❀ 05
[ 4:40 p.m. , 13 Oktober 2019 ]
<Jimin's POV>
Aku teruja.
Aku gembira bukan kepalang.
Aku terlupa hari ni hari apa. Biasanya hari ni yang aku tunggu tapi aku langsung tak kisah.
Aku hanya tahu yang hari ni aku akan kembali bercakap, bergurau dengan Aera macam sebelum ni.
Aku rindu dia.
Rindu dengan senyumannya.
Rindu dengan gelak tawanya.
Rindu dengan gurauan manjanya.
Hari ni aku bakal dapat balik semua tu.
Aku menghela nafas lega. Sejambak bunga mawar merah yang berada di genggaman aku cium kejap. Baunya yang amat menenangkan.
Aku sengaja memarkirkan keretaku sedikit jauh daripada kafe yang dimaksudkan Aera semalam. Nak buat surprise.
Disebabkan kafe itu berada di seberang jalan, aku terpaksa melintas. Kiri dan kanan aku pandang untuk memastikan bahawa tiada kereta yang meluncur di jalan raya.
Setelah semuanya okay, aku mula berjalan melintasi jalan raya tersebut. Aku tersenyum bahagia.
Mataku mula terpandang seekor kucing berwarna putih yang bunting sedang berjalan perlahan di atas jalan raya.
Aku mendekati kucing tersebut, cuba untuk menghalaunya agar tidak berada di jalan yang bahaya ini. Namun kucing itu tidak mengendahkan aku.
Aku mengangkat tubuh kucing itu. Tanpa aku sedar ada kereta yang sedang meluncur laju menghampiriku.
▶▶▶
<Aera's POV>
Tujuh batang lilin yang dipacakkan pada blueberry cheese cake.
Lighter diambil dan dipetikkan pada lilin untuk menghidupkan api. Angka 17 diletakkan di tengah kek menandakan Jimin sudah 17 tahun hidup di dunia ini.
Aku meletakkan sekotak hadiah di tepi pinggan yang akan digunakan Jimin nanti. Sementara menunggu ketibaan lelaki itu, aku keluar sebentar dari kafe untuk mengambil angin. Nanti bila nampak Jimin datang, boleh terus lari masuk dalam.
Aku pelik kerana ada beberapa orang berlari di hadapan kafe itu. Wajah mereka kelihatan panik. Mataku mengikuti mereka yang berlari ke satu arah.
Ramai manusia sedang berkerumun di situ.
"Encik, kenapa ni?"
Aku sempat bertanya kepada salah seorang yang ingin berlari menuju kerumunan itu.
"Ada orang accident!"
Lelaki itu terus berlari tanpa sempat aku berkata apa-apa lagi. Aku malas nak pergi tapi entah kenapa hati aku meronta-ronta agar aku dekati kerumunan itu.
Aku ternampak satu jambangan bunga mawar merah yang berada di atas jalan. Jambangan itu aku ambil dan ada satu kad yang terselit di antara kuntuman mawar tersebut.
Kad yang ada gambar teddy bear sedang memeluk sebuah love itu aku buka. Tulisan yang kecil dan kemas itu aku baca.
Jimin cinta Aera ♡
Mata aku membuntang. Terus aku berlari ke arah di mana orang ramai sedang berkerumun di situ sambil membawa jambangan bunga itu bersama aku sekali.
Saat aku terlihat susuk tubuh yang terbaring dengan berlumuran darah itu, aku terkejut.
Rasa nadi yang berdenyut seakan terhenti.
Jantung yang berdetak seakan berhenti mengepam darah.
Dunia yang sentiasa berputar seakan terhenti.
Lututku menggigil. Aku terduduk di samping lelaki yang sedang tercungap-cungap mencari nafas.
"JIMIN-AH!!"
Air mataku gugur membasahi pipi. Kepala Jimin aku pangku dan diletakkan di atas pahaku.
"Jimin, kenapa ni sayang?!"
Aku terus menangis. Jimin tidak menjawab. Tapi lelaki itu memegang tapak tangan kiri aku dengan penuh erat. Matanya sudah layu. Aku bagaikan orang gila di situ.
"SESIAPA PANGGIL LAH AMBULANS! YANG SEMUA TERPACAK KAT SINI BUAT APA?! FUNCTION LAH SIKIT!"
Aku tidak dapat menstabilkan emosi aku lagi. Biarlah orang nak kata apa tentang aku asalkan Jimin selamat.
Darah yang mengalir dari kepala Jimin terus keluar dengan banyak sehinggakan dress putih yang tersarung di tubuhku dibasahi dengan darah merah pekatnya.
Tak lama kemudian, ambulans datang mengambil Jimin dan membawanya ke hospital. Aku kelam kabut call parents Jimin serta eomma dan appa aku agar terus datang ke hospital.
Satu je dalam fikiran aku sekarang.
Tuhan, selamatkan lah Jimin aku.
------
TBC
593 words for this chapter ❤
gaess okay ke gaess?
mekasehhh mana yang support citer ni sampai sini! ❤❤ putri sayang anda!!!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro