01
Seperti biasa aku pergi ke perpustakaan. Aku memang suka baca buku. Membaca itu jabatan ilmu. Aku lebih rela baca banyak buku daripada buat kerja rumah cikgu beri.
"Hyunji , kamu sepatutnya bertugas jaga pondok. Mengapa kamu berada di sini?" Soal Cikgu Woo. "Berikan saya 5 minit sahaja untuk pilih buku. Saya dah habis baca buku ni." Kataku sambil menayangkan buku bertajuk Mawas Kesayangan 2ELF. "5 minit sahaja. Jika saya dapati melebihi 5 minit , saya akan denda kamu. Disebabkan kamu , saya ditegur buat ke 7 oleh Cikgu Yook kerana kamu lambat bertugas." Baru 7 kali. Ingatkan dah 70 kali. "Saya janji cikgu!" Lantas aku bergerak mencari buku pilihanku.
Aku memang suka datang ke sini dan aku lebih suka datang ke sini kerana aku ternampak seseorang yang menepati ciri-ciri lelaki idaman aku. Dia merupakan pelajar baru di sekolah aku. Dia kerap datang ke sini semenjak dia tiba di sekolah ni. Niat aku nak cari buku ye. Bukan nak tengok dia tapi kalau dah rezeki aku boleh tengok dia , aku tengoklah. Jangan ditolak. Tak elok :3
"Eh Hyunji , mata meliar cari siapa tu?" Soal sahabatku Kim Hyojeong. Aku tidak beritahu lagi tentang pelajar yang menarik perhatian aku kepada Hyojeong. Aku pendam terlebih dahulu.
"Tiada siapa. Aku tengok banyak muka baru kat sini. Baru muncul rasa minat nak baca buku ke" Aku menggelengkan kepala. Alasan itu boleh digunakan. "Aku rasa mereka terpengaruh dengan pelajar baru tu la. Pelajar baru tu kerap datang sini. Maklumlah , jadi bualan mulut warga sekolah." Jelas Hyojeong.
Hmm popular juga dia ni. Bagus juga ramai pelajar kunjungi perpustakaan. Tetapi aku tidak nampak pelajar itu. "Di mana pelajar itu berada?" Soalkan sambil menjongketkan kaki. Aku berharap sangat Hyojeong boleh bantu aku dalam masa yang singkat ini. "Budak tu kat rak belakang sana. Tengah cari buku tak silap aku." Pantas aku bergerak ke rak tersebut akan tetapi langkah aku terhenti kerana Hyojeong.
"Yang kau beria sangat nak pergi sana kenapa? Sejak bila kau sibuk nak tahu pasal budak tu? Kau sihat tak? Kau suka dia ke?" Bertubi-tubi soalan Hyojeong. Aku malas nak jawab. Aku hanya mampu membalas "entah." Kau membazirkan masa aku , Hyojeong.
"Pelik la kau ni. Pergi la sana. Kau ada masa sebanyak seminit sebelum kau kena denda dengan Cikgu Yook." Kata Hyojeong. Sejak jadi pengawas perputakaan , Hyojeong menjadi lebih tegas. Aku sebagai pengawas sekolah pun hendak ponteng bertugas.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro