Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

LELAKI PSYCHO 3

Sewaktu mereka sedang berdiri di situ tiba tiba saja mereka dengar ada bunyi seperti pisau di asah oleh seseorang. Bunyinya sangat dekat sekali. perlahan-lahan mreka berlima menoleh ke belakang. alangkah terkejutnya mereka apabila mereka melihat lelaki tersebut sedang berdiri di belakang mereka sambil memegang 2 bilah pisau yang sangat tajam. mereka merasa sungguh takut sekali. Masing masing menggigil ketakutan.

"ca... ca... cabuttt!!!", jerit sara dengan sekuat hatinya. mereka berlima pun terus berlari dari situ. lelaki jahat tersebut segera mengejar mereka dari belakang. Ketika mereka sedang berlari tiba tiba nina tersandung lalu terjatuh di atas tanah. "aduiiii!!!...", jerit nina kesakitan. dia cuba untuk bangun dan berlari tetapi dia gagal berbuat demikian. Kaki kirinya terasa sakit sekali. semua kawan kawannya yang lain sudah lari jauh ke depan. Hanya tinggal dia seorang saja di belakang. Di saat dia sedang berusaha untuk bangun dan berlari dari situ tiba tiba saja mulutnya di cekup orang dari belakang. manakala tangannya pula di genggam erat dari belakang. dia tidak dapat berbuat apa apa lagi.

Pada ketika itu sara, mazni, ella dan ayu sudah masuk ke dalam kereta. "eh... mana nina? korang nampak dia tadi tak?", soal sara dengan cemas sekali. "Tak tahu. Jangan jangan dia dah di tangkap oleh lelaki jahat tu, tak?", teka mazni dengan cemas. mereka berpandangan seketika. "jadi macamana ni?", soal ayu pula. "kita terpaksa pergi selamatkan nina dulu kalau tidak nina akan mati di bunuhnya...", kata ella pula.

"Aku rasa kita patut panggil polis... biar diorang saja yang selamatkan nina... aku dah tak sanggup pergi ke sana lagi. aku takut. mari kita balik!...", gesa sara dengan cemas. "Tak boleh macam tu. Kalau polis datang lambat untuk selamatkan nina sudah tentu nina akan jadi mangsa lelaki tu pula. Aku rasa lebih baik kita patah balik untuk selamatkan nina", kata ella panjang lebar. "betul juga kata ella tu. kita mesti selamatkan nina", sokong mazni pula.

"aku pun bersetuju dengan kata kata ella tu", sampuk ayu. sara hanya diam membisu. Dia langsung tidak bersetuju dengan rancangan mereka yang mahu pergi selamatkan nina sebab dia tidak mahu bertembung dengan lelaki psycho itu. "tengok... semua orang dah bersetuju, sara... awak patut ikut kami semua...", kata ella. "Oh... baiklah...", dengan terpaksa sara mengikuti kehendak rakan rakannya itu. Sekali lagi mereka melangkah keluar dari dalam kereta tersebut. mereka kembali melangkah menuju ke arah villa lama yang menggerunkan itu.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro