Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

"Hell's Paradise" by FLUENCYAULIA


Memanggil:FLUENCYAULIA

Tajuk & cover

Cover simple but powerful to give impact to readers. Ada gambar tengkorak yang seolah-olah melambangkan tentang kegelapan dan ada mahkota. Seperti kegelapan ialah raja dunia. (Betul ke apa saya kata ni?)
Ada aura thriller di situ. Pemilihan warna yang baik dan elemen misteri dapat dirasai. Nice work!

Tajuk Hell's Paradise. Daripada tajuk ni, kita boleh kata cerita ni tentang 'neraka syurga'. Maksudnya, cerita ni tentang kegelapan dalam kegembiraan seseorang. (Maaf kalau salah teka.) Pemilihan tajuk yang cukup unik, ditambah lagi dengan cover tu, memang kita kata the best combination! Good job!

Rating:⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐


Sinopsis ringkas

Penerangan cerita yang singkat dan padat. Daripada sinopsis, saya dapat rasa this story is different from other story. Macam ada vibes squid game! But, ada kesalahan sedikit pada tatabahasa. Nevermind, saya akan terangkan dekat gaya penulisan di bawah. Other than that, cara author tulis sinopsis sangat  baik! Keep it, up!

Rating:⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐


Perkembangan watak

Sangat baik dan bagus. Sebenarnya, saya bingung mana satu main leadnya. Tapi, tak apa. Maafkan saya tau author 🥲. Mungkin sebab masih baru beberapa bab. Cara author menyeimbangkan karakter pun sangat baik. Tak ada yang kurang/lebih. Kita kira balance. Semua karakter memainkan peranan masing-masing dengan sesuai. Jadi, masih lagi di tahap yang sangat baik.

Rating: ⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐


Alur cerita

Daripada apa yang saya baca, cerita ni tentang sekumpulan remaja dibawa ke sebuah pulau mempunyai kekuatan/kuasa masing-masing. Hal ni berkaitan dengan sebuah eksperimen dan kajian yang sangat misteri. Bila ada kekuatan/kuasa, then bar code diberikan kepada semua remaja tu supaya dapat melemahkan kekuatan mereka. Cerita seperti ini jarang ditemukan di Wattpad dan ya, author berjaya buatkan cerita ni sangat menarik. Selalunya, kita akan jumpa kisah cinta, geng motor dan CEO. But, kali ni saya jumpa cerita thriller yang sangat berbeza dan menarik! Dari awal sehingga bab 12. Penulisan yang sangat baik dan alur cerita yang menarik! Keep updating, author!

Rating: ⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐

Gaya penulisan

Semua orang punya gaya masing-masing dalam penulis. Awak ada gaya yang menarik dalam menulis cerita ni. Cuma ada beberapa kesalahan tatabahasa. Izinkan saya menegur, ya?

Penggunaan 'di'

Saya ambil contoh di sinopsis, ya?

Di kurung, di buru keduanya menyatu menjadi satu.

(Salah ❌)

Dikurung, diburu menyebabkan keduanya menyatu menjadi satu.

(Betul ✅)

Penggunaan 'di' di sini untuk kata kerja, jadi perlu rapat. Kalau berkaitan dengan tempat, jarakkan 'di' .

Selain daripada yang di atas, tiada kesalahan lain. Mungkin ada typo sedikit tapi tak banyak. Penggunaan bahasa dan cara author menerangkan situasi sangat bagus! Congrats, author!

Rating:⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐

Rating all:
⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐

8/10

Keep writing, author!

Terima kasih kerana sudi hadir di Leonie Book Review. Maaf kalau saya tersalah atau terguris hati author. Semoga author berjaya dalam penulisan karya yang seterusnya! Oh, ya! Btw, saya pun minat enhypen.







Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro