Bab 4
"Siapa rasa diri tu injured sila jalan belakang!" Suara Luqman tegas memberi arahan usai semua berkemas. Zulaikha buat tak faham bahasa. Dia terus sahaja menyelit antara Juli dan Tina.
"Aku rasa... tak perlu rasanya nak ulang ayat yang sama." Kali ini nada itu tambah serius lagi.
"Apa, I dah okeylah!" Zulaikha bersuara bila banyak mata yang memandangnya.
"Oh, dah tak injured ya? Okey, Fine!" Lalu beg plastik sampah hitam dihulur betul-betul di hadapannya. Zulaikha mengangkat wajah. Pelik.
"Hukuman bagi orang yang tak dengar arahan," mata Luqman tepat menikam matanya. Perlahan keluhan terluah dari bibirnya sambil tangannya menyambut huluran Luqman. Sedikit berat, tapi dia lebih sanggup angkat sampah dari terpaksa duduk belakang bersama lelaki itu.
"Zula, you okey tak? You jalan macam tak betul saja. Biar I tolong you angkat sampah tu." Elly sudahpun menghulur tangannya sebelum suara dari belakang berdehem kuat.
"Ada yang nak langgar arahan lagi ke?" Lelaki yang berdiri di tempat yang tinggi sedikit itu bersuara. Sengaja! Zula menggigit bibir bawahnya.
"It's okay Elly. I can..." tersenyum tawar. Padahal dalam hati dia menyumpah seranah lelaki yang tak bertamadun itu.
Dia membuka kain kasa yang membaluti kakinya. Penuh dengan darah. Lukanya terbuka kembali. Dia menggigit bibir menahan pedih apabila Pia membantunya membersihkan darah dengan air.
"Dah tahu injured, tapi masih berlagak!" Suara yang dia tak mahu dengar itu menegur. Zulaikha buat pekak badak. Tidak langsung menoleh atau mendongak. Dia tidak berminat untuk bersuara. Tambah-tambah dalam waktu sakit ni. Mereka kini sudahpun berada di stesen bas Kampung Pansoon. Sekejap lagi, pasti bas akan tiba. Bila-bila masa sahaja. Paling tidak, dia sudah rasa lega kerana mereka akan pulang ke kampus. Itu tandanya, dia juga tak perlu nak hadap muka lelaki yang tidak budiman itu. Entah berapa banyak lagi gelaran dia berikan untuk mamat itu. Geram!
Luqman mengerling jam Suunto miliknya. Lagi beberapa minit mereka akan menapak di Puduraya. Badan sudah terasa sangat letih. Dari Puduraya naik bas lagi menuju ke kampus. Matanya memerhati sekeliling. Cuba mengira dalam hati peserta ARC. Entah kenapa matanya melekat lama pada satu wajah yang tidur tenang sambil kepalanya besandar di cermin tingkap bas. Terngiang kembali segala marah yang dihamburkannya kepada Zulaikha. Marah yang tak dapat dikawal lagi. Memang kalau tak fikir Zulaikha itu perempuan, dah lama dia bagi penumbuk pada muka itu.
Memikirkan kehilangan Zulaikha, memang buat dia seriau. Ada rahsia di Gunung Nuang yang ramai tak tahu. Kes kematian juga pernah ada dalam rekod. Namun, dia tak mahu bercerita pada yang lain, tak mahu menakutkan semua yang ada. Dia meraup wajah, terbayang wajah Zulaikha yang serba pucat, comot dan luka saat dia terjumpa gadis itu di bawah curam.
Sungguhlah, kalau apa-apa jadi pada Zulaikha, dia tahu dia tak mampu nak hadapi. Ada keluhan berat terluah dari bibirnya.
Badannya panas. Memang sejak sampai semalam tubuhnya mengigil sejuk. Rasa seperti baru lepas buat bangunan. Terasa sangat letih. Otot-otot pehanya pula terasa keras dan bengkak. Bahunya pula lebam besar. Rasa sangat derita. Tambah-tambah jahitan pada kakinya sedikit berbisa.
"Zula, Abang Luqman..." Elly menghulurkan telefon bimbitnya kepada Zulaikha. Zulaikha menyambut malas. Apa lagi yang lelaki tu nak dari dia.
"Hello..." Sedikit perit untuk dia bersuara. Tekak kering sangat.
"Turun sekarang. Kita pergi klinik," tegas suara sebelah sana.
"I okey..."
"Kalau tak aku call ambulans saja. Aku tunggu kat bawah ni lima minit. Kau tak turun, kau tunggu ambulans naik. Bye." Tiada tanda main-main bila talian terus dimatikan. Zulaikha bangun dari baringnya. Terasa dunia bagai berpusing. Sakit kepala, sakit badan, kini ditambah dengan sakit hati.
"I cakap, I okey. Maksudnya, I okeylah!" Dia nak marah, tapi suaranya tak mampu nak keluar habis. Mungkin dalam hutan dia tak boleh nak lawan cakap lelaki yang jauh lebih tinggi di hadapannya, tapi sekarang ni dia dah tak peduli lagi.
"Okey? Kau ingat aku ni pekak dan buta ke hah?" Muka itu nyata tak puas hati.
"Look... I ni bukan bawah tanggungjawab you, since kita bukan dalam hutan lagi. Stop itlah! I sangat penat melayan sikap you yang sangat annoying. One more thing, I will never ask you to help me even if you are the last person in this world. Remember that. Adios!" Tanpa menunggu kata-kata balas Luqman, dia cepat-cepat sahaja melangkah dengan payah dan menahan sakit.
"Okey, fine! Aku ingat ayat kau tu Zulaikha. Such an annoying girl!" jerit Luqman sambil menghempas pintu kereta kuat. Panas hati! Dia bukan sengaja nak tunjuk baik sangat. Tapi dia tak mahu nanti ada suara-suara yang kata dia tak ambil kisah kesihatan peserta. Kalau ikutkan dia sendiri, muka itu pun tak mahu dia pandang lagi.
"I am okay..." Suara Zulaikha tenggelam timbul di bawah selimut.
"Roommate Zula kata, Zula tak okey. Abang bukan apa Zula. Abang risau, manalah tahu kalau Zula terminum air yang kotor masa atas gunung tu ke," suara Amal jelas risau. Kalau ikutkan hati, mahu sahaja dia menyertai program ke Gunung Nuang hari tu, tapi projek akhir membuatkan dia sedikit sibuk.
"Abang Amal, macam nilah, Zula dah tak larat nak ke mana-mana, even pergi klinik sekalipun. Kalau Zula tak okey esok, kita pergi klinik..." antara bosan, malas dan sakit kepala. Dia cuma mahu ingin cepat-cepat habiskan perbualan dan matikan telefon. Menyesal rasanya dia tak matikan telefon awal-awal. Lepas Luqman call, sekarang Amal pula. Kepalanya berdenyut kuat.
"Promise?" tanya suara di talian sebelah sana.
"Hmmm..." malas dia menjawab. Mata sudah ditutup rapat, dan kemudian tiada lagi suara yang menyapa gegendang telinganya. Sama ada telefon terlepas dari genggamannya atau Amal sudah matikan talian, dia sendiri tidak pasti.
Mata mereka bertentang. Sesaat, dua saat, tiga saat.
"Luq, you are here too," tegur Amal sambil menghulurkan tangan. Pandangan mereka terlerai.
"Yeah," sepatah sambil menyambut tangan Amal.
"Kau pun demam juga ke?" tanya Amal, kali ini lelaki itu sudah duduk di sebelah Zulaikha yang memeluk tubuh tanda sejuk.
"Taklah, aku teman..." bicara Luqman terhenti bila pintu bilik doktor dibuka dari dalam. Aisyah keluar dengan wajah pucatnya.
"Aisyah. Kenapa? Demam juga ke?" Kali ini Amal menyapa Aisyah pula. Zulaikha mengangkat wajah demi terdengarkan nama yang sudah masuk dalam list orang yang dia tidak suka.
"Ya..." pendek.
"Kau datang sini semata-mata hantar Zulaikha ke?" soal Luqman sambil matanya merenung tajam wajah yang nampak pucat betul. Geram juga, bila bantuannya tidak diterima. Dasar diva yang berlagak!
"Haah, risau juga, takut sebab virus dari air terjun. Sebab Elly kata, Zulaikha yang seronok berendam dalam air terjun Lolo." Ada senyuman terukir sambil menoleh pada gadis di sisinya.
"Insya-Allah tak ada apalah," sambut Luqman sebelum nama Aisyah dipanggil pembantu klinik di kaunter ubat.
"Gerak dulu Amal." Aisyah meminta diri. Amal hanya mengangguk. Dia menoleh orang sebelah. Zulaikha nyata sedang menutup mata rapat.
"Zulaikha. Are you okay?" Perlahan dia menyapa. Risau. Ya, dia risau. Zulaikha membuka mata perlahan.
"Not okay. I rasa nak tidur saja. Sakit kepala sangat-sangat..." Perlahan dan sedikit sukar dia menuturkan bicara.
"Lepas ni, abang janji abang takkan ganggu Zula. After this, Zula restlah ya." Lembut sahaja ayat yang keluar dari bibir merah lelaki yang berkaca mata itu. Zulaikha tidak memberi sedikit tindak balas. Dia tiada rasa untuk terharu dengan sikap baik Amal.
"Angah dah okey sikit ni abah. Kelmarin angah dah pergi klinik." Dia cuba meyakinkan satu-satunya lelaki yang paling dia cinta.
"Abah janganlah risau, cakap dengan ibu, janganlah risau. Angah penat sangat saja ni. Tu yang demam..." Ada senyuman pada bibirnya. Lucu juga bila abah dan ibunya sedikit kalut bila tahu dia tak sihat.
"Alaaa... Kenapa abah tak suruh Irah saja pergi? Angah malaslah. Mesti boring. Apa kursus A.I tu pun angah tak tahulah abah..." Dia menggaru kepala yang tidak gatal dengan hujung pen. Setakat ini memang dah dua tiga kursus dia pergi atas desakan Zulkifli. Zulkifli menternak lembu dan kambing, dan dia memang berharap salah seorang anak-anaknya mengikut jejaknya. Tetapi bagi Zulaikha, dia memang tidak berminat. Jiwanya tiada dalam bidang penternakan. Setakat bantu abahnya tu, memanglah dia suka.
"Okeylah. Nanti angah check balik schedule angah. Kalau tak ada apa-apa, angah pergi k... Tapi angah tak janji tau. Angah cuba saja," lemah dia bersuara sebelum Zulkifli memberi salam dan mematikan talian. Dia melepas nafas berat.
"Macam berat saja masalah you ni Zula?" Tina sudahpun duduk bersila di atas katil Zulaikha. Dari tadi dia menjadi pemerhati bila Zulaikha berbual dalam telefon dengan abahnya.
"Kursus lagi..." Ada keluhan berat dari bibirnya.
"Again? Kursus apa kali ni?" soal Tina sambil tersengih-sengih. Faham sangat yang kawannya ni sibuk dengan kursus hujung minggu. Mengalahkan pelajar dekan gamaknya.
"You jangan nak sengih-sengih sangat ya Tina. I lepuk kang!" Zulaikha menjeling Tina.
"Amboi, baru baik demam sikit dah berubah jadi singa. I tanya saja. Kali ni kursus apa yang abah you suruh you pergi?" Tina ketawa kecil.
"A.I... And please don't ask me what that is cause I have no idea what the capital A.I is," complete dia menjawab.
"Artificial Intelligence kot. Jap I search untuk you." Cepat sahaja Tina menaip askara di ruangan mencari Google. 'A.I dalam penternakan'.
"Oh my god. Serius your abah hantar you kursus ni..." Sedikit ternganga Tina dibuatnya.
"Apa dia Tina?" Cepat sahaja dia beralih ke sisi Tina. Dan dia juga terus terjerit kecil.
"You dah boleh kahwin dan buat anak lepas ni Zula... hahahaha!" dan Tina ketawa besar, sedang Zulaikha masih terkulat-kulat dengan permintaan abahnya.
EKSPEDISI BUKIT TABUH
Matanya cepat sahaja menangkap baris ayat yang tertulis di kertas putih dan dipaku di papan kenyataan ARC. Matanya meneliti butiran yang tertulis di situ. Seraya, dia mengeluh nafas yang sedikit keras. Hampa sedikit. Tarikh itu, dia tidak free. Padahal dia memang teringin sangat menjejaki Bukit Tabuh setelah melihat rakaman drone yang dimuat naik oleh sekumpulan lelaki dari atas bukit.
Perhatiannya terganggu bila pintu bilik Kelab ARC dibuka dari dalam. Wajah yang sudah termasuk dalam list orang yang dia tidak suka terpacul dengan sisa senyuman. Namun senyuman itu mati bila mata lelaki itu dan matanya bertentang.
Zulaikha sempat menjeling dan terus berlalu pergi. Sedikit pun dia tidak berminat untuk menyapa lelaki yang super eksyen itu. Luqman menoleh pada papan kenyataan, tahulah dia apa yang diva itu baca tadi. Harapnya dia tidak akan jumpa si diva itu atas Bukit Tabuh pula!
"Kau orang pergi sajalah. I memang tak boleh pergi. Ya... I know, I yang nak sangat pergi. Tapi, I dah janji dengan abah I," memang dia kecewa sangat, tapi apa yang dia boleh buat.
Zulkifli dah bayar pun yuran kursus, malah penginapan pun dah ditempah. Kalau dia tak pergi, abahnya mesti kecewa sangat. Buat abah kecewa, itu memang perkara yang dia selalu berdoa dia tak akan buat.
"Hmm, kita pergi next timelah. Sama-sama semua." Tina cuba menceriakan keadaan.
"Nope, kau orang pergi saja weekend ni. Buktikan pada dia orang yang kita-kita ni bukan lembik sangat. I tahu, dia orang rasa kita ni tak mampu and tak akan join lagi, that's why kau orang kena pergi weekend ni. I nak tengok juga reaksi Kak Aisyah tu. Mesti best kalau dia sakit hati,"
Zulaikha mengulum senyum. Terbayang wajah masam Aisyah bila bertembung dengannya beberapa kali.
"You ni kan Zula, nakal sangat tau!" Mereka semua ketawa serentak sambil menutup mulut. Namun bisa sahaja menarik perhatian ramai orang di kafeteria.
Memang sesiapa yang datang ke kafeteria pasti akan mencuri pandang pada sekumpulan gadis yang semuanya memakai baju biru hari ini.
Memang mereka biasa memakai baju berwarna yang sama, dan kerap kali lepak bersama. Kerana itulah, mereka digelar sebagai diva. Namun, sedikitpun tidak mereka berkecil hati. Malah terasa bangga sebab ada yang kenal.
"Okey guys. Kejap lagi kelas I start. Jumpa balik nanti ya." Zulaikha cepat menolak kerusi ke belakang.
"Auchhh!" Suara yang di belakangnya membuatkan teman-teman yang lain sudah bulat mata. Cepat Zulaikha menoleh, dan matanya turut bulat sama. Lelaki di belakangnya sudah comot, bajunya comot dengan air yang berwarna coklat. Bau Milo kini menusuk ke dalam hidungnya.
"So... rry..." Serentak itu kedua-dua tangannya menarik cuping telinga sendiri. Luqman mengetap rahang. Menahan marah, cuba bersabar walaupun sabarnya memang tak ada bila berhadapan dengan Zulaikha.
"Kalau buat salah, mudah-mudah saja minta maaf, mesti penjara dalam dunia ni kosong kan?" Luqman angkat kening sambil merenung wajah yang jauh lebih rendah darinya. Zulaikha menggigit bibir, benar rasa bersalah.
"I betul-betul tak pe... ra... san..." Ayatnya semakin kendur bila Luqman sudah pun berlalu setelah menghadiahkan satu jelingan maut. Zulaikha menoleh melihat wajah teman-temannya dengan wajah yang cuak.
"Relakslah Zula, he will be okay. Lagipun, tu kira balasanlah sebab dia kan anti sangat dengan you." Elly cuba tenangkan Zulaikha.
"Are you sure?" Meminta kepastian.
"Betul sangat cakap Elly tu. Dahlah Zula, you tak payah nak fikir sangat pasal mamat poyo tu. I think you should go now, nanti you lambat masuk kelas." Pia mengingatkan Zulaikha dan disambut dengan anggukan teman yang lain.
"Hmm, okay. I go first. Jumpa nanti... Taa~," dan kali ini tanpa berhenti, dia terus sahaja berjalan laju tidak menoleh kiri kanan.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro