"Sehangat Dinginmu" by _theserra
Tajuk dan cover
Daripada cover ni, saya boleh katakan cerita ni tentang pasangan kekasih yang perlu mengharungi banyak rintangan untuk bersama. Elemen api dalam cover tu ibarat macam kita kata ujian untuk diorang. Penggunaan warna yang sesuai dan elemen yang menarik. Good job, author!
Tajuk cerita, Sehangat Dinginmu. Daripada tajuk pula, mesti cerita ni tentang seseorang yang dingin tapi mempunyai sisi yang hangat untuk orang yang dia sayangi. Tajuk cerita ni memang menarik untuk dipilih! Nice choice author!
Rating: ⭐⭐⭐ ⭐ ⭐ ⭐ ⭐ ⭐
Sinopsis ringkas
Secara ringkasnya, cerita ni tentang Zenia Hudson dan Aidan Hanif. Daripada sinopsis, cara penerangan yang baik. Kita boleh tahu diorang ni ada sesuatu yang cuba disembunyikan oleh masing-masing. Ni akan buat readers tertanya-tanya apa diorang cuba sembunyikan. Mesti Aidan ni green flag, betul tak? Zenia ni pula bukan red flag, green flag pun bukan. Mungkin disebabkan keluarga dia, dia takut akan sakitkan Aidan tanpa sengaja. Persoalan yang ditulis bagus, ayat yang gramatis! Nice work!
Rating: ⭐ ⭐ ⭐ ⭐ ⭐ ⭐ ⭐ ⭐
Perkembangan watak
1.Aidan Hanif
Watak lelaki kita ni green flag! Dia tetap cuba bertenang walaupun terluka bila dia tahu kebenaran tentang keluarga Zenia. Tapi dari awal, cerita Aidan ni dah tertarik nak berkenalan dengan Zenia. Dia tahu Zenia ada masalah yang disembunyikan. Aidan sanggup kahwin dengan Zenia untuk lindungi dia. Memang cun!
2. Zenia Hudson
Saya tahu kenapa Zenia sangat dingin. Disebabkan nama keluarga yang dia bawa tu. Pada dia, kesempurnaan tu wajib ada dalam setiap perkara dalam hidup dia. Sampai dia tak sedar mental dia dah terlalu lelah untuk ikut segala percaturan ayah dia! Cara author buat dia mula terbuka untuk terima Aidan memang cantik!
Nice job!
Rating: ⭐⭐ ⭐ ⭐ ⭐ ⭐ ⭐ ⭐
Alur cerita
Memang bagus! Bila baca cerita ni, memang kena betul! Saya geram je dekat ayah Zenia tu! Sibuk nak kukuhkan empayar lah, apa lah, nanti last-last dia duduk dalam tanah jugak 😌. Zenia yang bertemu dengan Aidan memang kita kata berjodoh diorang ni. Masa silam Aidan ada kaitan dengan Keluarga Hudson tapi dia tak salahkan Zenia pun. Tan Sri Aiman tu pun sibuk nak arahkan Aidan buat apa yang dia nak. Berkenalan dengan Sofea la, belajar. Memang watak seorang ayah dalam cerita ni Red flag ye! Kesian watak utama kita jadi mangsa! 😭.
Kesimpulannya, kedua-dua watak utama kita ni ada beban di bahu masing-masing iaitu keluarga. Dekat sini kita boleh betapa susahnya untuk hidup di bawah tekanan sesebuah keluarga. Semua kena ikut aturan yang mereka tetapkan sehingga buatkan anak mereka hanya hidup pasrah tanpa berharap untuk memperjuangkan apa-apa yang dia nak. (Betul ke apa saya cakap ni?). Cerita ni memang seronok untuk dibaca sampai saya lupa nak tekan butang vote😌. Jangan risau, malam nanti saya vote.
Rating: ⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐✨
Gaya penulisan
Masing-masing ada gaya tersendiri untuk menulis cerita. Awak pun ada gaya tersendiri. Kesalahan tatabahasa tidak dijumpai tapi ada typo sikit-sikit. Tak banyak pun. Yang lain semua, bagus! Ayat yang gramatis bahasa yang mudah difahami. Complete!
Rating: ⭐ ⭐ ⭐ ⭐ ⭐ ⭐ ⭐ ⭐
Rating all:
⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐
9/10
Keep writing, author!
Terima kasih kerana sudi hadir di Leonie Book Review! Semoga author dapat menghasilkan karya yang lebih menarik di masa hadapan. Maaf jika review saya tak memuaskan/ mengguris hati author. Kosong-kosong, ya?
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro