Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 34

SETELAH kelibat Shafira menghilang dari balik pintu biliknya, Farhan bingkas bangun dari duduk. Arah tujunya hanya satu. Haries.

Farhan pasti, sahabatnya itu ada sesuatu yang mustahak ingin diperkatakan kepadanya. Tapi niat suci Haries tergendala kerana lelaki itu tiba pada waktu yang salah.

Bibir merah Farhan meleret senyum kecil sebelum ia bertukar menjadi tawa halus. Lucu melihat wajah merah Shafira. Bahagia terasa saat memandang raut segan isterinya tadi.

"Hmm... Fira, Fira." Kepala Farhan tergeleng perlahan mengenangkan keletah dan gelagat manja Shafira yang kian menjadi-jadi belakangan ini. Adakalanya, Shafira jenis yang memahami dan membiarkan saja Farhan bekerja. Namun ada masanya, Shafira akan lakukan apa saja untuk tarik perhatiannya waktu dia sibuk dengan tugasnya sebagai 426.

Farhan? Biasanya, dia akan menolak kerana Shafira akan menghilangkan tumpuannya pada kerja. Tapi sayang, tiga kali menolak, Farhan dah tak mampu lagi untuk berkata tidak.

Shafira ternyata sedikit sebanyak telah mengurangkan sikap workaholic 426 sebelum ini. Farhan dah tak mampu nak kerja terlalu lama tanpa melayan celoteh isterinya. Kalau dalam masa 24 jam suara manja itu tak kedengaran, mesti boleh sasau seorang.

Farhan menarik tombol pintu biliknya. Pintu kayu itu tidak dibiarkan bertutup rapat. Senyuman di bibirnya mati saat pemandangan yang tak begitu indah menyapa kornea matanya.

Tanpa sedar, Farhan berdecit halus.

Rimaslah ofis sakai sangat macam ni, gerutu hati Farhan. Matanya mula meliar ke seluruh bilik, ingin mencari bayang Haries.

Anak mata kelabu gelapnya terpaku pada satu arah. Pintu gelongsor yang memisahkan ruang ofis dengan gazebo terbuka lebar. Kain langsir biru yang dibiarkan lepas tidak diikat berterbangan mengikut haluan angin petang yang menerobos di celahan pintu.

Dari balik langsir dan pintu bercerminkan lut sinar itu, berdiri susuk tegap seseorang. Tubuhnya yang tinggi lampai berdiri di tengah-tengah gazebo. Kepala yang berambut hitam lebat itu terdongak memandang ke dada langit yang mulai berubah corak dan warna.

Di tangan kanan Haries, sebuah fail hitam dipegang kemas. Tahulah Farhan bahawa Haries sudah menjumpai fail yang dicarinya dari tadi.

"Har..." Farhan yang baru ingin memanggil tuan empunya nama terhenti saat Haries pula yang tiba-tiba saja melepaskan keluhan besar. Panjang sekali hembusan nafas yang dilepaskan Haries. Kepala yang tadi menongkat ke langit kini tertunduk jatuh memandang bawah.

Haries meramas kasar rambut hitamnya hingga berserabai. Tiupan angin pada petang itu juga membuatkan rambut yang serabai itu menjadi bertambah kusut.

Ada masalah lagi ke dia ni? Bisik hati Farhan sebelum melangkah perlahan ke arah Haries.

"Kau nak bincang apa?" soal Farhan, halus saja suaranya menegur. Kalau boleh, tak mahu mengejutkan Haries yang kelihatannya sedang termenung seorang.

Meskipun Farhan tidak menggunakan frekuensi suara yang biasa digunakannya, tetapi Haries masih tetap terkejut. Bahunya terhenjut kecil sebelum lelaki itu cepat-cepat berdehem kecil. Menyembunyikan perasaan yang bercelaru kini.

"Tak ada apalah. Aku nak bincang pasal Jack ni."

"Kau ni... dah betul-betul pasti ke?" soal Farhan, menduga gelora dalam hati Haries yang jelas kacau sebentar tadi. Anak matanya tunak merenung Haries. Mata tajam mereka saling bertentangan.

Lelaki berkulit kuning langsat itu terdiam. Dia kehilangan kata mahupun akal untuk membalas pertanyaan daripada Farhan. Renungan Farhan yang seakan-akan menyoalkan pendiriannya tika ini buat dia terkelu sendiri.

"Betul ke kau dah bersedia? Kau sendiri tahukan apa kesannya kalau kau tetap juga nak menyamar macam ni?" Kening Farhan terjungkit.

Bukanlah niatnya ingin melemahkan semangat Haries jauh sekali untuk menghasut lelaki itu supaya membatalkan niatnya. Tapi Farhan sekadar mahu mengingatkan.

Mengingatkan tentang bahana keputusan yang diambil. Menyamar bukannya kerja mudah. Sovrano dan orang kanannya seorang yang bijak dan bukanlah akal pendek.

Malah bijak saja tak cukup menggambarkan sikap sebenar Sovrano. Dia licik dan tak berhati perut pada masa yang sama. Sovrano manusia yang membuang kemanusiaan jauh dari dirinya sendiri.

Perbuatan mereka berdua yang jelas cari fasal dengan ketua The Oscura seolah-olah sedang memanggil malaikat maut mencabut nyawa dari raga mereka.

Haries tergelak kecil, menyembunyikan kegusaran di sebalik riangnya tawa. Bibirnya terlukis senyum lebar, seakan-akan tak kisah tapi dalam hati...

Tipulah jika dia tak pernah merasa erti takut. Dia manusia. Manusia yang punya sesuatu yang perlu dia jaga.

Haries tahu dari dulu lagi, sejak dia mengambil keputusan melibatkan diri sebagai orang dalam polis, Haries perlu sentiasa bersedia untuk kehilangan harta dunia akhiratnya.

Setiap hari, Haries tak pernah lepas mengingatkan dirinya tentang hal yang satu itu. Mana mungkin sekejap itu saja dia lupa bahawa dia...

Sedang mempertaruhkan nyawa keluarga dan orang terdekatnya kepada bahaya. Tak mungkin dia lupa akan hakikat itu.

Mungkin pada orang luar, mereka memandang tinggi Haries kerana kehebatan dan ketangkasannya menjadi orang dalam polis yang berjaya. Haries dikagumi oleh pihak berkuasa kerana kesetiaan dan kebijaksanaannya.

Hidupnya mewah dengan harta, rupa, kebahagiaan dan semua yang selalu orang lain impikan. Tapi jika mereka mampu untuk meneroka kehidupan Haries jauh dan jauh, Haries pasti...

Tiada siapa yang mahu menjejakkan kaki walau selangkah ke dunia gelapnya.

Haries memandang Farhan seraya bersuara tenang, "Kau takut?"

Farhan bersandar di pagar gazebo. "Aku manusia sama macam kau, Ries. Kita takkan pernah terlepas dari perasaan takut. Kan?" duga Farhan lalu mata perang Haries ditenung.

Takut itu ada dalam setiap hati manusia. Namun bagi mereka yang percaya pada kekuasaan Yang Satu, takut itu cuba dijaga agar ia tidak melebihi garis perbatasan yang ditetapkan Dia.

Haries melepaskan keluhan lemah. Senyuman palsu yang terlukis di bibirnya tadi pudar. Tiada gunanya berpura-pura depan Farhan. Lelaki itu telah dapat membacanya.

"Lagipun, kau akan kahwin dua bulan lagi." Farhan sengaja menyebut selamba.

Tersedak Haries dibuatnya. Bagaimana dia boleh lupa bahawa dia akan menukar status bujangnya kepada suami orang dalam masa kurang 60 hari lagi?

Haries gigit bibir bawah. Aduh, mati! Dia memandang Farhan dengan wajah minta simpati. Tangannya mencuit gedik hujung baju T-Shirt Farhan sambil mengelip-ngelipkan anak mata perangnya.

"Jom, bawa aku lari rumah?" pinta Haries dengan sengihan di bibirnya. Farhan terdiam. Badan lelaki itu keras kejung. Bulu romanya tiba-tiba saja berdiri melihatkan kemanjaan Haries.

Sebagai seorang lelaki yang lurus lagi suci, Farhan tak boleh mencemarkan mata dan telinganya untuk semua ini!

"Daripada bawa kau lari, baik kau cakap dengan mak kau yang kau dah bertukar selera," cadang Farhan sebelum menepis kasar tangan Haries di bajunya.

Geli!

Haries terkedu sebelum tawa keras meletus dari bibirnya. Namun biarpun tawanya kedengaran riang, hatinya tersimpan gundah.

Kalau aku boleh cakap macam tu, dah lama aku buat, Han. Gerutu hati Haries.

Apa-apa pun, mereka terutamanya Haries perlu fikirkan semula perkara ini sedalam-dalamnya agar tiada langkah yang tersilap kelak.

Tapi, saat teringatkan Puan Sri Naina, perihal kahwin, Raihanah dan juga Raziq, Haries entah kenapa rasa berat saja ingin membuat keputusan melakukan misinya kali ini.

Nanti Hana dan Raziq siapa nak jaga? Tanpa sedar, suara hatinya yang paling dalam berlagu bimbang.

Mungkin aku takkan pergi, itu katanya.

Namun, perancangan Tuhan, siapakah yang tahu?

Huwaa... Lamanya tak jumpa. I'm sorry sebab lama sangat tak update. Ingat nak update tahun depan tapi rasa nak menulis ni susah nak buang. Jadi nak lepas gian hari ini, author menulis semula. Maafkan author ya.

Author masih sibuk dan sekarang pun ada trial. Tapi author cuba. Dan maaf sekali lagi kalau bosan. Ada kritikan, teruslah komen. Heheh.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro