
Bab 8
ERISA mengeluh apabila memandang dirinya di hadapan cermin. Darah berada di serata wajah dan rambutnya. Perlahan-lahan dia membuka pili air dan membasuh percikan darah itu. Baju yang kotor dibuang ke dalam tong sampah dan digantikan dengan pakaian baru yang diambil dari kelas tadi.
Balutan di telapak tangannya dibuka. Luka yang mula kering ditatap lama. Dia membasuh luka itu dan menghela nafas yang panjang. Matanya terkebil-kebil memandang pantulan dirinya di cermin.
Erisa menapak keluar setelah selesai membersihkan dirinya dari percikan-percikan darah yang berbau busuk dan hanyir itu. Dia menepuk perlahan bahu Alisa yang sedang duduk berteleku di suatu sudut dinding yang terpencil. Erisa menghulurkan pakaian yang bersih berserta dengan sehelai tuala kecil lalu menyuruh Alisa membersihkan dirinya.
Kucing hak milik pengetuanya meluru ke arah Erisa yang baru melabuhkan diri untuk duduk.
"Hmmm," Erisa memandang kucing itu dengan riak bosan. Dia mengeluh perlahan dan menyandarkan kepalanya di dinding.
"Tak silap aku, pengetua panggil kau Lilo kan?"
Tiada sahutan dari kucing itu.
"Okay how about i'll call you Jimbo instead??
"Meow,"
Erisa tersenyum kecil sambil mengusap kepala Jimbo. Namun senyuman itu mati apabila Alisa melangkah keluar dari tandas dengan wajah yang muram. Dia hanya mengeluh simpati dengan nasib Alisa.
Rania yang baru keluar dari bilik bacaan memerhati situasi dingin antara Erisa dan Alisa. Dengan pantas dia menapak ke arah Erisa yang leka bermain kucing.
"Oi Alis asal?" Bisik Rania.
"Nanti-nantilah aku cerita,"
"Eh mana boleh, aku berhak tahu tau!" Bentak gadis itu. Dia menjengah Alisa yang sedang bermain rambutnya.
"Berhak lah sangat," Erisa menjentik dahi Rania.
Tidak lama kemudian, Rania kembali berbicara "Weh Eris, kau tak rasa Alis tu lain macam ke?"
"Apa dia kau ni, dia okay lah.." Rengus Erisa.
"Mana ada okay, tu kau tengok tu. Macam orang bengang sakit jiwa je aku tengok dari tadi," Balas Rania.
Erisa mengalihkan pandangannya ke arah Alisa. Kembarnya itu sedang bercakap sendirian sambil memeluk lututnya erat. Erisa menyisir rambutnya ke belakang.
"Mana taknya, jantan kesayangan dia dah mati," Balas Erisa dengan nada perlahan.
Reaksi Rania agak terkejut. Dia merapati Erisa dengan segera. "Kau cakap apa ni?" Gesa gadis itu.
"Kau ni sembang lah, mana kau tahu?" Tanya Rania sekali lagi sambil merenung Erisa tajam.
"Dah aku sendiri nampak memanglah tahu,"
"Penipu, kau saja nak buat cerita kan?" Bentak Rania.
"Buat apa nak tipu,"
"Takkan Alis macam tu dari tadi?"
"Ya.."
"Kau memang betul-betul nampak ke?" Pertanyaan Rania membuatkan Erisa meramas rambutnya kasar.
"Eh kau ni, aku tahu la. Dah aku memang betul ada dekat situ. Tanya soalan macam-macam, fikir aku robot ah nak jawab banyak-banyak? Kepala dia," Rengus Erisa. Barannya sudah naik.
Rania hanya tersengih.
"Okay, relaks lah. Aku risau, itu je. Umm well, apa jadi sebenarnya?" Tanya Rania.
"Aku keluar tadi, Al ikut. Waktu nak balik tu, dia perasan si Shah tu. Bila tengok betul-betul, si keparat tu memang dah jadi zombi. Nak buat macam mana kan, kasi dia mati jela, nak lagi dia terkam aku, memang jalan lah," Jelas Erisa.
"Lagipun elok sangat lelaki tu mati. Tak layak hidup dia tu," Gumam Erisa.
"Ha? Kenapa? Bukan kau elok je ke dengan dia?"
"Elok apa, lakonan semata,"
"Uh so? Details?"
"Dia playboy murahan. Dia nakkan Alisa semata-mata sebab duit. Belakang Alisa dia main perempuan lain, mana aku tak bengang," Keluh Erisa.
"Uh mana kau tahu?"
"Aku nampak,"
"Kenapa tak bagitahu Alisa?"
"Jangan tanya banyak sangat boleh tak? Sayang nyawa ke tidak ni?" Rengus Erisa.
Rania hanya memutarkan matanya. "Okay, okay. Ee suka marah sangat kau ni,"
Apabila hari semakin lewat malam, mereka mengambil tempat tidur masing-masing. Erisa tidur hanya beralaskan karpet yang berada di kawasan bacaan manakala Alisa pula tidur di atas sofa. Pelajar yang lain turut tidur beralaskan kain alas meja di ruang hadapan perpustakaan. Hanya Rania sahaja yang tidur di bilik rehat. Keadaan yang sunyi dan gelap membuatkan mereka tidur dengan lena.
Hanya beberapa jam kemudian, kelihatan Alisa bangun dari pembaringannya dan bergerak ke tingkat atas yang menempatkan buku-buku lama yang telah usang.
Dia berdiri di hadapan tingkap yang besar lalu membuka tingkap itu seluas yang mungkin. Kedinginan malam yang menerjah ke tubuhnya membuatkan dia menggosok telapak tangannya.
Dia memandang ke luar dan melihat ketinggian perpustakaan itu dari atas. Dia memanjat tingkap yang besar itu dan duduk di atas beranda tingkap tersebut. Dia memejam matanya dan membiarkan angin malam membaluti tubuhnya yang lesu.
Siapa sangka, dalam sekelip mata orang yang kita sayang tinggalkan kita? Kadang-kadang dia merasakan seolah-olah dia tidak mampu berfikir yang mana betul dan yang mana salah. Arisa menadah tangannya merasai air embun di malam hari. Terketar-ketar tangannya cuba menadah dengan lama.
Alisa memerhati ke arah langit yang gelap. Dengan bertemankan cahaya bulan, ternyata pemandangan di kawasan belakang perpustakaan itu amat cantik. Pohon-pohon yang hijau menyempurnakan lagi keindahan semula jadi. Namun keindahan itu tidak mampu memadam kepedihan hati yang sedang melanda dirinya.
Dompet yang diberi Shah pada hari jadinya diusap perlahan. Dia mengeluarkan sekeping foto dia dan Shah berada di pantai. Alisa tersenyum apabila terkenang memori indah pada waktu itu.
3 Bulan Lalu
Seorang budak lelaki meluru ke arahnya. Budak itu membisikkan sesuatu sebelum menunjuk ke arah seorang lelaki yang sedang memerhatinya.
"Abang hensem tu suruh bagi,"
Alisa ketawa lucu apabila anak kecil itu memberi sekuntum bunga ros.
"Terima kasih," Alisa mengusap kepalanya dan membiarkannya berlari di persisiran pantai. Alisa menggengam erat bunga ros di tangannya. Dari tadi lagi dia tersengih memerhati bunga itu.
"Suka tak?" Shah berdiri di sebelah Alisa sambil menyengetkan kepalanya.
"Eeii abang hensem konon," Alisa membuat aksi mahu termuntah di hadapan Shah.
"Ouh sampai hati kan?" Shah menarik klip rambut Alisa membuatkan rambutnya menutupi dahinya, lantas Shah melarikan diri.
Alisa yang terkejut dengan perbuatan Shah turut mengejar lelaki itu yang semakin hampir di persisiran pantai.
Terjengket-jengket Alisa cuba merampas kembali klip rambut itu namun ketinggian Shah yang dua kali ganda darinya membuatkan dia sedar bahawa dia tidak mampu menandingi lelaki itu.
Habis basah seluarnya dilanda ombak yang membadai pantai. Tergelak-gelak Shah melihat buah hatinya merajuk.
"Alolo merajuk pula dia, meh sini abang hensem bagi flying kiss, " Shah merapati tubuh Alisa membuatkan gadis itu berasa segan. Dengan segera dia menepuk-nepuk bahu Shah dengan kuat.
"Orang tengok lah Shah!" Shah mengangkat kedua belah tangannya tanda dia menyerah kalah.
"Okay maaf, but Alisa.."
"You're more beautiful when you let your hair free from this pin," Jelas Shah sambil mengelus rambut Alisa. Gadis itu hanya menundukkan wajahnya. Terlalu segan.
"Alalala malu pulak dia,"
"Ei mana ada!" Alisa memukul bahu Shah manja.
Shah tergelak kecil. Dia menunjuk ke arah photobooth yang terletak berdekatan dengan mereka. Shah menarik tangan Alisa meninggalkan kawasan pantai. Mereka berebut-rebut memasuki photobooth tersebut.
Berbagai-bagai mimik muka yang dibuat oleh mereka. Penuh gelak tawa mereka pada petang itu. Tidak sangka pula percutian sebegini amat menyeronokkan.
Usai mereka menangkap gambar, Shah terlebih dahulu keluar untuk mengambil keratan-keratan foto mereka.
"Sayang, look what i found!" Merah muka Alisa apabila Shah memanggilnya sayang.
"Ada itik bergambar ni hah, tengok mulut dia yang senget-benget tu," Mencuka wajah Alisa apabila disindir sebegitu. Shah cuba memujuknya dengan membuat mimik muka yang hodoh. Ternyata ianya berkesan. Sudahnya, mereka berdua tergelak bersama-sama.
"Wak, janji dengan saya boleh?" Ujar Shah tiba-tiba.
Alisa mengerut dahinya. "Janji apa?"
"Janji dengan saya, kalau satu hari nanti saya dah tak ada. Awak jangan sedih tau!"
"Shah, apa awak merepek ni," Alisa menumbuk bahu Shah dengan kasar.
"Haha okay okay, sayang, janji dengan saya. Jangan tinggalkan saya okay?"Ujar Shah sekali lagi.
Alisa mengangkat jari kelingkingnya, " Awak pun, janji dengan saya. Jangan tinggalkan saya tau.." Alisa membuat muka manjanya.
"I promise," Jari kelingking mereka bertaut. Mereka berdua tersenyum lebar.
Mereka berdua singgah ke restoran untuk mengisi perut yang kelaparan.
Sedang mereka menjamah makanan yang dihidang. Tiba-tiba pelayan restoran itu datang sambil memainkan viola. Alisa terkejut sehingga dia berdiri.
"Sayang, duduklah. Kenapa berdiri ni," Pintas Shah.
Alisa menggaru kepalanya. Dia kembali duduk dan memerhati sekeliling restoran. Beberapa pelanggan memerhati mereka dengan senyuman kecil.
Apabila Alisa menoleh ke hadapan semula. Shah sedang melutut di hadapannya.
"Shah ap—" Kata-kata Alisa terhenti sewaktu Shah menyuruhnya diam.
"Saya tahu kita masih muda. Saya tahu saya ni bukan yang terbaik. Tapi saya takut kehilangan awak. Sebagai tanda saya sayang awak. Sudi tak awak jadi tunang saya?"
"Shah, kita baru 19 tahun. Awak gila ke?" Mata Alisa membulat.
"Sayang, cinta itu tak kira umur. Asalkan saya sayang awak dan awak sayang saya. Sudi tak awak terima saya?"
Alisa yang pada mulanya agak marah kembali tenang apabila melihat wajah Shah yang seakan-akan merayu kepadanya.
Perlahan-lahan Alisa mengangguk. Shah tersenyum gembira. Dia mengeluarkan satu kotak kecil dari poketnya.
Air mata Alisa menitik apabila Shah menyarungkan gelang di pergelangan tangannya.
"I love you Alis,"
" I love you more Shah.."
Para pelanggan turut bertepuk tangan. Mereka berdua tergelak kecil.
Semuanya berlalu dengan pantas, segala memori hanya tinggal sebuah kenangan silam. Alisa mendakap erat foto itu lalu direnungnya sekali lagi dengan mata yang berair.
Setitik air mata jatuh ke atas foto itu membuatkan dia menarik nafas panjang dan meninjau ke bawah. Paras ketinggian tanah dari tingkat atas itu agak tinggi. Dia mengesat air mata yang berjuraian dengan bajunya. Kini dia tekad hendak melupakan semuanya. Dia hendak lari dari kesedihan ini. Segala tentang Shah harus dia lupakan.
Alisa memejam erat matanya lalu mengoyakkan foto itu. Sambil mengetap bibir, dia mencampakkan cebisan foto itu ke bawah. Bertaburan cebisan-cebisan kecil itu di udara dengan perlahan-lahan. Gelang di tangannya juga turut dibuka dan dicampak keluar.
Alisa meraup mukanya dengan kasar. Air mata kini mengalir kembali dengan lebih deras. Dia bersandar di tepi jendela kayu itu. Kehilangan seseorang yang disayangi amat memedihkan, apatah lagi jika orang itu mati dihadapan mata dan dibunuh dengan tangan sendiri. Ianya seperti diri ditikam berkali-kali, mungkin lebih teruk lagi.
Alisa menarik nafas yang panjang entah ke berapa kali. Hanya pada malam ini dia dapat merasakan kesakitan yang tidak dapat diungkap dengan kata-kata. Ianya adalah kepedihan yang sebenar.
Tanpa Alisa sedar, kembarnya sedang memerhati dari jauh. Pada mulanya, Erisa tersedar apabila melihat kekosongan di tempat tidur Alisa. Tiba-tiba dia terperasan akan satu cahaya yang datang dari tingkat atas.
Erisa segera pergi ke tingkat atas dan mendapati bilik bacaan yang renggang. Lampu yang malap di dalam bilik itu memastikan lagi terdapat seseorang berada di dalam bilik itu. Dengan segera dia merapati pintu itu dan menjengah sedikit di antara pintu yang renggang itu.
Dia nampak segala-galanya. Bagaimana kembarnya menangis dengan hiba akibat kehilangan orang yang dicintai. Walaupun Erisa benci akan lelaki itu namun, dia tidak sanggup melihat kembarnya berada dalam kesedihan.
"Ingatkan kau nak terjun tadi," Erisa menyapanya dari belakang. Alisa memusingkan kepalanya mendapati Erisa berpeluk tubuh bersandar di dinding.
"Mana ada," Alisa berkata dengan suara yang agak perlahan. Erisa mengambil tempat di sebelahnya.
"Lelaki bukan seorang dekat dunia ni Al, kau kena terima hakikat yang dah mati tak boleh datang hidup balik, kalau hidup pun, itu khurafat namanya," Erisa bermain dengan jarinya sambil memandang ke langit.
"Aku tahu kau sayang dia, tapi cukuplah tu, okay? Kau keluar air mata besi pun, dia takkan hidup balik," Erisa tersenyum lalu berdiri. Erisa membelakangi Alisa dan menepuk-nepuk bahu gadis itu.
"Selagi aku ada, aku janji aku akan jaga kau. Kau kena ingat tu. I wont let anyone or anything hurt you okay?" Erisa menurunkan tangannya.
Dia memandang langit dan tersenyum kecil. "Ingat tak dulu kita selalu kira bintang. Dulu kita selalu duduk dekat taman sambil tengok bintang. Lepas tu makan aiskrim banyak-banyak bila sampai esoknya kita sakit perut. Mama marah sangat waktu tu. Tapi kau kata, kau yang paksa aku makan. Sudahnya kau kena marah teruk,"
Alisa tersenyum kecil. Dia memerhati Erisa yang mengenyit mata ke arahnya.
"Aku akan balas jasa kau Alisa. Aku takkan biarkan kau sedih seorang diri," Kata Erisa sambil mengangkat ibu jarinya.
Alisa mengangguk perlahan.
"Pergi tidur. Dah lewat dah ni," Erisa mengusap kepala Alisa dengan lembut dan beredar dari bilik itu.
"Kau tu mana ada perasaan. Kau heartless Erisa, kau takkan faham apa yang aku rasa.." Alisa mengesat air matanya yang kembali berjuraian. Tanpa dia sedar, Erisa terdengar kata-katanya di sebalik pintu.
Erisa merapatkan pintu bilik itu. Biarlah Alisa menenangkan dirinya. Erisa bersandar di dinding sambil menghela nafas yang panjang. Bukannya dia tidak pernah rasa kehilangan seseorang tetapi kesedihannya dipendam seorang diri.
Anak mata Erisa mula berair. Tangannya digenggam erat. Bibir Erisa melakar senyuman hiba. "Heartless huh? Kau kata aku heartless? Haha, aku masih ada hati dan perasaan Al, kalau tak dah lama aku bunuh Shah,"
Erisa menggigit bibirnya. Air matanya menitik perlahan-lahan. Kakinya menapak perlahan menuruni tangga.
"I'm your twin. He's nothing. But you choose him over me! Why did you love him more than me. Just tell me the fuc—"
Secara drastik Erisa tergelincir sewaktu menuruni tangga. Kepalanya terhentak beberapa kali semasa dia jatuh. Sesampai sahaja di anak tangga yang terakhir, tangan Erisa perlahan-lahan mencengkam dadanya.
"This..heart, feels—"
"...weird—"
Dan akhirnya, tubuh Erisa kaku.
•••
END OF CHAPTER 8
❝Thank you for reading. Do vote or comment❞
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro