
Prolog
15 April 2018, Jabatan Kimia Malaysia.
SEORANG pelatih membawa dua bikar cecair berwarna biru pekat dan putih. Diletakkannya bikar itu di atas meja. Diambil pula satu tabung uji yang kosong dan diletakkan ke dalam bekas berhampiran bikar tersebut. Dengan menggunakan pipet, dia menitiskan beberapa titisan biru pekat itu ke dalam tabung uji. Pintu makmal diakses masuk oleh seorang senior. Langkahnya dituju ke arah pelatih itu.
"Oh, kau dapat subjek 83 ya?" Soal senior tersebut.
"Subjek 83 rasanya level 6. Bahaya kalau kita tak pisahkan dengan Diethyl Ether tapi saya cuba usahakan. Markah saya bergantung dekat sini hahaha," Pelatih itu tergelak kecil.
"Hmm, interesting. Tapi sekarang Prof panggil kau di pejabat," Senior itu membuka kabinet dan mengeluarkan beberapa alatan.
Pelatih itu mengangguk lalu mengemas alatan-alatannya dan meletakkan tabung uji tadi ke dalam peti sejuk.
Sewaktu dia menutup pintu peti sejuk itu, kakinya tersadung wayar mesin pembeku yang berselirat di bahagian tepi peti sejuk. Tubuhnya berlaga dengan peti sejuk itu. Oleh kerana gegaran yang agak kuat, bekas-bekas ujian di dalam peti sejuk itu berlanggar antara satu sama lain.
"Oi, kau okay tak tu?" Soal sang senior, prihatin terhadap pelatih tersebut. Dia hanya mengangkat tangan dan tersenyum kecil lalu segera beredar dari makmal.
Tanpa pengetahuan mereka, titisan cecair tabung uji yang lain telah bercampur-aduk antara satu sama lain.
"New kid always kelam kabut haih," Senior itu membuka peti sejuk untuk mengambil bahan saintifiknya kelmarin namun disebabkan pelatih tadi, bahannya sedikit tertumpah.
"Haih budak ni," Dia hanya menggelengkan kepala dan membelek semua bahan uji kaji di dalam peti sejuk. Apabila ternampak apa yang diinginkan, dia mengambil tabung-tabung uji itu untuk dihantar ke fakulti pemprosesan ubat untuk diproses menjadi ubat-ubatan. Dia mengambil dokumen kajian dan menulis laporan.
"Well, at least bahan aku elok lagi huhu" Dia bergerak keluar dari makmal dengan senyuman kecil. Langkahnya pantas dituju ke fakulti ubat. Sebelum bahannya dihantar masuk, pekerja atasan mengambil sampel ketumpatan cecair itu dan melakukan ujian keselamatan. Setelah prosedur mereka berjaya tanpa sebarang kerumitan, bahan itu dibawa masuk ke mesin kedap udara.
"Okay, job is done," Dia tersenyum kecil dan membiarkan bahan uji kajinya diproses. Ubat-ubatan yang sudah siap dihasilkan akan dipaketkan lantas dihantar ke hospital-hospital kerajaan dan swasta. Sudah semestinya, ubat itu merupakan penawar bagi segala penyakit yang dialami manusia. Nyawa mereka, bergantung pada penawar ini yang mungkin akan membunuh mereka juga.
•••
2 Jun 2018, Hospital Kuala Lumpur
Wajah anak kecil itu dipenuhi lebam yang semakin membiru. Bibirnya kering dan matanya sedikit merah. Dokumen di tangan hanya diperhati dengan perasaan hiba. Doktor itu tersenyum kecil ke arah pesakitnya.
"Adik, awak duduk sini untuk satu malam ya? Badan awak kurang air ni. Kami akan berikan suntikan untuk legakan sesak dada adik okay?" Anak kecil itu dipeluk erat oleh ibunya. Pintu dibuka dari luar oleh seorang jururawat muda. Dia meminta agar pesakit mengikutinya.
Setelah pintu ditutup, doktor tersebut membuka mask wajahnya. Dilurutnya rambut yang semakin kusut akibat kerja yang tidak berhenti-henti sepanjang dua minggu. Fail-fail dokumen tentang pesakitnya diambil dan diselak rapi. Kes itu sama seperti kes-kes sebelumnya. Dia mengeluh kasar dan bangkit dari kerusinya.
Tombol pintu dipulas, regangan pintu yang kecil cukup membuat doktor itu mendengar raungan-raungan pesakit yang meminta bantuan. Dia memakai mask nya semula. Keluar dari bilik, kaunter hadapan dipenuhi dengan pesakit yang mendesak untuk diberikan rawatan secepat mungkin. Kakitangan hospital ligat menenangkan para pesakit. Doktor itu hanya meneruskan langkah ke balkoni lama. Dimana semua pesakit yang kritikal diquarantinkan di satu wad yang sama.
Dokumen di tangannya kian erat digenggam. Semakin dia menghampiri wad tersebut, semakin hebat degupan jantungnya. Dari jauh mula kedengaran desahan-desahan pesakit. Doktor itu memejam mata dan terus masuk ke wad. Bergelimpangan manusia-manusia yang sakit di atas katil. Kulit mereka mengering, darah mula keluar dari mulut. Terpempan tubuh doktor itu menghadapi situasi ini.
"Doktor, keadaan mereka semakin kritikal. Kita perlu maklumkan hal ini kepada menteri kesihatan!" Ujar seorang jururawat. Pakaiannya uniformnya disaluti darah merah.
"No, not yet. Kalau kita maklumkan hal ini kepada pihak atasan, kita akan dipersalahkan. Kerja aku...anak-anak aku akan mati kelaparan..tidak! Aku tidak boleh hilang kerja kerana ini. Bagi mereka suntikan, habiskan nyawa mereka. Failkan kes ini sebagai penyakit demam panas yang berlarutan. Call penjaga mereka, suruh mereka ambil mayat dan tandatangan dokumen kematian," Ujar doktor itu. Nafasnya menderu kuat. Baginya, selagi hal itu tidak dibocorkan kepada pihak atasan, hospital mereka akan selamat. Segalanya akan pulih tanpa sebarang masalah. Dia cuma perlu lenyapkan bukti.
"Nurse," Panggilnya. Matanya mengecil, diperhati satu demi satu pesakit yang sedang mengerang kesakitan.
"Do it, now!" Arahnya tegas. Jururawat itu cuma mampu akur. Tangan mereka lincah melakukan tugas. Hampir dua minggu mereka terpaksa menjadi pembunuh. Tugas mereka bertukar sekelip mata. Tubuh-tubuh pesakit yang tidak bermaya hanya diselubungkan dengan kain putih. Mereka tahu bahawa wad itu akan didiami oleh pesakit baru dan mereka juga tahu, mereka perlu membunuh setiap pesakit yang ditempatkan di wad itu, lagi dan lagi.
"Selagi saya tak dapat solusi penyakit ini, selagi itu kita terpaksa," Ujar doktor itu dan keluar dari wad. Kejadian ini berlaku bukan kehendaknya. Telefon bimbit dikeluarkan dari soket baju. Nombor didail dengan segera.
"Hello?" Sahut sang penerima. Doktor itu hanya bersandar di tepi dinding. "Hello Dato', saya—semuanya dah settle. Wad 2B saya dah uruskan,"
"Bagus, saya harap hal ini tidak sampai ke tangan menteri, palsukan dokumen asal pesakit. Beritahu pada pihak medikal yang lain, saya akan adakan meeting petang nanti," Talian dimatikan. Doktor itu memandang skrin telefon. Tertera satu nama yang menjalankan segala arahan di hospital tersebut.
'Pengarah HKL, Dato' Dr. Bakri'
Nyawa mereka, ditentukan olehnya.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro