❀ 08
[ 5:21 p.m. , 15 November 2019 ]
[ Sebulan kemudian ]
Aku duduk bersimpuh di tepi pusara insan yang masih aku cintai walaupun sudah sebulan dia meninggalkan aku di dunia ini.
Batu nisan yang terukir namanya aku sentuh perlahan.
REST IN PEACE
PARK JIMIN
1995 - 2019
Kini, aku masih lengkap berpakaian jubah dan topi graduasi. Sebaik saja majlis selesai, aku terus ke sini. Segala pelawaan untuk bergambar dengan kawan lain aku tolak.
"Jimin, sepatutnya sekarang ni kita sama-sama campak topi ni. Kita ambil gambar graduate sama-sama." ujarku perlahan.
Mataku sudah dikaburi dengan air mata.
"Jimin, saya rindu."
Aku tak tahan. Walaupun aku tahu rindu ni takkan berbalas sampai bila-bila, aku tak peduli. Aku tetap rindukan dia.
Air mata aku mula menitis jatuh ke atas pusara Jimin. Sejambak bunga lily putih aku letakkan di hadapan batu nisan pada pusara Jimin.
Aku keluarkan lipatan kertas pada poket seluarku memandangkan semua pelajar dibenarkan berpakaian bebas hari ini.
Kertas itu aku buka. Sewaktu hari pengebumian Jimin, Puan Park ada serahkan sebuah diary milik Jimin kepadaku. Katanya aku lebih layak untuk membaca segala luahan hatinya.
Kemudian, aku terjumpa sehelai kertas ini di dalam diary tersebut. Sampai sekarang aku membawa kertas itu kemana-mana saja aku pergi sehinggakan isi yang tertulis di dalam kertas itu pun aku telah hafal.
Aera kesayangan Jimin... walau apa pun terjadi, Jimin nak Aera tetap senyum dan gembira. Aera tahu kan Jimin tak suka tengok Aera monyok, sedih?
Jimin sayang Aera... sangat-sangat. Mungkin bagi Aera, Jimin ni agak keterlaluan dan nampak terlalu melebih-lebih. Tapi itu saja cara Jimin untuk tunjuk rasa sayang Jimin kat Aera.
Jimin tak tahu kenapa tiba-tiba je tulis surat macam ni. Cuma Jimin nak pesan beberapa perkara. Jaga diri, chagiya. Jimin dah tak boleh untuk lindung dan ada untuk Aera macam selalu. Bahagiakan diri walaupun Jimin tiada di sisi. Itu saja yang Jimin pinta.
Jimin janji pada diri bahawa Aera adalah perempuan pertama dan terakhir yang Jimin sayang sehingga akhir nafas Jimin. Goodluck for your future, Min Aera.
Yang tulus mencintaimu,
Park Jimin ♡
Aku tertawa kecil membayangkan betapa manisnya Jimin tulis surat ini. Dia seorang yang tidak tahu erti malu untuk tunjuk perasaan sayangnya pada aku.
Aku mengeluh perlahan. Hati aku masih pedih. Dia seakan tahu yang dia akan pergi tinggalkan aku.
Dalam surat tersebut, Jimin seakan menyuruhku agar aku sentiasa tersenyum, terus melangkah ke hadapan walaupun tanpa dia di sisi.
Dulu memang aku sukar untuk terima kenyataan. Tapi lepas sebulan Jimin pergi, aku belajar hidup tanpa dia. Sunyi sangat.
Impian bahagia untuk aku kecapi bersamanya terus hancur bersepai. Siapa sangka sehari sebelum dia pergi, Jimin nampak sihat.
Mungkin Tuhan nak bagi peluang terakhir aku luangkan masa bersama dia. At least, aku tak terkilan. Cuma tak sangka bahawa dia telah pergi sangat jauh dari aku.
Jimin, rehatlah di sana sayang.
Aera di sini akan terus mencintai dan merindui Jimin setiap masa. Seberapa lama pun awak telah hilang dari pandangan, hati dan minda saya sentiasa mengingati awak.
Tunggu saya di sana, Jimin. Doakan kebahagiaan saya di dunia ini. Semoga kita akan dipertemukan pada kehidupan yang akan datang ♡
Gadis yang ikhlas menyayangimu,
Min Aera.
THE END
-----
534 words for this chapter!❤❤ finally tamat sudah ini shortstory!
thanks sangatttt pada readers yang support dari intro sampai last chapter ini ❤❤
maaf andai cerita ini tak best buat anda :(
bubyeeee ❤❤
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro