Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 4

BISIKAN demi bisikan, rata-ratanya semakin rancak berbual tentang kejadian yang berlaku di hadapan mata. Di sepanjang koridor, penuh pelajar-pelajar yang galak meninjau ke bawah untuk melihat suasana gempar di sekitar halaman sekolah.

Sepasukan pihak polis dan para saintis yang berseragam lengkap sedang memasang sebuah khemah putih yang agak besar di halaman sekolah. Terdapat unit lain mengangkat alatan-alatan dari kenderaan mereka lalu membawa masuk ke dalam khemah tersebut. Tampak seperti mereka memakai pakaian yang menutupi seluruh tubuh dan wajahnya. Hanya mata sahaja yang kelihatan.

Keadaan ini mengakibatkan kesemua pelajar SMT Roshelle tertanya-tanya. Para guru bereaksi tenang kerana mereka tahu bahawa situasi ini bakal terjadi. Masing-masing sibuk berchatting dalam group WhatsApp guru-guru SMT Roshelle. Ada juga yang sedang menangkap gambar dan mempostkan gambar itu di laman media sosial mereka.

Alisa mengeluh ketakutan, merangka idea untuk melarikan diri dari situasi tersebut sedang Erisa berdiam diri di satu sudut. Bunyi mikrofon yang berdesing kuat menghentikan segala lamunan dan fikiran mereka.

"Perhatian semua, sila bertenang," Suara seorang lelaki bergema di kawasan sekolah membuatkan semua pelajar menumpukan perhatian kepadanya.

"Kami dari unit rawatan kesihatan ingin menjalankan ujian terhadap anda semua bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini. Jadi saya mohon anda beri kerjasama yang cukup baik. Tiada siapa dibenarkan keluar atau masuk. Jika anda didapati cuba melarikan diri, anda akan diberi hukuman. Baiklah para pelajar semua, saya minta anda turun ke bawah dengan segera dan teratur," Setelah lelaki tadi selesai berkata, pelajar-pelajar bergegas turun ke khemah dengan senyap dan berhati-hati.

Tangan yang dipaut erat terlerai. Alisa berpecah dengan Erisa akibat kesesakan yang diharungi. Mereka cuba mencari antara satu sama lain namun tidak berjaya kerana mereka masih tenggelam dengan tsunami pelajar SMT Roshelle. Mereka terus mendiamkan diri sehingga sampai di tapak perhimpunan.

"Guru dan pekerja awam, sila tunggu di barisan kelas," Beberapa orang petugas membawa peralatan mereka menaiki ke kelas atas.

Polis lelaki yang berada di pentas tadi menyuruh pelajar-pelajar berpecah menjadi dua bahagian iaitu lelaki dan perempuan. Pelajar lelaki terlebih dahulu dibawa ke dalam khemah. Mereka diberikan suatu tanda nama untuk mengenal pasti nombor giliran mereka.

Apabila sampai giliran pelajar perempuan, Alisa mula berasa takut dan gerun tentang apa yang akan dihadapinya. Dia mengelap peluh yang mula terhasil di dahi dengan lengan bajunya. Dia memerhati barisan yang panjang di hadapan.

Erisa turut memerhati sekililing, apabila dia mendapati tiada sesiapa yang memandangnya, Erisa mencuit pelajar di hadapannya. Dia mengarah pelajar itu untuk bertukar tempat dengannya.

Alisa mengigit kukunya, debaran di dada tidak dapat dibendung. Tiba-tiba bahunya dicuit. Dengan segera Alisa menoleh ke belakang. Baru sahaja dia ingin berteriak, Erisa menyuruh Alisa diam.

"Mana kau pergi dari tadi" Bisik Alisa.

"Aku? Oh aku ada ni ha goreng ayam tadi," Erisa memutarkan matanya. Gula-gula getahnya diludah ke tanah.

Setelah beberapa minit, hanya dua orang sahaja yang berada di hadapan Alisa sebelum dia memasuki khemah besar itu. Apabila tiba gilirannya, dia diminta memberi nama dan umur kemudian dia dipakaikan satu tag nama di pergelangan tangannya yang bertulis 'Z;P211'. Alisa hanya mengerutkan dahinya dan membiarkan sahaja tag nama itu di tangannya.

Pada mulanya Alisa terpegun kerana di dalam khemah itu dipenuhi dengan alatan hospital. Terdapat berpuluh-puluh doktor di dalam khemah itu. Pelajar di hadapannya disuntik dengan sesuatu cecair berwarna kuning. Alisa menelan air liurnya. Ditoleh ke belakang hanya mendapati Erisa sedang menulis nama di atas kertas yang diberi oleh unit kesihatan.

Alisa diarah untuk duduk di hadapan seorang doktor perempuan yang memakai mask. Dia memandang tag nama doktor itu.

'Dr. Ayda' Tiba-tiba sahaja sesuatu berlegar di mindanya.

'Eh dia berhenti berlakon ke? Tiba-tiba jadi doktor dia ni? Rancangan apa ni? Prank ke?'

Alisa segera menggeleng kepala.Dia memerhati sahaja gerak geri doktor tersebut sehingga dia disuruh baring di katil pembaringan untuk diperiksa. Dia menapak perlahan ke arah katil itu dan baring seperti yang disuruh. Doktor itu memeriksa mata dan mulutnya untuk memastikan tiada kesan dijangkiti virus. Dr. Ayda mengambil jarum suntikan di dalam bekas dan mengisi sesuatu cecair. Alisa mula gerun memerhati kelakuan doktor itu. Dia menggaru kepalanya sehingga Dr. Ayda ketawa lucu.

"Tak sakit pun, tenang okay?" Dr. Ayda mengambil tangan Alisa lalu menyuntik dos itu ke dalam antibodinya. Alisa hanya memejam mata kerana takut. Cuba dibayangkan bahawa seorang artis bernama Ayda Jebat sedang cuba melakonkan drama murahan bersamanya.

Erisa memerhati Alisa yang menerima suntikan. Dia hanya tergelak kecil memerhati sikap Alisa yang ketakutan. Sewaktu dirinya menerima suntikan, Alisa sudah pun hilang dari pandangan matanya.

Erisa diarah keluar untuk mengambil makanan dan minuman. Dia beratur di luar khemah bersama pelajar perempuan SMT Roshelle sementara menunggu yang lain selesai. Alisa tiba-tiba muncul di hadapannya menayangkan wajah masam mencuka.

"Erisa, tak nak la bubur ni. Kita bukan budak-budaklah nak makan bubur," Adu Alisa. Erisa hanya mengangkat bahu. Mereka berdua mengambil sebotol air mineral.

"Baiklah, awak semua boleh bergerak ke dewan," Alisa dan Erisa mengikuti barisan pelajar lain untuk memasuki dewan sekolah. Di dalam dewan itu terdapat kain yang mengalas lantai untuk mereka duduk. Mereka berdua mengambil tempat di bahagian belakang. Alisa menyandarkan dirinya di dinding dan mula memejam mata. Bubur yang diberi tidak diusik. Tidak lama kemudian, kakinya ditendang.

"Makan, jangan membazir," Bentak Erisa.

"Tak ada selera lah,"

"Nak tunggu mati baru nak makan ke?" Erisa menjongket keningnya. Alisa dengan malas menyuap bubur itu ke dalam mulutnya.

Rania dan Sofea terkial-kial mengangkat bekalan makanan di tangan mereka. Kepala mereka menjenguk ke arah dua orang gadis yang sedang berbual-bual. Rakan mereka turut mengekorinya merapati kembar itu.

"Al! Eris!" Alisa meletakkan mangkuk buburnya di lantai. Erisa menoleh ke belakang.

"Kau orang okay?" Serta merta Rania dan Sofea memeriksa diri rakan mereka. Habis dibeleknya tubuh mereka.

"Okaylah, ish tak payah raba-raba," Alisa menepis tangan Sofea. Erisa menolak kepala Rania dengan kasar kemudian meraba Rania semula.

Pelajar lain cuma tersenyum ke arah kembar tersebut menandakan mereka menghormati mereka.

"Kau nampak budak aku tak?" Tanya Alisa kepada gadis-gadis itu.

"Budak? Budak mana?" Balas Rania.

"Mimi la, yang spek mata besar tu," Balas Erisa pula, masih menyuap buburnya.

"Oh Kak Mimi ea? Tadi kitorang nampak dia," Ujar seorang pelajar, menjenguk seisi dewan.

"Kenapa Al?" Soal Sofea, menyandar di sisi Alisa.

"Risau je dia tu,"

Erisa tergelak kecil. "Sejak bila kau kesian dekat budak tu Al? Bukan ke, kau yang nak dia hilang dari hidup kau selama ni?" Sindir Erisa.

"Aha very funny," Alisa menjelir lidahnya.

Erisa hanya menggeleng kepala dan tersenyum sinis.

"Ha tu kan dia?" Sofea menunjuk ke arah seorang gadis yang terpinggir di suatu sudut.

"Ah kesian kesian," Ujar Alisa sambil menjuihkan bibirnya.

"Kau nak aku panggil dia ke?" Soal Sofea, mula berdiri.

"Euw tak perlu, biar je dia dekat situ. Padan muka," Ujar Alisa sambil membelek kukunya. Sedikit calar di hujung kukunya membuat Alisa terjerit kecil.

"My nails, my nails my freaking nails, my nails oh my god my—" Alisa disepak oleh Sofea. Dia membesarkan matanya ke arah Sofea.

"Apa kau, sawan babi tiba-tiba," Adu Sofea, kembali duduk di sisi mereka. Alisa melayangkan kuku-kukunya. Rania hanya menepuk dahi.

Erisa menggeliat kecil. Dia memejam matanya erat dan bersandar di dinding. Langsung tidak diendahkan suara-suara pelajar yang bising di dalam dewan itu. Yang dia mahu hanyalah pulang ke rumah.

Dari petang sehingga ke malam, tiada apa-apa berita. Mereka dikunci di dalam dewan sendiri. Segala peralatan mereka, kesemuanya tertinggal di dalam kelas. Walhal telefon bimbit turut ditinggalkan bersama beg mereka.

Seisi dewan masih lagi bingit dengan perbualan-perbualan pelajar. Ada yang cuba membuka pintu namun tidak berjaya. Ditendang pintu dewan sekuat hati namun ditegur oleh pengawal di luar.

Keluhan demi keluhan dapat didengari, masing-masing merungut mahu pulang ke rumah. Sekitar jam lima pagi, suasana mulai sunyi. Mungkin mereka keletihan akibat menjerit dan berteriak di dalam dewan itu. Namun kesunyian di pagi hari itu menjadi ralat saat mereka dikejutkan dengan bunyi siren yang amat kuat, mengakibatkan mereka tersentak bangun dari lena. Lampu dewan mula menerangi kawasan tersebut. Di hadapan mereka terdapat seorang lelaki yang berpakaian seragam putih memegang mikrofon.

"Sekolah ini dijadikan pusat quarantin. Selagi tiada keputusan, maka kamu tidak dibenarkan meninggalkan kawasan ini—" Keluhan dari pelajar-pelajar mula terbit dari bibir mereka.

"—Ujian bakal dimulakan tidak lama lagi. Jadi sila bersihkan diri kamu dalam masa satu jam. Baiklah, kamu boleh bergerak," Serentak itu, pelajar perempuan mula beratur dan menuju ke bilik air wanita. Dua orang petugas menjaga pintu tersebut.

Di setiap penjuru sekolah didapati tiga orang pengawal yang menjaga laluan keluar. Di pagarnya pula terdapat sejenis dawai elektrik dipasang rapi. Agak susah untuk melepaskan diri dari sekolah itu. Terpaksalah mereka semua dipenjarakan seketika di sekolah sendiri.

Mereka diberi sarapan pagi iaitu roti kosong dan air soya. Cukup untuk mengalas perut mereka dalam waktu terdekat. Bias-bias langit yang masih gelap diperhati lama oleh Erisa. Jam tangan menunjukkan pukul tujuh pagi. Kebiasaanya di waktu ini, dia sudah bergegas keluar untuk pergi ke sekolah. Tapi siapa sangka, kali ini dia sudah berada di sekolah semenjak semalam lagi.

"School sucks," Bisik Erisa sendirian memerhati seisi dewan yang masih dilandai kekecohan.

Pintu dewan dibuka dari luar, seorang petugas memasuki dewan dengan menjinjing sebuah dokumen yang kelihatan tebal. "Ujian akan dimulakan, 'Z; P206' sila ikut saya,"

Dewan menjadi sunyi saat seorang gadis bangun dan bergerak ke arah lelaki yang berseragam putih itu. Usai pintu dewan itu dikunci semula, keadaan menjadi semakin huru-hara.

"Ujian apa der?" Rambut Alisa yang kusut segera dirapikan. Namun digaru-garu akibat kegatalan di beberapa tempat.

"Ujian bedah siasat," Balas Erisa sambil menyandar tangannya di bahu Alisa.

"Ish Eris ni, memandai aje," Bentak Rania.

"Kau macam tak kenal dia, suka menakutkan orang," Adu Sofea.

"Eleh Eris, dia bedah kau baru tahu," Sindir Alisa sambil menolak tangan Erisa.

"Dia nak cari apa dalam badan aku? Ovari?" Ujar Erisa sambil menekan perutnya. "Come on lah guys, I'm still a virgin and I can't let my body—" Mulut Erisa ditutup oleh Alisa bagi menghentikan percakapannya. Segelintir pelajar perempuan memandang aneh ke arah mereka.

"Euw Eris euw," Ujar mereka semua, menutup telinga dari mendengar kata-kata yang tidak suci itu.

"Oh lupa, ada budak bawah umur sini kah!" Erisa menutup mulutnya sambil mengenyit mata ke arah mereka. Sedang dia tersengih, matanya tertangkap ke arah susuk tubuh seorang gadis yang termenung sendirian. Wajahnya kelihatan suram dan tidak bermaya. Erisa mengetap bibirnya dan mengeluh perlahan. Terus dialih pandangannya ke arah lain. Tidak mahu dipandang lama ke arah Mimi, takut jika perasaan kasihan akan timbul dalam dirinya.


Empat Hari Kemudian,

Keadaan di dalam dewan semakin sunyi, hal ini kerana masing-masing sudah bosan untuk berbual perkara yang sama setiap hari. Di luar dewan juga turut sunyi, pengawal yang ditugaskan untuk menjaga pintu dewan kini sudah tiada. Pintu itu hanya akan dibuka pada waktu awal pagi dan malam untuk mereka diberi bekalan makanan. Dan juga beberapa kali untuk mengambil mangsa kajian.

Saat pintu dewan dikuak dari luar, rata-rata pelajar kelihatan tegang. Petugas yang sama kini muncul semula untuk memanggil mangsa seterusnya. Dia berdehem kecil dan menyelak dokumen di tangannya.

"'Z;P211' sila ikut saya," Petugas itu menanti di hadapan pentas. Namun tiada siapa bergerak dari tempat mereka. Melihatkan situasi itu, Alisa teringat sesuatu lantas dikilas ke arah pergelangan tangannya.

Nombor kod yang disebut dan nombor kod yang tertera di pergelangan tangannya adalah sama. Alisa terdiam kaku di sudut dinding. Peluh mula terbit di dahinya. Melihatkan raut wajah Alisa yang kegelisahan, Erisa pantas memandang sekilas ke arah pergelangan tangan gadis itu. Terbuntang matanya apabila melihat kod itu. Erisa memandang khuatir ke arah Alisa.

Erisa menyepak kaki Sofea membuatkan gadis itu pantas menoleh ke arahnya. "Alisa punya turn tu," Erisa berbisik.

Sofea mengalihkan pandangan ke arah pergelangan Alisa kemudian ke Erisa semula. Sofea menelan air liurnya kemudian berbisik kepada Rania. Mereka terkejut akan kenyataan itu.

"Saya sebut sekali lagi ya, 'Z;P211' ?" Ujar petugas itu sekali lagi membuatkan seisi dewan menoleh antara satu sama lain.

Erisa memandang Alisa dengan lama. Dia memerhati kod di tangan Alisa. "Guys? Rasanya kita kena buat something kan waktu-waktu macam ni?"

Mereka semua mengangguk kecil dan berbincang dengan segera. Beberapa minit kemudian, Rania bingkas berdiri dan bergerak ke pintu dewan. Dia berhadapan dengan lelaki itu lantas tangannya dibelek.

"Maaf adik, saya cari Z;P211, adik salah dengar ni," Kata lelaki itu dengan senyuman kecil.

"Alah apa bezanya? Ujian tu tetap jalan juga kan? Apa kata kalau saya ganti dia?" Rania cuba mengalihkan perhatian lelaki tersebut sementara Erisa merancang sesuatu yang lain bersama kumpulan mereka.

"Duduk tempat kamu, okay? Ujian perlu mengikut giliran," Lelaki itu cuba menahan sabar.

"Em kalau tak nak?" Rania tersenyum sinis.

"Ouh tak nak ek?" Lelaki itu berdehem kecil sebelum tangannya pantas merentap tangan Rania dan menyuruh dia duduk semula.

"Erisa!" Jerit Rania membuatkan seisi dewan menoleh ke arah Erisa yang muncul sambil memegang kasutnya.

"Eh budak-budak ni. Ingat aku takut ke?" Ujar lelaki itu sambil menolak tubuh Rania sehingga jatuh.

Erisa berdehem kecil. "Pia.."

Sofea yang berjengket perlahan dari belakang dengan serta-merta menutup wajah lelaki itu dengan sehelai baju. Erisa membaling kasut ke arah kepala lelaki itu.

"Argh!" Lelaki itu memegang dahinya. Erisa pantas menjerit nama Alisa. Maka, Alisa mula bergerak ke hadapan dewan. Erisa memandang Alisa dengan pandangan tajam. "Pergi le kau tunggu apa!" Jerit Erisa. Namun Alisa menggeleng.

Erisa memberi isyarat mata ke arah Rania, lantas gadis itu menarik Alisa pergi dari dewan itu. Tanpa sedar, lelaki tadi telah pun meminta bantuan dari telefonnya. Baru sahaja beberapa tapak mereka berlari, mereka telah dikepung oleh empat orang pengawal.

Alisa menapak ke belakang sehingga bahunya berlaga dengan Rania. Tangan Rania digenggam kuat oleh Alisa. Rania menoleh ke arah Sofea. Gadis itu memberi isyarat mata kemudian mereka berdua mengganguk kecil.

Sofea menarik tangan Erisa. Mereka mengundur ke belakang dan bersatu dengan Rania dan Alisa.

"Eris.." Adu Alisa.

Erisa menarik nafas panjang. Dengan gerakan yang pantas, dia merempuh salah seorang pengawal. Sofea dan Rania turut membantu Erisa. Ditarik-tariknya rambut pengawal-pengawal itu.

Alisa berlari ke hadapan dengan membawa seketul batu bata. Dia melontar batu itu tepat ke kepala salah seorang dari mereka. Serta-merta pengawal itu memandang bengis ke arah Alisa. Kakinya bergerak perlahan ke arah Alisa.

"Erisaaaaaa!!!!" Erisa menoleh ke belakang hanya mendapati Alisa ditarik oleh seorang pengawal. Nafas Erisa semakin membuas, dia meluru ke arah Alisa namun kakinya direntap membuatkan dia jatuh tersembam ke tanah. Pergelangan kakinya dipegang erat. Ditendang-tendang wajah pengawal itu bertubi-tubi namun pegangannya tidak dilepaskan sama sekali.

"Eh lepaslah bingai, kau ingat ni apa main tarik kaki orang!" Erisa meronta lagi dan lagi sehingga dia berjaya melepaskan dirinya. Saat dia menoleh ke belakang untuk mencari kelibat Alisa, gadis itu telah hilang. Keluhannya semakin berat.

Apabila dia menoleh ke hadapan semula, dia dihadiahkan sebuah penumbuk. Dirinya tenggelam di dalam kegelapan yang memusnahkan tahap kesedarannya.

Rania berhenti dari meneruskan pukulannya. Dirinya terkejut melihat Erisa yang terkulai lemah. Sofea dan Rania berdiri kaku. Melihatkan keadaan Erisa, mereka berdua hanya membiarkan pengawal tadi merentap tangan mereka dan menarik mereka masuk ke dalam dewan semula.

Mereka ditolak ke dalam dewan dengan kasar sehingga gadis-gadis itu terduduk. Manakala tubuh Erisa diseret dan turut diletakkan ke dalam dewan. Pelajar yang lain hanya mendiamkan diri memerhati kejadiaan itu.

"Awas! Kalau perkara ini terjadi lagi, kamu akan didenda!" Pintu dewan kembali dikunci. Rania memejam matanya erat. Sofea mengeluh perlahan. Dia merangkak ke arah Erisa yang terbaring lemah.

"Damn, he hits her hard," Adu Sofea sambil mengusap wajah Erisa yang mula membengkak. Darah mula menitik dari hidung Erisa. Bibirnya turut pecah akibat tumbukan itu.

"Yup, she turns out to be really ugly right now,"


TUBUHNYA meronta-ronta ingin dilepaskan namun siapalah dia untuk melawan tenaga seorang lelaki yang berbadan kekar dan tegap. Alisa mengalah jua apabila lelaki itu tidak mengendahkannya. Dia dibawa ke suatu kawasan yang agak sunyi dimana ianya terletak di blok D kawasan sekolahnya. Kawasan blok D adalah blok belakang yang menempatkan kawasan bawah tanah.

Kawasan ini jarang dilalui kerana ianya kawasan larangan. Kawasan ini selalunya digunakan untuk menyimpan barang-barang lama seperti buku, alatan sukan yang rosak dan kertas-kertas ujian.

Namun setelah Alisa dibawa turun ke bawah dia mendapati kawasan itu hanya terdapat beberapa sel usang. Selama dia bersekolah di situ, tidak pernah dia tahu wujudnya kawasan itu. Dia memasuki lorong bawah tanah itu dengan rentak yang perlahan, cuba memerhati kawasan sekeliling dengan terperinci. Sarang labah-labah menghiasi sudut-sudut dinding. Cat di dindingnya juga semakin pudar dan merekah.

Sewaktu Alisa berjalan melepasi sel-sel itu, dia terlihat beberapa tubuh terbaring lemah di setiap sel penjara itu. Apabila ditenung dengan agak lama mereka adalah gadis-gadis yang dipanggil sebelumnya. Alisa mula gerun dengan apa yang akan berlaku terhadapnya nanti. Jantungnya berdegup kencang, seperti mahu tercabut dari tangkainya.

Langkahnya terhenti apabila lelaki yang membawanya itu menyuruh dia masuk ke sebuah bilik yang kelihatan usang dan kotor. Dia menggeleng keras namun dipaksa masuk oleh lelaki tersebut. Alisa cuba memulas tombol pintu itu untuk keluar namun gagal apabila pintu itu telah dikunci.

Dia memandang sekeliling dan mendapati pelbagai jenis ubat-ubatan serta bahan uji kaji di dalam bilik itu. Sampel-sampel darah diletakkan di dalam tabung uji dengan teratur. Terdapat juga tabung uji yang berisi cecair berlainan disusun di dalam bekas.

Beberapa botol kajian diisi dengan satu objek yang tak dapat dikenal pasti. Kelihatan seperti haiwan namun ianya tidak berkepala. Saat ditelek dengan teliti, matanya sedikit berair. Dirinya terasa mual. Di setiap jar-jar tersebut diisi dengan organ-organ dalaman haiwan.

"Ehem.." Alisa terkejut mengakibatkan dia tergelincir di atas lantai. Dia mendongak ke atas mendapati beberapa orang petugas merenungnya dengan riak wajah yang pelik.

Seorang wanita membantu Alisa untuk berdiri lalu membawanya ke katil untuk diperiksa. Pada mulanya Alisa hanya mendiamkan diri namun apabila petugas-petugas itu mula mengikat tangannya, dia mula meronta-ronta untuk dilepaskan. Mereka turut mengikat kaki Alisa di penjuru katil.

Alisa menjerit meminta tolong namun dia disuntik dengan satu ubat membuatkan dia menjadi mamai. Seorang doktor mengambil peralatannya lalu memeriksa badan Alisa. Setitis air mata kelihatan mengalir ke pipinya.

Terimbas semula kenangannya bersama keluarga dan rakan-rakannya. Semakin dia mengingati memori itu, semakin deras air matanya mengalir. Sebelum dirinya pengsan sepenuhnya, dia terasa seperti bajunya dibuka. Mata Alisa mulai kuyu dan akhirnya terpejam rapat membiarkan kegelapan menarik dirinya.

•••

END OF CHAPTER 4
❝Thank you for reading. Do vote and comment❞

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro