Bab 6
"Aduh!" Zulaikha terjerit kecil sambil tangannya spontan memegang bahu.
"Sorry. Sakit ke?" Soalan yang lebih bernada sinis sebenarnya. Zulaikha mengangkat wajah.
"Ini sengaja, kan?" Matanya mengecil. Kalau ikutkan hatinya, mahu sahaja dia menjerit memaki lelaki yang buat muka selamba tanpa rasa di hadapannya kini.
"I said sorry. SORRY with capital letter," balasnya dengan sinis.
"I tak faham, kenapa muka you ada kat mana-mana sekarang ni. You follow I ke sebenarnya? You stalk I ke apa?" Tak puas hati. Namun nadanya bukan dalam nada marah.
"Pleaselah, aku nak stalk kau, apa ke jadahnya? Tak ada faedah punlah. Kau tak rasa ke kau yang stalk aku? Sekarang ni kau kat depan bilik ARC club. Kau cari apa? Cari aku ke?" Luqman angkat kening sambil bersandar di jenang pintu. Dia nampak gadis itu sedikit gugup tiba-tiba.
"I just nak tengok kalau ARC ada program this week. I nak join. That's all..." katanya jujur dan polos. Memang itu tujuannya lalu di bilik meeting kelab tu.
"Zulaikha, aku harap kau tak akan join lagi aktiviti kita orang. Paling tidak pun sampai aku grad. Dah tak lama pun. Aku rasa rimas bila tengok kau dan kawan-kawan kau. Tambah-tambah, bawak geng diva macam kau orang ni sangat menyusahkan! Masing-masing nak ikut kepala sendiri. Kau pun tahu kan apa jadi kat Tabuh hari tu? Aku malaslah nak repeat cerita pada kau. So, aku harap lepas ni, muka kau dan kawan-kawan kau tak ada dalam aktiviti kita orang." Kali ini Luqman berdiri tegak dengan wajah serius. Dia serius dengan kata-katanya.
"Apa sebab you tak suka dengan kita orang?" Perlahan. Hatinya terasa sentap sedikit sebenarnya.
"I have no reason. Cuma tak suka. Full stop!"
Zulaikha melepas nafas perlahan. Dia memusingkan badannya. Tak perlu kata apa lagi. Kalau orang dah tak suka, takkan dia nak tersua-sua. Dia pun ada rasa malu. Luqman melepas nafas perlahan bila Zulaikha hilang dari pandangan.
"Thanks Luq, sebab faham yang kita orang tak boleh terima kumpulan diva tu." Aisyah yang muncul dari belakang bersuara membuatkan tubuh tinggi lampai lelaki itu berpusing 180 darjah.
"Please change Aisyah," hanya itu yang terluah sebelum Luqman berlalu pergi meninggalkan Aisyah yang nyata berubah wajahnya.
"So, kita kena quit?" tanya Juli sambil menjegil biji mata.
"Haa... I tak sukalah bila kita ni menjadi burden untuk dia orang. Lagipun, banyak lagi club kita boleh masuk kan..." Mendatar Zulaikha bersuara sambil membetulkan anak rambut yang menutup matanya.
"Cuba you cakap, kelab mana yang kita nak join?"
"Teater pun okey kot, I rasa. You rasa?" Dia bertanya kembali pada Juli yang duduk berhadapan dengannya. Memang hari Selasa, hanya dia berdua sahaja yang free pada pukul 10 pagi. Pia, Elly dan Tina masing-masing ada kelas.
"Eiyuuu... Macam geli saja!" Juli membuat muka geli. Zulaikha ketawa kecil.
"I bukan apa. Alang-alang dia orang gelarkan kita diva, why not kita jadi diva betul-betul, kan. Lagipun, kita ni ada class kot!" Zulaikha cuba berlagak diva sedikit sambil menyilang kakinya dan menolak hujung rambutnya ke belakang bahu. Juli ketawa sedikit.
"You sesuailah jadi diva. Kita orang ni, keras kejung jadinya."
"Well, diva semua tu pun bukan natural pun. Buat-buat sajalah. Tapi kan, I rasa... Okey juga cadangan I tu, kan?" Wajah berfikir.
"I hairan juga dengan you tau Zula. Why not you join saja kelab photography? You kan minat ambil gambar."
"Abang Amal ada kat dalam tu..." Ada keluhan keluar dari bibir Zulaikha.
"Laa... Apa salahnya. Kalau I jadi you, bersyukur sangatlah kalau Abang Amal suka kat I. Dahlah kacak, baik pula orangnya. Stok masjid pula tu. Alahaiiii, bahagianya kalau Abang Amal tu membalas rasa suka I..."
"Nanti I recommend you dekat dialah eh," spontan Zulaikha mencelah.
"Eii, you jangan nak malukan I eh Zula. I sepuk you nanti!" Amaran yang keluar dari mulut Juli dengan wajah acah-acah marah membuatkan Zulaikha ketawa besar tanpa kompromi.
"Aku tak faham, kenapa kau mesti ikut sangat kehendak budak-budak perempuan tu. Kau ni ada apa-apa ke dengan Aisyah tu?"
Faiz menarik kerusi dan tanpa disuruh dia terus duduk berhadapan dengan Luqman yang sedang menulis di atas kertas.
"Aku malas nak bertekak dan malas juga nak layan dia orang bertekak nanti. Dah dua kali beb. Silap hari bulan, banyak benda buruk boleh jadi..." Mendatar namun dia tidak mengangkat wajah. Khusyuk sangat menulis.
"Kalau ikut pemerhatian aku nilah kan, budak-budak kita yang banyak buat hal," masih tak berapa puas hati.
"Apa aku boleh buat. Senior dah sebulat suara tak nak kumpulan diva tu join. Aku ni terima sajalah, sebab aku pun rasa rimas sebenarnya. Ke salah seorang dari dia orang tu awek kau Faiz?" Kali ini Luqman mengangkat kening kepada Faiz. Pulang servis.
"Jadahnya. Cuma, aku rasa senior macam kita ni too childish laa. Padahal kumpulan diva tu bukan macam yang kita sangka kot. Dia orang pandai jaga diri saja aku tengok."
"Perempuan ni kan ada rasa tak selamat kalau ada yang lebih dari dia orang," balas Luqman malas.
"Okey, kalau perempuan tu aku fahamlah, ni kau. Apa yang kau anti sangat dengan Zula tu eh?" Kali ini giliran Faiz pula yang mengangkat kening pada Luqman. Luqman menarik nafas, batang pen di tangan perlahan diletakkan atas kertas.
"Aku tak adalah anti sangat dengan dia. Cuma, aku tak nak terlalu rapat dengan dia."
"Apa hal? Takut jatuh cinta ke apa kau ni?"
"Dengan dia? Mintak simpanglah bro. Aku cuma rasa kan, aku rimas dan tak senang hati bila tengok dia dan kumpulan dia. Entahlah weh. Mungkin macam apa yang kau rasa pada lecturer Object Oriented Programming kita tu kot. Hahaha..."
"Tu lain bro..." balas Luqman menggumam rendah. Memanglah dia tak suka prof. yang banyak cari kesalahan dia tu. Sebab anti sangat, maka final semester ni pun dia kena repeat subject tu. Harap tak sangkut lagilah. Dia dah tak sabar nak praktikal dan tamatkan pengajian.
Zulaikha memerhati satu per satu kertas yang bertampal di papan kenyataan. Meneliti maklumat-maklumat kelab yang mungkin menarik untuk dia sertai. Yang paling penting kena tengok dulu ketua dan ahli jawatankuasa. Kalau tidak, mungkin peristiwa dalam kumpulan ARC pasti akan berulang. Bibirnya mengukir senyum.
KELAB TEATER DAN SENI PENTAS
PRESIDENT
Mohd Suffian Bin Abd Latif
NAIB PRESIDENT
Firdaus Bin Jumadil
Kenallah dia. Ramai yang kenal dua nama ni. Dua lelaki lembut yang pasti mencuri tumpuan kalau menjejaki kafeteria. Dengan mulut yang kecoh dan gaya ala-ala manja gitu. Tapi Zulaikha yakin sangat, mereka berdua adalah senior yang baik.
Kelab itu termasuk dalam kelab yang dia ingin sertai. Kakinya melangkah pula ke papan kenyataan sebelah. Aktiviti bulanan kolej. 'ENGLISH MONTH'. Matanya bersinar. Ada banyak pertandingan yang bakal berlangsung minggu ke tiga dalam English Month.
Telefon bimbit dari poket beg galas dikeluarkan. Butang kamera ditekan dan dia mengambil gambar. Menarik ni! Pertandingan terbuka. Dia pasti akan menghasut teman yang lain untuk terlibat. Kemeriahan untuk bulan ini juga sudah jelas bila banyak persiapan, bunting dan aksesori sudah mula bergantungan dan diletak di mana-mana.
"It's compulsory for every club Luq..." Aisyah bersuara. Memang setiap hari siapa yang free akan lepak di bilik kelab. Ada yang saja melepak, ada yang siapkan assignment dan tak kurang juga ada yang main game.
"Kalau macam tu, apa kata kau saja yang join," menjawab malas sambil tangannya sibuk menulis nota di kertas kajang.
"Ish, saya tak naklah. Awak ingat, saya ni muka stage ke. Mahu semua baling telur nanti!" Aisyah menarik wajah.
"Apa cadangan kau?" Minta pendapat Aisyah, namun matanya tidak mahu memandang wajah di hadapannya itu.
"Sedangkan dalam kelab kita ni, awak, Faiz, Muaz, Aidil adalah yang paling berbakat, so why not you all participate saja dalam pertandingan tu," cadang Aisyah.
"Wah, wah, wah... Sedap saja dia petik nama orang ya..." Aidil yang duduk di hujung sebelah sana sambil bermain game Counter Strikes menyampuk sambil mata tak lepas dari skrin.
"Come onlah Aidil, anggap sajalah ni last performance kau orang sebelum tinggalkan kolej," pujuk Aisyah bersungguh-sungguh.
"Bila kena hantar nama volunteer?" tanya Luqman lagi.
"This week. Alaaa, tak payahlah fokus untuk menang sangat, cukup kalau terlibat saja," balas Aisyah.
"Kau ingat kita orang ni tak layak ke untuk menang?" Dengan muka berlagak Muaz mencelah.
"Err, macam tulah kot dalam perkiraan saya," teragak-agak dia nak menjawab.
"Ouch, it's hurting me sis. Kau dengar tu Luq, ada yang pandang rendah pada boy band yang kacak macam kita ni." Muaz memegang hatinya. Luqman tersengih dengan telatah Muaz. Muaz memang kuat drama.
"Bolehlah Aisyah. Dua lagu kan. Kena bagi tajuk lagu sekarang juga ke?" Luqman bersetuju.
"ASAP," laju sahaja Aisyah menjawab sambil cepat-cepat dia mencatat nama lelaki-lelaki hot yang ada dalam bilik kelab ARC.
Sementara itu, Zulaikha dan kawan-kawannya juga sedang berbincang.
"I on saja..." Elly cepat sahaja setuju. Lagipun dia dah biasa jadi muka stage.
"You rasa kita tak kena kecam ke nanti?" Wajah Tina resah.
"Alaaa, apa bezanya. Sekarang pun kita dah kena kecam tau. I pun on Zula!" Pia juga setuju. Tina menggigit bibir. Memang betullah kata Pia, tak buat salah pun orang dah kutuk kumpulan mereka.
"Juli? How about you?" Zulaikha angkat kening pada Juli.
"Laa, nama pun klik. Mestilah I follow. Lagipun, time nilah nak jadi diva betul-betul, kan?" Juli ketawa sambil menutup mulut.
"Kalau macam tu, I follow jugalah, walaupun sekarang pun I dah rasa berdebar sangat," Tina menggigit bibir. Memanglah, tangannya kini terasa sejuk pula.
"Hahaha, you ni comellah Tina!" Zulaikha ketawa sopan.
"Tell me something that I don't knowlah Zula." Ayat Tina membuatkan tawa mereka mencuri tumpuan warga kafeteria. Zulaikha berpuas hati. Dia pasti akan kalahkan ARC Club. Nekad!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro