Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 8

TELEFON Farhan di atas meja makannya berbunyi nyaring. Gajet itu bergetar sendiri meminta-minta dan merayu supaya tuannya menjawab panggilan.

Farhan yang sedang menikmati makan malam bersama Shafira rasa terganggu, lebih-lebih lagi apabila melihat nama pemanggil di hujung sana.

Haries (Jangan Angkat).

Shafira pada mulanya hanya melihat suaminya membiarkan panggilan itu. Keningnya bertaut pelik. Takkanlah Farhan tak nak jawab? Mana tahu penting?

"Awak, tak nak angkat ke? Siapa tu?" Kepala Shafira terjenguk-jenguk melihat skrin medium perhubungan milik Farhan yang dari tadi bergetar.

Lelaki itu yang sedang menyuap nasi menggeleng, menyuruh membiarkan saja Haries di hujung sana yang bagai orang gila menelefonnya.

"Awak, Harieslah. Angkatlah. Kut-kut ada benda penting," pujuk Shafira. Badannya sudah bergerak ingin mendekati Farhan dan telefonnya. Sudah berura-ura ingin menjawab panggilan itu jika Farhan terlalu malas untuk melakukannya.

"Biar saya yang jawab,"

Namun Farhan menahan tindakan gadis itu dengan memegang lembut tangan Shafira.

"Biar je dia. Siapa suruh call waktu saya tengah makan. Awak sendiri tahu saya tak suka kalau ada orang kacau waktu makan saya." Wajah Farhan kelihatan agak tegang.

Shafira terdiam. Ya, dia tahu sangat pantang larang Farhan yang satu itu. Lelaki itu paling tidak senang jika jadual makannya terganggu.

Kadang-kadang, Shafira pun akan terkena sekali. Tapi gadis itu bijak. Buat ayat seposen, mesti Farhan takkan sampai hati nak marah dia lama-lama.

Haih, kan bagus kalau Haries boleh buat ayat seposen macam aku, hati Shafira terdetik lalu tersengih sumbing.

Haries? Buat ayat kasihan? Ayat buat sakit hati orang adalah.

Namun Shafira tak sampai hati membiarkan Haries terus tertunggu-tunggu. Maka, atas sebab itu, Shafira mengambil inisiatif sendiri dengan...

Gadis itu mengira dalam hati sambil mata bersilih ganti memandang Farhan dan telefon pintarnya. Apabila Farhan kelihatan leka, Shafira merampas telefon itu dan berlari sepantas kilat ke bilik.

"Shafira Addina!" Suara garau Farhan naik. Makin laju langkahan kaki gadis itu. Sementara itu, butang hijau ditekan.

Tak sempat untuk Shafira berkata apa-apa, Haries terlebih dahulu memulakan perbualan,

"Farhan! Tolong aku. Aku dah tak tahu nak buat apa lagi ni. Sampai hati kau tak nak jawab call aku? Selama ni kau minta tolong, aku tak pernah tinggalkan kau." Nada Haries kedengaran merayu dan mendayu-dayu.

Bulu roma Shafira meremang mendengarkan itu. Tak mahu Haries terus-terusan bertindak mengada seperti itu, dia terus bersuara,

"Haries, ni sayalah, Shafira."

Lelaki itu terdiam sebentar sebelum berdehem-dehem perlahan. "Mana Farhan?" Nada Haries kembali tenang seperti biasa.

Shafira yang tak dapat menahan ketawa terus meletuskan gelaknya.

"Saya ingatkan awak tak reti buat ayat seposen. Tak sangka awak lagi hebat dari saya. Lagi satu, kenapa awak gedik-gedik sangat malam-malam ni?" soal Shafira bersama tawa yang masih tersisa.

Pasti lelaki bernama Haries itu malu sendiri apabila perangai sebenarnya yang terlebih mengada itu diketahui oleh Shafira.

"Hish, ni urusan orang lelaki. Bagi telefon ni pada Farhan. Saya nak cakap dengan dia. Ada hal penting ni," desak Haries lalu mendengus geram.

"Yalah, yalah. Tak payah nak merengus sangat. Macam lembu tahu tak?" perli gadis itu lalu berpaling untuk membuka pintu bilik yang sengaja dikunci tadi.

Sebaik saja pintu dikuak, wajah tegang Farhan sambil tangan tersilang di dadanya menyapa pandangan Shafira.

Raut muka lelaki itu jelas menunjukkan dia bengang dengan tindakan tiba-tiba isterinya. Dengan hati yang panas, dia membasuh tangannya dan terus bergerak ke bilik tidurnya yang sudah berkunci dari dalam.

Malas mahu berjalan mencari kunci, Farhan hanya berdiri terpacak di depan pintu macam tunggul kayu. Mendengar gelak tawa Shafira dari sebalik pintu yang memisahkan mereka membuat hatinya bertambah sakit.

Farhan tahu, Shafira sangat mudah terhibur apabila berbual dengan sahabatnya itu. Ada saja yang membuatkan bibir itu tersenyum-senyum dan akhirnya meletuskan gelak bahagia.

Tipulah jika dia, sebagai seorang suami tak cemburu. Tapi ego tetap kena jaga. Cukuplah sekali air mukanya jatuh di hadapan Shafira sewaktu Shafira memberitahunya untuk menjadi isteri lelaki itu yang sah lebih kurang tiga bulan lalu.

Shafira tersengih-sengih bersalah dengan gelak yang masih bersisa. Gajet di tangan diberikan kepada Farhan. Pantas saja alat medium perhubungan itu bertukar tangan.

"Hmm, apahal?" Nada Farhan jelas kedengaran marah.

Saat mendengar suara garau Farhan, Haries terus saja menjerit, "Wei, kau kena tolong aku!!"

"Kau pahal s**l? Tak ada kerja call aku waktu aku makan?" Marah yang disimpan dalam hati terus saja diluahkan tanpa sembunyi.

Shafira yang berada di sebelah Farhan membuntangkan mata memandang suaminya. Terkejut bercampur tak percaya. Farhan jarang sangat untuk marah apatah lagi mencarut. Nampaknya, kesabaran Farhan benar-benar teruji kali ini.

"Han, kau nak marah aku kejap lagi ya? Aku nak beritahu kau ni, aku dah ada depan rumah kau. Buka pintu, please," ujar Haries, kedengaran resah.

Serentak itu, bunyi loceng bergema berkali-kali di dalam rumah. Farhan menghembus nafas lemah.

"Yalah, kejap. Aku datang."

Baru Farhan tahu, marah hanya memenatkan dirinya. Dia menyuruh Shafira menyarung tudung dan menyediakan air kopi kepada mereka berdua nanti. Shafira hanya mengangguk sambil menunjukkan isyarat tangan OK.

"Masalah apa lagilah budak ni," keluh Farhan.

▶️▶️▶️

"KAU tahu tak, aku hina, keji dia macam-macam. Tapi dia masih tak mahu putus asa untuk jadi isteri aku. Bagai nak gila aku hari ni, berlakon jadi lelaki bodoh sombong depan dia. Bawa dia pergi beli barang pun, aku suruh dia bayar semuanya termasuklah barang-barang yang aku pilih tapi kenapa susah sangat untuk dia bencikan aku ni?" luah Haries dengan wajah keliru.

Sungguh dia tak faham dengan pemikiran sebenar seorang Raihanah Jazmin. Gadis itu hanya tersenyum dan meminta maaf jika dia mula mengeji. Gadis itu seakan-akan tiada perasaan. Ataupun mungkin Raihanah memang seorang yang hati kental? Langsung tak kisah dimaki dan dicaci?

Shafira menuangkan air kopi ke dalam dua buah cawan lalu mempelawa mereka berdua untuk minum. Memandangkan mereka berdua kelihatan seperti memerlukan privasi, Shafira lantas meminta diri.

"Kejap, Fira. Duduk sini." Sofa di sebelah Farhan ditepuk-tepuk. Shafira terpinga-pinga sebentar dan akhirnya akur atas arahan suaminya itu.

Shafira merenung Haries yang resah gelisah seperti cacing kepanasan. Sedikit sebanyak, dia tahu juga tentang masalah yang melanda lelaki yang merupakan CEO di syarikatnya itu.

Sedang dia asyik melihat wajah Haries yang seperti laki mati bini itu, kepalanya tiba-tiba ditarik lembut oleh tangan Farhan. Mata Shafira kini teralih pula pada wajah suaminya.

Farhan menjelingnya sekilas lalu mendengus kasar. Lelaki itu ingin memberitahu sesuatu namun pabila melihatkan senyuman manis bidadari hatinya buat dia tak sampai hatilah pula.

"Woi, dahlah. Tak ada siapa tahu cara nak selesaikan masalah aku ke?" Haries seolah-olah ingin meroyan di situ juga. Boleh pula mereka berdua membuat drama tanpa skrip di hadapannya.

Kalaulah anak-anak buahnya dan Lyana tahu keadaannya macam anak dara dipaksa kahwin, di manalah dia nak letak muka?

"Shafira, macam mana nak buat seorang perempuan benci dengan seorang lelaki?"

Gadis itu mengerutkan dahinya sebentar sebelum bibir manis itu mengukir segaris senyum lebar.

"Layan perempuan tu dengan kejam. Tapi bukan dari segi fizikal," Ayat Shafira sengaja dibiarkan tergantung. Dengan sebuah senyum misteri, tangan Shafira membentuk pistol dan hujung jari diletakkan ke kepalanya.

"Tapi dari segi mental. Buat sampai dia jadi gila." Di hujung ayat, Shafira ketawa kecil. Dia membuat gaya melepaskan tembakan dengan gerak jarinya.

Suasana rumah sunyi sepi. Hanya suara ketawa Shafira saja yang kedengaran. Farhan dan Haries masing-masing terkedu melihat Shafira boleh mengatakan sesuatu yang dirasakan agak kurang waras.

Tak semena-mena, Farhan melekapkan tapak tangannya di dahi Shafira. Wajahnya benar-benar serius.

"Awak demam ke, Fira?" soal Farhan, ringkas.

"Eh, mana ada! Saya sihat je." Balas Shafira lalu menolak lembut tangan Farhan di dahinya.

"Shafira, mana awal dapat idea ekstrem ni? Awal selalu ada dengan Farhan bila dia tengah buat kerja ke?" duga Haries, curiga dengan dari mana datangnya sumber idea yang telah diutarakan Shafira.

Idea yang dirasakan terlalu jauh berbeza dengan perwatakan gadis itu yang sentiasa naif.

"Hah? Tak adalah. Benda nikan ada dalam novel. Memanglah saya tahu." ujar Shafira, tak mengerti dengan reaksi dua orang jejaka yang nampak terperanjat dengan jawapan balasnya tadi.

Haries mengeluh lalu meraup mukanya sekali. "Berlaku kejam saya dah buat. Nak kejam macam mana lagi?" Dengus Haries, geram.

Takkanlah dia nak rogol Raihanah untuk membuatkan gadis itu membencinya. Nauzubillahi min zalik! Dia tak pernah terniat untuk membuat dosa sebesar itu. Selama melakukan tugas sebagai LBP pun, dia takkan sesekali menghabiskan nyawa musuhnya tanpa kebenaran dari pihak atasan.

"Tak, kejam yang awak buat tu masih belum cukup kejam. Apa kata, awak ajak lagi dia keluar, awak buat benda yang sama pada dia hari ini tapi awak tinggalkan dia di tepi jalan seorang. Lagi berkesan kalau waktu tu hujan lebat. Kalau masih tak cukup lagi, awak ambil semua duit dia dan awak pura-pura buang duit tu depan dia. Buang barang kepunyaan dia. Hah, dengar pun rasa macam nak lempangkan?" terang Shafira bersungguh-sungguh. Riaknya sangat tenang dan ceria seperti sedang bercerita Kisah Si Arnab dan Si Kura-kura.

Farhan tercengang merenung isterinya di sebelah yang becok bercerita. Dalam hati sudah terdetik risau. Mungkinkah Shafira masih trauma dengan apa yang terjadi semasa penculikan gadis itu?

Pemikiran Shafira sudah jauh bezanya dari sebelum ini.

"Tapi kalau awak nak lebih kejam, cari maklumat pasal keluarga dia dan serang dia kaw-kaw. Dan jangan tunjuk satu pun kebaikan pada dia." Sambung gadis itu kelihatan bersemangat.

"Dan kalau betullah, usaha awak masih juga tak berjaya, saya nasihatkan awak, don't let go of her. She's too precious."

Shafira mula tersenyum seperti biasa. Manis dan mesra.

"Haries, saya tahu awak tak nak kahwin, but trust me. Kalau Raihanah boleh terima awak selepas apa yang awak dah buat pada dia, jangan sesekali lepaskan dia. Percayalah, perempuan macam dialah yang akan sokong awak susah dan senang." Nasihat Shafira panjang lalu lantas bangun untuk mencuci pinggan di dapur.

Merasakan penerangannya sudah cukup jelas untuk difahami, Shafira membuat keputusan untuk membiarkan Farhan pula menjalankan tugasnya.

"She's right, Ries." tutur Farhan pula sambil mengoles senyum lebar.

Manakala Haries terdiam. Terkejut dan terfikir juga dengan kata-kata Shafira, gadis yang dahulunya begitu cepat menitiskan air mata.

"She's grown huh?" Haries tertawa kecil.

Sementara itu, Shafira yang berada di dapur mengoyak senyum puas. Perasaan bangga mekar di dalam jiwanya. Rasa macam nak menangis kegembiraan.

"Ah, Ya Allah. Selama ni, asyik aku saja dalam masalah. Asyik Haries je bagi nasihat kat aku. Sekarang ni, giliran dia pula. Sukanya!"

Gadis itu sudah teruja sendiri di depan sinki sambil tergelak-gelak tanpa menyedari Farhan yang baru tiba, mendengar omelan isterinya itu.

Farhan tergeleng perlahan sambil tersengih. Shafira masih seperti dulu. Hampir tiada apa yang berubah tentang gadis itu.

"Fira, Fira. Masih nakal macam dulu,"

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro