
Bab 23
HADI mengetuk-ngetuk walkie-talkie yang seakan-akan rosak. Dia memanggil Daniel yang sibuk memunggah barang.
"Bang, rosak ah!" Daniel pantas mengambil walkie-talkie itu dan memeriksanya. Dia mengeluh kemudian memanggil ahlinya yang lain supaya mereka dapat berkumpul bersama.
"Kita lost contact dengan mereka," Perlahan sahaja Daniel berkata, menunggu reaksi mereka yang lain.
"Habis, macam mana nak kumpul balik?" Tanya Raihan.
"Kita tunggu mereka balik. Aku percayakan mereka. Bukannya ini kali pertama dia orang keluar kan? Dah jom kita gerak dulu," Kata Daniel seraya menapak ke arah kereta.
Raihan berbalas pandangan dengan Hadi. Mereka berdua memerhati sahaja sikap Daniel yang agak sugul dari tadi.
Daniel menegur Raihan yang masih tercegat di tepi jalan "Kau nak drive ke atau biar aku?"
Raihan memerhati kunci kereta yang tergantung di jari Daniel. Dia mengangguk perlahan dan mengambil kunci kereta itu. Mereka semua memasuki ke dalam kereta setelah barang-barang yang diambil telah dimasukkan terlebih dahulu.
Daniel menyisir rambutnya ke belakang. Dia hanya berdiam diri memerhati jalan-jalan sepi sepanjang perjalanan mereka.
"Rai tengok abang runsing je dua tiga hari ni, kenapa?" Raihan memecahkan kesunyian.
"Haih, si Remy la. Abang pening dengan dia," Ujar Daniel.
"Kenapa dengan Sir?"
"Abang tengok dia tu dah tak keruan kadang-kadang," Daniel menoleh sekilas ke arah Raihan.
"Dia mesti fikir pasal King lagi la tu," Sampuk Hadi di belakang.
"Aku tak faham dengan keluarga aku kadang-kadang. Takkan la si King tak nak berbaik dengan Sir Remy, tak kesian dekat ibunda agaknya," Luah Daniel. Kepalanya didongakkan ke atas.
"Dahlah bang, tak perlu fikir sangat. Yang penting kita da—"
"Raihan!"
Sedang lancar sahaja Raihan berkata, jeritan Hadi dan Ayu di belakang mengejutkannya. Secara drastik kereta itu diberhentikan secara mengejut. Berdecit tayar kereta itu akibat geseran yang terlalu kuat. Daniel merasakan Raihan telah melanggar sesuatu kerana bahagian cermin hadapan kereta retak.
Mereka segera keluar dari kereta dan memerhati sekeliling kawasan. Setahu Hadi, semasa Raihan sedang memandu, terdapat suatu kelibat melintasi jalan raya dengan pantas. Raihan tidak sempat memberhentikan kereta terlebih awal akibat kelajuan kelibat itu. Daniel memeriksa keadaan kereta yang bercalar di bahagian hadapan. Tiba-tiba Ayu menyiku lengannya dan menunjuk ke arah sesuatu benda yang sedang terbaring di tengah jalan beberapa meter dari mereka.
Daniel memberi isyarat mata ke arah Hadi dan Raihan lalu dengan segera ketiga-tiga lelaki itu mengeluarkan pistol dari poket mereka.
Setapak demi setapak mereka menghampiri ke kawasan itu. Ternyata ianya adalah milik tubuh manusia yang sudah tidak sedarkan diri. Hadi menurunkan pistolnya dan mengeluh perlahan.
Raihan melutut untuk merasa denyutan nadi di leher manusia itu tetapi tiada sebarang denyutan dapat dikesan. Namun semasa Raihan hendak bangun dari tempat itu, pergelangan kakinya tiba-tiba dipaut kasar oleh tangan manusia tadi.
Eh bukan, itu bukan manusia. Itu zombi.
Mata Daniel serta-merta terbeliak melihat aksi yang berlaku pantas di hadapannya. Tanpa melengah masa, dia menarik picu pistol di tangannya dan melepaskan tembakan tepat di kepala zombi itu.
Tembakan itu bergema di sepanjang jalan yang sedang mereka lalui. Burung-burung juga turut berterbangan akibat bunyi tembakan itu. Tidak hairanlah jika kawasan itu dikelilingi oleh hutan kerana kawasan itu agak sunyi dan misteri.
Raihan yang terduduk cuba bernafas dengan tenang. Tembakan Daniel membuatkan dia terkejut. Daniel dan Hadi menghulurkan tangan untuk membantu Raihan bangun dari duduknya.
"Okay tak?" Tanya Daniel. Lelaki itu hanya mengangguk. Serentak itu mereka kembali menuju ke kereta.
Ketika tinggal beberapa inci sahaja lagi jaraknya dengan kereta tersebut, bunyi tapak kaki diseret laju menghentikan langkah mereka berdua.
Pantas kepala mereka ditoleh ke belakang hanya mendapati beberapa zombi sedang menuju ke arah mereka.
"Fuc—masuk kereta cepat," Daniel menjerit perlahan dan segera berlari menuju ke dalam kereta begitu juga yang lain.
Raihan mencuba untuk menghidupkan kereta tetapi tangannya agak kelam-kabut. Banyak kali dia menoleh ke cermin belakang untuk melihat zombi-zombi yang sedang menghampiri kereta itu.
Sedang leka mereka melihat ke belakang, satu zombi menerpa dari arah depan dengan pantas menyebabkan cermin hadapan itu pecah berderai. Ayu menjerit apabila zombi itu mula memasuki ruangan hadapan kereta dan merangkul leher Raihan.
No, not sweet at all.
Daniel bertindak menghentak kepala zombi itu dengan pistol di tangannya. Takut jika melepaskan tembakan, mendatangkan kesan bunyi yang kuat dan menarik perhatian zombi-zombi itu.
Ayu sedang menggigil ketakutan dibelakang apabila zombi-zombi itu mula mengetuk cermin sisinya bertubi-tubi. Hadi hanya bersiap sedia dengan pistol di tangannya. Jika cermin sisi itu pecah maka pistol itu akan melepaskan tembakan dengan segera.
Apabila enjin kereta sudah dapat dihidupkan, Raihan mengambil langkah pantas dengan mengundur kereta secara drastik membuatkan dia melanggar zombi-zombi yang lain dan juga berjaya mengeluarkan zombi yang menerpa di cermin hadapan.
Raihan menukar gear dan beredar dari kawasan itu dengan pantas. Dia hanya memerhati wajah pucat masing-masing dari ekor anak matanya Dia juga sempat menoleh sekilas ke arah Daniel yang mengelap peluh di dahi.
Walau apa pun yang terjadi, mereka tetap selamat dari makhluk itu walaupun ada yang tercedera.
________
Sir Remy yang sedang berehat di pejabatnya segera keluar apabila deruman sebuah kereta memasuki perkarangan kediaman Army. Belum sempat dia membuka pintu, pintu itu telah ditolak oleh Celine. Bekalan ubatan yang diambil tadi diserahkan kepada seorang pengawal yang menunggu di hadapan pintu.
"I lost contact dengan team Daniel. But for Zain, mereka akan sampai sekejap lagi,"
Sir Remy mengangguk perlahan."Dapat semua dalam senarai tadi?"
Celine mengangguk. Baru sahaja Sir Remy hendak menanyakan soalan lagi, sebuah lagi kereta dipandu masuk ke halaman rumah diikuti dengan sebuah lagi kereta yang dipandu Raihan.
Tidak lama kemudian, mereka semua muncul menyusuri di belakang Daniel. Masing-masing memberikan barang-barang yang dikumpul kepada pengawal-pengawal yang menanti. Sir Remy masih memerhati ke arah garaj namun sudah tiada lagi kelibat yang keluar.
Apabila Zain sampai di hadapan Sir Remy. Dia ditanya bertubi-tubi oleh Sir Remy.
"Kenapa kamu berdua sahaja? Mana Fira? Mana Shah? Kamu tinggalkan mereka ke? Atau dia naik kereta lain?"
Zain menarik nafas panjang sebelum membuka mulut. "They actually—"
'Died' Monolog Erisa di dalam hati.
"They actually got biten by those zombies so kami tak boleh buat apa," Zain menjelaskan segalanya walaupun dia tidak tahu cerita yang sebenar.
Mereka semua terkejut akan berita itu. Ahli-ahli yang lain berbisik antara satu sama lain. Jelas riak terkejut terpamer di wajah mereka.
Sir Remy memaut bahu Zain dengan perlahan. "Asalkan kamu selamat. Yang pergi,biarlah pergi." Tenang sahaja Sir Remy berkata.
Mereka di situ mempamerkan riak wajah simpati ke atas kematian Fira dan Shah.
Kecuali Erisa. Senyuman sinisnya masih berada di mulut itu. Biarlah dia sahaja yang menyimpan rahsia. Biarlah.
Hal itu telah dimaklumkan ke semua ahli Army. Penerimaan mereka terhadap kehilangan Shah dan Fira amat susah. Bagi mereka, Shah telah menyumbang banyak perkara. Fira pula telah banyak membantu mereka.
Malam itu, kesemua mereka melepaskan memori Fira dan Shah jauh dari kotak minda mereka.
Teruskan berjuang sehingga ke akhir nyawa.
Teruskan. Kipidap,dongibab,karipap,ketayap. Eh kepala otak kau.
Malam itu, Alisa hanya menanti kepulangan Erisa di dalam bilik mereka. Dia hanya membiarkan linangan air matanya berjuraian tanpa disedari. Tubuhnya dibaringkan di atas katil empuk itu. Melayari memorinya bersama kenangan lalu.
Tolakan di pintu membuatkan Alisa tersedar. Segera dilap air matanya dan bangkit dari pembaringannya.
"Hai," Tegur Erisa seraya mengambil tempat di sebelah kembarnya.
Alisa hanya tersenyum kecil, riak sayu di wajahnya dapat dikesan oleh Erisa.
"Kau okay tak Al?" Ujar Erisa, bernada risau.
"Okay ah, aku cuma penat sikit,"
"Penat apa? Kau mana ada pergi mana-mana pun. Ke kau penat menangis?" Alisa menundukkan wajahnya tika Erisa melontar butir bicara.
Keadaan menjadi sunyi seketika lantas Alisa mengajukan soalan lain. "Macam mana? Beres?"
Erisa tersenyum sinis. Sudah pasti mindanya memutarkan kembali episod dia bersama dua orang manusia iblis itu. Tapi—
'Yes Erisa, I fall in love with you since I met you'
Bisikan itu mula menusuk ke halwa telinganya. Membuatkan kepalanya berdengung seketika. Terpejam matanya menahan sakit di kepala.
"Erisa? Hey," Alisa menepuk-nepuk bahu Erisa yang tiba-tiba meracau sendirian. Menyedari akan Erisa yang tidak memberi perhatian kepadanya, dengan segera dia menarik kepala Erisa dan memerhati anak mata gadis itu.
Matanya merah, dingin dan seolah-olah dia melihat akan imbasan orang lain di sebalik anak matanya.
"You—" Erisa menutup matanya dan kembali kepada sediakala.
"Aku tak apa-apa. Sokay, aku kena strok haba kut," Erisa tergelak sendirian.
"Sooooo, back to your question, yes. Beres dah apa yang kau mintak. Dah tak ada orang nak sakitkan hati kau Al, tak ada dah," Alisa mengangguk lemah.
"Kau rehatlah Eris, aku nak ambil angin kejap," Bisik Alisa. Terketar-ketar bibirnya berbicara.
Pintu bilik ditutup dan Alisa memejamkan matanya. Nafas ditarik dengan keluhan berat dilepaskan. Dia menuju ke luar halaman. Ternyata rumah itu sunyi. Mungkin semua orang sudah tidur.
Tiba di hadapan pintu besi itu, dia membukanya dengan perlahan. Risau jika seseorang melihat kelibatnya. Dituruni anak tangga dengan pantas menuju ke bilik latihan.
Dan dia mulakan kerjanya.
Alisa menggunakan bilik latihan bawah tanah itu sebaik-baiknya. Semenjak dia mengetahui kelengkapan wushu berada di situ, dia sering menghabiskan waktu lapangnya untuk berlatih. Namun kali ini, dia tidak lagi menggunakan kayu, sebaliknya dia menggunakan pedang. Hari demi hari, ketangkasannya semakin bertambah. Gerakan yang fleksibel boleh memukau sesiapa sahaja yang melihat aksi itu.
Semenjak kecil dia gemar menonton aksi wushu dalam filem aksi. Gemar sahaja melihat para pelakon menayang ketangkasan mereka dalam bermain pedang. Dan oleh itu, secara senyap dia telah mencuri masa untuk mempelajari sendiri ilmu wushu dengan berpandukan bahan internet di rumahnya dahulu.
Alisa menamatkan latihannya dengan membuat spin-base ke atas sebuah patung plastik. Nafasnya tidak teratur akibat kelelahan dari latihan itu. Alisa segera membetulkan posisinya dan meletak kembali alatan-alatan itu ke tempat asalnya.
Lampu bilik latihan itu ditutup. Yang tinggal hanyalah lampu di kawasan tengah. Dia mengambil sehelai tuala dan mengelap peluh di dahi dan lehernya.
Kemudian dia membuka peti sejuk di kawasan tengah dan mengambil sebotol air mineral sejuk. Ditogaknya bagai ikan yang kehausan.
Botol kosong itu dicampak ke dalam tong sampah. Alisa mengambil tempat di bangku kosong.
Shah.
Sebaris nama itu membuatkan hatinya kembali berduka. Tanpa disedari, air matanya bertakung dan terus menitis di pipi. Sukar untuk dia padamkan segala kenangan yang pernah dilalui bersama dengan lelaki itu.
Benarkah keputusannya untuk membiarkan Erisa melenyapkan lelaki itu. Tetapi mengapa hatinya begitu pedih? Bukankah dia telah membenci lelaki tersebut?
"Hai lah hati, sudah berapa kali kau buat hal. Sudahlah, aku letih tahu tak? Asyik nak melayan kau, serabut kepala aku tahu?" Monolog Alisa sendirian.
"Two am, where do I begin
Crying off my face again
The silent sound of loneliness
Wants to follow me to bed"
Alisa mula menyanyi dalam tangisan yang masih bersisa. Dia mengelap hingusnya menggunakan hujung baju.
"Broken pieces of
A barely breathing story
Where there once was love
Now there's only me
And the lonely.."
Air matanya dihabiskan begitu sahaja. Menangisi seorang lelaki yang telah pergi.
Dua kali kejadian seperti ini berlaku. Dua kali juga hatinya merasakan mati.
Alisa menarik nafas panjang. "Dah, lepas ni tak ada nak menangis sebab lelaki. I know you are stronger than this, heart. Stay strong. I love you," Alisa menyentuh dimana terletaknya posisi hatinya.
Dia tersenyum kecil.
"Boo!"
"Oh fudge yadayada," Entah apa Alisa mencarut setelah disegah sebegitu rupa.
Raihan disebelah tidak tertahan untuk ketawa. Terhambur jua tawanya di situ.
Alisa mengerutkan dahinya. Baru kini Raihan melihat wajah polos Alisa agak kemerahan dan sembap.
"Al, did you—" Raihan terdiam buat sesaat dan mengambil tempat duduk di sebelah Alisa.
"Awak nangis ke dari tadi?" Ujar Raihan. Matanya melihat sahaja ekspresi Alisa yang kelihatan suram.
"Taklah, penat berlatih tadi. Berpeluh," Sengaja Alisa tekankan perkataan penat agar lelaki itu tidak terus mengacaunya.
"Saya masuk rumah dulu, letih nak tidur bye," Ujar Alisa dengan dingin. Alisa mengambil tuala yang digunakan lalu mencampak ke dalam tong sampah.
Beberapa langkah dia menapak, terdengar suara bisikan yang bergema dia setiap penjuru ruang latihan itu.
"Te Amo," Halus sahaja perkataan itu keluar dari bibir Raihan. Tapi cukup untuk Alisa mendengarinyai. Bahasa Latin kah itu?
"Sorry? Did you say anything?" Alisa menoleh sekilas ke belakang. Raihan hanya tersenyum kecil sebelum menggeleng kepala.
Anak mata Raihan hanya mengekori setiap langkah Alisa dan membiarkan bayang gadis tersebut hilang dari pandangan matanya.
Serta-merta keluhan berat dilepaskan. Gadis itu, Alisa. Dia benar-benar lain. Pada saat dia mengenali gadis itu, terdapat suatu perasaan halus terbit dari benak hatinya.
Mungkin salah satu faktornya adalah dia mengenali seorang gadis bernama 'Alisa' pada zaman silamnya.
Dan faktor kedua juga adalah Alisa yang dahulunya pernah menjadi cinta pertamanya.
Dahulu. Raihan sedar, Alisa ini bukan orang yang sama tetapi sungguh perwatakannya mirip sekali dengan bekas kekasihnya.
Yang terpaksa dibunuh olehnya.
Aha kidding, the keywords here is terpaksa maka ada sesuatu yang telah berlaku sebelum ini.
Apa dia?
END OF CHAPTER 23
❝ Thank you for reading. Do vote or comment❞
•••
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro