Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 25

PELUH yang mula membasahi tubuh mereka dibiarkan sahaja. Latihan terus dilakukan tanpa sekelumit perasaan letih di jiwa. Nafas dan dada mereka mula berombak ganas. Alisa menamatkan latihannya dengan tembakan tepat ke anak mata seorang polis. Rambutnya yang melekat di wajah hanya disua sekilas. Ditiup hujung pistol itu yang mengeluaran asap halus.

"That wa—" Kata-kata Alisa terhenti apabila deringan siren penggera bergema di ruangan latihan bawah tanah itu. Lelaki yang bertopeng itu hanya berpeluk tubuh.

"Raihan, dah sampai masanya," Ujar Celine di hadapan pintu.

Lelaki bertopeng itu membuka topengnya. Terpampang wajah Raihan yang begitu sinis di pandangan mata Alisa.

"Jadi selama ni awak ya—" Raihan tersengih lebar lantas menarik tangan Alisa keluar dari bilik latihan itu. Ramai telah bersiap sedia dengan mengemaskan alatan-alatan ke dalam beg.

Erisa yang leka mengenakan sweaternya tidak perasan akan kehadiran Alisa di sebelahnya. Bahunya ditolak kasar. "Eris, kau tahu tak apa jadi ni?"

Erisa hanya menjungkit bahu. "That mask man said he should go so aku pun keluar juga la sini, tengok ramai dah datang tiba-tiba,"

Celine yang menerpa dari arah belakang memberi segugus kunci kepada Raihan. Lalu Raihan turut menghilang sejenak.

"Erisa dan Alisa, kamu berdua ikut sahaja mana I nak pergi, okay? Come, Sir Remy dah panggil," Celine mengambil senapang di atas para dan terus menaiki tangga.

Tiba di halaman depan, kelihatan ramai ahli Army berpusu-pusu mengelilingi sekitar penjuru halaman. Berdas-das tembakan yang dilepaskan mencucuk pendengaran telinganya. Apabila Celine mengalihkan tubuhnya, kelihatan jelas pemandangan gerun dihadapannya.

Ratusan zombi-zombi yang kini bergelimpangan dan berkejaran menjadikan kawasan halaman itu mula dilimpahi darah. Alisa terhenti seketika, cuba mengamati pemandangan yang terpampang di hadapan matanya.

"Celine, apa yang dah berlaku?" Soal Alisa. Tangannya mula mencengkam bahu Erisa.

"Tak ada masa untuk I jelaskan, cepat ikut I!" Ujar Celine sambil mengatur langkah ke pintu kediaman.

Serangan zombi yang menerpa hanya ditolak menggunakan senapangnya. Tidak mahu membazirkan peluru.

Sesudah sahaja mereka melepasi pintu gerbang kediaman tersebut, riak wajah Sir Remy yang kusut jelas tertera di ruang tamu. Puan Maria turut berada di sisinya.

"Di mana kamu berdua semasa saya perlukan kamu!" Lantang sahaja Sir Remy berkata. Tangannya menghentak sofa di sebelah.

"Sorry, bukan ke Sir yang suruh ka—" Kata-kata Erisa ditahan apabila Celine mengecilkan matanya.

"Sir, mereka ada dengan saya tadi. Sekarang Sir kena uruskan hal ini, kami semua sudah bersiap sedia dengan alatan kami Sir, sudah sampai masa kami bertolak, tempat ini tidak selamat lagi," Ujar Celine dengan tenang.

"Kau diam Celine! Aku taknak siapa-siapa pun keluar dari tempat ni! King tak guna! Ini semua sebab dia! Dan kau! Kau berdua! Aku patut hantar kau dekat dia awal-awal!" Jerit Sir Remy. Tubuhnya segera menghampiri Erisa dan Alisa. Celine menghalang mereka dengan tubuhnya, picu senapang sudah bersedia dilurutkan. Menanti masa untuk melepaskan tembakan.

"Argh! Dasar manusia tak guna!" Baru sahaja Sir Remy hendak mencengkam leher Celine, sepasang tangan kekar telah menolak dada Sir Remy.

"Zain! Jangan engkau nak khianati aku! Jangan engkau lupa siapa yang bebaskan kau dari cengkaman King!" Ujar Sir Remy. Bajunya yang sedikit senget diperbetulkan.

"Well, at least dia tak tamak macam Sir, bukan?" Sindir Zain.

Pintu hadapan dirempuh secara kasar, beberapa kelompok zombi mula menerpa. Kedua-dua gadis kembar itu mula cuak. Mereka tersepit di tengah-tengah apabila Sir Remy turut mengeluarkan sebilah pisau untuk mencederakan mereka.

"Bullshit," Erisa bersuara, serentak itu dia menarik tubuh Puan Maria yang sedari tadi mendiamkan diri di sofa dan menolaknya ke arah zombi-zombi tersebut. Melihat kelakuan itu, Sir Remy turut menerpa ke arah Puan Maria untuk menyelamatkan isterinya itu dari diterkam oleh puluhan zombi yang kelaparan.

Kedua-duanya tenggelam dengan tsunami zombi tersebut. Lantai putih yang dahulunya bersih dari sebarang debu kini bercopkan tanda-tanda merah likat yang bergenang di sudut pintu. Dinding-dinding mula bermandikan darah. Percikan manik butir darah turut mengenai sofa yang berada di sisi Alisa.

"Jom, keluar dari sini," Pintas Celine. Mereka mula menapak ke dapur dan melihat kedua tukang masak Army turut bertungkus-lumus memasukkan alatan mereka ke dalam beg.

"Fendi, you punya kereta sudah dapat kunci?" Soal Celine. Lelaki itu hanya mengangguk dan menarik isterinya. Bersama-sama mereka meloloskan diri dari kediaman besar itu.

Setibanya mereka di halaman belakang, sebuah kereta Hilux Revo berwarna hitam berhenti betul-betul dihadapan mereka.

Zain menapak ke arah kereta itu dan melompat naik ke ruang belakang. Celine mengarahkan Alisa dan Erisa memasuki kereta tersebut tetapi belum sempat Alisa mencapai pintu kereta, tubuhnya rebah menyembah bumi.

"No, no Alisa! Kenapa dia! Hey Celine apa jadi ni?" Ujar Erisa. Tangannya giat mencempung tubuh Alisa dan meletakkannya ke tempat duduk penumpang.

"I rasa kesan ubat tu dah mula hilang," Celine menggaru kepalanya. Beberapa kumpulan zombi kian menghampiri mereka. Celine pantas membuka pintu dan memasuki kereta.

Dalam pada kekalutan Erisa ingin membuka pintu, salah satu tangan zombi terlebih dahulu menarik hood sweaternya. Celine menjerit ke arah Erisa, namun apabila kesan ubat yang disuntik sudah mulai menghilangkan kesan. Erisa seakan-akan lemah dan tersungkur di tepi kereta.

Perkara terakhir yang sempat dilihatnya ialah wajah Zain yang menarik tubuhnya kedalam pelukan hangatnya.

•••

Deruan angin yang menyapa wajahnya, menyedarkan dia dari lena. Terkebil-kebil matanya apabila silauan matahari mengenai kornea matanya.

Erisa menghalang cahaya matahari dengan menggunakan telapak tangannya. Desiran ombak yang menghempas pantai jelas di pendengarannya. Membelah suasana yang tenang dan hening.

Sepi.

Erisa bingkas bangkit dari pembaringan. Dipandang kawasan sekeliling yang dipenuhi pasir putih. Jelas dalam kereta itu kosong tidak berpenghuni. Erisa membuka pintu dan segera meloloskan diri.

Lembut sahaja pasir putih itu dibawak telapak kasutnya. Tenggelam kakinya sedikit. Dilemparkan pandangan kepada laut yang membiru. Buih-buih memutih berapungan membasahi gigian. Sekejap timbul dan sekejap hilang. Ditolak dan ditarik oleh ombak.

Ketenangan itu hilang apabila terdengar pekikan suara-suara di sebalik batu besar di sebelahnya. Erisa mengerutkan dahi, semakin dihampiri semakin jelas suara-suara itu di gegendang telinganya.

"Kita dah tak ada tempat tinggal, ini semua salah kau!" Jerit seorang gadis.

"Dear, kau sanggup kena baham dengan zombi-zombi dekat situ? Sure go ahead, please go back to where you want, aku tak ada masalah," Balas seorang lelaki.

Terlepas sahaja dari halangan batu besar itu, kelihatan sekelompok manusia sedang berkumpul. Dapat dilihat Alisa turut berpeluk tubuh mendengari perbualan tersebut.

Kesemuanya terdiri dari Ahli Army. Erisa berdehem kecil. Mematikan segala perbualan yang sedang berlaku.

"Eris!" Alisa menerpa ke arah kembarnya lalu memeluk erat tubuh Erisa. Dihamburkan segala kerisauan kepada gadis itu.

"Kau tidur tak bangun-bangun tahu tak! It's been two days already. Gosh for real," Alisa meraup wajahnya.

"Kau bi—argh..bet..ul" Suara Erisa sedikit serak kemudian dia terbatuk kecil. Celine menapak ke arahnya dan menghulur sebotol air.

"Yes, you tak sedarkan diri hampir dua hari. Dalam masa dua hari ini, kita telah kehilangan ramai ahli. Too much happen when you're not with us Erisa," Ujar Celine.

"Setakat ini, kita masih mempunyai bilangan sembilan belas orang dan jika kita bernasib baik, mungkin kita akan menjumpai tempat tinggal yang baru, pakaian, dan makanan," Sambung Hadi yang turut menapak ke arah mereka.

Erisa menoleh sekilas ke arah ahli-ahli yang lain. Wajah-wajah yang dikenali melambai ke arahnya. Si kecil Zafril turut berada di rangkulan abangnya, Raihan.

"Kita dekat mana?" Soal Erisa. Wajahnya bertukar serius.

"First of all, don't be too serious Erisa. We're in Thailand! Yeay!" Jerit Alisa sambil merangkul sisi Erisa.

Botol air di tangan Erisa terlepas dari genggamannya.

"Damn sawadikap," Ujar Erisa sambil mengganggukkan kepalanya berkali-kali. Alisa mengutip botol air yang terjatuh dan kembali ke dalam kereta dan menyimpannya didalam peti plastik. Botol itu boleh digunakan apabila mereka menjumpai sumber air yang bersih.

Sedang leka Alisa mengemas perkakas itu, dia didatangi oleh Dr. Rozie. "Alisa, macam mana keadaan kakak awak?" Ujar doktor wanita itu.

"She's great. Thank you sebab beri rawatan pada dia kelmarin," Alisa tersenyum sambil menutup bonet kereta.

"No worries, that's my job. Tapi awak kena lebih berterima kasih dekat dia," Dr. Rozie menunjuk ke arah seorang lelaki yang sedang berbual dengan rakan sepasukannya.

"Yeah, thanks to him sampai kepala Erisa terhantuk dekat pintu kereta dan tak sedarkan diri selama dua hari huh?" Sindir Alisa.

"Nak cepat waktu tu kan, kalau tak lagi teruk Erisa kena terkam dengan zombi tu," Dr. Rozie tergelak kecil.

"Yelah tapi cuba berlembut sikit. Kasar betul," Alisa menggeleng kepalanya.

"Well, itulah Zain. He is different from other people so yes that's why," Jelas Dr. Rozie. Alisa bersandar di tepi kereta dan memerhati Erisa yang sedang menampar bahu Zafril. Dikendongnya budak itu dan berura-ura ingin mencampakkan ke dalam laut.

"Tak sangka dapat keluar dari kediaman tu," Ujar Alisa perlahan. Kakinya menguis-nguis pasir putih itu.

"Dan tak sangka juga kita kehilangan ramai orang," Nada Dr.Rozie bertukar sayu.

"Hey, I'm sorry. Saya bersimpati terhadap Dr.Syami. He is a great doctor," Alisa berkata namun di dalam hatinya dia bersyukur kerana doktor lelaki itu tidak berjaya menyelamatkan diri. Lelaki itu orang kuat Sir Remy. Dia tidak suka akan kehadiran doktor itu.

"It's okay, saya tak apa-apa," Dr. Rozie kembali menapak ke arah rakan-rakannya. Ditinggalkan Alisa yang termangu sendirian.

"Sekarang macam mana, kau bagitahu aku dekat mana kita nak cari tempat. Kau tahu kan bandar ni besar!" Lantang suara si gadis bersuara. Dr. Rozie hanya menggeleng kepalanya.

"Eh Ayda, kau ni kenapa. Bersyukur sikit kau masih hidup. Aku campak kau dekat laut baru kau tahu," Ujar Raihan. Tangannya meraup wajah dengan kasar. Sudah letih bergaduh dengan gadis itu.

"I don't care! I need my old home!" Jerit Ayda memberontak.

"Shut the fuck up Ayda! I miss our home to okay? Please, tolong memahami," Raihan menarik nafasnya kencang. Lantang suaranya membahas pekikan Ayda sehingga gadis genit itu terkedu.

Benar, dia tahu perancangan Celine terlebih dahulu. Dia merindui kediamannya dahulu. Kediaman yang menyelamatkan dia dan Zafril. Tetapi apakan daya, oleh kerana dia lebih menghargai nyawa Alisa, maka dia turut serta untuk merobohkan sistem kawalan kediaman Army.

Hanya semata-mata untuk membebaskan kedua-kedua kembar itu dari santapan King. Pada mulanya perancangan mereka hanya ingin menghantar Alisa dan Erisa ke tempat yang lebih selamat namun gagal apabila dibantah oleh Hadi. Dia mengatakan bahawa tiada lagi tempat yang selamat di kawasan Malaysia. Oleh itu, mereka semua bersepakat untuk meloloskan diri dari kediaman itu secara berpasukan.

Kini, mereka terkandas di tepi pantai Krabi, Thailand. Minyak kereta juga semakin berkurangan. Mereka berhenti untuk berbincang ke mana destinasi yang patut diteruskan.

Kedua-dua tukang masak mereka telah mengundur diri untuk menghala ke tujuan mereka tersendiri iaitu ke Brunei Katanya, di situ masih terdapat sistem rangkaian telekomunikasi yang masih berguna. Tanpa pengetahuan mereka, sebenarnya Brunei telah ditenggelami oleh tsunami zombi berangkatan merah yang terlepas dari kawasan Laos.

Raihan menarik rafas panjang. Sudah buntu akan apa yang perlu dilakukan seterusnya. Ditoleh ke arah deretan kereta-kereta di tepi jalan. Hanya tinggal enam biji kereta dan satu van hitam.

Diikutkan hati mahu sahaja dia melarikan diri dengan Zafril. Tetapi mahu juga dia menyelamatkan Alisa. Dia tidak akan membiarian kecuaiannya untuk kali kedua. Cukup sahaja peristiwa lama menjadi kenangan hitam buatnya. Dia tidak mahu memori lama berdarah semula.

•••

Ikan yang dibakar oleh Hadi diperhati lama. Mahu sahaja diambil ikan tersebut tetapi masih menanti ikan itu masak. Perutnya sudah berbunyi.

"Amboi kak Alisa, sabar. Belum masak lagi ni," Sindir Dina, gadis penjaga menara. Dia turut menyertai pasukan pelarian ini kerana tidak menyukai layanan Sir Remy kepadanya. Sering sahaja lelaki tua itu menyuruhnya itu dan ini.

"Akak lapar dah hmm," Alisa memaut lututnya dan dirapatkan ke dada. Dipandang ke kiri dan ke kanan. Ahli-ahli yang lain turut berkumpul dalam bulatan dan menanti ikan mentah itu masak dibakar. Bulatan kecil itu ditemani dengan unggun api yang marak di tengah-tengah bulatan.

"Nah," Hadi menghulurkan ikan yang siap dipanggang kepada Alisa. Laju sahaja gadis itu meniup ikan itu dan mencubit isi ikan yang masih berasap.

Walaupun masih panas, isi ikan tersebut laju meluncur masuk ke dalam mulutnya.

"Oh my god, sedapnya hmmm," Omel Alisa sambil mulutnya masih mengunyah.

"Tengoklah siapa tangkap," Sahut seorang gadis yang berambut pendek. Tidak silapnya, nama gadis itu Ayu.

"Alah, itu pun aku yang tolong," Bebel Hadi. Masing-masing di dalam bulatan itu tergelak kecil. Kecuali seorang gadis genit yang berpeluk tubuh di hujung bulatan.

"Cepatlah buat kerja, memekak aje," Ujar Ayda, wajahnya begitu dingin.

"Sabar, cuba jadi manusia sikit. Jangan gelojoh," Pintas Erisa. Sudahnya gadis genit itu berlari masuk ke dalam kereta. Hal ini mengakibatkan kesemua yang lain di situ tergelak besar.

"Apabila akak-akak gusti bergaduh," Sindir Dina, masih dalam sisa gelaknya.

"Alah, dia tak pro pun. Makan pil kuda memanglah kuat, hmm" Erisa mengibas rambutnya. Sekali lagi mereka terhibur dengan gurauan Erisa.

"Are you okay?" Celine menepuk bahu Dr. Rozie yang seketika tadi mengelamun. Langsung tidak menyertai perbualan mereka yang lain.

"Okay Celine, cuma rindu seseorang," Dr. Rozie menatap unggun api itu dengan tekun tanpa berkelip.

"You know, in the future mesti akan ada yang tunggu you, sabarlah. You are a strong woman," Celine mengusap bahu Dr. Rozie.

"Hmm," Dr. Rozie hanya tersenyum kecil. Dia bangkit dari duduknya dan meminta diri. Katanya untuk ambil udara segar di waktu malam.

"Lepas tu ikan tu berlari, Zafril takut!" Suara si cilik yang menarik perhatian Celine mematikan pandangannya ke arah bayangan Dr. Rozie. Ditoleh ke hadapan menyaksikan Zafril sedang membuat aksi ikan yang bergelut-gelut kegelian.

"Zaf, lepas ni ikut akak pergi memancing okay? Mesti tak takut dah," Ujar Alisa.

"Eh tak apa Zaf, baik ikut abang. Akak Alisa takut lintah," Raihan menunjuk ke arah dirinya. Tetapi Zafril lebih memilih Alisa lantas berlari anak kecil itu ke dalam pelukan Alisa.

"Haha he likes me more than you," Alisa tergelak kecil.

"Bullshit," Pintas Erisa. Tulang ikan dicampak ke kaki Alisa. Didepa tangan dan dihalakan ke arah Zafril.

"Give me a hug?" Soal Erisa. Anak kecil itu hanya terdiam dan menggeleng kepala. Sudahnya Dina pula yang memberinya pelukan semangat.

"Sedih betul," Erisa mengelap air mata palsu.

"Nah, siapa nak ikan lagi?" Hadi mengangkat seekor ikan yang agak besar. Seorang gadis segera mencapai ikan itu.

"Eh kau tahu, tadi masa nak tangkap ikan. Aku kena kepit dengan ketam tau. Dia punya sakit, parah jiwa aku woi," Bentak Hadi. Ditunjuknya bekas lebam di tumit kakinya.

"Sikit je, over lebih," Ujar Ayu sambil matanya diputarkan ke atas.

"Eh, aku nak pergi dekat kereta kejap. Nak ambil sweater," Erisa bangkit setelah berbisik ke arah Alisa.

Kereta Hillux yang diparkir agak jauh dari pemerhatian mereka membuatkan Erisa berasa sedikit khuatir. Namun setelah memastikan tiada sesiapa yang berada di kawasan itu, dia segera membuka pintu dan mengambil sweaternya.

Sesudah dia menyarung sweaternya, dia terlihat kelibat Ayda yang sedang berpeluk tubuh di tepi kereta Porsche merah.

Erisa tergelak sinis di dalam hati. Mahu sahaja membalas dendam kepada gadis itu. Lantas satu idea jahat mula ditayangkan di segenap mindanya.

Diambil serpihan kayu yang berada di atas jalan dan dia mula menapak ke arah Ayda. Dengan berhati-hati dia menjingkit ke belakang kereta Porsche itu.

Dia mula menyeret kayu itu di atas jalan dan mengeluarkan suara desahan kasar.

"Gerghha—arghh"

Erisa mula menahan gelak apabila Ayda mula mencarut di tepi kereta itu.

"Takut ke kak?" Erisa menonjolkan diri dan tangannya menahan tubuhnya di hood kereta itu.

Pistol di tangan Ayda mula diturunkan. "If i shoot you, tak merasa kau bernafas lagi perempuan," Jerkah Ayda.

"Cool, I'm sorry. You're too funny," Erisa tergelak secara tiba-tiba. Baru sahaja Ayda hendak menumbuk wajah Erisa, dia teringat akan pesan Zain. Lantas dikepalkan penumbuknya di belakang badan.

"Shut your mouth kid, I'm not in the mood today," Bisik Ayda dengan suara kecil.

"Tak perlu nak dingin sangat dengan aku, bukan aku nak ajak bermusuh kat sini," Ujar Erisa. Diambilnya sekotak chewing gum dan dihulurkan kepada Ayda.

"This will freshen your mood," Ayda meragut kasar dan mengeluarkan beberapa biji chewing gum bulat. Dikunyahnya seperti orang kemarahan.

"Hahaha hey, no need to do that. Aku tahu kau marah, tapi cuba tenang sikit," Erisa masih tergelak kecil. Ayda membaling kotak chewing gum itu ke wajah Erisa.

"Eh kau boleh jangan ganggu aku tak? Eh kau berambus lah, aku benci betul manusia macam kau ni, kau berambus!!" Ayda menolak Erisa sehingga gadis itu tersungkur di atas pasir.

"Wow, kasar nampak sis?" Erisa bangkit dan menepuk debu di kaki seluarnya. Serta-merta diangkat kedua-belah penumbuknya. Diregangkan leher ke kanan dan ke kiri.

"Come, fight me," Erisa mencabar. Ayda terus menerpa dan mencengkam kedua belah leher Erisa namun pergaduhan mereka terhenti tatkala bunyi tembakan bergema di persisiran pantai.

Erisa dan Ayda berpandangan sesama sendiri sebelum kedua-duanya tergopoh-gapah menapak ke arah unggun api dimana mereka berkumpul sebentar tadi. Hanya tinggal Zafril dan Dina sahaja di situ.

Zafril sedang memeluk tubuh Dina dengan erat. "Kak, dia orang dekat sana," Dina menunjuk ke arah persisiran pantai yang dihalangi oleh sebatang pokok yang menutup jalan.

Pantas mereka berdua menapak ke arah pokok itu dan melangkah runtuhan pokok itu. Daun-daun semak yang menutupi laluan mereka diselak dengan kasar. Sebaik mereka sampai di persisiran pantai, chewing gum yang dikunyah oleh Ayda terkeluar dari mulutnya.

Kelihatan darah mula mengalir di kepala Dr. Rozie dan memberi warna kepada pasir putih itu. Pistol di tangan Dr. Rozie masih melekat di jari-jemarinya. Mata Dr. Rozie terbuka luas sambil bekas linangan air mata berkesan di pipinya.

"She's—no..no way," Bisik Ayda.

"Yes, she's dead. Dr. Rozie bunuh diri," Erisa berkata dan tertelan chewing gumnya.

•••
END OF CHAPTER 25
Thank you for reading. Do vote or comment

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro