🌹PART 1
"Assalamualaikum, Hi Im sorry aku lambat. Lama ke kau tunggu aku?" Ayara sudah berdiri tegak di depan sahabat baiknya sembari tersenyum menampakkan gigi putihnya yang tersusun rapi dengan matanya yang semakin mengecil tatkala senyuman semakin melebar.
"Deg!" jantung Haim berdetak kencang saat melihat senyuman Ayara yang kelihatan begitu manis pada pandanganya, cuba untuk mengawal riak wajahnya Haaim hanya mengganguk pelan mengusir segala rasa yang mulai hadir dalam hatinya.
Rasa cinta yang telah lama hadir, cuma Haaim lebih suka menyimpan rasa tidak mahu ada rasa canggung antara mereka bila Haaim meluahkan rasa hatinya, biarlah ia menjadi rahsia yang Haaim sendiri tidak tahu sampai bila dia mampu untuk menyembunyikanya.
Melabuhkan duduk di depan Haaim, Ayara menatap sahabatnya yang hanya beriak datar, merajuklah tu dia lambat.
"Walaikumsalam, tak lama pun cuma tulah habis jugalah air aku satu cawan," jawabnya datar, tanpa menatap Ayara. Inilah perempuan dah janji on time tapi tak ditepati, kalau lekaki lambat punyalah membebel macam mak-mak.
"Alahai... Sahabat aku merajuklah pulak. Makin handsomelah dia merajuk." Ayara cuba memujuk dengan nada manja.
Termakan pujuk, Haaim menoleh menatap Ayara, bibirnya menyimpan senyum tidak mau cepat mengalah dengan pujuk rayu.
"Ha! Pandang pun, senang je nak pujuk kawan aku sorang ni," ucap Ayara dengan muka bangga.
"Tak payah nak bangga sangat, seronok ya bagi aku tunggu kau lama-lama kat sini?"Haaim bernada tidak puas hati.
"Ala tak habis merajuk lagi ke? Aku ingat dah selesai dah. Maaflah Im, aku janji lain kali aku tak lambat lagi." Ayara mengangkat tangan, dah macam nak baca rukun negara. Tubuhnya menegak menatap Haaim sembari menujukkan senyuman manis.
Haaim tersenyum melihat sikap sahabat baiknya, itulah hubunganya dan Ayara rapat, macam adik-beradik. Kemana saja Ayaralah jadi penemanya, saat dia sedih, gembira Ayara lah selalu ada buatnya.
Sehingga dia sendiri merasakan perasaanya terhadap Ara lebih dari sahabat, apakah Ayara merasakan yang sama? Dia juga sukar menebaknya.
"Kau kata nak bagitau aku something apa dia? macam serius je sampai tak boleh cakap dalam wassap." Tanya Ayara.
"Taklah penting saje je nak tengok muka kau, rindu.." ujar Haaim selamber, sekarang ni jantung Ayara yang tak selamat saat perkataan rindu yang keluar dari bibir Haaim.
Kau dah kenapa Ayara, jantung ni pun tak tahu nak tenang ke? Bisik hatinya pelan.
Membetulkan posisi duduknya, Ayara cuba bertenang, menenagkan jantungnya yang tidak karuan sedari tadi.
"Ada-ada je la kau ni Im, kat pejabat pun kita jumpa hari-hari kan?"
"Kalau boleh setiap masa aku nak tengok kau depan mata aku Aya." jujur Haaim cuba berkias namun ia terdengar seperti membuat sebuah pengakuan. Pengakuan cinta yang tersimpan dalam hatinya setelah sekian lama.
Zupp!!!
Sekali lagi, jantung Ayara berdetak kencang. Relax Ayara. Haaim tak maksudkan apa-apa pun. Bisik hatinya lagi.
"Dahlah jomlah kita makan dulu, lepasni baru kita sambung sembang lagi." Ayara cuba mengalih bicara, Haaim hanya mengganguk pelan.
Setelah selesai makan, Haaim dan Ayara berjalan ke sebuah taman yang tidak jauh dari situ. Duduk di atas kursi, Ayara hanya menatap Haaim di depanya menatap Ayara sembari tersenyum manis.
Ayara tertegun, selama dia berkawan dengan Haaim senyuman itu adalah paling menawan baginya, dengan bulu mata Haaim yang lentik dan matanya yang berwarna coklat, menyerlahkan lagi ketampanan lelaki itu.
"Kenapa kau tengok aku macam tu?" tanya Ayara.
Berjalan mendekat, Haaim melabuhkan duduk di sebelah Ayara. Membalik tubuhnya menatap Ayara dengan tatapan lembut.
"Aya.." panggilnya.
"Ya Im, kenapa dengan kau ni? Aku rasa hari ni sikap kau pelik. Ada apa-apa kau nak beritahu aku ke?" tanya Ayara, menatap Haaim inginkan jawapan yang sebenarnya.
Haaim menarik napas panjang, sebelum menjawab pertanyaan dari Ayara.
"Aya, selama kau berkawan dengan aku ada tak kau rasa sayang dengan aku lebih dari seorang kawan?" Pertanyaan dibalas dengan pertanyaan.
Ayara tertegun, tubuhnya mengeras mendengar pertanyaan dari Haaim yang sukar buatnya untuk memberikan jawapan yang sebenarnya.
Hubungan Haaim dengan Ayara bagaikan adik beradik kandung, sangat rapat namun tanpa mereka sedar ada satu rasa yang menjalar dalam hati masing-masing.
"Kenapa kau tanya aku macam tu?" tanya Ayara hairan, faham akan maksud Haaim. Namun ia cuba menghindar, tidak tahu apa yang harus dibalas.
"Aku sayang kau lebih dari seorang kawan Aya, Aku cintakan kau. Aku taknak pendam lagi perasaan ni, setiap hari aku rindukan kau, tak dapat tengok wajah kau sehari hati aku tersiksa Aya. Bila aku dah luah dekat kau, aku rasa lega sangat takde beban lagi dah dalam kepala aku ni setiap kali pikirkan kau, " luah Haaim lirih, menatap Aya dengan lekat.
"Haaim SHiraz, kau... "Tidak mampu berbicara, airmata Ayara mengalir laju pada wajah indahnya, pengakuan Haaim kedengaran begitu ikhlas dalam halwa telinganya.
Mengambil sapu tangan pada saku celananya, Haaim berjongkok di depan Ayara, perlahan tangan Haaim terhulur menyapu lembut sapu tanganya pada wajah Ayara, menghapus airmata yang jatuh pada wajah yang selalu terlihat cantik di dalam mata seorang Haaim Shiraz.
"Maafkan aku Aya, sebab dah buat kau menangis. Aku tak paksa kau untuk terima aku. Aku hanya meluahkan apa yang aku rasa dekat kau." jelas Haaim, masih lagi berada di depan Ayara, menatapnya tanpa jemu.
Setelah tangisan Ayara mulai mereda, Haaim menghantarnya pulang. Hanya bunyi radio yang menemani mereka di dalam kereta, merasa canggung atas apa yang telah berlaku sebentar tadi.
"Aya.." panggil Haaim, memecah sunyi antara mereka, matanya masih fokus menghadap ke depan.
"Hmm," gumam Ayara pelan, tapi masih didengari Haaim yang sedang memandu di sampingnya.
"Lupakanlah apa yang aku cakap tadi, kau jangan fikirkan sangat ya. Aku tak nak sebabkan hal tadi hubungan aku dengan kau mulai renggang. Aku tak nak hilang kau Aya," ucap Haaim lirih.
Airmata Ayara jatuh di pipinya untuk kesekian kalinya.
"Aku keliru Haaim, aku harap kau bagi aku masa untuk fikirkan. Kalau kau suruh aku lupakan apa yang kau dah cakap harini mungkin aku tak mampu, sebab aku sendiri sedang berperang dengan hati aku. Mulut kata lain, tapi hati aku..." Ayara meletakkan angan
"Bagitau je, janganlah buat aku suspen." Berdebar jantungnya menanti kata dari Haaim.
"Esok aku nak buat pembedahan hati." Jelas Haaim.
"Ha! apa dia besok? Bukan kau kata hujung bulan ke?" Terkejut Ayara mendengarnya, memang Haaim ada memberitahunya pembedahan yang harus Haaim lalui, hujung bulan sepatutnya.. Tiba-tiba pulak berubah tarikh, lagipun Ayara sudah pun meminta cuti pada hari yang sepatutnya Haaom menjalani pembedahan.
"Doktor yang uruskan semua, aku pun dapat tahu semalam." Pada mulanya,
"Im aku dah minta cuti tarikh yang sepatutnya kau buat pembedahan, esok aku kerja aku tak dapat nak teman kau." Kata Ayara dengan nada sedikit kecewa.
"Takpelah Aya, aku okey je aku nak bagitau kau itu je "
"Serius ke takpe? aku ingat nak teman kau." Nada Ayara sedikit sayu.
"Takpe Aya, lepas pembedahan kita jumpa ya."
"Oklah kalau kau cakap macam tu, aku balik dulu ya." Ayara meminta diri, sambil bibirnya mengukir senyum sebelah tanganya melambai ke arah Haaim, sebelum dia melobos masuk ke dalam kereta.
Haaim hanya mengganguk mengiyakan, pada masa yang sama dia merasa tenang. Tenang, apabila melihat senyuman manis Ayara hilang segala masalah dia sedang fikirkan sekarang. Dengan melihat wajah Ayara sahaja membuatkan hatinya terubat.
Setelah kereta Aya meluncur laju keluar dari kawasan parking, Haaim terus melangkah pergi dimana keretanya diletakkan.
Masuk sahaja di dalam kereta dia termenung sekejap.
"Macamanalah aku nak bagitahu kau yang aku sayangkan kau sangat-sangat Aya lebih dari seorang kawan. Aku takut tak sempat je bagitau kau nanti." Omelnya dengan nada sebak.
Thanks pada yang sudi baca😊
Jangan lupa baca and comment ok😊
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro