Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 13

Pipi cengkung lelaki itu ditepuk-tepuk lembut dengan tangannya, cuba untuk menyedarkan lelaki yang kelihatan mabuk itu.

"Hei, kau ingat tak kau siapa?" bisik Haries sambil memandang tepat ke anak mata lelaki kurus itu yang kejap celik dan kemudian tertutup kembali.

"Kau tahu kau siapa?"

Kepala lelaki kurus itu tersengguk-sengguk. Entah sedar ataupun tidak Haries berada di hadapannya.

Haries diam seketika. Akalnya berfikir sejenak cara untuk mengetahui identiti lelaki kurus yang berusia hampir separuh abad itu tanpa perlu berkomunikasi.

Bau tengik yang datang dari mayat di sebelahnya menusuk lubang hidung. Namun dibiarkan saja bau itu sampai ke reseptor di hidungnya.

Setakat bau mayat, bukanlah sesuatu yang baru untuknya. Lainlah jika orangnya ialah 426, mungkin lelaki itu akan mengalami loya yang teruk tapi bukan LBP.

Setelah beberapa saat mendiamkan diri, Haries pantas mendekati lelaki kurus itu sambil poket di sebelah kanan dan kiri lelaki itu ditepuk-tepuk. Mencari sesuatu.

Tangan Haries merasakan ada benda keras di poket seluar sebelah kanan. Dia meraba-raba, menginginkan kepastian sebelum tangannya diseluk ke poket seluar itu.

Sebuah dompet lusuh dikeluarkan. Dia membelek dompet yang sudah basah itu lalu dibuka. Kad pengenalan yang dicari tiada. Kad bank juga tiada di dalam dompet itu.

Haries yang mencangkung sedari tadi mengeluh lalu memanggung kepalanya sejenak, berfikir lagi. Dia mengambil plastik beg yang berzip yang sering dibawanya ketika menjalankan misi. Dompet yang sudah kopak di sana sini dimasukkan ke dalam beg plastik itu.

Mata Haries merenung lelaki di hadapannya yang sedang khayal dengan dunia ciptaannya sendiri. Haries yang sedang mencangkung di hadapannya juga dibuat acuh tak acuh saja.

Agak lama Haries hanya memerhati lelaki yang sudah berusia itu, sebelum dia mengalihkan pula pandangannya ke arah mayat yang terletak hanya semeter dari mereka berdua.

Haries mendekati mayat yang terbujur kaku itu sambil lampu suluhnya dinyalakan ke seluruh tubuh si mayat.

Keadaan mayat itu begitu memilukan. Kulit mukanya ada kesan gigitan yang dalam hingga menampakkan isinya yang merah saga.

Perutnya juga mempunyai tanda yang sama. Kulit, organ yang paling besar dalam badan manusia kelihatan seperti dicarik-carik dengan sesuatu yang agak tajam.

Sebuah tiub panjang berwarna merah keputihan keluar dari perut dan berselerak di lantai. Haries dapat melihat dengan jelas hujung tulang di dalam badan yang sudah terdedah segala isinya itu.

Haries mencuit lembut kulit tangan mayat itu. Masih hangat tapi sudah mula mengeras. Jadi, waktu kematian mayat ini mungkin berlaku sekitar tiga hingga lapan jam yang lalu.

Kaki Haries melangkah setapak, untuk melihat wajah mangsa dengan lebih jelas. Lelaki, berusia dalam lingkungan 70-an.

Prap!

Haries tersentak. Dia tahu, dia baru saja terpijak sesuatu. Lampu suluh dihalakan ke kasutnya. Lelaki itu berdecit halu sebelum perlahan-lahan mengalihkan kakinya dari tulang yang sudah menjadi serpihan itu.

Hujung kasutnya dihentak-hentak sedikit supaya sisa tulang itu tidak melekat di tapak kasutnya.

Mata Haries mengecil melihat tulang itu, cuba meneka tulang yang baru dipijaknya itu.

Tulang itu kecil saja, mempunyai banyak ruas dan agak panjang. Ada sisa-sisa daging melekat di tulang itu.

"Ah, phalanges!" desis Haries.

"LBP, kau buat apa sampai jumpa tulang jari pula ni?" tegur 426.

"Oh, kau tahu ke phalanges tu apa?" gurau Haries, cuba berjenaka dalam keadaan yang hanya bertemankan lampu suluh itu.

"Haries Naim." Nada suara 426 berubah garang.

Lelaki itu menghabiskan sisa tawanya sebelum berpaling, memandang ke arah lelaki kurus tadi. Dia beralih tempat sekali lagi. Dia menghadap wajah lelaki yang sudah berusia itu lalu kedua-dua pipi itu dipegang kemas.

Haries menggerakkan wajah lelaki kurus itu supaya terhala tepat ke arah mayat yang tergelimpang di sebelah. Kemudian, Haries merapatkan mulutnya yang ditutup topeng dengan telinga si mangsa.

"Kau... kenal dia?" Halus namun keras.

Mata lelaki kurus itu terkelip-kelip melihat jasad yang tak bernyawa itu beberapa saat lalu lambat-lambat, lelaki kurus itu merangkak merapati si mayat.

Bebola matanya meliar melihat badan mayat lelaki itu dengan bantuan lampu suluh daripada Haries. Tiba-tiba, lelaki itu meringis. Badannya yang lemah-lemah tadi terketar-ketar.

Lelaki kurus itu tersandar ke dinding lalu perlahan-lahan sebelah tangannya naik menyentuh telinga dan mula memekup telinga kanan diikuti pula dengan telinga kiri.

Ringisan dan dengusan kecil tadi berubah frekuensi. Suara lelaki kurus itu naik tinggi. Memekik dan menjerit-jerit. Air mata berjujuran jatuh menuruni lekuk pipi yang cengkung.

"Aku tak bunuh dia! Aku tak bunuh dia!"

Haries menghembus nafas. Dia berbisik halus di telinga lelaki kurus itu.

"Kau yang bunuh dia."

Lelaki kurus itu merenung Haries dengan air muka keliru. Kemudian, raut itu bertukar bengis.

"Bukan! Bukan aku yang bunuh dia! Bukan aku yang makan dia!" Lelaki kurus itu terus terjerit-jerit histeria.

"LBP, stop right there. Aku tak nak samseng-samseng tu perasan ada benda tak kena kalau kau asyik psiko mangsa dia." Arah 426 di hujung talian.

"Yalah, yalah."

Haries berdiri, berura-ura untuk melangkah pergi. Namun dia teringat sesuatu yang belum dia lakukan. Haries mengambil barang-barang si mayat untuk dikenal pasti identitinya.

Kemudian, sebuah kamera kecil yang dapat merakam dalam gelap diletakkan di hujung bilik.

"Nampak?" soal Haries kepada 426 setelah kamera kecil itu disetkan.

"Hmm, nampak." Jawab lelaki itu ringkas.

Setelah selesai tugasnya, Haries masuk semula ke dalam lif. Lelaki kurus yang masih terlolong seorang diri dipandang simpati. Mahu tolong, perlu ada strategi dahulu. Tersilap langkah, mati jawapannya.

Pintu lif itu tertutup rapat. Semasa menunggu lif naik, 426 tiba-tiba bersuara, "LBP, ada orang dekat pondok pengawal."

Haries mengerutkan dahinya.

"Siapa? Bahaya ke?"

"Budak kecil. Lelaki, mungkin 12 tahun," ujar 426.

Pintu lif terbuka luas. Haries melangkah keluar dan berhenti seketika di depan pintu logam itu. Alat hitam itu dikemaskan apabila merasakan ia melonggar.

"Dia buat apa dekat situ pukul empat pagi ni?" soal Haries, hairan bagaimana seorang kanak-kanak lelaki sekolah rendah boleh berada di situ pagi-pagi buta ini.

"Tak tahu. Macam dia nak minta tolong. Dari tadi ketuk tingkap. Tapi pengawal tu dah kena gas tidur. Memang takkan bangun selagi belum dua jam." Ulas 426.

"Tak apalah. Biar aku bereskan."

Kakinya kembali berjalan hinggalah pandangan matanya dapat menangkap susuk tubuh seorang kanak-kanak lelaki sedang menumbuk tingkap pondok. Keadaannya kelihatan benar-benar terdesak.

Haries meneruskan perjalanannya namun dia bijak menyembunyikan dirinya supaya tak terlihat oleh budak itu. Dia berhenti dan menyorok di sebalik pokok renek yang berdekatan dengan pondok pengawal.

Kanak-kanak lelaki itu masuk ke dalam. Haries diam. Masih memilih untuk memerhati. Beberapa saat kemudian terdengar bunyi tamparan yang kuat.

"Dia buat apa, 426?" soal Haries memandangkan penglihatannya terbatas dengan dinding yang menghalang.

"Dia lempang pengawal tu."

"And then?"

"And then apa lagi? Pengawal tu takkan bangun. Kejap, dia tengah ambil kayu."

Haries terkejut. "Takkan budak tu nak..."

Prap!

"Kerusi tu patah."

Haries menarik nafas lega. Ingatkan nak pukul orang.

"Aku rasa budak tu perlukan sesuatu dari pengawal tu."

Baru Haries ingin bangun dari tempat persembunyiannya, dia terdengar suara lelaki itu menderam. Suara itu kedengaran berat dan serak-serak.

"Budak tu menangis."

"Kau dah macam narratorlah, 426."

"Okay, I'm already done. Good luck." ucap 426, laju tanpa menunggu apa-apa balasan daripada Haries. Lelaki bernama Haries memang suka berlawak walaupun pada saat yang tak sesuai.

Sekarang, dia serahkan hal budak lelaki itu kepada Haries memandangkan kerjanya untuk assist lelaki itu kini selesai.

"Eh, 426! Kejap!" Haries terlambat. Alat pendengaran di telinganya kini terus senyap.

Haries mendengus geram.

▶️ ▶️ ▶️

RAZIQ terus-terusan menangis dengan hingus yang sudah meleleh dari hidungnya. Sungguh, dia benci dengan dirinya sendiri.

Benda senang pun tak mampu buat. Macam mana aku yang lemah ni nak lindungi kakak? Dia mengutuk diri sendiri dalam hati.

"Adik?" Satu suara garau menegur dari muka pintu.

Pantas kepala Raziq terdongak. Matanya memandang tepat ke susuk tubuh yang berdiri tegak di hadapannya. Seorang lelaki berpakaian serba hitam sedang tersenyum mesra kepadanya.

Raziq membisukan dirinya. Dia seakan-akan terkaku melihat Haries berdiri di hadapannya. Haries merapati kanak-kanak itu lalu duduk mencangkung di hadapan Raziq yang masih terpinga-pinga.

"Adik okey tak? Kenapa keluar malam-malam buta ni?" soal Haries, lembut sambil tangannya mengusap kepala Raziq.

Tiba-tiba, Raziq bangun lalu dengan kelam-kabut dia mencapai nota kecil dan sebatang pen dari meja pondok itu. Tangannya mula laju menari di atas kertas kosong itu.

Abang tak kenal saya?

Kertas itu diberikan kepada Haries untuk dibaca. Ayat yang ringkas itu dibaca juga walaupun dia rasa pelik. Soalan yang dibalas dengan pertanyaan membuatkan kening Haries bertaut rapat.

Aku kena kenal dia ke? Hati Haries berdetik hairan. Perlahan, kepala Haries menggeleng, menandakan dia tak pernah mengenali Raziq. Melihat wajah budak lelaki itu pun tak pernah.

"Adik tak jawab soalan abang lagi. Kenapa adik kat sini?" Haries masih cuba mencari jawapan kepada persoalannya tadi yang asyik berlegar di mindanya.

Raziq bagaikan tersedar sesuatu. Dia menulis kembali.

Kakak saya dalam bahaya! Ada orang cuba kejar dia. Abang kena tolong saya.

"Kakak awak dekat mana?" Haries turut bimbang apabila dia selesai membaca tulisan budak lelaki yang tak dikenalinya itu.

Raziq terus menarik lengan Haries untuk mengikutnya. Cahaya harapan yang tinggal samar sedari tadi kembali terang. Raziq yakin, kalau mereka berdua cepat, Raihanah akan terselamat.

Kakak, tolonglah selamat! Bisik hati Raziq.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro