Bab 14
DUMMM!
Bunyi kuat dari sebelah sana membuatkan Zulaikha benar-benar terkejut. Kuat sangat hingga telefonnya hampir sahaja terjatuh.
"Irah, Irah! Hello Irah!" panggil Zulaikha cemas. Sesaat, dua saat, tiga saat. Panggilannya tidak berjawab. Dia diam seketika, cuba mencerna apa yang sedang berlaku.
Namun apa yang masuk di gegendang telinganya, bunyi yang menakutkan. Telefon dimatikan dan didail kembali nombor Irah. Tangannya menggigil kuat. Tidak berjawab.
Sekali lagi... Tidak berjawab juga. Telefon abah didail, pun sama. Ya Allah... Jantungnya bagai nak pecah. Dia perlu buat apa sekarang ni? Dia memusingkan badannya, berjalan tanpa haluan. Di dalam kepalanya, dia mahu mencari teman-teman yang lain. Sambil berjalan, air matanya berlinangan laju.
Nombor telefon ibu pula didail, masih juga tak berjawab. Kakinya semakin laju berjalan. Wajahnya semakin basah. Tidak dihiraukan!
"Irah, jawablah call... Please... Irah, tolonglah jawab..." rayunya suara yang bergetar hebat. Dia melintasi Luqman dan Aidil. Berkerut wajah Luqman demi terpandangkan Zulaikha yang basah dengan air mata.
"Dah kenapa si Zula tu?" Aidil juga perasan. Luqman hanya mengangkat bahu sambil menghirup air yang sejuk. Malas nak ambil tahu.
"Juli! Juli!" panggil Zulaikha kuat dengan suara yang tersekat-sekat.
"Ya Allah Zula... You kenapa menangis ni? You okey tak ni?" Cemas suara Juli yang sedang duduk berbincang dengan rakan sekelas. Cepat-cepat dia bangun merapati sahabatnya.
"Juli, family... family I..." Tersekat-sekat suaranya. Rasa macam tak mampu nak bercakap.
"Kenapa dengan family you Zula?" Tak faham. Telefon bimbit Zulaikha berdering. Nama abah tertera di skrin, cepat dia menekan punat hijau.
"Abah! Abah okey tak? Apa jadi abah?" Laju dia bertanya sambil mengesat air mata dengan belakang tangan. Banyak mata melihat dirinya yang bagai orang tak tentu arah di tengah kafe. Namun jawapan yang diterima, membuatkan dia terduduk atas lantai.
"Macam mana abah saya... Semuanya..." Nafasnya bagai ingin terhenti. Telefonnya terlepas dari genggaman.
"Noooo!" Zulaikha menjerit sekuat hati dan menekup wajahnya. Ramai yang mula berkerumun di tempatnya. Ingin tahu apa yang berlaku.
"Kenapa Julia?" tanya Luqman yang sudah menyelit dalam keramaian. Juli yang sedang menggantikan Zulaikha bersoal jawab dengan talian di sebelah sana juga terus terkedu.
"Family Zula kemalangan." Air mata Juli turut sama mengalir. Kali ini tubuh Zulaikha sudah tenggelam dalam pelukan Juli.
"I nak pergi sana Juli... I nak pergi sana..." putusnya tersedu-sedu. Juli menggaru kepala.
"Jom, naik kereta aku. Juli, bawa dia, naik kereta aku." Ringan sahaja Luqman menawarkan diri. Juli akur. Aidil turut sama membuntuti langkah Luqman.
Tiga jasad sudah ditutup dengan kain. Tanda tidak bernyawa lagi. Zulaikha berjalan menyelit dalam keramaian. Jantungnya bagai terhenti berdegup bila dia kini berada di hadapan tiga jasad yang masih berlumuran darah segar. Bau hanyir darah juga pekat menerjah deria baunya. Matanya meliar melihat keadaan sekeliling. Air matanya membasahi pipi.
"Cik, cik tolong jauh sikit ya," arah satu suara.
"Ini ahli keluarga mereka." Satu suara memaklumkan. Zulaikha tidak mengendahkan semuanya. Kakinya bagai tidak berpijak di bumi nyata. Dia melutut dan tangannya menggigil saat dia membuka penutup kain di wajah.
"Irah..." Dia menekup mulut. Air mata bertambah laju menuruni matanya. Dua lagi jasad yang baru dikeluarkan, diletakkan bersebelahan jasad ketiga. Kali ini nafasnya bagai turut sama terhenti. Pandangannya gelap serta-merta.
Dia tersedar daripada lena yang panjang. Wajahnya nampak seperti biasa. Orang kata, kalau kita mimpi orang meninggal, maka orang itu pasti panjang umurnya.
Itu kata orang yang dia cuba hadam sedaya upaya. Namun, saat dia terpandang mak long di hujung katil, Naqibah yang turut sama ada di dalam biliknya dan dia yang terbaring di atas katil sendiri, mimpi tadi seolah-olah menjadi kenyataan.
"Kak ngah," panggil Naqibah yang wajah bersihnya sudah beranak sungai. Dia sedar kini, tadi itu realiti. Dia nampak jelas keadaan di kawasan kemalangan.
Lauk lemak ketam dan bekal-bekal lain yang berterabur dalam kereta. Belon-belon berisi gas, ada yang masih setia melekat di atas bumbung kereta yang sudah seperti kertas ronyok, ada juga yang sudah terkulai pecah dan berlumuran darah. Dia menekup wajah, kepalanya menggeleng laju, beberapa kali. Cuba menafikan kenyataan.
"Sabarlah, angah... Mak long ada untuk kamu... Allah ada untuk kamu," pujuk mak long dengan nada lembut. Sedaya upaya untuk menahan tangis sedang Zulaikha sudah teresak-esak menangis.
Hanya seketika. Dia bingkas bangun dari katil. Tanpa menunggu bicara mak long yang seterusnya, dia menapak keluar. Mencari abah, ibu, along, Irah dan adik. Matanya melilau-lilau. Satu per satu wajah yang kini sedang memandangnya dikenal pasti. Mana ahli keluarganya?
"Abah... Abah... Mana abah? Abah kata abah rindu angah... Mana abah..." suaranya mendayu sambil berjalan ke pintu keluar.
"Ayie, mana abah saya? Mana Ayie..." Dia bertanya pada pekerja ladang berbangsa Myamar yang nyata blur wajahnya.
Luqman menelan liur. Sebak rasanya. Kehilangan yang sesiapapun sukar untuk menelannya. Memanglah, kalau ikutkan Zulaikha itu seterunya, tapi atas dasar sifat seorang manusia, dia turut merasa simpati. Zulaikha melangkah masuk balik. Menuju bilik orang tuanya.
"Ibu, ibu... Ibu, angah balik ni..." Masih sama. Tiada sahutan.
"Along. Jangan main-main dengan angah. Angah backhand nanti!" Suaranya sudah naik dalam tangisan. Mana pergi semua ni? Bilik along pun kosong! Kali ini bilik Irah dan adik dibuka. Kasar hingga berdentum pintu berlanggar dinding.
"Irah, adik! Kenapa semua tak ada ni? Kenapa tinggal angah? Kenapa?!" Kali ini dia terjelepok di atas marmar rumah banglo setingkat itu. Menangis tanpa rasa malu.
"Sabarlah, kak ngah." Naqibah memeluk erat tubuh Zulaikha dan turut sama menangis. Hati siapa yang tak sedih. Ahli keluarga sendiri. Arwah pak ngah dan mak ngah yang banyak membantu keluarganya sewaktu ayah diisytihar muflis. Ayahnya dan arwah pak ngah hanya dua beradik sahaja. Susah senang, selalu bersama. Memang keluarganya terhutang budi dengan keluarga pak ngah, dan kehilangan ini turut sama dirasainya.
"Zula..." suara Tina yang baru sampai membuatkan dia mendongak. Tubuh Tina dipeluk erat dan dia menangis sepuas-puasnya. Kini, tubuhnya tenggelam dalam pelukan Tina, Elly, Pia, dan Juli. Sama-sama menangis. Sama-sama merasa kehilangan.
Dia ingin bersendiri. Dari jauh Amal turut menyeka air mata yang ditahan-tahan dari semalam. Gadis kesayangannya bersedih hati. Dia juga tak mahu keruhkan lagi keadaan dengan menyapa gadis yang mungkin sudah hilang rasa hormat padanya. Hanya dari kejauhan dia mampu berdoa agar gadis itu tabah dan terus kuat. Dia menyarungkan kembali cermin mata hitam dan melangkah tenang ke keretanya.
"Semua pergi dulu, angah menyusul kemudian. Angah cuma harap, kita akan bertemu lagi di sana. Angah harap sangat... Angah balik dulu. Insya-Allah, nanti angah datang lagi. Melawat semua. Angah sayang semuanya. Sayang sangat-sangat."
Air matanya turun semakin lebat. Turun jatuh ke atas pusara yang menelan tubuh keluarganya. Dia pasrah dan reda. Semua pun sudah terjadi. Perlahan dia bangun. Membetulkan letak tudung hitamnya dan berjalan tenang menuju ke arah Pia, Tina, Juli dan Elly yang sudah menunggu di kereta Luqman. Ya, Luqman memberi pinjam kereta itu untuk sementara.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro