"Maafkan Aku" by 4amalina00
Kita memanggil:4malina00
Tajuk dan cover
Tajuk cerita "Maafkan aku". Daripada tajuk cerita ni, saya boleh agak yang cerita ni tentang seseorang yang membuat kesilapan di masa lalu dan mengharapkan kemaafan dan peluang kedua.
Rating:⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐
Cover story pula menunjukkan gambar cincin perkahwinan. Pemilihan warna yang bagus dan elemen yang sesuai dimasukkan dalam cover. Quotes yang sesuai. Good job!
Rating:⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐
Daripada gabungan cover dan tajuk, kita boleh tahu cerita ni tentang pasangan suami isteri yang telah berpisah disebabkan ada di antara mereka yang melakukan kesalahan dan memohon kemaafan serta peluang kedua. (Betul tak, author?)
Sinopsis ringkas
Sinopsis awak sangat jelas tentang alur cerita ni. Tapi saranan saya untuk sinopsis tu, jangan terlalu panjang dan menceritakan alur cerita sangat. Sebab boleh jadi reader tak perlu baca bab by bab untuk tahu apa yang jadi bila awak dah letak semua alur cerita pada sinopsis awal. Tapi jangan risau! Tak salah pun, ini cuma saranan saya sahaja. Jangan marah tau :)
Jadi, continue. Daripada sinopsis, Zheriff dan Raudah ada masalah hubungan bila diorang dah berkahwin.
Hubungan mahligai cinta yang disangka indah terbina rapuh disebabkan konflik yang diorang hadapi. Apa yang saya boleh simpulkan daripada sinopsis, both of them ada masalah untuk terima diri masing-masing seadanya dan kepercayaan yang pada awalnya kukuh kian retak disebabkan salah faham. Satu salah faham menyebabkan hubungan mereka musnah. Zheriff pula tak mahu menerima anak mereka. (Tak baik betul dia ni). Dan di saat Raudah nak lupakan Zheriff, jejaka situ sedar khilafnya dan cuba untuk memulihkan keadaan yang seperti retak menanti belah. Dan persoalan yang awak letak dekat sinopsis sangat bagus! Keep it up, author!
Perkembangan watak
1.Raudah
Daripada seseorang yang percaya tentang cinta selepas kahwin, akhirnya dia terluka disebabkan kekecewaan yang dia alami. Ni mesti salah Zheriff yang banyak lukakan hati dia. Geram je, saya! But, it's really good that you know how to maintain the female lead personality.
2. Zheriff
Jeng-jeng! Musuh saya ni! Dah buat ujian DNA baru nak menyesal. Apa yang saya boleh kata Zheriff ni seorang yang baran dan egois. Inilah lelaki, bila dah tahu kebenaran baru nak menyesal.
Singkatnya, both of the main character boleh dikatakan nice.
Rating: ⭐⭐⭐⭐⭐⭐
Alur cerita
Sangat menarik dan banyak konflik! Watak Zheriff yang sedikit sebanyak membuatkan saya geram! Watak Raudah yang terluka dengan sikap Zheriff pun saya boleh kata sangat cantik! Siapa je tak kecewa bila kena tuduh dengan benda yang kita tak buat. Kehadiran Harraz yang akhirnya membuktikan tuduhan Zheriff tidak benar sangat wow! Bila dia pergi buat ujian DNA dan melutut depan Raudhah, saya sangat berpuas hati! Melissa dan Hareeq, sila menghilang. Alur penceritaan yang menarik dan ada sedikit perasaan pelik bila baca beberapa bab. Izinkan saya bertanya kepada author ya?
1. Kenapa Zheriff tak report polis tentang Melissa langgar Harraz?
2. Macam mana Zheriff, Erysha dan Luqman boleh tahu lokasi Raudah diculik?
2 perkara ni menjadi persoalan saya. Maaf kalau author terasa tau ;)
Selebihnya, saya boleh kata alur cerita yang memang nice!
Rating:⭐ ⭐ ⭐ ⭐ ⭐ ⭐
Gaya penulisan
Semua orang ada gaya penulisan tersendiri. Jadi, gaya penulisan awak okay je. Cuma saya nk tegur sikit beberapa kesalahan. Izinkan saya, ya?
Penggunaan 'Lah'
"Tak tahu lah kenapa, siap halau lagi."
(Salah)❌
"Tak tahulah kenapa, siap halau lagi."
(Betul)✅
'Lah' sepatutnya digabungkan dengan perkataan sebelumnya tanpa jarak.
Penggunaan kata ganti nama dan tatabahasa
"Mama pun baru kenal Raudhah tu tadi apatah lagi mak dia mana mama kenal."
(Salah ❌)
"Mama pun baru kenal Raudhah tadi, apatah lagi mak dia. Mana mama kenal."
(Betul ✅)
Penggunaan Huruf
"Eh, Luq, Luq, Luq, kau tengok tu, Luq, tu bukan Hareeq ke? Budak yang sekampung Raudhah yang dulu dia pernah nak langgar Raudhah tu. Apa dia buat dekat sini? Uish, macam pelik,"
(Salah ❌)
"Eh, Luq! Kau tengok tu. Itu bukan Hareeq ke? Budak yang sekampung dengan Raudah yang pernah cuba nak langgar dia dulu. Apa dia buat dekat sini? Macam pelik je."
(Betul ✅)
Penggunaan huruf dan nama tak perlu berkali-kali. Tanda baca memainkan peranan untuk menampakkan dialog. Ada juga beberapa kesalahan yang sama. Tak apa, dalam penulisan kesalahan semua ni perkara biasa. Sambil menulis, kita belajar. Betul tak?
Yang selebihnya, saya boleh kata okay! Cuma ada sedikit je kesalahan dalam penulisan. Yang lain semua okay! Jangan risau. Maafkan saya kalau saya tersalah pula. Kalau ada sebarang pertanyaan boleh tanya di ruang komen! Saya akan jawab soalan awak!
Rating:⭐⭐⭐⭐⭐
Terima kasih kerana sudi hadir di kedai Leonie Book Review! Maaf andai kata-kata terguris hati Author atau buat author sakit hati. Semoga awak boleh menghasilkan karya yang menarik seterusnya. Cerita sangat menarik untuk dibaca!
Rating all:
⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐✨
7.5/10
Keep writing, author!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro