz bismillah, cabutan undi nombor persembahan bermula. Zulaikha rasa berdebar sangat. Janganlah persembahan mereka nombor 1. Dia memasukkan tangan ke dalam kotak dan mengambil satu bola ping pong dengan penuh pengharapan. Nafas yang dari tadi bagai tersangkut, kini dilepaskan penuh kelegaan. Nombor 7 dari 12 persembahan. Alhamdulillah. Bersyukur sangat.

"Zula nombor tujuh?" Satu suara menyapa dari sisi kiri. Pantas Zulaikha menoleh. Matanya bersinar.

"Abang Faiz contestant juga ke?" Soalan dibalas dengan soalan.

"Contestant dalam keterpaksaan. Hehe..." Ada ketawa kecil di hujung ayatnya.

"Abang nombor berapa?" Sengaja nak tahu.

"11. Zula nombor tujuh kan?"

"Wow, banyak masa untuk hilangkan nervous kan... Haah, Zula dapat nombor tujuh. Okey kot ni, asalkan bukan contestant pertama," katanya seraya tersenyum manis.

"Zula seorang aje ke?" Mata Faiz melilau cari kawanan diva yang tak nampak batang hidung.

"Dia orang ada kelas. Abang?"

"Tu haa..." Sambil tangannya menunjuk kepada kumpulannya yang sedikit tersorok belakang pintu.

"Oh, apa pun, good luck untuk malam ni. Zula kena pergi dulu. Kejap lagi kelas nak mula dah." Dia meminta diri.

"You too. Good luck for tonight," sempat Faiz membalas. Zulaikha hanya mengangguk dengan senyuman yang menyerlahkan lesung pipitnya di pipi kanan dan dagunya.

Kot hitam yang tadinya disangkut atas kerusi diambil penuh berhati-hati. Fedora hitam bereben merah itu juga dicapai sekali. Kini dia dan diva yang lain harus bersedia di belakang pentas. Sebentar lagi peserta keenam akan membuat persembahan mereka. Jantung rasa sangat berdebar.

"I rasa seram sejuklah sekarang..." Tina bersuara sambil menyatukan kedua-dua tapak tangannya.

"I pun rasa hal yang sama. I rasa macam kupu-kupu tengah berterbangan dalam perut ni haa," seloroh Elly pula.

"Haha, mesti meriah dalam perut you kan. By the way, I pun rasa macam nak tercirit ni tau!" Zulaikha tak mahu kalah.

"Eiii, you ni selekeh tau Zula!" Tina menepuk bahu Zulaikha perlahan. Ketawa mereka pecah seketika. Pia dan Juli pula sedang sibuk dengan muka masing-masing. Rasa lain macam pula kena pakai mekap. Semua Zulaikha yang buat. Redakan sajalah dengan tadah muka. Mujur, mekap natural sahaja. Tambah seri, orang kata.

"Diva, satu lagi minus one memang tak ada ke?" tanya abang PA sistem yang tidak diketahui namanya itu.

"Satu lagi, kita orang acoustic saja bang." Sambil menunjukkan gitar yang elok bersandar di tepi pintu masuk pentas.

"Okey, nanti jangan lupa cucuk ya." Pesanan ditinggalkan sebelum lelaki itu kembali fokus dengan kerjanya.

Sementara itu di bahagian hadapan pentas, penonton mula mengisi ruang tempat duduk.

"Kenapa lambat bro? Kau pergi mana?" tanya Aidil bila Luqman menarik kerusi di sebelahnya. Nadanya terpaksa ditinggikan demi melawan muzik yang sangat kuat.

"Macam biasalah..." Luqman tersenyum simpul.

"Apa lagi, call Sarahlah tu..." Faiz tolong jawabkan.

"Ini yang ke berapa? Sebelum ni best-best tak?" Cuba tukar topik.

"Ni yang keenam. Biasa-biasa saja tadi. Aku tak sabar nak tengok yang ketujuh ni..." mendatar Faiz menjawab.

"Siapa?"

"Kau tengok sajalah nanti," sengaja nak bagi saspens. Luqman memberi isyarat kepada Muaz dan Aidil, namun mereka berdua mengangkat bahu tanda tidak tahu.

Mereka berjalan penuh berhati-hati menaiki tangga pintu masuk pentas. Lampu pentas memang sengaja dimatikan. Sudah dirancang dengan kru pentas. Posisi di ambil. Suasana agak sunyi.

Mungkin masing-masing tertanya-tanya siapa peserta ketujuh. Muzik bermula serentak lampu tengah dibuka. Satu demi satu lampu terbuka dan 'DIVA' mula beraksi dengan gaya yang mereka telah praktis berhari-hari. Riuh penonton menjerit. Entah menjerit kerana teruja, ataupun kutuk, sebutir pun tak masuk dalam telinga mereka.

"Diva ni yang kau maksudkan?" Membulat mata Luqman pada Faiz.

"Wohaaa! Aku dah jadi fan dia orang mulai saat ini!" Faiz bangun tanda support. Ramai juga yang berdiri sambil tepuk tangan.

Lampu kembali terpadam bila muzik habis. Seisi dewan menjerit.

"We want more! We want more! We want more!" Penonton seat hadapan menjerit. Faiz juga turut sama menjerit. Luqman menarik wajah.

"Weh, tak payah over sangat!" Luqman bersuara sambil menarik tangan Faiz supaya duduk.

"Dia orang best gila! Aku tak boleh move onlah!" Jawab Faiz dengan bersungguh-sungguh.

"Weh, jaga adab sebagai lelaki budiman sikit der." Aidil pula bersuara. Muaz hanya tersengih. Dia tak ada masalah pun dengan kumpulan diva kat atas pentas tu.

Lampu kembali dihidupkan. Kot hitam dan topi tadi sudah ditanggalkan. Kali ini mereka berlima duduk di atas kerusi tinggi. Rambut didandan ala half-up fishtail braid. Zulaikha nampak sedikit menyerlah bila mengenakan kemeja kotak-kotak biru gelap yang lebih besar dari saiz tubuhnya dan sengaja memakai kaca mata bulat dan besar. Lengan baju disinsing hingga ke siku. Nampak macam gaya gadis-gadis nerd. Diva yang lain mengenakan kemeja senada berwarna merah. Gitar berbunyi.

Seisi dewan tersenyap.

"Oh my god! Meremang bulu roma aku weh..." Faiz tak sudah-sudah dengan pujiannya. Luqman semakin meluat. Rasa macam nak keluar saja. Tapi memang tak boleh dinafikan, suara Zulaikha sangat sedap. Dipadankan dengan harmoni diva yang lain, memang boleh meremang bulu roma. Tambah-tambah dia tak sangka si Zulaikha tu pandai main gitar rupanya.

"Wow! Fantastic. It's like I'm in a real show. I can't wait for DIVA to release their own album. Who knows one day they will be a good band right? Proud of you, DIVA! Big applause for DIVA!" Seisi dewan meriah dengan tepukan. DIVA hanya menunduk hormat sebelum keluar dari pentas.

"Aaaa!" Sebaik saja DIVA semua berada di belakang pentas, terus sahaja menjerit gembira. Mereka saling berpelukan sambil menangis. Rasa seram, takut dan berdebar terus sahaja hilang terbang melayang entah ke mana.

"I rasa macam kita ni ada kat American Got Talent tau. Gila sangat bila crowd stand. Apa yang I paling takut tak terjadi pun!" Sambil kesat air mata Tina bersuara.

"Apa yang you takutkan tu Tina?" tanya Juli nak tahu.

"I takut dia orang baling kasut ke, telur ke, batu ke..."

Seraya itu berderai ketawa mereka.

"Imaginasi you tu over sangatlah Tina." Juli memeluk bahu Tina dengan ketawa yang masih bersisa.

"Dahlah, jom kita duduk balik. I nak tengok contestant lain pula," ajak Pia sambil masukkan kot dan topi fedora dalam beg kertasnya.

"Kau orang pergi dulu. I nak pergi toilet kejap, lepas tu nak call Irah. Dia mintak I buat report bila habis saja turn kita," sengih Zulaikha.

"Amboi Irah, tak sabar betul nak tahu anak didik dia boleh buat ke tidak... Hahaha. Okey, jangan lambat sangat tau Zula," pesan Juli. Zulaikha mengangguk dan berlalu dalam senyuman. Hatinya penuh berbunga-bunga.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro