Bab 10
"You should not do that! It's wrong!" bentak Zulaikha tiada tapis-tapis lagi.
"Apa yang salah? Apa yang abang confess tu betul. Memang abang suka Zula, and I know you know that..." Lembut suara Abang Amal. Pertemuan di gazebo itu terasa panas sepanas cuaca tengah hari kini. Tina hanya berdiam diri. Tak mahu ikut campur. Kalau Zulaikha tak minta teman, pasti dia lagi rela duduk makan di kafe sorang-sorang.
"Tapi, Zula tak suka abang. Zula tak halang abang suka Zula, tapi abang kena hormat juga perasaan Zula. Apa yang abang buat semalam tu memalukan Zula, abang tahu tak?" Dia masih cuba mengawal suara bila matanya perasan ada sahaja orang lalu-lalang.
"I am sorry. I don't mean it. Tapi, Zula tahu kan yang abang akan tunggu Zula. Sampai Zula sudi terima abang." Suara itu masih lembut dan tenang.
"Abang, Zula minta maaf. Zula hormatkan abang sebagai abang, tak lebih dari tu. Tolonglah jangan mengharap apa-apa dari Zula. Zula datang sini nak belajar, bukan nak buat benda-benda merepek ni. Zula harap sangat, abang tolonglah lupakan perasaan abang pada Zula. Jangan buat Zula hilang hormat pada abang. Zula minta maaf sangat pada abang. Zula tak boleh terima abang. Tina, jom!" Dia sudah tak betah berlama di situ. Cepat sahaja dia menarik tangan Tina.
"Zula, abang tetap akan tunggu Zula. Ambillah berapa banyak masa yang Zula nak, abang tetap di sini tunggu Zula..." Ayat terakhir itu sempat juga menerjah ke gegendang telinga Zulaikha. Memanglah dasar tak faham bahasa!
"You tak takut ke kalau dia buat 'guna-guna' kat you?" Soalan Tina membuatkan bulu romanya meremang juga. Dia ada juga terfikir tadi, tapi dah terlepas buat...
"So kalau I sakit, you tahulah kan siapa yang buat."
"Tu bukan soalnya Zula. I cuma risau kalau betul dia guna 'cara halus' nanti."
"I tak boleh fikir tu semua Tina. Kalau dia buat benda-benda tu, you tahu kan apa yang I buat ni betul. Menolak cinta dia sebab dia bukan orang baik-baik. You faham kan maksud I, Tina?" Jarinya mengacau air Milo ais kaw-kaw dengan straw. Sungguhlah, jiwanya kacau sejak dari semalam walaupun mereka diumumkan sebagai juara. Moodnya hancur secara total semalam.
"Sabarlah Zula. Kita sama-sama doa yang Abang Amal tak buat yang bukan-bukan," Tina menggenggam tangan Zulaikha, cuba memberi sedikit kekuatan padahal jiwanya juga kecut.
"Thanks Tina, temankan I tadi..." Ada nafas berat dari bibir Zulaikha. Paksa senyum walaupun hatinya entah terbang ke mana. Tina membalas senyum tawar Zulaikha.
Amal meraut wajahnya untuk kali ke berapa. Sungguh fokusnya hilang ke mana. Rasa kecewa yang menggunung tinggi.
Kenapa Zulaikha menolak dirinya mentah-mentah. Dia tak cukup baik ke? Nak kata dia hodoh, tak juga. Ramai saja pelajar perempuan yang cuba menarik perhatiannya, tapi dia buat buta sahaja. Hatinya memang terpikat pada Zulaikha sejak pertama kali dia nampak gadis itu sewaktu minggu orientasi.
Semenjak hari tu, sedaya upaya dia mendekati Zulaikha. Bila Zulaikha baik padanya, perlahan-lahan dia cuba meluahkan rasa hatinya. Tapi penolakan Zulaikha sebentar tadi memang membuatkan dia kecewa sangat. Apa lagi yang perlu dia buat? Apa lagi yang patut dia buat untuk menambat hati gadis itu?
Hmmmm... Dia melepas nafas panjang sambil menyandarkan tubuhnya di kerusi. 'Abang tak akan pernah putus asa Zula. Ambillah berapa banyak masa yang Zula mahukan... And finally, it's gonna be me that you love.' Kata hatinya.
"Jadi angah tak baliklah ya minggu ni?" tanya Zulkifli sambil membetulkan kaca mata yang melorot sedikit.
"Tak abah. Angah ada aktiviti kat Lata Hammer. Angah nak mintak izin abah nak pergi sana. Boleh eh bah?" Pensel di tangan menconteng buku tebal tiga inci atas meja.
"Berapa ramai? Kalau setakat kamu berlima, tak payahlah pergi. Bahaya." Ada nada risau pada suara Zulkifli.
"Ramailah abah. Ni budak-budak kelab teater. Ramai. Abah janganlah risau, takkanlah angah nak pergi berlima saja, takutlah angah... Haha." Zulaikha ketawa kecil di dalam talian.
"Oh, kalau macam tu, abah benarkan angah pergi. Nanti abah bagi tahu ibu. Ni ibu tak balik lagi dari bandar. Shopping dengan Irah dan adik..."
"Terima kasih abah. Nanti kirim salam semua ya. I love you abah." Telefon bimbit dimatikan bila salam dan ungkapan cinta bersambut. Gembira rasanya bila abah benarkan dia pergi. Memang dia berdoa dalam hati, janganlah ada sebarang kursus abah suruh pergi minggu ni. Abah ni bukan boleh percaya. Pernah sekali tu, esok ada kursus, malam ni baru bagi tahu. Mahu pengsan Zulaikha dibuatnya.
"Auchhh!" Dia terjerit kuat. Matanya berair. Spontan dia menggenggam jari kelengkeng tangan kirinya. Mencangkung sambil mengetap gigi kuat. Menahan sakit yang teramat sangat.
"Kenapa ni Zula?" tanya Suffian, presiden kelab teater. Zulaikha mendongak dengan mata yang berkaca. Terasa berdenyut-denyut jarinya. Padah kalau tutup pintu kereta tapi mata ke lain. Padah sangat!
"Zula, you okey tak ni. Cuba you cakap kenapa tiba-tiba you macam ni?" Elly sudah mencangkung sama. Zulaikha hanya menggeleng, namun air mata sudah turun ke pipi. Nak diseka tapi tangan kanannya masih menggenggam jari kelengkeng kiri yang masih sakit.
"Tengok!" Cepat dia menarik tangan Zulaikha. Gadis itu tidak sempat berkata apa bila tangannya selamba sahaja ditarik Luqman.
Ini semua sebab lelaki itu! Dia terkejut demi terpandangkan wajah lelaki itu, hingga terlupa pada tangan sendiri. Kenapa lelaki itu ada di mana-mana sahaja? Zulaikha menelan liur dan cuba merentap semula tangannya. Luqman mengangkat wajah merenung tepat anak mata Zulaikha dengan renungan serius. 'Aku bukan ikut suka-suka!' Seakan tahu apa yang ada dalam minda Zulaikha.
Pegangan tangan lelaki itu semakin kemas. Bukan dia tak perasan yang tangan gadis itu masih di pintu saat mereka bertentang mata tadi. Dia juga perasan wajah gadis itu berubah secara total sebelum gadis itu menutup pintu kereta seraya menjerit kuat.
"Mujur tak cacat. Kalau cacat, kurang sikit hantaran Amal kena bagi kau!" Sedikit sinis nada lelaki itu sambil tersenyum senget. Wajah Zulaikha berkerut seribu. Kini hatinya rasa sakit, melebihi sakit di jarinya.
"Macam mana jari you boleh tersepit Zula?" soal Elly dengan muka pelik. Memanglah pelik, Zulaikha bukan seorang yang cuai.
"Pesan kat kawan kau ni, jangan berangan sangat. Jasad kat sini, hati dah terbang pergi ke Amal agaknya. Kalau dah tahu tak boleh berenggang, gatal ikut buat apa? Jangan susahkan orang lain nanti." Luqman berdiri semula setelah memastikan tiada kecederaan yang serius pada gadis itu.
"Mind your own business!" Sempat lagi dia menjeling tajam pada Luqman sebelum kakinya melangkah pergi menuju ke arah mereka yang sedang berkumpul.
"Are you okay?" soal Elly separuh berbisik. Tidak mahu mengganggu sesi taklimat yang diberikan oleh Abang Faiz. Zulaikha hanya mengangguk sambil tersenyum tawar. Entah kenapa hatinya terbang pergi.
Moodnya hilang serta-merta demi terlihatkan wajah itu. Kenapa mesti lelaki itu ada bersama dalam program kelab teater? Tangannya masih lagi membelek jari kelengkeng yang merah dan berdenyut-denyut.
"Zula, awak dengan Amal tu memang together ke?" tanya Kak Ila sewaktu mereka berjalan seiringan. Zulaikha menoleh pada Kak Ila di sebelah kirinya. Kak Ila tersenyum manis.
"Tak adalah kak, saya dengan dia tak ada apa-apa hubungan pun," laju sahaja dia menjawab. Penuh yakin.
"Bertuah kalau Zula dapat Amal. Amal tu baik sangat. Ramai saja yang nak dekat dia, tapi dia tu hormat sangat dengan wanita, pandang pun tak mahu," puji Kak Ila.
"Kak Ila ni diupah abang Amal ke eh?" Keningnya terangkat sebelah.
"Eh taklah. Akak dengan Amal bukan rapat sangat. Cuma kawan-kawan akak minat sangat dengan dia. Semua dia tolak dengan baik. Dia kata hatinya sudah terisi, dan dia akan beritahu nanti. Tulah, cuma tak sangka dia bagi tahu atas stage hari tu," jelas Kak Ila penuh bersungguh. Dia pun suka pada Amal sebenarnya. Suka kerana lelaki itu nampak sangat tenang.
"Dia terlalu baik untuk saya kak. Sebab tu, saya memang tak boleh terima dia. Tapi, masa akan datang tu bukan dalam kuasa saya. Kalau saya lari hujung dunia sekalipun, tapi memang dia tu jodoh saya, bertemu juga nantikan. Lagipun kak, saya datang sini untuk belajar. Saya tak pernah terfikir untuk bercinta atau apa sahaja yang berkaitan dengan hati. Saya harap, saya tak akan dapat lagi soalan cepumas macam ni." Cuba mengawal getar pada suara sendiri. Dia memang agak tertekan bila sejak ke belakangan ni ramai yang tanya soalan yang sama. Harusnya dia bawa recorder, bila orang tanya soalan yang sama, tekan sahaja butang play. Jadi, mulutnya pun tak penat sangat!
"Akak minta maaf kalau Zula tak suka dengan soalan akak. Akak janji, akak tak akan tanya lagi. Maaf ya Zula." Perlahan Kak Ila memohon maaf. Nampak keikhlasan pada wajahnya yang lembut.
"Tak apalah kak. Saya dah biasa dan dah lali. Cuma, kalau boleh lepas ni janganlah kaitkan saya dengan Abang Amal lagi ya." Zulaikha cuba mengukir senyuman yang paling manis.
"Promise!" Sambil mengangkat dua jari tanda peace.
Zulaikha melutut di tepi laluan pejalan kaki. Membetulkan tali kasut yang sudah terlerai. Seorang demi seorang melepasinya. Memang sengaja dia memberi laluan supaya perjalanan tidak terhenti. Dia bangun dan mengibas seluarnya di bahagian lutut. Menoleh belakang, tengok berapa ramai lagi di belakang. Serentak kakinya cepat melangkah. Luqman. Ya, Luqman jaga belakang sekali dan lelaki itu sedang merenungnya dengan pandangan meluat. Mesti sebab dia lembap! Pasti sangat apa dalam fikiran lelaki itu.
Luqman melintasi peserta lain. Menunggu atas batu besar dengan siap memakai glove. Satu demi satu tangan disambut. Memang perlu disambut supaya tidak terjatuh dalam air. Langkah perlu dibesarkan semaksima mungkin.
Di hadapan sana, Faiz membantu melintasi batu yang berjarak agak sama. Elly sudah pun melepasi laluan sukar. Mereka yang sudah di seberang sana duduk berehat sebentar menghilangkan lelah. Ada juga yang mengisi air bersih dan segar ke dalam botol. Zulaikha menggigit bibir bila gilirannya tiba. Luqman yang tadi dalam posisi kekuda kini berdiri tegak. Tangannya dihulurkan lambat-lambat. Namun Zulaikha terlebih dahulu melompat ke batu besar tempat Luqman berdiri.
"I don't need your favour even if you are the last person in this world!" Penuh sinis dan Zulaikha meneruskan langkahnya. Luqman mendengus kasar. Sombong! Dari tempat dia berdiri, dia nampak dengan jelas Zulaikha menyambut tangan Faiz. Semakin terbakar hatinya.
Luqman hanya menjadi pemerhati bila peserta lain sibuk memasang khemah. Dia baring di atas hammock sambil membaca novel bahasa Inggeris yang baru dibelinya. Saja mengisi masa lapang. Bukan program ARC, jadi banyak masa lapang untuknya dan Faiz.
"Apa hal kau dengan Zula tadi?" Faiz menyapa sambil menepuk kaki Luqman, isyarat dia mahu duduk juga di atas hammock itu. Hammocknya sendiri malas mahu diikat waktu ini. Luqman bangun dan memberi ruang kepada Faiz.
"Kenapa aku dengan dia?" Sengaja buat tak faham.
"Kau ingat aku tak nampak ke der? Kau janganlah kasar sangat dengan dia. Aku risau kau dengan dia berjodoh saja..." Ayat terakhir Faiz berjaya menarik perhatian Luqman.
"Hishhyyy, mulut kau ni Faiz, tak ada insurans langsung! Aku dengan dia? Memang taklah weh. Kau pun tahu aku ada Sarah. Aku dah cukup bahagia dengan Sarah, mana mungkin aku bertukar taste pada diva tu." Sempat lagi matanya mencari kelibat Zulaikha. Kali ini kumpulan diva tak cukup kuorum. Tina, Pia dan Juli ada hal lain agaknya.
"Jangan cakap macam tu der. Masa depan kita ni tak tahu lagi macam mana. Apapun aku doakan yang terbaik untuk kau bro." Faiz menepuk bahu Luqman.
"You macam tak ada mood saja I tengok, kenapa Zula?" Elly membuka mulut. Bukan dia tak perasan dengan tingkah laku Zulaikha. Dia tak macam selalu, sentiasa ceria dan suka melawak.
"I rasa menyesal ikut aktiviti kali ni," akuinya jujur.
"But why? Sebab yang lain tak dapat ikut ke?"
"Bukan sebab tu. Memang bila dia orang tak ada, macam tak havoc sangat, tapi I rasa macam tak ada semangat bila nampak muka Luqman tu. I tak tahulah kenapa, I rasa macam nak nangis dan nak balik saja tau!" Memang tu yang dia rasa sekarang. Dia rasa serba tak kena.
"You tak boleh macam ni Zula. Kalau Abang Luqman tahu you selemah macam ni, lagi suka dia buli dan sakitkan hati you. You patutnya kena tunjuk yang you tak kisah langsung pasal dia. Buat tak nampak dia saja Zula. Kalau you layan dia you yang akan bertambah sakit hati. Ignore him. Just pretend yang dia tak wujud pun," pujuk Elly sambil menggenggam erat tangan Zulaikha. Zulaikha menarik nafas dalam-dalam dan dilepaskan perlahan juga. Bibirnya menguntum senyum.
"I rasa apa yang you cakap tu betul. Dia tak pernah wujud! Okey, now I ada semangat sikit. Paling tidak kita bukan dalam ARC Club anymore kan! Kita bukan dalam tangungjawab lelaki tidak budiman tu. I akan ingat tu!" Bersungguh-sungguh dia mengumpul semangatnya semula. Memang Zulaikha sejenis yang cepat berubah emosinya.
"Ya, macam nilah Zula yang I kenal. Penuh energetic!" Elly menepuk tangan perlahan. Suka bila dia tengok Zulaikha bersemangat macam tu. Zulaikha bukan senang nak moody. Kalau moody tu, pasti masalah itu memang besar buat dirinya. Tapi, kalau moody pun, pasti tak lama. Tak mahu nampak tua katanya. Hahaha!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro