Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 29

MEREKA berdua duduk bertentangan di sebuah meja kecil yang terdapat di gazebo bilik papa dan mamanya. Memang dia sengaja memilih gazebo ini sebagai tempat perbincangan mereka kerana kedudukannya yang tersembunyi namun tetap takkan mendatangkan fitnah jika dilihat berdua.

Pintu bilik pula sengaja dibiarkan terbuka. Manakala Raziq dan yang lain sedang berehat di taman kecil milik Tan Sri Hazman. Lelaki tua itu masih gagah melakukan aktiviti sehariannya, berkebun. Bunga-bunga yang mekar di kawasan perumahan mereka tak lain tak bukan milik lelaki usahawan berjaya itu dan hasil tanaman dari tangan lelaki tua itu.

Tan Sri Hazman mengesat peluh di dahinya. Tangannya yang dipakaikan sarung tangan kain sedang memegang cangkul kecil. Bibirnya tersenyum memandang Haries dan Raihanah yang duduk berdua di gazebo seraya melambai-lambai ke arah mereka berdua.

Perlakuan comel Tan Sri Hazman berjaya mencuit hati Raihanah. Lebih-lebih lagi apabila Haries turut melakukan hal yang sama. Penuh teruja wajah lelaki itu. Seperti seorang kanak-kanak yang diberi hadiah hari jadi.

Melihatkan aksi dua beranak itu, tawa kecil Raihanah meletus. Haries terkedu. Dia pantas menoleh ke arah gadis yang berada bertentangan dengannya dengan riak tidak percaya.

"Awak ketawa?" soal Haries bersama senyum di bibir. Dia tak dapat menahan bibirnya dari menzahirkan sebuah senyuman saat mendengar dan melihat Raihanah tergelak.

Tawa gadis itu mati. Raihanah menundukkan kepalanya. Wajahnya berubah keruh dan serba salah.

"Saya minta maaf sebab ketawakan awak. Saya... Saya langsung tak berniat nak ejek awak ke apa," gumam Raihanah. Rasa serba salah menjentik tangkai hati kerana merasakan dia baru saja mempersendakan lelaki itu. Sedangkan dia cuma terhibur dengan kaletah keluarga itu yang sentiasa ceria.

Haries diam. Hilang terus senyumannya mendengar balasan daripada Raihanah yang tidak dia pinta pun sebenarnya. Bibir diketap. Geram sungguh dengan perangai Raihanah yang terlalu kuat berfikir bukan-bukan.

"Awak tak nampak ke saya senyum tadi bila nampak awak gelak?" soal Haries, kedengaran serius.

Sumpah, jika tidak mengenangkan mereka tidak punya hubungan yang halal untuk bersentuhan memang sudah lama kedua-dua pipi itu menjadi masa cubitannya.

Geram, tahu tak? Geram!

Semakin kecut gadis itu bila suara garau Haries berubah serius sebegitu. Sebagai jawapan kepada pertanyaan Haries, dia menggeleng perlahan. Lagipun, buat apalah lelaki tu nak senyum melihat dia ketawa?

Nak kata ada lesung pipit seperti Haries, tiada pula.

"Hish, awak ni. Saya tengah suka tengok awak gelak, awak pula spoilkan mood saya," gertak Haries, sengaja ingin menakutkan gadis genit itu.

Sebab memang dia geram. Takkan gadis itu tak perasan? Dia langsung tak rasa tawa Raihanah menjengkelkan apatah lagi menganggap gelak manis gadis muda itu kerana ingin mengejeknya.

"Maaf. Awak nak suruh saya ketawa lagi ke kalau macam tu?" soal Raihanah, teragak-agak. Keningnya bertaut sedikit. Macam pelik pula kata-katanya tadi.

Wajah tegang Haries berubah. Perutnya seperti digeletek mendengar ayat Raihanah. Segera Haries memicit hidung, menahan gelak yang bakal terhambur.

"Okey, dah. Tak payahlah. Saya nak awak ketawa ikhlas dari hati. Tapi lain kali ketawalah lama sikit, baru puas saya nak tengok." Suara Haries bergemersik halus di telinga Raihanah.

Lelaki itu menopang dagunya seraya merenung raut wajah si gadis yang tak pernah dia sangka berjaya mencuri perhatiannya.

"Awak manis sangat bila awak gembirakan sikit muka awak tu," ujar Haries, ikhlas meskipun ayat yang diungkapkan agak pelik bunyinya. Tapi biarlah, janji sampai!

Raihanah tersentak. Matanya membulat memandang Haries yang sedang elok menopang dagu di atas meja sambil galak merenungnya.

"Muka macam saya ni takkan mampu nak puaskan hati awak."

Haries melepaskan keluhan sebelum meleretkan senyuman.

"Do I care?" Kening Haries terjungkit, tanda dia langsung tak ambil kisah akan hal yang satu itu. Lagipun, Raihanah bukannya tidak cantik. Wajah itu sejuk dan sedap dipandang.

Baru Raihanah ingin membalas, satu suara menjerit lantang dari bawah. Puan Sri Naina sedang mencerlung tajam ke arah mereka berdua dengan tangan mencekak ke pinggang.

"Hah, dah! Tak payah bercengkerama sangat dekat gazebo mama tu! Haries, jaga mata! Jangan sampai mama korek biji mata kamu tu!" Semangat wanita tegas itu menegur.

Terukir jelas di wajahnya dia agak tak suka melihat perlakuan bersemut anaknya dengan Raihanah. Dia tak mahu timbul sebarang fitnah yang bukan-bukan dan dia juga tak mahu mereka terus-terusan berkeadaan begitu sedangkan mereka berdua belum sah lagi bergelar pasangan suami isteri.

Haries tersentak bila ditegur sebegitu. Dadanya dipegang lalu wajah wanita elegan itu dipandang seakan-akan meminta simpati.

"Auch, mama! Hati ni... seperti ditusuk sembilu. Sakit." Sempat Haries berdrama di atas gazebo itu. Dia membuat memek muka sakit.

Puan Sri Naina yang melihat makin bertambah geram jadinya. Dia berpaling ke arah Tan Sri Hazman yang sibuk berkebun.

"Abang, sini cangkul tu! Nak baling dekat muka lawa Haries tu. Biar Hana lari, tak nak dekat dia dah," pinta Puan Sri Naina lalu cangkul mini di tangan suaminya diambil. Masing-masing sudah terkejut dengan tindakan wanita itu termasuklah Haries.

Membuntang mata keperangan milik Haries apabila mamanya benar-benar ingin menghadiahkan cangkul kecil itu ke mukanya. Dia sudah bangun daripada duduk.

"Eh, mama! Relakslah! Nanti muka saya dah tak lawa, mama juga menyesal tak sudah nanti," laung Haries dari atas. Dia sudah berundur ke belakang.

Puan Sri Naina jangan dibuat main kata-katanya. Macam tadi pun, percuma saja kena tumbuk sebiji ke perutnya. Memang sakit tapi nasib baiklah dia sudah biasa.

Wajah Tan Sri Hazman juga turut bertukar rupa. Pucat tak berdarah. Bahu si isteri dipegang lembut lalu diusap-usap, minta bersabar. Berpeluh dingin dia melihat buah hatinya memegang erat cangkul mini itu di tangan.

"Hish, Naina. Janganlah sampai macam ni. Cuba bertenang. Istighfar banyak-banyak," pujuk Tan Sri Hazman. Pelik pun ada melihat baran isterinya hari ini lain macam. Memang sah datang bulan ni!

Namun tak semena-mena, dalam keadaan cemas sebegitu, ada suara yang selamba melepaskan tawanya. Lama hingga semua mata kini tertumpu pada empunya suara itu.

Raihanah terus-terusan ketawa hingga matanya berair. Kelakar melihat suasana lucu yang benar-benar menggeletek hatinya. Dia terus ketawa sehingga semakin lama, air matanya mengalir.

Perasaan gembira yang diadun sedih dan kecewa akhirnya diluahkan dengan air mata. Dia gembira tapi pada masa yang sama, hatinya sakit. Betapa dia mengharapkan keluarganya juga akan begini. Bahagia dan ceria. Tapi Raihanah sedar itu cuma mimpi yang berlatarkan memori lalu.

"Saya minta maaf." Raihanah perlahan-lahan berhenti dan akhirnya tertunduk sendiri. Dia tak mampu untuk menahan air matanya dari terhambur. Bibir digetap. Pedih di hati usah cerita. Hanya Al Khaliq saja tahu segala.

"Saya tak mampu, Haries. Saya cemburu tengok awak gembira sedangkan keluarga saya sendiri? Hancur. Saya seronok ada dengan keluarga ni. Seronok sangat sebab saya dapat rasa bahagia ni. Tapi bahagia ni takkan lengkap kalau mak ayah saya tak ada. Sakit, Haries. Tapi saya gembira," luah Raihanah tanpa segan silu.

Dia mahu beritahu segalanya. Semua yang telah dia pendamkan. Raihanah tak mampu menahan bebanan perasaan yang terlalu menekannya hingga dia hampir jatuh tersungkur ke pentas dunia. Tengoklah, dia hampir gila mendengar perkhabaran tentang penyakit ayahnya pagi tadi. Raihanah ketawa halus dengan mata yang berkaca. Mutiara jernih di pipi diseka dengan telapak tangan.

Entah kenapa, semacam rasa lega menerpa hatinya. Lapang dadanya apabila sesuatu yang selama ini dia pendam bertahun lamanya seorang diri terluah. Terluah di hadapan Haries dan semua orang yang ada di situ.

Dari hujung mata Raihanah, dia dapat melihat Raziq sedang mendongak memandangnya dari bawah. Bibir itu tercebik kecil, bergetar menahan sedih sebelum Raziq mengukir senyuman kepadanya.

Raihanah menghembuskan nafasnya kuat. Dia meleretkan sebuah senyum yang ikhlas datang dari hati.

"Saya lega sangat," ucap Raihanah.

Kali ni, Haries pula tertawa secara tiba-tiba setelah lama terkelu sendiri. Suka melihat dan mendengar rintihan hati Raihanah. Mungkin hanya sedikit yang terluah. Namun itu sudah cukup buatkan hati lelakinya teruja.

Meja di hadapan mereka berdua ditepuk kuat sehingga menyentakkan gadis itu. Terkebil-kebil Raihanah memandang Haries yang sudah tersenyum lebar. Mata Haries galak merenungnya.

"Okey, terus-terang... Awak betul-betul buat saya gila! I really want to know more. More than this!" kata Haries sambil tersengih-sengih.

Dia gembira dan sangat-sangat teruja apabila gadis itu sudi memberitahu apa yang selama ini terbuku dalam hati gadis itu. Dan sekali dia dengar, Haries mahukan lebih. Dia langsung tak faham mengapa dirinya jadi begini tapi rasanya...

Dia dah terlalu obses dengan gadis itu...

In a good way?

Or a bad way?

Senyum Haries meleret. Maybe both!




Okey, triple update! Huwaa... Lega rasanya. Idea datang mencurah-curah. Alhamdulillah ya Allah! Thank you juga kepada readers sebab awak jugalah, idea ni rasa nak datang.

Tapikan, author rasa chapter ni pelik. Raihanah dah macam tak betul ketawa sambil nangis. Haries pula lagilah macam dah tak betul! Sejak bila pula Haries ni pandai nak obses ni? Aduh, apa-apa pun sorilah kalau chapter ni nampak pelik. Hahaha

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro