
Bab 21
DR Rozie kembali semula ke makmal apabila kelibat Erisa langsung tidak dijumpai. Dia risau jika Erisa melakukan sesuatu dengan jarum suntikan itu.
Dr Rozie terperasan akan seseorang sedang membersihkan alatan makmal.
"Um sorry?"
Lelaki itu berpaling melihat Dr Rozie. Dia tersenyum dan menapak ke arah wanita itu.
"Ya? Ada apa-apa yang boleh saya tolong?" Tanya lelaki itu.
"Emm you ada dengar pasal pesakit hilang tu kan?"
"Erisa? Dia ada dalam bilik dia sekarang. Sir dah inform tadi,"
Dr Rozie mengganguk. "Oh ye ke? Tapi dia ada bawa jarum sunti—"
"Wait, you mean this?" lelaki itu menghulurkan jarum suntikan yang berisi cecair itu ke arahnya.
Serta merta Dr Rozie terkejut. "Mana you dapat ni? God, im searching this thing for about 4 hours !!" Teriak Dr. Rozie.
"Err budak tu bagi sendiri tadi, dia ada datang," Riak wajah lelaki itu berubah kepada keanehan.
Dr Rozie mengeluh berat. Tiada yang bahaya setelah jarum itu diberi semula. Namun dia harus jalankan siasatan bagaimana Erisa boleh kembali hidup semula. Dia perlu mengkhabarkan keadaan yang sebenar kepada Sir Remy.
_______
Seisi rumah mula menjadi reda setelah empat hari kediaman itu menjadi huru-hara. Mereka kembali bertugas seperti biasa. Kehadiran Erisa di pejabat ditunggu-tunggu oleh Sir Remy. Dia menyuruh Daniel mencari Erisa namun setelah hampir dua jam, kedua-duanya masih tidak muncul.
"Aku perlukan bantuan perempuan tu.." Sir Remy menundukkan kepalanya, siku diletakkan di atas meja dan tangannya memaut tengkuknya. Urat-urat jelas timbul di tengkuknya akibat kerunsingan yang dihadapi.
This old man looks like he gonna blow up soon.
Deringan telefon mematikan lamunannya. Segera dia menjawab panggilan tersebut.
"Hello old friend," Suara di sebalik telefon itu kedengaran sinis.
"King," Ujar Sir Remy, perlahan.
"Hm, budak kau datang sini semata nak ambil hak aku ya Remy,"
"Maksud kau apa,"
"Rania is mine, you won't get her back,"
Sir Remy mengetatkan pegangannya di gagang telefon itu. "Jangan menyesal King,"
"Why? Mana saingan kau huh? Tak muncul jugak aku tengok,"
"Kau tunggu dan lihat," Sir Remy mematikan talian dan menghempaskan gagang itu dengan kasar.
"Aku takkan biarkan kau King.." Deruan nafas Sir Remy mula berentak deras. Kejadian tempoh lalu mengimbas semula di mindanya. Kejadian di mana King merampas segala harta syarikat miliknya.
Dan anak kesayangannya.
Tidak sangka King tergamak melakukan itu semua.
Nak-nak lagi, King merupakan adik kandungnya sendiri.
________
Angin amat kencang pada petang itu. Terasa seolah-olah berada di persisiran pantai. Namun tak, ianya masih dianggap neraka bagi Erisa dan Alisa.
Alisa memegang pipinya yang ditampar oleh Erisa. Pijar rasanya dihadiahkan penampar sulung dari gadis itu.
"Sakit ke?" Erisa menggengam tangannya.
"Kau nak aku buat macam tu ke dekat Shah nant—," Kata Erisa dipintas.
"Setakat tampar, aku sendiri boleh. Agaklah tampar aku kuat-kuat. Ni practice je pun," Seboleh-boleh Alisa menjeling anak mata Erisa.
"Hm, aku tahu nak buat apa lah Al, lama aku berhajat," Erisa mula menilik tubuh Shah dari atas hingga ke bawah di dalam mindanya. Berkilat matanya apabila idea-idea jahat masuk ke kotak fikiran.
"Jangan lupa awek baru dia sekali," Ligat Alisa membentak tentang gadis yang dilihat bersama Shah tempoh hari.
"Awek baru dia tu bela s—"
"Hah kau Erisa! Jumpa pun! Pergi pejabat Sir Remy sekejap. Ada benda dia nak bincang," Laungan seseorang di tepi pintu rooftop itu mematikan perbualan mereka. Daniel termengah-mengah akibat lariannya di sekeliling kediaman.
Erisa meraup wajahnya, namun arahan itu dituruti dengan bersahaja. Dia meninggalkan Alisa untuk sementara lalu menapak ke pejabat Sir Remy.
"Ey, lahanat apa khabar?" Erisa tersengih berdiri di tepi meja Sir Remy. Namun tiada reaksi dari lelaki itu. Mujur tidak sedar, tidaklah dia dengar kata-kata Erisa tadi.
Erisa mengambil tempat di hadapan meja Sir Remy. Punggungnya dilabuhkan dan kakinya diletakkan menyilang ke atas meja lelaki itu. Bunyi hentakan yang kuat di mejanya membuatkan Sir Remy mengangkat kepalanya. Matanya yang sepet jelas menunjukkan dia baru sedar dari tidur.
"What, care to explain why?" Erisa terus mengajukan soalan.
"Saya nak bagitahu sesuatu, awak dengar baik-baik," Tegas Sir Remy berkata namun sedikit pun tidak terkesan oleh Erisa. Sempat lagi gadis itu memutarkan matanya.
"Banyak perkara yang berlaku semasa awak tidak sedarkan diri,"
"I know, Alisa dah cerita semua" Erisa melihat riak wajah Sir Remy kelihatan tegang.
"Bukan itu. Ini pasal kawan awak Rania,"
Senyuman Erisa mati. Dahinya berkerut menunggu bicara dari Sir Remy. Sudahnya, dia sendiri yang semakin runsing.
Perbualan mereka tamat hampir setengah jam. Erisa bangun dan keluar dari pejabat itu. Dia melangkah ke halaman belakang rumah dengan pantas.
'Rania masih hidup tapi dia dalam kawalan orang lain, dia dikurung'
Tersentak juga Erisa mendengar berita yang dikhabarkan oleh Sir Remy. Langkahnya dihentikan di hadapan kandang kuda.
'Saya perlukan bantuan kamu untuk jatuhkan King, sebagai balasan kamu dapat balik kawan kamu,'
"Siapa pulak si King ni," Bisik Erisa.
Tiba-tiba kepalanya pening. Dia menstabilkan dirinya dengan memaut pagar kadang itu. Kesakitan yang dirasai semakin kuat mencucuk di bahagian otaknya.
Darah mula menitik keluar dari hidungnya. Erisa buntu, dia mengelap titisan darah tersebut dan dilihat dengan kaget.
Seketika kemudian, sakit itu hilang. Erisa tersenyum sinis.
Dia menapak ke kandang kuda tersebut, memilih seekor kuda yang bakal menjadi mangsanya. Tangannya sudah diletakkan ke leher kuda itu. Senyumannya makin menggila.
Namun hasratnya terbatal. Terkebil-kebil dia melihat kuda itu yang merenungnya semula.
Tangannya yang berada di leher kuda itu diperhati aneh. Tergeleng-geleng kepala Erisa seketika.
"Apa hal aku ni," Erisa menjauhi kuda tersebut. Kejadian yang terjadi tadi berada dalam luar kawalannya.
Dia mengabaikan firasatnya dan bergerak ke dalam rumah, mahu menceritakan tentang Rania kepada Alisa.
Dikuak pintu bilik mereka dari luar, terlihat Alisa sedang termenung di katilnya.
"Al, dia hidup lagi,"
"Siapa?" Sugul sahaja dia menjawab.
"Rania,"
Alisa tersenyum kecil. "Aku tahu, aku memang tahu dia masih hidup dari awal lagi,"
Dahi Erisa berkerut. "Mana kau tahu,"
Alisa bergerak ke katil Rania. Diusap perlahan cadar kelabu itu.
"I don't know. I just feel it," Alisa menggengam cadar itu dengan erat.
"Sir nak aku buat something untuk dia, bagi selamatkan Rania," Jelas Erisa.
Alisa menanti butir bicara gadis itu.
"Dia nak aku pecah masuk kawasan King,"
"Siapa King?"
"Entah, orang yang kurung Rania, dia kata"
Alisa tergelak sinis. "Kau percaya ke si tua tu, banyak muslihat dia,"
"Well, tengoklah nanti,"
Malam itu mereka berdua masih tidak dapat melelapkan mata. Masing-masing berfikir tentang masa depan mereka. Adakah nasib mereka baik?
(Biarlah author sendiri yang tentukan. Haha celaka,)
Pintu bilik mereka dikuak perlahan. Tegak tubuh masing-masing melihat Celine memasuki bilik mereka.
"Hello girls, nanti esok kau orang akan ke bandar untuk cari bekalan. Cause memang tak cukup ahli so we need your help, okay? Tapi kita buat slow-slow. Saya dah beritahu orang yang akan lead awak masa tu. Jadi, esok turun awal ya?" Gadis cina itu tersenyum manis.
Sebelum melangkah keluar sempat gadis itu mengucap selamat malam.
"Good night girls. Sleep well," Serentak itu, pintu ditutup semula.
Alisa menjatuhkan badannya di atas katil.
"Asyik kita je," Keluh Alisa.
Erisa memutarkan matanya. "At least dapat juga kita keluar dari rumah ni kan,"
"Hm kejap je ke," Ujar Alisa, sebal. Dia menekupkan bantal ke atas mukanya. Dia menggumam sesuatu.
"Ngokey ngaku ngikut. Ngasalkang ngau ngada,"
Hmm kepala bapak dia.
Erisa menarik bantal itu dari menutupi wajah Alisa, "Apa dia kau ni, cakap biar betul,"
"Okay aku ikut, asalkan kau ada," Alisa tersenyum, lalu merampas semula bantal itu. Erisa sudah tidak mampu untuk ketawa seperti dahulu. Perasaan statik masih tidak lari dari mengundang.
Satu lagi malam yang dilalui dengan seribu perasaan yang menerpa. Ternyata mereka masing-masing mempunyai masalah tersendiri.
Alisa masih terfikir akan kenangannya bersama Shah. Dendamnya kini semakin bercambah. Mahu sahaja ditendang celah kelengkang lelaki tersebut. Biar nyawanya ikut melayang.
Erisa pula semakin runsing memikirkan nyawa mereka yang berada dalam bahaya pada bila-bila masa. Dia juga masih terkilan akan kewujudan Rania.
Mereka tidak lari dari perasaan gusar.
________
Keesokan hari, mereka berkumpul di hadapan kediaman seperti yang disuruh. Masing-masing menayangkan muka masam. Tanda mereka tidak puas hati kerana terpaksa mengikut arahan Celine.
Gadis cina itu merengus kasar, naik muak mendengar keluhan-keluhan mereka.
"Haiya diamlah, I tembak you nanti," Celine berkata sambil menyelitkan pistol di pingganggnya yang juga penuh dengan peluru senapang.
Dia mengambil senapang yang dihulur oleh Hadi. Setelah itu, dia mengeluarkan walkie-talkie nya dan memberi arahan.
Suaranya tidak jelas di pendengaran Alisa kerana seolah-olah gadis itu menyembunyikan sesuatu.
Dan beberapa minit kemudian, pintu kediaman mereka terbuka luas. Menapak keluar ahli-ahli mereka yang lain. Lengkap berpakaian dan senjata.
Pada mulanya Alisa beriak tenang sehinggalah dia ditegur oleh seorang lelaki.
"Ehem," Raihan menegur.
Terkejut gadis itu apabila ditegur dari belakang. Sejak kejadian di menara itu, hubungan mereka berdua agak renggang.
"Eh sejak bila awak ada sini?" Aju Alisa.
"Dari tadi lagi," Raihan tersenyum kecil.
Hadi dan Daniel menegur Raihan. Kemudian Daniel membawa mereka jauh sedikit dari yang lain untuk berkata sesuatu. Ahli-ahli yang lain juga mula bergerak ke arah mereka.
Alisa memerhatikan gerak geri mulut mereka untuk mengenal pasti butir-butir bicara yang dibincangkan namun gagal kerana bicara Daniel agak laju.
Dalam kepalanya ligat berfikir tentang keberadaan Shah. Apa yang sedang lelaki itu lakukan?
Persoalannya tamat apabila suatu suara sumbang menyapa telinganya.
"Good morning, hai everyone," Sapa Fira sambil tangannya melambai ke arah ahli-ahli yang lain. Tangannya yang lagi satu erat memaut lengan Shah. Daniel hanya memberi senyuman mesra kepada Fira.
Terbuntang mata Alisa melihat adegan tersebut. Dia cuba memandang Shah namun lelaki itu langsung tidak memandangnya.
'That bitch again,' Pintas hatinya.
'I thought he love me,'
'Shah,' Alisa memejamkan matanya. Cuba berpaling dari melihat kemesraan mereka.
Fira melentokkan kepalanya di atas bahu Shah. Dia mengelus lengan Shah dengan perlahan. Alisa semakin tertunduk akibat adegan yang menyakitkan mata itu.
Celine yang berada di kejauhan serta-merta menyiku lengan Erisa yang leka mengikat tali kasutnya.
"Hoi, you tengok tu, sejak bila mereka berdua jadi macam tu," Adu Celine.
Erisa menoleh ke arah yang ditunjukkan Celine. Kelihatan Shah sedang berbual mesra dengan seorang gadis. Ditoleh pula ke arah Alisa yang menunduk ke bawah.
"Biarla dia, kejap je tu,"
"Apa maksud kamu ni? Bukan ke dia bf Alisa? I nampak masa tu dia dengan Alisa berdua aja. Apa dah jadi?" Becok pula gadis cina itu.
"Shah tu syaitan, memang macam tu la. Sedangkan hati manusia pun berubah-ubah, apa tah lagi syaitan macam dia, berasal dari neraka," Ujar Erisa sekali lalu. Dia menyisir rambutnya ke tepi.
Diperhati semula pasangan firaun tadi.
Tika itu, asyik benar Shah memaut pinggang Fira, mata Erisa tajam menikam ke arah tangan lelaki itu. Dan matanya beralih semula kepada Alisa. Dia mengesan air mata gadis itu mula mengalir di pipinya.
Erisa mula menapak ke arah Alisa. Ditariknya pergelangan tangan gadis itu untuk menjauhi Shah. Sedaya upaya Alisa menahan tangisannya tetapi gagal. Dihamburkan jua tangisan itu di hadapan Erisa.
"Aku tak kuat Erisa," Bisik Alisa.
"Aku menyesal tak dengar cakap kau—" Esaknya lagi.
"Dia tinggalkan aku sebab perempuan lain? Apa dia fikir aku ni batu nisan?" Esakannya menggila.
"Erisa..." Alisa cuba menarik nafasnya, kemudian dia mengelap saki baki air matanya itu.
Erisa mengangguk perlahan, "Hm?"
"Ingat tak apa kita bincang hari tu?" Soal Alisa.
Terangkat kening Erisa sewaktu ditanya sebegitu.
"Tampar Shah?"
"No, not that, senang sangat,"
Alisa mula mengetap bibirnya. "Erisa,"
"Aku benarkan kau lenyapkan dia dari dunia ni," Ujar Alisa sambil memerhati Erisa yang mula terkebil-kebil.
Dan setelah diproses ayat itu berkali-kali, baru Erisa menampakkan semyuman sinisnya.
Erisa berbisik sesuatu ke telinga Alisa. Setelah itu, Alisa menggunakan halaman hadapan untuk memasuki ke kediaman semula.
Dengan tafsiran wajah yang sukar dinyatakan, Erisa kembali kepada yang lain. Daniel telah selesai berbincang dengan ahli-ahli yang lain. Akibat terasa seperti yang tidak kena Raihan lantas mengusulkan soalan tentang Alisa.
"Dia sakit kepala, malam tadi dia tak dapat tidur," Raihan mengangguk.
Daniel mula menjelaskan tugasan-tugasan mereka dan turut diagihkan kepada 5 kumpulan.
"Baiklah, Team A, Celine choose 4 teammate, and you lead budak-budak under you okay? Kau akan pergi ke hospital atau farmasi yang terdekat. Ambil sebanyak mana bekalan ubat-ubatan yang masih ada," Daniel memberi sehelai kertas yang bertulis jenis-jenis ubatan yang perlu diambil. Ianya ditulis oleh Dr.Rozie dan Dr.Syami.
"Team B pula saya akan ambil, and i want Raihan, Hadi, Ayu, Erisa in my team. We t—"
"Sorry, boleh saya satu team dengan dia?" Erisa menunjuk ke arah Fira. Matanya merayu-rayu supaya dapat bergandingan dengan gadis tersebut.
Daniel mengeluh, dia mengangguk perlahan.
"Baiklah, hm you! You will replace Erisa," Daniel menuding ke arah seorang gadis yang siap bersedia dengan senapangnya.
Erisa? Dia menuju ke arah Fira dan tersenyum ke arah gadis itu. Namun senyumannya hanya dibalas dengan jelingan. Shah di sebelah turut mengabaikannya.
'Good, jeling puas-puas. I bet you won't get that chance again after this,' Bicara Erisa di dalam hati. Geram rasanya diabaikan sedemikian.
"Kumpulan saya akan mencari bekalan makanan dan minuman di mana-mana kedai kosong yang berdekatan," Sambung Daniel.
"And Team C, Shah will lead, Fira and Erisa. Disebabkan kita kekurangan senjata, saya nak awak mencari alatan senjata sebanyak mungkin di sana. Kalau sempat, ini senarai yang perlu kalian cari," Belum sempat Shah mengambil kertas itu, tangan seseorang telah mencapainya terlebih dahulu.
Erisa sedikit terkilan melihat pemilik tangan itu. Di hatinya mula menyumpah-nyumpah.
"Semalam kata tak nak ikut?" Daniel bertanya.
"I change my mind, and biar aku lead" Zain berdehem kecil dan mula memasukkan alat senjata ke dalam poketnya.
Daniel hanya menggeleng kepala. Diikutkan sahaja kerenah lelaki itu.
"Hey, boleh ambilkan pisau tu?" Fira tersenyum manja sambil menunjukkan beberapa pisau kecil yang dilonggokkan di atas rumput.
"Use your own hand," Seraya itu Zain berlalu pergi meninggalkan Fira yang terkebil-kebil. Namun Fira masih tidak berpuas hati.
"Baby, ambil kan I pisau tu," Suruh Fira kepada Shah. Lelaki itu akur sahaja akan suruhan teman wanitanya. Dia menapak ke hadapan dan mengambil sebilah pisau lalu dihulurkan kepada Fira.
Sebagai tanda terima kasih, Fira memeluk erat pinggang Shah. Membiarkan mata-mata manusia di sekelilingnya jijik melihat adegan itu.
Usai pembahagian tugas, Daniel membawa mereka ke garaj. Alat kawalan ditekan dan pintu garaj perlahan-lahan menaik ke atas. Cahaya lampu mula terbuka satu demi satu sehinggalah ke sudut paling dalam.
Hampir meleleh air liur Erisa menyaksikan deretan-deretan kereta mahal di hadapannya.
Kesemuanya berjenama mahal. Ada jenama dari luar negara. Dan jika dikira, terdapat 11 buah kereta di dalam garaj itu disertakan dengan 2 buah van.
Kunci kereta diambil di dalam bekas kaca. Dia kemudian membaling kunci itu satu demi satu kepada mereka.
5 teams means 5 cars. Daniel awal-awal sudah menyimpan kunci kereta Chevrolet Colorado, kereta kegemarannya.
Ketika kunci Nissan Gtr tergenggam kemas di tangan Zain, Fira mula menepuk tangannya dan menarik Shah untuk masuk ke dalam kereta. Erisa mula menggeleng kepalanya.
Anak ikan menggedik.
Mereka menghidupkan enjin terlebih dahulu. Sementara menunggu enjin kereta itu panas, mereka melihat kertas yang diberi oleh Sir Remy tadi.
Celine mengambil kertas itu dari tangan rakannya. Dia membelek senarai ubat itu dengan tekun tanpa berkelip mata.
"Apahal kau tenung kertas tu macam tu sekali?"
"Haiya, apa dia tulis I tak da faham lah," Celine menggaru dahinya. Tulisan itu terlalu susah untuk difahami. Tulisan doktor memang macam tu. Kertas di tangan Celine dicapai pula oleh ahlinya yang lain. Ditelek sehabis mungkin kertas itu. Dia juga tidak faham akan tulisan itu.
Kertas itu dirampas semula oleh Celine lalu disimpan ke dalam poketnya.
"Ambil je mana-mana nanti yang sama," Pintas rakan sepasukannya. Dia menekan pedal minyak membiarkan kereta itu mengaum disertai dengan kepulan asap di belakang kereta itu.
Atas tindakannya, kereta-kereta yang lain juga turut menekan pedal minyak kereta mereka. Gear ditarik dan kereta-kereta itu mula keluar dari kediaman rumah Army satu persatu.
Sepanjang perjalanan, Erisa tidak mengeluarkan suara, begitu juga seisi makhluk dalam ruangan kereta mereka. Menyedari akan kekekokan suanana di dalam kereta itu, Shah memulakan perbualan.
"So, apa nak buat kalau terserempak zombi?"
"Bertegur sapa," Erisa membalas sepatah. Zain di sebelahnya hanya fokus terhadap pemanduan.
"Kau ingat lawak la," Adu Shah.
"I didn't ask you to laugh, right?" Sindir Erisa.
"Baby, chill. Forget her okay? I thought hm maybe kalau kita terserempak dengan zo—" Fira leka menenangkan Shah yang memerhati tajam ke arah Erisa.
Erisa malas mahu mendengar celoteh mereka berdua lalu dipalingkan muka ke tingkap kereta. Memerhati pohon pohon hijau yang dilalui semasa perjalanan. Benar, matanya pulih. Akan tetapi telinganya pula yang terasa berdengung.
"Guys, nak tahu tak? Shah bagi I cincin ni, cantik tak?" Fira menayangkan cincin itu ke hadapan. Erisa hanya menjeling sekilas melihat cincin itu.
Kerana tidak mahu telinganya berdarah, Erisa mula mencati Cd lagu yang tersimpan di dalam dashboard. Dicapai sahaja apa yang dijumpainya lalu dipasangkan ke radio.
"First things first
I'ma say all the words inside my head
I'm fired up and tired of the way that things have been, oh-ooh
The way that things have been, oh-ooh"
Erisa menguatkan lagi volume radio itu. Dia bersandar dengan tenang tanpa perlu mendengar celoteh pasangan itu.
Zain menoleh sekilas ke arah Erisa yang tampak sugul. Dikilas pula ke cermin hadapan yang memaparkan aksi 18+ pasangan di seat belakang.
"Second things second
Don't you tell me what you think that I could be
I'm the one at the sail, I'm the master of my sea, oh-ooh
The master of my sea, oh-ooh"
Zain mula memecut laju, membiarkan aksi yang dilihat sebentar tadi menjuman ke dasar minda yang paling dalam. Tidak mahu diingat lagi.
Daniel memperlahankan keretanya apabila memasuki kawasan bandar. Seluruh kawasan bandar kelihatan kucar-kacir. Kereta-kereta kosong ditinggalkan di tepi jalan. Jalan raya itu amat sunyi. Cermin kedai-kedai di sepanjang jalan kebanyakannya pecah. Mungkin berlaku kegiatan rusuhan di bandar.
"Kita berpecah dari sini," Daniel memberi arahan dari alat penghubung. Dia memberhentikan kereta di stesen minyak dan memerhati kereta-kereta yang lain di belakangnya membawa haluan tersendiri.
Daniel dan ahli-ahlinya yang lain mula memeriksa keadaan senjata mereka. Sedang leka Daniel membetulkan alatnya, cermin kereta diketuk-ketuk dari luar.
Sesaat dia menoleh, cermin keretanya sudah berlumuran dengan darah.
Darah zombi, yang mengasak ganas cuba memecahkan cermin keretanya.
"Fuck,"
•••
END OF CHAPTER 21
❝ Thank you for reading. Do vote or comment ❞
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro