
Bab 24
SKRIN di hadapan ternyata mengkhabarkan berita buruk baginya. Kawasan hutan yang sering dilalui kini sudah dicerobohi oleh binatang perosak itu.
"Kita tak boleh buat apa, biar mereka sendiri yang pergi. Tembok yang kita bina masih kukuh, jadi tidak mengapa," Sir Remy menongkat dagunya. Pen di tangan diputar-putarkan di atas meja.
"Tapi Sir, banyak sangat zombi tu. Macam mana kalau salah sa—"
"No, they wont," Pintas Daniel. Bicara Celine terhenti begitu sahaja. Segera dia menundukkan wajah.
"Tapi aku tak rasa tembok kita mampu bertahan lama lagi, sedangkan tembok hutan mereka dapat tembus, inikan pula pagar di sini?" Jelas seorang lelaki yang juga turut serta dalam perbualan mereka.
"Sabar, kita belum laksanakan lagi hasrat King. Tunggu saatnya nanti," Dengan sinis Sir Remy berkata. Celine hanya mengeluh kecil. Dia perlu memberi amaran kepada kembar berdua itu.
"Kalau tiada apa lagi soalan, kamu semua boleh keluar," Arah Sir Remy. Lantas seorang demi seorang beransur keluar dari pejabatnya.
Celine menutup pintu pejabat itu dengan perlahan. Nafasnya kini semakin deras. Dia perlu berjumpa Erisa dan Alisa. Langkahnya diatur ke tingkat dua. Tetapi dia berhenti seketika dan berfikir buat sementara. Dia tidak boleh melakukan hal ini seorang diri. Kakinya mengambil pusingan drastik. Menghala ke tingkat tiga. Cuma beberapa bilik sahaja di tingkat atas itu. Dia menarik nafas panjang dan mengetuk pintu bilik yang paling hujung.
Pintu itu tidak terbuka, Celine tidak mahu dirinya ditangkap dan segera dia menceroboh masuk bilik itu.
Seorang lelaki yang sedang bermain dengan pemetik api memandangnya tajam.
"Zain, I need your help,"
Lalu pintu itu ditutup perlahan.
•••
Di tepi kandang, dimana seorang gadis sedang cuba untuk menaiki seekor kuda, tiba-tiba terjatuh menyembah bumi.
"Dah tahu pendek, nak naik juga," Sapa Erisa bernada sinis.
"Eleh nak cuba je, tak tahu lak boleh terjatuh. Aku bukan sempurna, aku faham," Alisa memandang langit.
"Jangan buat hal bodoh dekat sini, tak berapa nak menarik," Erisa berkata sambil mengikat rambutnya. Rimas apabila rambut itu melibas-libas pipinya.
Alisa mengusap kuda hitam itu. Pada mulanya, dia hanya mahu berjalan di sekeliling kandang namun hasrat hatinya yang tiba-tiba ingin menunggang kuda semakin membuak-buak.
"Ambillah bangku kalau nak panjat," Erisa menunjuk ke arah bangku yang tidak jauh dari mereka.
"Tak apalah, aku bukan tahu nak kendalikan kuda ni. Nanti jatuh lagi pula, patah tulang aku,"
Entah kenapa tiba-tiba keadaan menjadi janggal antara mereka berdua. Alisa hanya menguis-nguis pasir menggunakan butnya.
Akibat kesunyian yang melanda setelah beberapa minit, Alisa terpaksa membuka bicara.
"Err Eris?" Mata Alisa masih terpaku kepada kuda hitam itu. Namun mulutnya terketar-ketar ingin menanyakan sesuatu kepada Erisa.
"Hmm?"
"Well, just asking. How did you kill those bastard anyway?" Akhirnya, keluar juga soalan itu dari mulutnya. Walaupun dia sudah melupakan Shah, tidak bermakna dia tidak mahu tahu bagaimana lelaki itu mati.
Keadaan menjadi janggal semula. Erisa hanya mendiamkan diri dan berpura-pura tidak mendengar soalan Alisa.
"Aku tanya ni," Adu Alisa semula.
Erisa mengeluh perlahan. Matanya terpejam rapat seolah-olah menahan kesakitan yang kronik. Erisa membuka matanya perlahan dan merapati kembarnya itu. "Listen, aku tak ingat okay? When I opened my eyes, both of them already died, so just please. Lupakan mereka,"
"Aku dah lupa dia, kau jangan risau," Alisa hanya tersenyum kecil.
"I'm just curious, how did you do it by yourself and where did you hide th—" Alisa menghentikan pertanyaannya. Anak mata Erisa yang seakan-akan merah itu diperhati sekilas sebelum ianya hilang.
"Mungkin aku tak bersendirian Al, mungkin," Erisa tersenyum penuh makna. Dia menepuk bahu Alisa perlahan dan memusingkan tubuhnya.
"Maksud kau apa ni?" Soal Alisa dengan nada intonasi yang sedikit tinggi.
"Nothing, lupakan apa yang aku cakap tadi," Erisa menyeluk ke dalam poket sweaternya.
"Erisa..." Kini Alisa merapatinya. Namun pantas jua Erisa menoleh sedikit ke belakang.
"Cukup kau tahu yang aku sanggup buat apa demi kau, and I promise you, tak akan ada siapa lagi yang akan sakiti kau, okay?" Bisik Erisa perlahan.
Setitik air mata gugur dari anak mata Erisa. Dia cuba menyembunyikan air matanya namun sempat dilihat oleh Alisa.
"Even if it involves a person's life, I'm willing to kill them for you," Bisiknya lagi. Lantas mengesat air matanya.
"Aku lapar, aku masuk dalam dulu," Sambung Erisa lagi lalu menapak ke dalam rumah.
Alisa masih jua terkebil-kebil sendirian.
"Dia lapar tu, mungkin mengarut sedikit. Perempuan kalau lapar memang kuat mengarut," Bicara Alisa sendirian sambil menggelengkan kepalanya berkali-kali.
Disambung jua merenung kuda hitam itu. Tidak lama kemudian bahunya ditepuk kasar.
"Aku tak jadi makan, Hadi kata Celine ada benda nak bincang dengan kita. Jadi dia suruh kita datang ke bilik latihan," Ujar Erisa dengan nafas yang termengah-mengah.
"Now Al, now!" Alisa ditarik laju oleh Erisa. Langkah mereka diatur ke pintu besi halaman belakang. Mereka menuruni tangga dengan berhati-hati dan menanti di ruang hadapan.
"Gelap je? Kau biar betul Celine panggil kita," Soal Alisa sambil memerhati sekeliling.
Erisa hanya menjungkit bahu. Keadaan yang sunyi itu turut menimbulkan syak wasangka ke atas dirinya.
"Budak Hadi ni memang tipukan aku ke apa?" Getus Erisa sendirian.
"Al! Eris!" Jerit satu suara dalam kegelapan. Kelihatan kelibat itu menapak ke arah suis utama dan sejurus selepas itu, kawasan ruang tanah itu mula dihiasi lampu.
Wajah Celine yang kemerahan diperhati lama. "Hey, kenapa you ni?" Tegur Alisa. Celine hanya memejam matanya lama dan menarik nafas panjang.
"Nothing, you berdua mari sini. Ada latihan buat you berdua," Ujar Celine sambil menapak ke ruang latihan.
"Again? You bergurau ke?" Erisa sudah berpeluk tubuh.
"No, of course no. Come, both of you need this. Erisa, you go there and Alisa? Ikut I, quick!" Celine hanya mengarah mereka berdua.
Di ruang sudut memanah, kelihatan seorang lelaki yang bertopeng menanti Erisa. Tubuhnya yang hanya mengenakan t-shirt hitam dipandang sekilas. Erisa cuba menilik wajah lelaki itu namun gagal, sedikit pun dia tidak mengenalinya.
"Apa tujuan kau dekat sini?" Ujar Erisa.
Celine menerpa ke dalam ruang latihan itu. Erisa diberi alat kelengkapan dan suatu suntikan dos yang hanya diketahui oleh Celine.
"Woah, the hell is that?" Erisa meraba-raba lehernya yang sedikit pedih.
"You diam je, itu cuma Amfetamin. This will make you feel very energetic and it will increase your alertness, concentration in every situation, just relax and go with the flow okay?" Ujar Celine lantas menepuk bahu Erisa.
"Disebabkan kita tak cukup masa, jadi I pick one of the best to teach you everything. Hari ni kita ada tiga latihan, iaitu, menembak,memanah dan aturcara mengguna pisau atau pedang. Setiap seorang akan melakukan satu aktiviti dalam masa dua jam kemudian menukar aktiviti yang lain juga dalam masa dua jam," Dengan sekali nafas Celine menjelaskan kepada Erisa.
"Wait, kau cakap apa ni, aku—" Erisa mula berpeluh-peluh. Pandangannya sedikit kabur. Terasa dunia seolah-olah sedang berpusing. Erisa menjeling Celine dengan tajam. Secara tiba-tiba pening itu hilang dan digantikan dengan suatu tenaga baru yang tidak terkata.
"Hell yeah! Of course I can do that!" Jerit Erisa sambil tergelak kecil.
"Yeah, and you probably look like a zombie after 12 hours," Ujar lelaki yang memakai topeng itu.
"Diam, aku tak cakap dengan kau," Bentak Erisa. Dia membuka sweaternya dan meninggalkan tubuhnya dengan hanya sehelai tank-top kelabu beserta legging hitam.
Celine hanya berbisik sesuatu kepada lelaki itu dan dia juga turut terangguk-angguk mendengar arahan dari Celine.
Celine hanya memandang sayu ke arah Erisa yang sudah pun memanaskan badan.
"Come on! Don't waste more time lah dude," Jerit Erisa lantas mengangkat kedua belah tangannya. Bersedia untuk bertinju.
"Not for today, Erisa," Lelaki itu menurunkan tangan Erisa dan menghulur sepasang sarung tamgan hitam.
"Hey, take care of her will you? Ingat apa kita bincang tadi, bukan?" Ujar Celine. Lelaki itu hanya mengangguk kecil.
"What? You dua orang bincang apa?" Soal Erisa sambil berpeluk tubuh.
"Nothing, now go practice. I nak jenguk Alisa," Celine mengundur diri dan menapak keluar.
Langkah Celine kini berhenti di bilik latihan menembak. Diperhati dua orang manusia di dalam itu. Alisa yang juga diberi dos Amfetamin bergerak lincah.
Seorang lagi lelaki yang memakai topeng hitam beredar menuju ke rak kelengkapan menembak.
Dia mengambil penutup telinga serta sepasang sarung tangan dan menghulurkan kepada Alisa.
Tanpa banyak kata sarung tangan itu disarung pantas oleh gadis itu. Dan penutup telinga itu diletakkan di telinganya.
"Okay, okay now what?" Tanya Alisa sambil membetulkan sarung tangannya.
"Now you watch," Kata lelaki itu sambil matanya mencari-cari sesuatu.
"Today you learn how to menembak dengan tepat, which is—" Lelaki itu mengambil cermin mata hitam yang berkaca merah dari rak atas kemudian memakaikannya kepada Alisa.
Pada mulanya keadaan hanya kelihatan seperti biasa. Namun apabila dilihat dari segi lelaki itu tersenyum sinis, Alisa pasti sesuatu yang buruk akan berlaku.
Lelaki itu memakai cermin mata yang sama kemudian mencapai sesuatu. Ianya kelihatan seperti alat kawalan yang berbingkai kaca.
"Kita tak bersendirian," Sejurus selepas lelaki itu berkata sebegitu, alat kawalan itu ditekan dan keadaan di sekitar Alisa berubah seratus peratus ke dimensi yang lain.
Kini mereka berada di, bangunan usang. "Woah, ini kesan khayal aku ke apa ni? No, what if kita betul-betul berada di luar, what? Macam mana Erisa nanti?" Alisa berkata cemas. Mana pergi bilik latihan tadi?
Celine yang memerhati hanya menggelengkan kepala.
"Ini latihan yang sebenar sebagai salah seorang ahli Army," Kata lelaki itu tegas sambil memerhati sekeliling.
"Apa kau ni? Kita kat mana ni? Ap—"
Bangggggg !!!!
Satu tembakan dilepaskan disusuli seperti bunyi seseorang jatuh.
Alisa pantas memusingkan tubuhnya hanya mendapati sekujur tubuh manusia tertiarap dengan darah yang sedang melimpah keluar dari abdomennya.
"What in the world did you do! Oh my god you are such a pig, badak air punya ora—" Belum habis Alisa berkata, matanya terbeliak melihat sekumpulan manusia yang berpakaian seperti anggota polis meluru ke arah mereka sambil mengacukan senapang.
"Like i said, we are not alone," Lelaki itu mencapai tangan Alisa dan membawa gadis itu ke tempat persembunyian bagi mengelakkan mereka ditembak oleh pasukan polis tadi.
"Apa kau ingat ini counter strike ke !!" Nafas Alisa yang turun naik tidak diendahkan. Dia memeriksa peluru di dalam pistolnya. Kemudian memeriksa keadaan di sekitar bangunan usang itu.
"Kau nak aku mati ke!"
"Eh jawab lah!"
"Apa kita buat dekat sini!"
"Kenapa kau tembak polis tu!"
Soalan yang bertubi-tubi dikeluarkan hanya berlalu seperti angin bayu.
"Motherfuc—"
"Alisa, saya dah biasa dengan latihan ni okay? Lagipun apa yang awak nak takut sangat? Mereka cuma halusinasi sahaja. Ini sekadar latihan, awak faham tak?" Lelaki itu menerangkan satu persatu kepada Alisa namun gadis itu masih terpinga-pinga.
Akhirnya lelaki itu mengambil keputusan untuk mencabut cermin mata Alisa.
Alisa terkejut apabila keadaan di sekitarnya kembali seperti biasa. Dia berada di bilik latihan yang sama.
Kemudian cermin mata itu dipakai semula. Kini baru Alisa faham akan situasi yang dihadapi.
"Can I kill them now?" Tanya Alisa sambil matanya turut memerhati kawasan usang itu. Bibirnya diketap menahan teruja di dalam hati.
Beberapa pasukan polis turut bersembunyi di sekitar mereka.
"Yes,"
Bangggggggg!!! Satu tembakan dihalakan kepada Alisa namun tersasar maka terkena pada dinding.
"Okay, those people going to die soon," Alisa menarik nafasnya perlahan-lahan. Bersedia untuk melakukan latihan itu. Dengan semangat yang berkobar-kobar, dia menarik picu pistolnya dan menghalakan pistol itu ke arah salah seorang anggota polis itu.
Banggggg !!!
Tembakan itu mengenai sasarannya. Alisa menuju ke sebalik dinding untuk mendapatkan perlindungan. Beberapa tembakan terlepas dari sasarannya.
Celine hanya memerhati dengan kagum. Lelaki itu menoleh ke arah Celine dan membuka cermin mataya.
'I can handle this,' Lelaki itu menggerakkan bibirnya ke arah Celine dan gadis cina itu hanya mengganguk.
Lelaki itu turut membantu Alisa mengendalikan polis-polis itu.
"Peluru aku habis," Adu Alisa yang masih bersemangat dengan latihannya. Dia terduduk bersandar di dinding sambil mencuri-curi lihat ke kawasan musuh.
Lelaki itu mencampakkan beberapa butir peluru kepada Alisa. Semasa Alisa memasukkan peluru tersebut ke dalam pistolnya, lelaki hanya merenung Alisa tanpa berkelip.
Dan apabila Alisa merasakan ada seseorang memerhatinya, maka dia turut menghalakan pandangan matanya ke arah lelaki itu.
Dan serta-merta lagu Titanic bergema di pendengaran mereka.
'Every night in my dreams
I see you, I feel you,'
Tembakan yang terkena di sebelah dinding itu mengejutkan mereka berdua. Pantas Alisa bangun dan keluar dari tempat persembunyian itu.
"Fucking phone," Bentak lelaki itu serta-merta dan mengambil sesuatu di dalam poketnya. Lagu itu dimatikan dan dia menjawab panggilan tersebut.
"The zombies will aproach soon, aku dah siapkan kereta. See you in six hours," Ujar pemanggil.
Dia memasukkan kembali telefon usang itu ke dalam poketnya setelah talian dimatikan.
Tetapi malang tidak berbau apabila, seorang anggota polis sedang bersembunyi berhampirannya. Maka, dia ditembak di bahagian perut. Dan itu menjadikannya mereka kalah dalam pertarungan tersebut. Serta-merta kawasan di sekitarnya berubah semula pada keadaan di bilik latihan.
"Aku baru nak menang, kau pula kena tembak!" Alisa mencampakkan pistol ke arah kepala lelaki itu. Dia memerhati sekeliling dan mendapati Celine tersenyum ke arahnya dari muka pintu.
"Nice job, teruskan," Celine mengangkat ibu jarinya dan segera menapak ke tempat lain.
Menyedari akan kejanggalan yang berlaku antara mereka berdua, lelaki bertopeng itu bingkas bangun dan menapak ke arah rak alatan. Dia meletakkan cermin mata serta alatan-alatan yang lain di tempat asalnya semula.
"You got a nice skill, Alisa," Kata lelaki itu perlahan, Alisa hanya mampu tersenyum lebar.
"Kita ada dua latihan lagi," Ujar lelaki itu semula dan senyuman Alisa semakin lebar. Tenaganya kian bertambah disebabkan faktor Amfetamin yang masih mengalir dalam darahnya.
Celine kini menapak semula ke bilik latihan Erisa. Diperhatinya gadis itu sedang menutup sebelah matanya dan mensasarkan panahan di hadapan. Busur berteknologi canggih itu direnung oleh Celine. Salah satu rekaan yang yang mengambil masa agak lama untuk disiapkan. Semuanya hasil tenaga kerja Zain.
Bukan sahaja busurnya mampu menghasilkan anah panah sendiri malah busur itu boleh dilipat menjadi kecil dan dimasukkan ke dalam beg khasnya yang kalis api.
Erisa melari-larikan jari-jemarinya ke tali busur itu. Dengan sekali hembusan nafas, panahannya tepat dikenakan ke arah bulatan merah di sudut dinding yang berjarak 20 meter dari mereka.
Lelaki di sebelahnya turut menepuk tangan.
"After hundreds of trying finally," Keluh lelaki tersebut.
Celine hanya tergelak kecil. Tugasnya kini semakin selesai. Seorang gadis menepuk bahunya perlahan.
"Kami dah bersedia," Ujar gadis itu dan menunjuk ke arah beberapa kumpulan pasukan yang lain.
Celine melihat wajah-wajah yang dikenali di situ. Bibirnya menguntum senyuman penuh makna.
"Sekarang kita cuma perlu tunggu Hadi maklumkan berita. And then, we can start our mission," Arah Celine.
"Uhuh, can't wait to leave this place anyway," Sorak salah seorang ahli pasukan.
"Jangan risau, kita ada dua aset yang sedang bertarung dalam bilik latihan. Tunggu sahaja mereka selesai," Celine pantas mengatur bicara. Lancar sahaja dia mengarahkan tugasan demi tugasan.
"Now, we just wait for the alarm to work," Jelas terpampang wajah-wajah sinis yang menanti dengan penuh keterujaan.
END OF CHAPTER 24
❝Thank you for reading. Do vote or comment❞
•••
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro