❀ 04
[ 6:21 p.m. , 12 Oktober 2019 ]
Aku melangkah masuk ke dalam cafe tersebut.
Dekorasi kafe tersebut sangat menarik. Tak terlalu sempit dan padat. Susunan meja dan kerusi sangat sesuai dengan keluasan kafe tersebut.
Bertemakan gaya hipster, dinding kafe itu berwarna hitam putih dan kelabu. Kerusi dan meja pula diperbuat daripada kayu.
Aku menghampiri ke kawasan kaunter pembayaran.
"Boleh saya bantu?"
Seorang pekerja wanita itu ramah menegurku. Aku mengangguk dan tersenyum.
"Hai, boleh saya tanya siapa manager kafe ni?" tanya aku dengan sopan.
"Boleh tapi untuk apa ya?"
"Erm, sebenarnya saya nak tempah satu table nak buat surprise untuk boyfriend saya. Esok birthday dia."
Aku menjelaskan perkara yang sebenar kepada wanita itu. Kepalanya dianggukkan perlahan.
"Boleh, kejap ya."
Aku mengangguk.
Wanita itu mula masuk ke dalam sebuah bilik. Selang dua minit, dia keluar bersama seorang lelaki di belakangnya.
"Kamu nak buat birthday party ya?" soal lelaki itu.
"Ya, tapi tak ada tetamu pun. Just saya dengan boyfriend saya je." kataku.
Lelaki itu mula membawaku ke satu ruangan tertutup yang sedikit besar. Tempat itu khas untuk buat party.
"Kalau cik nak kami hiaskan siap-siap pun boleh tapi bayaran kena lebih lah."
Lelaki itu menawarkan perkhidmatan yang ada di kafenya.
Aku bersetuju dengan tawaran yang ditawarkan di kafe tersebut. Kalau aku yang hias, mungkin tak sempat. Jadi, biarlah aku serahkan semuanya pada kafe ini.
Aku berbincang dengan manager kafe itu untuk menghias dengan tema yang aku mahukan dan sesuai dengan Jimin.
Setelah selesai, aku terus membuat pembayaran.
"Esok tau! Saya harap semuanya akan sempurna." pesanku sebelum keluar dari kafe tersebut.
Sesampai saja aku di rumah, ruangan chat aku bersama Jimin dibuka.
Me
Jimin, esok saya nak jumpa awak kat Bangtan Cafe tau! Tepat jam 5 petang. Kalau awak tak datang, kita putus!
Setelah siap menaip, aku tutup handphone. Sementara menunggu Jimin reply mesej, aku membersihkan diri dan menukar pakaian untuk tidur malam.
Handphone yang berada di atas katil aku capai dan aku buka. Mataku ternampak mesej yang masuk daripada Jimin dalam sepuluh minit yang lalu.
MyMochi❤
Awak nak jumpa saya? Awak dah tak marah saya kan?
Me
Kalau nak tahu, datang je esok. Jangan banyak cakap!
MyMochi❤
Ah, nae! Saya rindu awak, Aera! Okay, saya janji sebelum pukul lima saya dah ada kat kafe tu ❤❤
Aku ketawa membaca ayat daripada Jimin. Mochi kesayangan aku ni tak pernah tak comel.
Me
Okay, bye!
MyMochi❤
Bye, Aera! Jiminie love youuu! Tunggu saya esok!
Aku hanya seen. Tidak membalas apa-apa. Tunggulah esok, nanti aku puas-puas cakap i love you dekat dia.
Macam orang gila woi tiga hari tak bercakap dengan dia! Rasa nak meletup je hati ni.
------
TBC
434 words for this chapter ❤ thanks mana yang still baca and support cerita ni hmm ❤❤
nah amik laa love dari putri
❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro