Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 6

"MAAF, Cik Maya. Encik Jack tak nak bertemu dengan cik. Saya harap cik faham." Tutur Tihani, anggota polis yang berada di kaunter Penjara Kuala Lumpur itu.

Gadis itu menghempaskan keluhan kecewa sebelum mengucapkan terima kasih kepada Tihani dan berlalu pergi.

Sungguh, Maya tak faham dengan pemikiran lelaki itu. Mengapa lelaki itu mengatakan bahawa dialah punca Maya tak dapat memaafkan diri sendiri?

Bagi Maya, sama ada dia mampu memaafkan diri sendiri atau tak, langsung tak ada kaitan dengan Jack. Maya bencikan dirinya bukanlah sebab lelaki itu. Sekarang ini pun, dia dapat terus bertahan kerana adanya Jack sebagai kawan baiknya.

Tapi semudah itu saja Jack memutuskannya.

"Aku menjengkelkan dia ke?" soal Maya kepada diri sendiri. Mungkin juga. Kerana setiap kali Maya datang melawat Jack, Maya tak pernah ceria. Hanya murung dan menangis. Mestilah Jack dah muak dengan dia.

Pemikirannya itu membuatkan dadanya menjadi sempit. Tak mampu Maya nak bernafas dengan betul. Perasaannya bergelojak hebat.

Mengenangkan sebab Jack tak nak berjumpa dia lagi buat hatinya sakit. Bagai ditusuk dengan pisau berkali-kali.

Kenapa?

Walhal sebelum ni, dia tak kisah langsung jika Jack tiada di sisinya. Malah Maya lagi seronok kalau Jack tak mengacau hidupnya. Saban hari, dia sentiasa rasa menyampah dengan Jack kerana selalu mengusiknya dan membuatnya marah.

Tapi kenapa? Kenapa kini dia sungguh-sungguh mahu bertemu dengan lelaki itu?

Dan kenapa baru sekarang, Jack membuat keputusan yang drastik ini?

Dia tak faham!

Tak faham dengan perasaannya dan juga Jack.

🐞🌹🐞🌹

NAMA aku Jack Raymond. Based on my name, I'm certainly is not Muslim and yes, I'm a Chinese. Aku berkhidmat dengan Red King sejak aku berumur 15 tahun. Dalam masa yang cukup singkat, aku berjaya menjadi orang kanan kepercayaan RedK.

Aku terjebak dengan dunia gelap ini kerana aku juga. Mak aku seorang pelacur di sebuah kelab ternama di Kuala Lumpur ini. Dan ayah aku?

Entah, aku tak pernah ada seorang lelaki yang boleh dipanggil ayah. Hidup aku hanya kosong semata-mata. Mak aku memang tak pernah mendera aku, tapi itu tak bermakna dia pernah melimpahkan kasih sayangnya kepada aku.

Selalunya, aku sering dipinggirkan dan disisihkan olehnya. Bagi aku, hubungan kami berdua tak ubah seperti orang asing. Yes, we're totally stranger and rarely exchange words.

Waktu zaman kanak-kanak dulu, aku sering memberontak kerana menginginkan sedikit perhatian dan kasihnya kepada aku. Aku cemburu dengan lelaki-lelaki lain yang sentiasa diajak oleh mak ke dalam bilik tidurnya.

Fikir aku, at least, they had some attention from her. At least, they can see her smile. At least... they can felt her love even it's not a real love.

Tapi usaha aku sia-sia. Tak membuahkan hasil walau sedikit. Aku putus asa. Aku tak mungkin dapat merasai perasaan itu. Perasaan disayangi dan menyayangi tak mungkin ada untuk aku. Perasaan yang selalu aku impikan itu takkan pernah datang walau di alam mimpi sekalipun.

Masa aku dibazirkan hanya untuk mencari erti sayang. Bila usiaku menginjak 13 tahun, aku membuat keputusan untuk mengumpul duit dan merancang untuk hidup sendiri.

Di siang hari, aku menyambut tetamu di sebuah restoran makanan. Di situ, aku belajar cara untuk senyum dan bersosial seperti manusia biasa. Namun seringkali senyuman yang terukir di bibirku itu hanyalah palsu.

Apabila malam menjelmakan dirinya, aku bertukar rupa. Aku 'bekerja' di lorong sunyi di celah-celah kesibukan bandar. Mencuri, menjual dadah dan bergaduh perkara biasa untuk aku. Walaupun dengan usia yang muda, aku tak pernah takut untuk melakukan jenayah yang lebih besar.

Seperti...

Membunuh.

Nyawa aku selalu diancam orang lain kerana sifat aku yang suka mencabar orang yang lebih besar daripada aku. Aku masih naif waktu itu jadi aku masih tak begitu faham dengan bahaya dan bahana yang aku dapat daripada aktiviti yang aku lakukan.

Hinggalah suatu malam mengubah segalanya. Persepsi yang aku pegang selama 15 tahun aku hidup lebur kerana dicairkan api. Api dendam.

Samseng-samseng yang pernah aku ajak bergaduh dulu menyerbu rumah aku dan berniat untuk membunuh aku.

Aku tak gentar. Langsung tak! Aku boleh menghadapinya sendiri. Namun tak aku sangka, wanita yang aku anggap orang asing selama ini memunculkan diri dan berdiri gagah di hadapanku, mempertahankan anaknya.

What a joke! Waktu tu, baru aku sedar, kami bukan orang asing tapi hubungan kami lebih bermakna daripada itu. Wanita itu ibu aku dan aku ialah anaknya.

Dia cuba menghalau samseng-samseng itu dan bersetuju untuk menyerahkan tubuhnya kepada lelaki-lelaki samseng itu tanpa sebarang bayaran.

Tapi mereka kejam! Mereka memperdayakan mak aku. Mereka rogol mak aku beramai-ramai dan akhirnya membunuh mak aku di hadapan kedua-dua mataku sendiri dengan tubuh mak aku dibiarkan telanjang tak berbaju walau seurat benang.

Hingga kini, tawa mereka masih lagi kuat bergema di telingaku. Keadaan mak yang dibunuh tanpa belas masih terbayang di mata batinku. Suasana pada malam itu begitu jelas dan terang.

Samseng-samseng itu bagaimanapun mati di tangan aku satu persatu. Perasaan marah, kecewa dan benci bersatu dalam jiwaku.

Hakikatnya, perasaan itu lebih ditujukan kepada aku. Kalaulah sikap aku lebih baik, mungkin mak takkan terlibat sama. Mak aku takkan mati dengan cara sadis sebegini!

Pada malam itu, buat pertama kalinya... aku menangis. Aku meraung semahu-mahunya. Kenapa baru sekarang? Kenapa baru sekarang, aku terasa ingin menyayanginya? Kenapa sewaktu mak aku dah tiada, perasaan sayang itu datang?

Kenapa?

Aku kecewa. Aku tiada siapa-siapa lagi. Aku tiada harta mahupun seseorang untuk dipanggil keluarga atau kawan. Aku hanya ada musuh yang sentiasa memburu aku.

Dunia aku kian gelap dan gelap. Cahaya yang tak pernah menyinari sememangnya takkan sesekali muncul dalam hidup aku.

Waktu itu, aku berfikir, for what reason I'm alive? Bukannya ada orang yang sayang aku. Bukannya ada orang yang memerlukan aku. Kalau aku mati pun, entah siapa yang akan perasan?

Huh, no one! Really, no one!

Saat itu tiba. Saat aku membuat keputusan untuk membunuh diri dengan terjun dari bangunan. Kenapa aku terjun bangunan? Kenapa tak gantung saja diri sendiri atau kelar tangan sendiri?

Ya, jawapannya satu. Hingga ke akhir hayat aku, aku tetap mahu orang perasan akan aku. Walaupun orang di luar sana tak pernah tahu kewujudan aku, biarlah waktu aku mati, ada orang yang tahu akan kematian aku.

Pemikiran aku mudah tapi terlalu ekstrem untuk seorang remaja 15 tahun.

Aku memejam mata dan bersedia untuk membiarkan badanku ditolak angin. Tanpa kusedari, ada senyum di tepi bibirku. Aku puas dengan pengakhiran hidup yang begini walaupun aku ada juga tertanya-tanya sendiri,

Was I going to heaven? Or I'm going to hell?

Aku tak peduli. Biarlah. Aku tak mahu tahu.

Tiba-tiba saja, ada orang menarikku dari belakang. Lelaki itu berjaya menyelamatkan aku. Dia berkata, "Daripada mati macam ni, apa kata kau mati kerana aku? Aku perlukan kau."

Dan dari situ, aku memulakan sebuah kehidupan baru. Mungkin tak terlalu baru kerana dunia aku masih lagi gelap.

Namun sekurang-kurangnya dengan lelaki itu, ada sedikit cahaya yang sudi menyinarkan dirinya dalam dunia aku. Walaupun hidup aku taklah seindah mana tapi aku mula kenal erti setia dan pengorbanan.

Sekurang-kurangnya, aku dapat merasakan pelbagai lagi perasaan selain daripada rasa yang menyedihkan.

Aku mulai mengenali papa Maya. Tegas dan agak kejam. Keras dan bijak. Tak pernah berputus asa. Tapi di sebalik kekerasan, ketegasan dan kekejamannya, ada kelembutan dan kasih untuk satu-satunya anak perempuannya.

My first impression towards her absolutely bad. For me, she's just a dumb-arrogant little brat.

Tapi tugas aku ialah menjaga dia. What a joke! Layan budak yang banyak karenah tu? Namun apa yang membuatkan aku boleh bertahan dengannya bukanlah sebab RedK.

Walaupun Maya selalu menunjukkan dia benci dan menyampah kepada aku, tapi dia tetap ambil berat dan prihatin dengan keadaan aku. Walau sesusah mana pun, dia tetap takkan tinggalkan aku. Dia macam bayangan mak aku dulu.

Selepas lima tahun, kejadian tak diduga berlaku. Red King telah diberkas pihak polis. RedK segera mengarahkan aku untuk menyelamatkan anaknya dan membawa anaknya itu lari.

Aku akur. Aku patuh. Walaupun sukar. Ya, sukar untuk aku tinggalkan ketua aku sendiri. Tapi demi tanggungjawab yang telah dibebankan pada bahu aku, aku melaksanakan arahannya.

Maya degil! Dia meraung dan menangis inginkan papanya. Selama kami berlari merentas hutan belukar, hanya nama papanya disebut-sebut.

Aku tak tahan. Aku faham perasaannya malah aku lebih dari faham akan situasi ini. Tapi menangis takkan mengubah apa-apa.

Akhirnya, aku marah dia. Air matanya menyakitkan mata dan hati aku. Ah, Maya! Kau ingat kau saja yang sedih dengan semua ini? Habis aku? Kau ingat mudah ke untuk aku tinggalkan RedK begitu saja?

Dan dengan itu, perjalanan dendam seorang Maya Karmeela bermula. Dari bagaimana dia mendaftar di sebuah sekolah yang sama dengan anak Datuk Aminuddin, kemudian menjadikan Shafira itu sahabatnya dan tanpa perasaan, dia menghancurkan segalanya.

Aku tahu, di sebalik kata benci yang meniti di bibirnya, jauh di sudut hatinya, ada sayang. Ada sebuah perasaan yang bernama bahagia.

Tapi Maya terlalu bodoh untuk menyedarinya dan terlalu degil untuk mengakuinya. Apa yang difikirkannya hanya dendam.

Lagi dan lagi, dia membuat Shafira menangis dan tersungkur namun seringkali usahanya tak memberikan hasil yang dimahukannya.

Kerana setiap kali gadis itu jatuh, akan sentiasa ada jalan untuk gadis itu kembali berdiri. Aku mula merasakan dendam yang dibawa Maya ini takkan pernah berjaya.

Semua ini perlu berakhir. Aku membuat keputusan untuk mengkhianati Red King. Aku bekerjasama dengan 426.

Aku memintanya membawa Maya jauh dari aku, jauh dari dunia Red King. 426 dengan mudahnya bersetuju dan aku menyerah diri pada pihak polis.

Cukuplah. Aku dah penat.

Tiga bulan kemudian, dia datang.

Datangnya gadis itu dengan keadaan yang cukup berbeza. Bertudung dan berjubah hitam. Aku terpaku sebentar melihat Maya yang kini nampak lebih matang dan baru.

Apalah yang Nek Hasnah tu buat pada Maya ya?

Waktu dia datang, dia minta maaf dengan aku. Dia kata dia akan tunggu aku sampai aku keluar. Dia nak mulakan hidup baru. Tapi aku menolak.

Waiting for me? That's such a long journey.

Aku tak rasa dia perlu datang untuk melawat aku. Lagipun, jika difikirkan balik, bukan ke hubungan kami selama ini hanyalah sekadar majikan dan pekerja? Itulah yang aku katakan pada diri sendiri walaupun aku mahukan lebih daripada itu.

Tapi sikapnya yang degil tak pernah berubah. Dia kata, dia anggap aku seorang yang istimewa. Argh, hampir-hampir aku salah faham dengan ayat Maya.

Sejak itu, dia kian kerap melawat aku. Tapi aku tak gembira. Kerana setiap kali dia berjumpa aku, hanya air mata yang mengiringi perbualan kami. Dia hanya menangis.

Bukanlah aku menyuruhnya melupakan segala kesilapannya. Aku cuma mahukan dia supaya tidak terus dijerat dengan kisah silam. Dia patut cuba untuk menerima diri sendiri kerana Maya tak sejijik dan sekotor yang dia anggap.

Aku masih boleh lihat kebaikannya. Aku rasa mungkin kerana dia selalu melawat aku, salah seorang dari cerita hitamnya dulu, dia tak mampu nak memaafkan diri sendiri.

Tekad dibulatkan. Aku akan putuskan hubungan ini. Biarlah dia benar-benar memulakan hidup baru tanpa perlu berjumpa aku.

Because, this is certainly the best for her. For the women that I love.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro