🌹PART 3
Sampai di hospital, Ayara terus melangkah laju ke kaunter pertanyaan untuk bertanya di mana Haaim ditempatkan, dalam hatinya tidak berhenti berdoa semoga dia dapat bertemu Haaim sebelum di masuk ke bilik bedah.
"Akak!" Tegur seorang perempuan apabila ternampak Ayara di kaunter pertanyaan.
Ayara terus menoleh apabila terdengar ada suara memanggilnya.
"Hayra!" Tegur Hayra sebaik ternampak adik perempuan Haaim menghampirinya.
"Akak!" Hayra terus memeluk Ayara sebaik menghampiri Ayara, airmatanya tidak mampu untuk bertahan lagi dari mengalir di pipinya, dia sedih melihat keadaan abangnya yang semakin lemah.
Ayara mengusap belakang Hayra perlahan untuk menenangkanya.
"Kenapa ni adik, abang kat mana?" Tanya Ayara.
"Abang ka..k dia dah lemah sangat, adik tak boleh nak tengok dia akak." Katanya dengan nada tersekat.
"Adik bawak akak jumpa abang ya, akak nak jumpa dengan dia adik." Kata Ayara setelah pelukan mereka terlepas.
Hayra terus membawa Ayara ke bilik dimana Haaim ditempatkan, mereka terus membawa Haaim ke hospital setelah dia pengsan di rumah.
Di depan bilik Haaim ayah dan ibunya sedang menunggu di luar, riak muka mereka nampak sedih. Ayara melangkah menghampiri ibu dan ayah Haaim.
"Assalamualaikum pakcik. Makcik." Tegur Ayara, tangan kedua orang tua Haaim disalam sebelum bibirnya mengucup lembut tangan tua itu.
"Walaikumsalam, eloklah kamu datang Ayara, kamu masuklah dalam jumpa Ha, bagi semangat dekat dia." Kata ibunya.
"Baik makcik, saya masuk dulu ya." Ayara meminta izin sebelum melangkah masuk ke dalam bilik Haaim.
Setelah masuk ke dalam, Ayara melihat Haaim sedang terduduk lemah di atas katil.Matanya dipejam, Kepalanya disandarkan di kepala katil dengan berlaskan bantal sambil mulutnya terkumat kamit membaca zikir.
"Haaim Shiraz." Nama penuh Haaim yang indah meniti di bibir munggil Ayara Sofea, yang mengelilingi, rupa yang elok itulah maksud namanya.
Haaim Shiraz memang selalu mengelilingi di setiap kehidupan seorang Ayara Sofea, dia yang sentiasa ada ketika Aya susah, dia yang sentiasa melindungi jika ada sesuatu yang buruk berlaku. Dia sahabat, dia juga abang yang sentiasa ada buat adiknya.
Mendengarkan suara yang sangat dia kenali, Haaim terus membuka mata, dia menoleh memandang Ayara dengan senyuman terukir di bibir, senyuman yang dibuat khas untuk Aya walaupun dia sedang berlawan dengan penyakitnya sendiri.
Pandangan itu, membuatkan hati Ayara seperti disiat-siat pisau yang tajam. Sayu dan sedih ada keperitan di sebalik pandangan Haaim walaupun cuba disorok Aya sangat mengenali sahabat baiknya ini. Selalu pendam apa yang dia rasa, sukar untuk meluahhkan segalanya.
"Aya kau buat apa kat sini, kau tengah kerja kan?" Tanya Haaim, dia terkejut apabila Aya muncul di hadapanya, tipulah kalau hatinya tak gembira. Ya, dia sangat gembira. Tapi dia tidak mahu membebankan Aya hanya kerana ingin melihat dia yang hidupnya sudah tidak lama lagi.
Pada masa yang sama dia takut ini adalah kali terakhir untuk dia menatap wajah Ayara.
"Aku tak tenang Im. Kalau aku tak teman kau." Ayara terus melabuhkan duduk di atas kerusi sebelah Haaim.
Haaim hanya mengukir senyum. Senyuman yang nampak indah di mata Ayara Sofea.
"Sayang juga kau kat aku kan ya." katanya lemah.
"Mestilah sayang, kau tu lelaki kiriman tuhan untuk aku."
"Maknanya kita dah rasmi la kan?" Tanya Haaim.
Ayara malu untuk menjawab, dia hanya mengganguk mengiyakan.
"Kenapa sekarang baru kau nak luah kat aku Im? Kenapa tak dari dulu lagi?"
"Aku tak mampu Aya, tapi aku kena luah juga sebab aku takut aku tak sempat nak luah pada kau nanti." sayu kata-kata Haaim mem buatkan hati Ayara sebak.
"Kau janganlah cakap macam tu, kau buat aku lagi risau lah Im." menitis mutiara jernih di pipi mungil Aya, hatinya jadi sesak apabila mendengar bicara dari Haaim.
"Janganlah menangis Aya, sayang aku ni kan kuat jadi tak boleh menangis." pesan Haaim lembut, tisu diambil perlahan dia mengelap airmata yang jatuh di pipi Aya.
Lagi lencun airmatanya turun membasahi pipi dengan tingkah laku Aisy terhadapnya, dia sendiri tidak tahu kenapa senang benar airmatanya mengalir harini semuanya kerana seorang Haaim Shiraz.
"Hey! dahlah jangan menangis lagi. Abang tak suka tengok sayang menangis hati abang perit sangat sayang." pujuk Haaim lembut, panggilan antara mereka juga sudah bertukar.
Perlahan esakan Ayara terhenti, dia mendongak memandang Haaim. Pada masa yang sama dia suka akan panggilan Haaim terhadapnya. Kebahagiaan mula menjalar dalam hati.
Mereka berpandangan seketika pegun! hanyut dalam pandangan indah masing-masing seperti meluahkan perasaan yang ada dalam hati mereka berdua.
"Mulai sekarang, kau kena panggil aku abang." ucap Haaim memecahkan kesunyian antara mereka.
Memang itu impianya dari dulu mendengar seorang perempuan memanggilnya dengan panggilan yang sedap didengar di halwa telinga.
"Ya abang, ok kan Aya sebut." perasaan malu mula bertapak dalam hati Aya.
"Ok sayang." jawab Haaim lembut.
Haaim menggangahkan tanganya untuk mengambil Sebuah kotak kecil yang diletak di atas laci kecil yang disediakan di situ untuk diberikan kepada Ayara.
"Apa ni abang?" Tanya Ayara, kotak itu bertukar tangan.
"Kenangan kita semua ada dalam ni, dari kecil sampai dewasa," jawab Haaim.
Ayara ingin membukanya tapi dilarang Haaim.
"Abang nak sayang buka lepas abang habis pembedahan, abang nak sayang bahagia itu last wish abang."
Belum sempat Ayara mengukapkan kata, doktor yang ditugaskan membuat pembedahan terhadapnya masuk ke dalam bilik.
"Encik Haaim Shiraz, bersedia untuk jalani pembedahan?" Tanya doktor yang digelar doktor Ahmad.
"Sedia doktor,' jawab Haaim tenang.
"Muka encik Haaim nampak ceria sikit. Sebab ada jantung hati kat sini ya." Sempat doktor Ahmad bergurau kerana melihat Ayara di sisi Haaim.
Ayara dan Haaim memandang satu sama lain, bibir mereka mengukir senyum dengan gurauan doktor Ahmad.
Sebelum katil ditolak keluar Haaim sempat memesan.
"Jangan lupa last wish abang ya sayang, bahagia walaupun tanpa abang."
"Aya akan sentiasa doakan abang." Pesan Aya.
Beberapa orang jururawat terus menolak katil hingga ke bilik pembedahan sebelum itu, mereka memberhentikan katil Haaim didepan keluaraganya. Setelah itu mereka menolak semula sampai lah ke bilik pembedahan.
Ayara mengikuti Haaim bersama keluaraganya. Kotak kecil yang diberi Haaim digengam erat. Ayara hanya melihat Haaim sehinggalah dia masuk ke bilik bedah.
Dalam hati Ayara tidak berhenti berdoa untuk keselamatan Haaim, dia sempat menunaikan solat bersama keluarga Haaim setelah selesai solat mereka menunggu semula di depan bilik bedah sehinggalah pembedahan selesai.
Setelah beberapa jam menunggu, doktor yang ditugaskan atas pembedahan Haaim keluar dengan wajah tak beriak sukar untuk mereka gambarkan apa yang berlaku.
Berita yang disampaikan oleh doktor Ahmad meluluhkan hati keluarga Haaim termasuklah Ayara. Sukar untuk dia percaya apa yang dia dengar. Airmatanya menitis laju di pipi.
"Kenapa abang tinggalkan sayang, sayang baru je rasa bahagia abang." Omelnya dalam hati, kotak yang diberi Haaim dipeluk erat, tiada lagi orang yang selalu mendengar luahan isi hatinya, orang yang selalu melindunginya dan orang yang sentiasa berada di sisinya saat susah dan senang.
Doktor mengesahkan Haaim meninggal dunia ketika pembedahan dijalankan, mereka tidak dapat menyelamatkanya kerana penurunan jantungnya turun mendadak. Allah lebih sayangkan dia kerana itulah dia diambil nyawanya.
Thanks pada yang sudi baca😀
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro