LELAKI PSYCHO 8
"sialan kau!!!... aku bunuh kau!!!", jerit ella cukup marah. dia terus mara ke hadapan. tanpa berfikir panjang dia pun menikam cikgu fauzi dengan botol pecah di tangan tapi tangannya di tepis oleh lelaki jahat itu. botol tersebut jatuh dari tangan ella namun sara sempat meraih botol itu dari jatuh terhempas di atas lantai.
cikgu fauzi terus menikam dada ella dengan pisau di tangannya. ella cuba mengelak namun dia gagal berbuat demikian. dadanya terkena tikaman pisau di tangan cikgu fauzi. "arghh!...", ella menjerit kesakitan. "ella!!!...", jerit sara sambil menangis. dia lihat ella jatuh ke tanah lalu menghembuskan nafasnya yang terakhir. Dia mati di situ juga. sara menangis dan menangis. cikgu fauzi ketawa berdekah-dekah. "hahaha... menangislah kau, wahai cik adikku sayang. Sekejap lagi aku akan hantar kau ke neraka jahanam", kata cikgu fauzi sambil ketawa dengan sadisnya.
Sara menggenggam erat botol pecah di tangannya. hanya itu saja senjata yang ada pada dirinya saat itu. tiba tiba cikgu fauzi meluru ke arahnya bagaikan seekor harimau yang kelaparan. Dengan sepantas kilat sara menghayunkan botol pecah di tangannya ke arah lelaki tersebut. Hayunan botol di tangan mengenai sasarannya. "Ouwwhhh...", cikgu fauzi menjerit kesakitan. Pipi kiri yang terasa sakit di sentuhnya. Ada darah mengalir di situ. Rupa rupanya pipi kirinya luka terhiris akibat terkena botol di tangan sara.
"Celaka kau perempuan sial!... habis berdarah pipi kiri aku kau buat... tak apa... tak apa... sekejap lagi aku akan lakarkan wajah kau yang cantik jelita itu dengan pisau tajamku ini...", marah cikgu fauzi. Dia mengacukan pisau di tangannya ke arah sara. Dengan sepantas kilat sara menyepak pisau di tangan lelaki tersebut. Pisau tersebut terjatuh lalu tersasar masuk di bawah sebuah keranda yang terletak tidak jauh dari situ. Lelaki psycho bernama cikgu fauzi itu terpaksa mencari senjata yang lain untuk mencederakan gadis tersebut. Dengan sepantas kilat Sara melarikan dirinya dari situ tapi malang tidak berbau, tiba tiba saja belakang tengkuknya di pukul orang dari belakang sehingga dia terjatuh di atas lantai.
Pandangannya semakin lama semakin kabur dan kabur... Dia lihat cikgu fauzi datang menghampirinya dengan senyum jahat terukir di bibirnya. "Baru padan muka kau, perempuan sial... sekejap lagi kau akan jadi mumia yang paling cantik di abad ini. hahahahaha...", hanya itu saja yang dia dapat dengar dari mulut lelaki jahat tersebut. Selepas itu dia pengsan, tidak sedarkan diri....
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro