Bab 12
"Okey guys, jom kita berkumpul sekarang. Nak buat sesi ice breaking ni. Come on, hurry up. Tengok jam dah pukul berapa ni."
Sambil menepuk tangan, Suffian panggil anak-anak buahnya. Semua mula bergerak berkumpul membentuk bulatan mengelilingi unggun api. 23 orang semuanya. Luqman dan Faiz hanya duduk di tepi sambil menghirup air panas yang terasa sangat heaven bila minum pada waktu sejuk.
"Okey start dari saya, dan sambung terus sebelah kanan saya. Setiap seorang boleh tanya hanya satu soalan sahaja kepada subjek. Subjek kena jawab dengan jujur atau pass sahaja soalan. Be sporting okay guys. Kita nak kenal-kenal dengan lebih rapat. Okay, we can start now. Start orang sebelah kanan saya boleh tanya soalan pada saya. Ikut turutan ya." Dan sesi ice breaking pun bermula. Waktu macam nilah boleh tanya soalan-soalan yang kononya 'besar' sangat tu.
Jawapan subjek pula pasti melucukan dan mengundang tawa besar. Seorang demi seorang menjadi subjek, hingga tiba giliran Zulaikha.
"Ehem." Zulaikha berdehem kecil bila semua mata tertumpu kepadanya. Orang pertama yang akan menyoalnya adalah Elly yang duduk sebelah kanannya.
Satu. "Siapa antara I, Tina, Juli and Pia yang you sayang lebih?"
"Semua I sayang. So far, kau orang tak ada lagi yang masuk dalam list hijau I. You pun tahu tu. Haha."
Orang sebelah Elly pula bertanyakan soalan.
Dua. "Ada secret admirer tak kat kolej?"
"Woah! Kalau saya, tak ada siapa yang saya admire, tapi kalau orang admire kat saya tu, saya tak tahulah. Sebab diva macam saya ni ramai sangat 'kipas susah mati'. Hahaha." Dia jawab sambil buat flip dengan rambut sendiri. Mengundang ketawa kecil bila Zulaikha sengaja buat ala-ala diva. Luqman mencebik bibir tanda meluat.
Tiga. "Couple ke dengan Amal?"
"Wow! Anyway, bagus juga soalan tu. Jadi ini untuk pengetahuan am kau orang semualah. Harapnya takkan dapat soalan yang sama lepas ni. Saya dengan Abang Amal tak ada apa-apa hubungan pun, dan saya tak suka dia... ermmm, bukan tak suka actually, tapi saya tak ada perasaan pada dia. Tapi, saya tak naklah over sangat cakap saya tak suka gila dengan dia, sebab jodoh tu ketentuan. Kalau saya lari hujung dunia pun, dan Allah kata dia jodoh saya, tetap bersama juga kan. So, kita serahkan kepada masa dan takdir sajalah. Harap, jawapan saya ni sangat jelas. And for ladies, are you happy now? Ada peluang lagi untuk rebut hati Abang Amal okey," jawabnya sambil kenyit mata sebelah. Comel! Jelas, ada yang melepas nafas lega dan ada juga yang ketawa kecil. Luqman dan Faiz hanya memasang telinga tanpa berminat untuk join sekali.
Empat. "Sebelum ni kau bukan ke budak kelab ARC?"
"Yezza. Tapi saya rasa kelab ni lagi fun. Kau orang semua friendly, so... I love to be here!" Bersama senyuman yang sangat ikhlas. Faiz dan Luqman saling berbalas pandangan.
Lima. "According to your green list, salah satu nama ada jasadnya di sini?"
Pandangan mata Zulaikha jelas teralih ke arah Luqman. Lelaki itu juga sedang merenungnya tajam.
"Ada, but I don't want to mention his or her name."
Enam. "Kalau bukan kelab ni atau ARC, you ke kelab mana?"
"Emm, debate. Maybe..." Macam ragu-ragu juga nak menjawab. Betul ke dia suka debate? Haha.
Tujuh. "Makanan kegemaran?" Soalan tak ada modallah tu.
"Seafood. Saya suka makan tapi saya tak suka kopek. All the time my abah akan kopek semua kerang, udang, kupang, ketam and put in my plate." Senyuman semakin melebar dan matanya nampak bersinar bila wajah abah terlintas dalam fikirannya. Jelaslah, dia rindu dengan abah!
Lapan. "Why do people call you diva?"
"I have no idea," jawabnya sambil menjongket bahu dan mencebik.
Sembilan. "Since umur berapa main gitar?" tanya pemilik gitar.
"Since 12 years old. Tapi, tak kerap pun main. Sebab kat rumah tak ada gitar. Biasanya akan main gitar bila lepak dengan kawan along. Cuma masa sekolah menengah boleh dikatakan hampir hari-hari menghadap alat muzik, sebab ada studio kat sekolah."
Sepuluh. "Ciri-ciri lelaki idaman?"
"Woah! Soalan tak ingat akhirat langsung! Haha. Exactly macam abah saya." Bersinar lagi mata itu bila abah disebut untuk ke sekian kali.
Sebelas. "Abah you macam mana?" soal seorang lelaki sambil tersenyum mengusik. Kawan-kawan yang lain riuh seketika.
"Bukan apa, senang nak masuk line nanti," sambung lelaki tadi sambil meraup wajah yang merah bila diusik galak sangat.
"Abah saya.... Perfect! Ya, perfect father..." Kali ini fikirannya jauh terbang. Rindu abah! Matanya jelas berkaca pada pandangan mata Luqman. Tentu dia sangat rapat dengan abah dia. Anak bapaklah ni! Luqman mencebik.
Dua belas. "Usia berapa you nak kahwin?"
"Err, saya tak ada estimate umur bila nak nikah. Bila dah tiba waktu yang tepat, ya... saya akan bernikah. Dua perkara saja akan berlaku masa akan datang. Sama ada saya bernikah dengan orang atau saya bernikah dengan ajal. Jadi, I have no idea bila saya akan bernikah." Laju sahaja dia menjawab soalan.
Tiga belas. "Watak animasi yang kau suka dan kenapa?"
"Tarzan. Sebab saya suka stay dalam hutan. Berkawan dengan semua haiwan dan semua haiwan anggap saya kawan juga..." Sengih. Luqman tersenyum sinis. Duduk hutan sekejap pun macam-macam hal jadi, ini ada hati nak jadi Tarzan!
Empat belas. "Apa perkara yang paling Zula tak suka?"
"Marah dan kena marah. I hate that so much!" Sengaja dia menekan suara. Bagi si Luqman tu dengar. Malangnya lelaki itu buat pekak badak sahaja.
Lima belas. "Teddy bear, flowers or chocolate?"
"Chocolate." Dia memang tak suka teddy bear dan bunga. Tapi dia sangat obsess pada coklat.
Enam belas. "Kalau sedih buat apa?"
"Kalau boleh nak lari jauh-jauh atau pergi tempat-tempat yang tinggi. The higher the better."
Tujuh belas. "Kenapa nak pergi tempat tinggi-tinggi? Nak bunuh diri ke?" Soalan yang macam bernada marah dan emosi. Zulaikha tersenyum.
"Saya tak suka orang trace kesedihan saya. Sebab tu saya buat macam tu. Saya ni masih tahu dosa besar, takkan saya nak buat hal yang tak berbaloi tu. So, kalau saya hiking Everest, the highest mountain, so saya nampak macam nak bunuh diri ke?" Sengaja dia mengangkat kening pada gadis yang kini mengangguk faham.
Lapan belas. "Tiga benda wajib yang kena ada dalam handbag selain purse and phone?"
"Headphones, Eclipse Mint dan buku nota kecil."
Sembilan belas. "Lelaki yang paling you sayang?"
"Abah. He is my everything!"
Dua puluh. "Favourite colour?"
"Blue."
Dua puluh satu. "Apa quote dari orang yang you sayang yang you tak akan pernah lupa?"
Zulaikha tersenyap seketika. Matanya merenung unggun api. Dia menarik nafas dan melepaskannya perlahan, tersenyum dan pandang semua yang ada.
"Angah, mudahkanlah jalan abah untuk ke syurga..." Suaranya bergetar dan matanya jelas berkaca. Semua seakan-akan terdiam. Yang kedengaran hanya bunyi air terjun dan cengkerik.
"Abah minta saya ubah penampilan. Pakai tudung. Ikut piawaian Islam. Ya, saya akui, saya takut untuk berubah. Takut pada kata-kata orang. Takut saya tak mampu istiqamah dan paling saya takut, saya jatuhkan nilai sehelai kain tu nanti. Orang kata, nak berubah, hijrahlah ke tempat lain, lebih mudah. Ada juga orang kata, sempurnakanlah dulu solat, insya-Allah perlahan-lahan kita akan berubah. I will change... tapi, bukan masa terdekat ni..." Dia tersenyum dengan mata yang masih berkaca-kaca. Sepi...
Dua puluh dua. "Ehem! Macam sunyi pula tetiba. Okey Zulaikha, last question for you. Satu perkataan yang menggambarkan Luqman pada mata awak?" Sengaja. Bukan dia tak nampak gelagat sahabatnya dengan Zulaikha.
Ini Pianlah... Boleh nampak semua yang tersirat atau tersurat!
"Weh, kenapa aku terlibat pula?" Luqman dah berkerut dahi. Zulaikha pun nampak seperti terkedu. Kenapa babitkan lelaki itu?
"Life saviour." Dia rasa itu jawapan yang terbaik supaya taklah nampak sangat dia anti tahap petala ke sepuluh terhadap lelaki itu. Kali ini, lelaki itu memandangnya pelik. Luqman fikir mungkin yang keluar dari bibir penuh itu hanyalah gambaran yang menjengkelkan. Namun, tidak sama sekali!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro