Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

LELAKI PSYCHO 9

Sayup sayup kedengaran lagu, "lady is a tramp" dari frank sinatra berkumandang di cuping telinganya. Perlahan lahan sara membuka matanya. dia lihat yang dirinya sedang berbaring di atas sebuah katil dalam keadaan tangan dan kaki yang terikat. Dia cuba melepaskan dirinya namun dia gagal berbuat demikian. Ikatan di tangan dan kakinya sangat kuat. Perlahan lahan dia memerhatikan keadaan di sekelilingnya.

Kelihatan cikgu fauzi sedang duduk di atas kerusi tidak jauh dari situ. Dia tunduk menghadap cermin besar yang ada di depan matanya. Dari bias di cermin itu, sara dapat melihat lelaki tersebut sedang sibuk menjahit luka di pipinya dengan jarum di tangan. Sara merasa sungguh ngeri apabila dia melihat jarum di tangan lelaki itu menembusi daging pipinya yang terluka. Yang peliknya lelaki tersebut tidak menjerit kesakitan. Malah reaksi wajahnya biasa biasa aje. Macam orang yang tak tahu rasa sakit pula...

dalam keadaannya yang masih terikat itu, sara cuba melepaskan tangannya dari ikatan dengan menarik tangannya dari celah celah ikatan tali tersebut. Kulit tangannya terasa sakit akibat melecet tapi dia tidak peduli akan itu semua. Yang di fikirkannya sekarang ialah keselamatan dirinya. Dia menggosok gosok bahagian tengah tali di tangan pada birai katil yang berkarat itu. tali tersebut mulai putus sedikit demi sedikit. Tiba tiba, "oh... kau sudah sedar rupanya...", kelihatan cikgu fauzi datang menghampirinya. Pipinya yang baru di jahit tadi kelihatan agak membengkak sedikit namun ianya sudah rapi di jahit. "Macamana?... cantik tak pipi aku sekarang?... aku sendiri yang jahitkannya...", dengan rasa bangga cikgu fauzi mempamerkan pipi kirinya yang baru saja selesai di jahitnya sebentar tadi. Tanpa mempedulikan perkataan lelaki tersebut, sara berhempas pulas hendak melepaskan tangan dan kakinya dari ikatan yang kuat itu.

"Tolong lepaskan aku...", rayu sara sambil menangis. "No way!... aku takkan lepaskan kau sebab aku nak jadikan kau mumia paling tercantik di abad ini.... hahahaha...", cikgu fauzi bersuara sambil ketawa dengan sadisnya. Dia mengambil sebilah pisau. Sebaik saja dia memegang pisau itu dia berhenti ketawa. Wajahnya tiba tiba garang seperti singa betina yang hendak menerkam mangsanya pula. Dia merenung wajah sara. Perlahan lahan dia meletakkan hujung pisau tersebut di wajah gadis itu.

"Cantik betul kulit wajah kau ni...", dia bersuara sambil menyeret hujung pisau yang tajam itu di atas kulit wajah gadis tersebut. Sara menangis ketakutan. "Tolong jangan apa apakan aku...", rayu sara lagi. Cikgu fauzi ketawa apabila dia mendengar rayuan gadis itu. Ada nada ketakutan di situ. "You know what?... aku suka sangat apabila aku mendengar rayuan yang berbaur ketakutan seperti itu... ianya umpama melodi yang indah di cuping telingaku... cuba kau merayu lagi aku nak dengar... hehehe...", kata cikgu fauzi sambil ketawa kecil.

"Tolong jangan apa apakan aku dan tolong lepaskan aku... aku merayu pada kau...", rayu sara sambil menangis. "Hmmm... rayuan kau.... di tolak... hahaha... by the way, sebelum aku melakar wajah kau dengan pisau aku ini, kau ada soalan nak tanya padaku tak?", soal cikgu fauzi pada sara. "Ada... sebenarnya aku nak tanya, selama ini aku lihat kau berkelakuan baik di sekolah. Kau tidak pernah marah marah pada kami semasa kau mengajar kami di sekolah tapi kenapa sekarang kau jadi jahat macam ni?... apa yang menyebabkan kau bertindak kejam seperti ini?", soal sara sambil cuba melengah lengahkan masa. Dia sebenarnya ingin tahu juga kenapa guru sains sekolahnya itu jadi ganas seperti itu.

"Kau nak tahu kenapa aku jadi macam ni?", soal cikgu fauzi sambil membeliakkan biji matanya. "Ya...", jawap sara sepatah. "Baiklah, di sebabkan kau beria-ia sangat nak tahu kenapa aku jadi jahat macam ni aku akan ceritakan kisah silam aku pada kau... sebenarnya aku di besarkan dalam keluarga yang huru hara. Bapaku seorang lelaki pemabuk dan emakku pula seorang perempuan murahan. Mereka sering bergaduh tak kira siang dan malam. Apabila mereka bergaduh aku akan jadi mangsa kemarahan mereka. Jikalau bapa merasa tertekan setelah bergaduh dengan mak aku dia akan pukul aku. Jikalau mak merasa tertekan akibat bergaduh dengan bapa aku dia akan pukul aku. Pendek kata aku ini tak ubah macam objek pelampiasan amarah mereka pula. pada suatu hari seorang lelaki datang ke rumah. Kebetulan bapa aku tidak ada di rumah pada masa tu. Dia kata dia nak berjumpa dengan mak. Aku pun menjemput dia masuk ke dalam rumahku. Bila mak berjumpa dengan lelaki tersebut mereka berbual bual mesra bagaikan sudah lama kenal di antara satu dengan yang lain. Setelah berbual bual buat beberapa ketika aku lihat mak bawa lelaki itu masuk ke dalam bilik tidurnya... ", dia berhenti bersuara sambil mengenangkan apa yang telah terjadi.

"Aku bersembunyi memerhatikan mereka dari sebalik pintu bilik tersebut. Aku lihat mak aku berasmara dengan lelaki itu. Aku merasa sungguh terkejut dan sakit hati bila tengok mak aku berasmara dengan lelaki tersebut namun apakan dayaku, aku hanya seorang budak lelaki yang kecil dan lemah. Ketika aku sedang menahan kemarahan di dalam dadaku, aku lihat mak aku keluar dari bilik dengan lelaki itu. Aku pun terus bersembunyi. Aku lihat lelaki tersebut memberikan wang beratus ringgit pada mak aku. Setelah dia pergi meninggalkan kami, mak terus pergi ke kedai untuk membeli beras dan makanan di dapur. Mak memberikanku sedikit duit untuk perbelanjaan harianku di sekolah. Namun duit yang di berikannya tidak ku gunakan. Malah duit tu aku simpan balik dalam beg tangannya. Aku sengaja tak nak gunakan duit tersebut sebab aku tahu duit itu duit haram. Begitulah rutin mak aku setiap kali bapa aku tidak ada di rumah tapi bila bapa aku ada di rumah mak tidak akan buat kegiatan haram tu lagi. Bila aku tanya mak kenapa dia selalu bawa lelaki lain datang ke rumah masa bapa tidak ada di rumah dia akan cakap yang dia terpaksa buat begitu kerana itu saja yang termampu dia lakukan untuk menyara hidup kami. Maklumlah kami hidup melarat ketika itu gara gara bapa tidak ada pekerjaan. Lagi pun bapa tidak benarkan mak mencari pekerjaan di luar. Mahu tidak mahu mak pun terpaksa menjual tubuhnya demi mendapatkan wang bagi menyara hidup kami. Namun begitu aku tetap merasa marah dan benci pada mak aku kerana dia menjual tubuhnya pada lelaki lain hanya kerana menyara hidup kami sekeluarga... bagiku mak seorang perempuan murahan yang tidak tahu malu... hatiku merasa marah, kecewa dan sedih.... perbuatan terkutuk mak itu terpaksa aku rahsiakan sebab dia yang minta aku merahsiakannya dari pengetahuan bapa... namun rahsianya bocor apabila di suatu hari...", cikgu fauzi berhenti bersuara.

Dia tunduk memandang lantai. Dia seperti sedang menahan kesedihan yang bertamu di lubuk hatinya. "Bapa tiba tiba balik awal dari melepak di rumah kawannya. Dia ternampak mak dan seorang lelaki sedang berasmara di dalam bilik tidur dalam keadaan separuh bogel. Apa lagi bapa marahlah. Lalu...", cikgu fauzi berhenti bersuara. Dia seperti menangis pula. Sara tahu lelaki itu sedang bersedih mengenangkan kisah silamnya. Dalam diam dia berusaha menggosok gosok tali di tangannya di atas birai katil berkarat itu. rasa sakit akibat kulit tangan yang melecet dan berdarah tidak di hiraukannya lagi. Dia terus saja menggosok gosok tali tersebut di atas birai katil yang berkarat itu. Dia lihat tali di sebelah tangan kanannya semakin tipis dan tipis. Dia tahu tak lama lagi tali itu akan terputus. Dia terus menggosok gosok tali tersebut tanpa rasa putus asa.

"Lalu apa?..." sara berpura pura ingin tahu. Pada hal dia bukannya minat sangat nak tahu kisah silam guru sainsnya tu. Dia sengaja melengah lengahkan masa agar lelaki tersebut tidak mengapa apakannya. "Lalu dia memukul mukul ibuku sehingga ibuku menjerit kesakitan. Mereka berbalas pukulan. lelaki yang berzina dengan mak aku terus lari lintang pukang dari situ. Aku menjerit supaya mereka berhenti dari bergaduh tapi mereka tidak menghiraukan jeritanku. malah mereka bergaduh tak henti henti. Entah, kenapa tiba tiba saja aku terasa macam nak bunuh mereka pula. tanpa membuang masa aku pergi ke dapur dan ambilkan sebilah pisau. lepas tu aku pergi ke bilik tidur mereka lalu ku tikam perut bapaku dengan pisau. kemudian aku menikam belakang makku dengan pisau tu juga. Mungkin aku terlalu tertekan ketika itu sehinggakan aku sanggup membunuh mereka dengan tanganku sendiri. Sebaik saja mereka mati di tanganku, aku rasa seperti terlepas dari permasalahan berat yang aku pikul setiap hari. Untuk mengelakkan aku di syaki membunuh orang tuaku sendiri aku pun meletakkan pisau yang aku pegang tadi di tangan bapaku. apabila pihak polis datang menyoal siasat, aku pun cakaplah bahawa bapaku lah yang membunuh mak aku dan selepas tu dia membunuh diri... tak sangka pula pihak polis percaya dengan perkataanku dan mereka tidak mensyakiku... sungguh licik aku masa tu, kan?... sejak dari hari itulah timbul keinginanku untuk memburu dan membunuh manusia... terutamanya kaum perempuan yang lemah sebab aku rasa kaum perempuan adalah pembawa sial pada kaum lelaki... terus terang aku katakan yang aku bencikan perempuan apatah lagi setelah aku di kecewakan bercinta sebanyak 2 kali and guess what?... aku sudah bunuh 2 orang bekas kekasihku dan mereka kini sudah menjadi sebahagian daripada koleksi mumiaku... dan mungkin juga selepas ini giliran kau pula yang akan jadi mumia seperti mereka....", cikgu fauzi mengakhiri ceritanya dengan senyum jahatnya. Matanya kini tertumpu ke arah sara. "Gulp...", sara menelan air liurnya. Dia tahu yang dirinya kini umpama telur di hujung tanduk...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro