Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

❀ 03

[ 5:15 p.m. , 11 Oktober 2019 ]

<Jimin's POV>

Butang loceng rumah Aera yang berada di tepi pintu pagar aku tekan. Dalam dua kali aku tekan, seorang wanita berusia dalam lingkungan 40-an membuka pintu.

Wanita itu ibu Aera, Puan Min.

Puan Min tersenyum manis lalu membuka pintu pagar supaya aku boleh masuk ke dalam rumah tersebut.

"Aigoo, Jimin. Maaf sebab lambat buka pintu. Aunty tak dengar. Leka memasak kat dapur tadi."

Puan Min memohon maaf kerana membiarkan aku sedikit lama di luar. Aku menggeleng perlahan.

"Tak apa, aunty. Maaf kalau Jimin menganggu aunty kat sini."

Puan Min pula menggeleng. Tangannya menepuk lembut bahu kananku.

"Eh, mana ada mengganggu. Jimin nak jumpa Aera ke?"

Puan Min dapat meneka apa yang aku mahukan. Aku mengangguk tanda mengiyakan pertanyaan Puan Min tadi. Wanita itu membawa aku masuk ke dalam rumah.

"Jimin duduk dulu. Aunty panggilkan Aera kat atas." kata Puan Min lalu dia menaiki tangga untuk memanggil anak gadisnya.

Aku tersenyum nipis. Sebenarnya niat aku datang ke sini untuk bertanya dengan Aera apa yang sedang berlaku.

Aku pelik, sudah dua hari dia mendiamkan diri dan mengelak untuk berjumpa denganku.

Selepas lima minit, Puan Min turun dari tangga.

"Sabar ye, Jimin. Dia tengah bersiap tu. Aunty buatkan hot chocolate untuk Jimin."

Puan Min segera berlalu ke dapur. Kemudian, Aera muncul menuruni anak tangga. Gadis itu leka memandang skrin telefonnya.

Aera melabuhkan punggungnya pada sofa yang berhadapan dengan aku.

"Aera, saya datang ni."

Aku memulakan perbualan.

Aera hanya berdehem perlahan.

"Aera, pandanglah saya." kata aku lagi.

Terdengar keluhan berat yang dilepaskan Aera. Dia hanya memandangku sekilas sebelum matanya kembali melekat pada skrin telefon.

Puan Min datang dengan membawa segelas hot chocolate dan diberikan kepada aku. Aku mengucapkan terima kasih kepada Puan Min. Wanita itu hanya tersenyum dan berlalu ke dapur semula.

"Aera, awak kenapa? Awak okay ke?" tanya aku.

"Tak ada apa-apa."

Itu saja yang Aera balas.

"Jadi?"

Aera memandang aku dengan pandangan jengkel.

"Jadi apa?"

"Why you treat me like this?"

Aera sekadar mengangkat bahu.

"Aera, jawablah. Please pandang saya. Saya datang sini nak bercakap dengan awak. Bukannya nak tenung awak leka dengan handphone tu."

Aku mula give up dengan setiap reaction yang diberi Aera.

"Siapa suruh awak datang sini? Saya nak tengok handphone bukannya awak."

Kata-kata yang dilemparkan Aera kedengaran sangat sinis. Hatiku sedikit terluka dengan apa yang keluar dari bibir gadis itu.

"Balik lah, Jimin. Saya tak ada mood nak layan orang."

Aera mula bangun. Dia berjalan menghampiri pintu dan membukanya dengan luas.

"Jadi, sila keluar."

Dia halau aku?

"Tapi Aera, kenapa?"

"I don't know."

Aku mengeluh perlahan. Aku bangun dan berjalan menuju ke pintu. Aku keluar dari rumah tersebut. Namun, belum sempat Aera menutup pintu, aku menahannya.

"Saya ada buat salah ke pada awak, Aera?"

Mana tahu dia terasa dengan aku dalam diam.

"Balik je lah."

"But why? Saya tanya ni. Apa salah saya kat awak, Aera?" kataku dengan wajah yang penuh mengharap.

Aku cuba meraih tangannya tapi dia pantas menepis tanganku dari terus memegang tangannya.

"Tepi lah! Jangan kacau saya!" marahnya.

"Aera, please. Aera--"

Aku merayu tapi Aera pantas menutup pintu dengan kuat tanpa sempat aku halang dan menghabiskan ayat. Aku mengeluh lagi.

Kasut Vans berwarna putih dan hitam aku sarung sebelum keluar dari kawasan rumah Aera dengan perasaan hampa.

-----
TBC

498 words for this chapter ❤

readers boleh bagi feedback untuk chapter kali ni? best ke tak?

maafkan putri kalau ianya membosankan :(

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro