
Bab 27
LORONG jalan yang sunyi sepi itu dilalui oleh Erisa. Entah ke mana hala tujunya tanpa sebarang perancangan. Kiri dan kanannya dipenuhi kereta-kereta kosong yang terdampar seperti ikan buntal.
Erisa memberhentikan keretanya di sebuah pasaraya yang berkunci dari dalam. Sliding door kaca itu hanya diperhati sesaat cuma kemudian dia mengambil pasu bunga di tepi dan menghayunkannya ke arah pintu kaca itu.
Pecah, berderai. Elisa tersenyum kecil dan memasuki pasaraya bertingkat empat itu secara berhati-hati. Risau jika serpihan kacanya terkena pada tubuh jelitanya. Ehek. Akibat bunyi hentakan bising itu, beberapa zombi yang berada di luar mula menghampirinya dengan langkah yang perlahan. Erisa menggelengkan kepala, sekali lagi sifat cuainya memakan diri. Dia memerhati sekeliling dan terus berlari keluar dari pasaraya itu. Tidak jadi mahu memasukinya. Risau dibaham terlalu awal.
Sebuah bangunan yang agak besar dan tinggi menarik perhatiannya. Papan tanda yang tertera di hadapannya mula diteliti. Sepatah haram pun tidak difahami. Erisa menolak pintu kaca tersebut dan ianya tidak berkunci. Saat dia melihat ke dalam, ternyata ianya juga merupakan sebuah pasaraya.
"Ah, finally," Ujar Erisa, tersenyum lega. Dia mula
memasuki kedai-kedai kecil dan mencari barang keperluannya. Dia mencapai pakaian berserta sepasang kasut baru. Lantas saja dimasukkan ke dalam sebuah beg yang juga dicapai di sebuah kedai sukan. Pasaraya itu agak sunyi dan kosong, seolah-olah ianya telah ditutup. Walaupun agak bersepah dan tidak teratur, barang-barangnya masih berkualiti.
"Hmmmm, roti ni dah expired. Urgh—" Erisa mencampak roti tersebut di atas lantai. Dia merenung susunan-susunan rak yang dipenuhi makanan yang tidak pernah dilihat. Dia mencapai sebotol air mineral dan lantas meneguknya rakus. Terduduk Erisa di tepi sudut sambil memerhati kawasan pasaraya itu. Botol kosong itu dicampak ke tepi. Ianya bergolek perlahan sehingga ke hujung rak di suatu sudut yang paling belakang.
Dan ianya tepat mengenai sebuah tangan yang terjulur keluar, menggigil seperti kerasukan syaitan. Darah merah menitik-nitik di pergelangan tangannya. Mata Erisa terbeliak besar, pantas bangun dan mencapai busur di dalam begnya. Degupan jantungnya tidak mahu bertolak ansur, kekal berdegup hebat seperti mahu melompat keluar.
"Hello ??" Soal Erisa, mula merapati dengan langkah perlahan.
"Help..me..please..hurkkkk—uhuk..help!" Laungan batin itu ternyata dari seorang wanita. Erisa menurunkan busurnya dan serta-merta berlari ke arah suara itu. Terbaringnya seorang wanita berambut hitam pekat berlumuran darah di celah kelengkangnya. Tangannya menekan-nekan bawah perutnya yang kesakitan. Erisa buntu, dia memerhati sekeliling.
"Em, hey miss. What happen to you ?" Terdengar sahaja suara Erisa, wanita itu segera mencengkam lengan Erisa agar merapatinya. Cengkaman itu agak kasar sehingga Erisa berasa was-was untuk menolongnya.
"My child, O' my child. Help them please!! Arghh—" Wanita itu memegang perutnya yang agak memboyot. Ah, ternyata wanita itu keguguran.
"Miss, miss, what can i do to help you ?" Erisa mula bergerak ke depan, ingin membantu wanita itu melahirkan anaknya namun ditepis ke tepi.
"NO ! THIS KID IS DEAD ALREADY! ARGHH! HELP MY OTHER CHILD, MY SWEET BABY ANGELS!" Wanita itu meraung kesakitan, dia menekan di bawah pusatnya dengan wajah yang berkerut-kerut.
"Okay look, where is your child miss ? Do you remember where they are ?" Ujar Erisa, tegas.
"I dont know, they run away. Please..save them..Alita and Haider! Please uhhhh, shit its hurts ! Arghhh!" Wanita itu menahan kesakitan untuk seberapa kali jutanya. Erisa menggangguk kecil, dia mula memapah wanita itu untuk membantunya berdiri, namun jatuh terbaring semula bersandar di tepi rak.
"Just leave me, here. Take this. A locket, given from my husband. Its me and their father. Tell them i love them so much okay ? Please, save them.." Wanita itu memakaikan loket emasnya ke leher Erisa. Dia menggenggam tangan Erisa dan melentokkan kepalanya ke belakang. Nafasnya semakin lama semakin perlahan.
"Hey...hey..dont die yet..i need to know where the fuck is your child..hello, miss ? Wait, no..no.." Erisa menggoncang tubuh wanita itu. Paras rupanya yang jelita kini bermandi peluh. Wanita asing itu mengerdipkan matanya kemudian memalingkan wajah ke arah satu kedai yang tidak berapa jauh dari mereka. Dia mengangkat jarinya dan menuding ke arah sebuah kedai perabot. Jarinya yang menggigil itu kini rebah ke lantai serta-merta. Matanya terkatup rapat. Dadanya tidak lagi berombak kencang.
Erisa sedikit terkilan," Anjing, berapa banyak kali orang nak mati depan aku ni sial. Fikir aku pencabut roh ke," Erisa bangkit dan beredar dari kedai tersebut. Loket emas di lehernya dipandang sinis. Dia membuang loket itu dan mencampaknya ke luar kedai. Erisa mengambil barang-barangnya dan mula beredar ke kawasan lain. Sedikit pun dia tidak menoleh ke arah kedai perabot tersebut.
"Mehh, i hate human, especially kids, fuck em' all," Erisa tergelak jahat. Namun tidak lama kemudian segerombolan zombi yang bersuara dari belakangnya membuat Erisa tergamam. Ditoleh ke belakang dan ternyata sepasukan angkatan zombi sedang mengejarnya dari belakang, menginginkan cebisan otaknya yang lazat.
Yum !
•••
"Dua belas, huh ?" Ujar Hadi, sedikit sinis.
"Tambah satu, Erisa," Pintas Ayu, juga membuat wajah serba sinis.
"Aha, entah mati ke hidup budak tu," Percakapan Ayda membuatkan semua orang menjelingnya kasar. Alisa bangkit berdiri, memasuki bilik. Tidak mahu mengikuti perbualan mereka. Kini mereka berada di sebuah apartment yang selamat, dilengkapi peralatan dan keperluan yang cukup untuk sementara waktu.
"Haih sudahla, dia tak jauh tu, area sini jugak aku rasa, nanti esok kita cari la itu budak ma, kereta Raihan senang saja mau cari, kau ada pasang tracker kan ?" Soal Celine, sudah bersilang kaki di sofa empuk milik apartment itu.
"Ada je, tapi kalau kereta tu habis minyak takkan dia duduk sampai mampus dalam kereta tu kan ?" Soal Raihan.
Seorang lelaki, yang merupakan ahli army membawa masuk sebuah laptop miliknya dan diletakkan di tengah-tengah meja. Hadi turut merapatinya.
"Apa kau nak tunjuk tu Man?" Soal Hadi, melihat pelan kawasan yang sedang dimuat turun oleh Erman, rakan setugasnya.
"Aku dapat lokasi Erisa, lebih kurang 34 km dari sini," Alis tebalnya sedikit berkerut melihat paparan skirn.
"Mana ?" Raihan bingkas menerpa ke arah mereka, turut menyertai perbualan tersebut. Timbul urat-urat lehernya, bengang dengan tindakan Erisa yang melarikan diri. Andai gadis itu tidak diperlukan, sudah lama ditembak sahaja tengkorak gadis itu.
"Hey la budak ni, dah la kereta aku dia rembat," Bentak Raihan, meramas rambutnya yang semakin kusut.
"Em so cerita dia sekarang ni, nak pergi cari Erisa ke tak ?" Soal Erman, memandang mereka yang masih berada di ruang tamu.
"Kau nak cari, carilah sendiri. Aku malas nak masuk campur," Kata Raihan seraya menapak masuk ke biliknya. Ahli-ahli lain juga turut bangkit meninggalkan mereka.
"Um kau nak pergi ke ?" Soal Hadi.
"Haih, kalau bukan kita siapa lagi nak cari Erisa balik ?" Keluh Erman, sambil menutup laptopnya. Hadi turut mengangguk kecil.
"Okay, esok kita gerak. Aku letih pulak, kita rehat je dulu harini," Ujar Hadi, menutup bicara dan beredar ke dapur untuk mengambil segelas air.
"Pssttttt! I nak ikut boleh ?" Celah seorang gadis yang sedang meninjau di sebalik dinding. Senyumannya lebar sehingga matanya tertutup. Rambut panjangnya dibiar lepas menutupi separuh dari wajahnya.
"Ahahhaha sure my baby sayang, esok i inform balik okay?" Ujar Erman, tersenyum kecil melihat gadis itu tergelak sambil mengganguk kepala ke arahnya.
"Thank you, i'll go ask Zain first. Jangan lupa roger i ! Bye si busuk ! Love ya !" Jeritan halus itu bergema di sekitar ruang tamu. Erman hanya menggeleng kepala. Dia kembali buka laptopnya, ingin memerhati jejak Erisa semula.
•••
Erisa mula berlari masuk ke sebuah kedai, dia menyendal pemegang pintu kaca kedai tersebut dengan cangkuk baju. Nafasnya laju, matanya meliar ke arah sekumpulan zombi yang mula mengasak-asak pintu kaca tersebut. Pintu itu akan bertahan, cuma sementara waktu sahaja. Erisa mula bengang, dia berkeliaran di dalam kedai itu, tidak tahu bagaimana cara untuk melepaskan diri. Tiada pintu pendua, mahupun tingkap. Erisa semakin buntu, lantas dia bersandar di tepi dinding dan mendongak ke atas. Cuba berdoa agar dirinya terlepas dari masalah tersebut.
Namun saat dia mendongak ke atas, dia terlihat satu lubang udara di syiling. Seperti di dalam cerita-cerita barat yang selalu ditonton, dia mendapat idea.
"Kalau aku masuk dalam lorong tu, mesti dia ada pintu keluar jugak kan ? Tapi tinggi anjay," Erisa memikir sendiri, dan mula mencapai meja yang ada di dalam kedai tersebut. Ditindihnya dengan kerusi apabila masih tidak sampai untuk membuka lubang udara itu.
Erisa tersenyum kecil apabila dia berjaya membuka lubang itu, lorong itu agak sempit, mujur sahaja badannya kecil, senang diloloskan ke dalam saluran itu. Erisa mula mencampakkan barang-barangnya ke dalam saluran itu satu persatu. Di saat dia ingin menolak tubuhnya ke atas, esakan kecil seseorang menarik perhatiannya.
Erisa menundukkan kepala ke bawah, terlihat dua orang anak kecil melihatnya dengan penuh rayuan. Erisa mengerutkan dahi, lantas membuat muka bengis ke arah mereka. Siapa mereka ingin meminta bantuan darinya ? Aha, Erisa tersenyum sinis.
Namun hatinya berbolak-balik. Erisa mengeluh kecil, dia turun semula dan segera bergerak ke arah kanak-kanak tersebut. Dia memerhati seluruh kawasan, tidak silapnya dalam kedai tersebut mempunyai fitting room dan di dalam fitting room itu juga mempunyai satu tingkap kecil.
"Okay listen, go to the back of this shop, you will find a fitting room, alright ? Take the cloth around here and make a rope. There will be a small window that fit both of you to get outside of this mall in that fitting room, go now. I cant help you more, thats all i can do, adios !" Erisa bingkas ke arah saluran udaranya sementara dua orang kanak-kanak itu mencapai helaian baju dan membawa ke arah belakang. Erisa memerhati kanak-kanak tersebut dari atas. Menanti mereka berdua sudah betul-betul keluar dari kedai itu namun Erisa bosan.
Ditinggalkan sahaja mereka tatkala Erisa terdengar bunyi pintu kaca pecah. Urusannya sudah selesai, paling kurang pun dia sudah memastikan kanak-kanak itu cuba untuk menyelamatkan diri.
"Lantak kau la dik, kalau aku bawak kau ikut pun belum tentu kau selamat dengan aku kan, haaa elok la korang cuba usaha sendiri nak hidup, iye dak?" Erisa tergelak kecil.
Di saat saluran itu sudah bertemu penghujungnya, Erisa menendang pintu besi penutup itu sehingga terpelanting jatuh ke bawah. Dia melihat kawasan sekitar, penghujungnya bertemu di gudang mall itu. Erisa mencampak barang-barangnya kebawah setelah memastikan kawasan itu selamat. Dia melompat terjun perlahan-lahan kerana takut jika kakinya patah akibat ketinggian yang maha dasyat.
"Hm where to go eh?" Erisa mula keluar dari bangunan tersebut dan menapak ke kereta semula. Namun di saat dia ingin menghidupkan enjin kereta, baru dia sedar bahawa minyak sudah habis. Tiada jalan lain, dia terpaksa menapak untuk ke destinasi seterusnya.
Erisa seakan-akan mahu mengalah apabila ruang langit mula menjadi gelap. Dia mahu mencari hotel namun tidak nampak pula papan tandanya di setiap bangunan-bangunan di situ. Kepalanya semakin serabut, buntu memikirnya jalan penyelesaian.
Beg yang semakin memberat diletaknya ke bawah, kakinya terlalu letih. Di saat inilah dia terimbas wajah Alisa. Rindu, sumpah rindu.
Tula, bodoh degil sangat nak lari.
"Haih," Keluhnya memberat, didongakknya kepala di atas langit namun dihalang oleh bumbung sebuah bangunan. Tiba-tiba matanya tertumpu pada tulisan abjad di bangunan itu.
"Eitùk Hotel? Hotel ! Goddamn its a hotel, finally!" Dengan riangnya Erisa mengangkut semula barang-barangnya dan bergerak memasuki hotel tersebut. Senjata di tangan cuma dipersiapkan jika terserempak dengan binatang iblis tersebut. Dia merantau di sekitar lobi namun melihatkan kawasan itu sunyi, dia segera naik ke tingkat satu.
Di setiap bilik yang dimasukinya terdapat mayat-mayat pelanggan hotel tersebut. Ruang di tingkat satu amat kotor dan bersepah. Erisa mati kutu, dinaiknya ke tingkat dua namun perkara sama juga terjadi. Sudahnya, Erisa menaiki lif untuk ke tingkat 40, tingkat yang teratas sekali. Di situ ruangnya agak bersih, mungkin tidak banyak yang menjejak kakinya ke tingkat atas ini. Ternyata ruang atas ini adalah bahagian VVIP, kerana terdapat swimming pool yang besar di sepanjang di luar koridor dan biliknya juga cuma ada lima belas. sembilan dari bilik itu berkunci, dan dua darinya sedikit bersepah. Bilik yang selebihnya ada yang sudah diduki, hanya satu bilik sahaja yang menarik perhatian Erisa. Walaupun bilik itu sedikit berselerak, namun ianya paling bersih di antara yang lain.
Barang-barangnya diletak di tepi katil, Erisa meneroka kawasan bilik itu. Skrin televisyen di dinding hanya dipandang sepi. Bekalan kuasa elektrik dan air telah terputus semenjak mereka keluar dari Army. Keadaan di luar ternyata lebih teruk berbanding apa yang disangkakan. Tuala dan pakaian yang diambil dari mall sebentar tadi, segera dicapai dan Erisa beransur keluar menapak ke swimming pool di salur koridor tingkat itu. Dia menanggalkan bajunya satu persatu dan mencecah kakinya ke dalam kolam itu.
"Aaaaaaa nice gila," Tubuhnya terasa segar tatkala dia memasuki kolam itu. Sedang leka dia melayan perasaan di bawah cahaya bulan, satu kelibat misteri melintas laju di hadapannya. Erisa tergamam, kelibat itu menghilangkan diri ke dalam salah satu bilik yang terbuka luas.
Tanpa membuang masa, Erisa mencapai tuala dan segera mengeringkan tubuhnya. Dia memakai pakaian barunya dan mencapai pasu bunga di tepi sliding door. Kakinya menapak perlahan-lahan ke arah bilik yang terbuka luas itu. Dibacanya kalimah-kalimah sumpahan sebelum menerpa masuk ke dalam bilik itu.
Walupun gelap, cahaya kecemasan berwarna merah masih berfungsi di kawasan hotel itu. Tiada apa yang berada di hadapannya, mungkin ianya kucing atau tikus. Erisa hanya menyedapkan hati, lantas berlari kecil ke dalam biliknya. Dia mengunci pintu tersebut, dan menapak ke arah tingkap. Dibukanya tingkap itu seluas-luas alam akibat kepanasan. Erisa duduk di birai katil, tidak menyedari bahawa dia bukan keseorangan di dalam bilik itu. Tangan pucat yang terjuntai di sebalik almari membuatkan perut Erisa memulas.
Dia mempunyai teman untuk malam ini.
•••
END OF CHAPTER 27
"Thank you for reading, do vote or comment"
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro