Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 13

"Kau dengan Zula tu ada apa-apa ke yang disorokkan?" Suffian nak mengorek rahsia. Manalah tahu, mungkin ada cerita hot yang dia tertinggal.

"Kau memang sengaja kan, Pian. Aku tak sukalah kau kaitkan aku dengan dia," marahnya sambil mengibas-ngibas hammock. Matanya dah mula mengantuk.

"Aku perasan saja kau dengan dia."

"Kita orang tak ada apa-apa, Pian. Aku tak suka dia, dan aku tahu dia pun anti dengan aku. Aku tak ada sekelumit pun rasa suka pada dia. Aku harap kau faham dan jelas dengan jawapan aku ni. Dahlah Pian, aku nak tidur. Dah mengantuk sangat. Esok nak gerak balik. Karang aku tak bangun pula." Dia dah malas nak layan Suffian yang tersenyum penuh makna.

Luqman berbaring di hammock. Head buff dipakai menutupi telinga dan matanya. Tanda dia tak mahu berbual lagi. Panas pula hatinya dengan si Suffian. Kalau tahu perangai member macam ni, dah lama dia menolak job hujung minggu sebagai guide. Hampeh!

"Oh my god! Please tolong cabut. I kalau kecik I dah cabut dah. Ni besar gajah, eiiiii!" Seraya itu badannya sedikit menggigil. Geli yang amat, bila pacat gemuk itu sedap-sedap saja landing atas betisnya. Matanya dipejam. Memang tak mahu tengok pacat yang gemuk dengan darah.

"Alamak Zula... You pun tahu I alergi sangat dengan binatang ni," badan Elly turut sama menggigil. Malah dia yang mula terjerit-jerit tadi.

"Hishy, dengan binatang sekecil ni pun nak takut! Bukan mati pun!" Herdik Luqman. Pantas ditarik hujung kasut Zulaikha. Mata yang terpejam, dipejam semakin rapat. Malah tangannya kini sudah menutup wajah yang merah menahan geli. Terasa pacat berpisah dari kulitnya. Serta-merta gatal pula kulitnya.

"Nah, basuh. Takkan nak suruh aku basuhkan juga?" Sengaja dia menekan suara. Menyedarkan Zulaikha yang masih lagi menutup wajah. Perlahan dia membuka mata. Wajahnya semakin merah bila renungan tajam Luqman masih melekat pada wajahnya. Huluran botol air disambut dan airnya dituang ke kaki. Darah mengalir laju.

"Pandai pacat tu pilih orang. Bagus juga dia sedut darah kotor orang yang tak berapa betul ni. Mudah-mudahan kejap lagi jadi betullah..." Perlahan, namun jelas di telinga Zulaikha. Luqman terus sahaja berlalu dengan gaya yang rasa macam minta penampar. Zulaikha menggigit bibir. Geram! Ada saja nak sakitkan hati orang!

"Abah sihat? Ibu sihat? Angah rindulah kat semua..." suaranya mendayu di talian sebelah sana. Memang dia sangat manja dengan Zulkifli.

"Abah dan ibu sihat saja. Angah sihat? Pukul berapa sampai?"

"Baru saja sampai. Terus call abah. Kat dalam hutan tak ada line. Merindu angah tak dengar suara abah..." suaranya masih mendayu.

"Baliklah angah. Abah pun rindu angah. Kambing-kambing pun rindu angah. Haha," usik Zulkifli sambil ketawa kecil.

"Jumaat ni angah baliklah abah. Saja-saja abah ni, kambing tu mana tahu erti rindu." Tersenyum Zulaikha.

"Ishhh, siapa kata, kambing tu ada perasaan juga, tu abah suruh angah rapat-rapat dengan kambing. La ni kambing ada perasaan pun angah tak tahu. Ni, angah nak makan apa balik nanti? Boleh abah beli siap-siap kat pasar."

"Angah kan tak cerewet. Semua masakan ibu angah makan. Abah tak payahlah susah-susah nak cari apa-apa kat pasar tu. Ikan bilis pun sedap dah kalau ibu yang masak." Tersenyum dia sendiri.

"Yalah tu. Tak apalah. Nanti abah beli ketam. Dah lama kita tak makan ketam kan. Okeylah angah, abah ni tengah tebas Napier. Angah pun rehatlah dulu. Nanti kita borak lagi ya," balas abahnya sambil mengesat peluh yang menitik di dagu.

"Okey abah. Jaga diri. Kirim salam ibu dan semua. I love you, abah."

"I love you too," balas Zulkifli dengan senyuman yang penuh rasa bangga.

"Angah kirim salam semua." Zulkifli bersuara kepada Zaleha yang sedang menuang air sejuk ke dalam cawan Zulkifli.

"Waalaikumussalam. Sihat ke dia bang?"

"Sihat. Alhamdulillah. Rindu sangat ke kita katanya." Ada senyuman pada bibir Zulkifli.

"Bila angah nak balik bah?" Irah menyampuk sambil mencapai sebiji kuih karipap yang masih panas.

"Jumaat ni katanya."

"Hari Rabu ni birthday angah tau, bah." Dengan mulut penuh Irah bersuara.

"Laa ya ke. Kalau macam tu kita naik KL buat kejutan pada angah nak tak?" Soalan itu lebih ditujukan kepada Zaleha.

"Along boleh mintak cuti kalau abah betul nak naik KL. Lagipun dah lama kita tak bercuti ke KL kan. Kita bercuti sampai Ahad." Kali ini Zulhairi pula bersuara.

"Pandailah tu along. Dah tu, adik tak payah sekolah ke? Kambing abah tu, tak payah nak makan ke? Kita pergi balik hari sajalah. KL dengan Melaka ni takat tepi hidung sajalah!" bidas Zulkifli.

"Hehe, along bukan apa bah. Rasa excited pula nak bercuti. Tak apalah, kalau gitu along apply sajalah cuti sampai Jumaat. Rasa letih pula asyik kerja saja." Tengkuknya ditelengkan kiri dan kanan. Bunyi tulang-temulang berlaga.

"Baguslah tu, boleh tolong abah kat kandang nanti," jeling Zulkifli. Terkulat-kulat Zulhairi dibuatnya. Bukan Zulkifli tak tahu, anak bujangnya yang seorang tu payah sangat nak jejak lantai kandang. Macam-macam alasan dan sakitnya. Padahal bukan teruk sangat berada di kandang. Zulaikha tu boleh saja duduk kandang berjam-jam. Sihat wal afiat saja. Hairan betul Zulkifli dengan perangai Zulhairi.

"Assalamualaikum. Angah, ada kelas lagi ke?" Suara Irah kedengaran agak ceria.

"Tak ada. Kenapa Irah? Ada gosip hot ke yang sampai tak boleh tunggu malam. Angah ni tengah jalan nak balik hostel ni..." Jam di tangan dikerling. 2 petang. Kelas hari ini postponed. Terpaksa dia menapak seorang untuk balik ke hostel.

"Angah, guess what?" Irah tergelak kecil.

"Teka apanya Irah oii!" Irah ni bukan boleh dilayan sangat. Kaki loyar buruk.

"Angah... Happy birthday to you... Happy birthday to you... Happy birthday, happy birthday, happy birthday to you..." Suara-suara yang menyanyikan lagu happy birthday itu membuatkan hatinya benar-benar tersentuh.

"Thanks. Terharu sangat..." Matanya berkaca menahan rasa nak nangis. Dia sendiri terlupa hari ini hari lahirnya yang ke-19.

"Angah, kita orang on the way ke tempat angah tau. Abah ni haa dah rindu sangat dengan angah. Abah yang ajak naik KL sambut birthday angah. Sukalah tu!" Sempat lagi Irah menjelir lidah. Padahal bukan Zulaikha nampak pun.

"Seriuslah Irah... Janganlah main-main..." suara Zulaikha bergetar. Kalaulah betul, gembiranya dia. Dahlah rindu sangat!

"Eii, ingat Irah ni kaki tipu ke. Semua ada ni haa. Kita orang dah kat Seremban tau ni. Tapi kalau angah tak percaya, patah balik Melaka sajalah, along!" Sengaja Irah mengusik.

"Eii, janganlah macam tu. Angah rindu ni. Datang eh, angah balik siap-siap. Nak bawa angah jalan mana?" Suaranya sangat teruja. Tak sabar nak jumpa keluarga tercinta.

"Ambil angah dulu, lepas tu baru decide la... Along! Along! Along!"

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro