
Bab 20
PLASTIK hitam yang diletakkan di sebelah katil mayat itu dipandang sekilas.
"Bila nak tanam mayat-mayat ni?" Ujar Dr.Syami.
"I guess kena tunggu arahan Sir lah. Dia pun diam je tak bagitahu apa-apa," Dr. Rozie sudah buntu. Tidak tahu di mana hendak meletakkan mayat itu.
"But hey, ada perasan tak kenapa this one and that one berbeza even sama-sama dah tak bernyawa," Dr. Syami mengelilingi mayat Erisa. Sejenak kemudian dia menjengah pula ke arah mayat Hana.
"Yeah, dia nampak bernyawa," Dr.Rozie menghampiri Erisa. Disentuhnya telapak tangan Erisa yang terasa beku.
"Sadly, she's already dead," Dr. Syami berkata lantas menjauhkan diri dari katil tersebut. Dia beransur ke hadapan komputer makmal untuk membuat beberapa perisian.
"Hmmm," Gumam Dr.Rozie. Wajahnya kelat berasa hampa. Namun tidak setelah tangannya digenggam erat secara tiba-tiba.
Terjerit dirinya sehingga terundur ke belakang. Dirasa telapak tangannya seperti digenggam ketulan batu. Dia memerhati sekujur tubuh di hadapannya. Kemudian dia melihat telapak tangannya semula.
"Syami.." Bisik Dr. Rozie, kakinya kian menggeletar.
Wajah Erisa yang pucat kembali menampakkan darah. Tangannya dikepal kuat tiada gerakan seterusnya.
Plastik hitam yang berada di sebelah katilnya terjatuh lalu menerbang ke sisi kaki Dr. Syami. Terhenti seketika perbuatannya. Ditoleh sekilas ke arah Dr. Rozie yang memucat serta-merta. Dan apa yang dilihat seterusnya bakal mengubah kehidupan mereka.
Erisa sedang memerhati mereka dengan senyuman yang agak sinis.
•••
Pintu pejabat Sir Remy ditolak kuat sehingga bingkai gambar yang tergantung di dinding berderai pecah ke lantai.
Daniel berlari masuk ke pejabat sambil tangannya dihentakkan ke atas meja. Sebelah tangannya mengurut-urut dada yang terasa sesak. Nafasnya yang tercungap-cungap membuatkan mulutnya terbuka luas.
Sir Remy kelihatan terkejut. Dilihatnya Daniel yang semakin sesak nafasnya.
"Daniel, cuba kau bernafas ikut hidung betul-betul," Pinta Sir Remy.
"Dengar ni—ada hal..pergi—tan—tanya Syami," Tersekat-sekat Daniel menyampaikan berita.
"Kenapa dengan Syami?"
"Erisa—"
Mendengar nama itu, Sir Remy pantas mengambil alat penghubungnya dan segera memintaskan talian kepada makmal.
Sambutan panggilannya disambut dengan suara cemas Dr. Rozie. Kemudian Dr. Syami memberitahu sesuatu kepada wanita itu sebelum menceritakan hal yang sebenar kepada Sir Remy.
Setelah Sir Remy mendapat berita itu selengkapnya, dia segera menghubungi pengawal-pengawal supaya memerhatikan keadaan di sekeliling kawasan.
Sir Remy dan Daniel keluar dari pejabat dengan tergesa-gesa dan memberitahu seisi ahli rumah yang lain. Berita yang diberitahu amat menggemparkan seisi rumah.
'Seorang mayat berlegar-legar di kawasan rumah'
Ah mungkin agak keterlaluan jika dilihat dari pemerhatian mereka namun ianya tidaklah seteruk yang disangkakan.
Raihan yang melihat kekecohan berlaku di ruang tamu itu segera menyapa sekumpulan gadis yang sedang berborak.
"Maaf, tumpang tanya. Sebenarnya apa yang berlaku?" Soal Raihan.
"Ouh, um tadi Sir bagitahu Erisa yang dah mati tu hidup balik. And now dia dah hilang. Yang peliknya macam mana dia hidup balik so that's why masing-masing tengah cari dia," Bicara seorang gadis.
"And dia ada bawa satu picagari yang berisi dos yang agak kuat untuk sistem saraf manusia. Tapi bahaya jika disalahgunakan," kata seorang gadis lagi.
Raihan mengangguk dan mengucapkan terima kasih. Dia pantas berlari ke anak tangga dan menuju ke bilik Alisa. Gadis-gadis yang memerhatinya dari jauh langsung tidak dihiraukan. Apabila tombol pintu dipulas, pintu itu tidak dapat dibuka. Mungkin ianya dikunci dari dalam.
"Alisa? Awak ada dalam ke? Buka pintu ni!" Ketukan diberi bertalu-talu namun pintu itu masih tidak dibuka.
"Alisa saya ada be—" Ketukan dihentikan setelah pintu dibuka oleh Alisa yang berwajah sugul. Alisa menunduk sambil memaut erat tombol pintu itu.
Raihan berdehem kecil dan menanti Alisa membuka bicara namun gadis itu tetap diam tidak berkutik.
"Alisa, awak okay?" Soal Raihan dengan nada yang simpati.
Alisa mengangguk perlahan. Raihan menarik nafas panjang sebelum membuka kata.
"There is some good news and bad news," Adu lelaki itu.
"And it's about Erisa," Pantas Alisa mengangkat wajahnya tika nama Erisa disebut. Tampak wajahnya tidak bermaya dengan matanya yang membengkak akibat terlalu kerap menangis.
"Good news, Erisa masih hidup," Kata Raihan sambil tangannya melekap di bahu Alisa. Cuba memberi semangat.
Mata bundar Alisa semakin membulat apabila mendengar berita itu. Alisa menekup mulutnya sambil menggumam sendirian.
"But, the bad news is— Erisa hilang. And semua orang tengah cari dia. Lagipun Erisa sekarang masih dalam keadaan bahaya untuk didekati, it's kind of weird when she's already died tapi dia mampu bangkit semula,"
"Dia hilang pergi mana.."
"Mungkin dia lari dari sini or maybe dia masih ada tapi dia bersembunyi. Mereka semua tengah cari dia. And for your information, this mansion is going upside-down because of her," Keluh Raihan.
"Why.." Bisik gadis itu perlahan.
"Mugkin sebab terkejut and mungkin sebab dia ada ambil alatan makmal yang agak bahaya. So i think orang dalam rumah ni takut Erisa nak buat apa-apa dengan benda tu. Bahaya," Jelas Raihan.
"Saya nak jumpa dia—" Alisa berkata lantas kakinya mengorak langkah untuk keluar dari bilik namun langkahnya dihalang oleh Raihan.
"Bahaya kalau awak pergi sekarang, kita tak tahu lagi keadaan Erisa,"
"No! She's my sister!"
"Alisa, mungkin dia bukan orang yang awak kenal selama ni. Dia dah mati Alisa, dah mati—"
"Raihan!" Jerit Alisa. Matanya mencerlung ke anak mata Raihan.
"Aku kenal dia, dan aku tahu Erisa tak pernah mati!" Ujar dia berkata sedemikian. Dia merempuh Raihan yang berdiri tercegat di hadapannya.
Raihan tidak mampu berbuat apa, dia hanya mengeluh kesal.
•••
Cermin di hadapannya ditatap dengan penuh keasyikan. Dia menyentuh cermin itu, seakan membelek wajahnya di dalam cermin.
Matanya yang berwarna hazel kini bertukar hitam sehitam-hitamnya. Dia menyentuh pipinya yang sedikit merah. Mungkin akibat lariannya tadi.
Jarum suntikan di hadapannya dipandang sinis. Terus dicampak ke dalam tong sampah. Niatnya hanya untuk menakutkan mereka yang berada di dalam rumah itu. Namun lain pula sangkaan mereka. Pisau yang sempat diambil sewaktu melintasi ruang dapur diletakkan di atas sinki.
Tangannya menggenggam sebuah epal. Diambil pisau tadi dan didekatkan ke wajahnya.
Berkilat.
Erisa tersenyum kecil. Dia mengangkat pisau itu sehingga ke paras telinganya. Kemudian dia menghayunkan pisau itu untuk memotong epal ditangannya.
Berhati-hati sungguh dia membelah epal itu supaya tangannya tidak terhiris sama. Dia mencampak pisau itu ke dalam sinki kemudian ditenung hirisan epal yang berada di gengamannya.
Lalu diambilnya seulas dan disuakan ke dalam mulutnya. Terkatup seketika matanya sambil menghancurkan hirisan epal itu di dalam mulutnya.
"Hmmmm—" Erisa menghabiskan kesemua baki hirisan epal itu dengan gelojoh.
"Berapa lama aku tak makan hanat," Gumam Erisa sendirian. Dia mengambil beg yang diletakkan di dalam bathtub. Diselongkar beg itu untuk mencari makanan yang juga diambil dari dapur.
Dia perasan akan segelintir manusia yang sedang kecoh berbual tentang dirinya sehingga tidak perasan akan kelibatnya melintasi mereka.
Kerjanya dilakukan dengan pantas sewaktu dia masih di dalam makmal lagi. Pada mulanya, dia terlihat sesusuk tubuh manusia yang memerhatinya. Keadaan sewaktu itu masih samar-samar kerana matanya masih berkeadaan lemah.
Sewaktu dia perasan akan bau hanyir di sebelah katilnya, baru dia sedar bahawa dia berada di kawasan makmal. Lantas dia mengorak langkah untuk keluar dari makmal itu sepantas mungkin walaupun dua orang doktor yang agak terkejut dengan kesedarannya terduduk lemah di atas lantai.
Erisa hanya mampu gelak di dalam hati pada waktu itu.
Sewaktu dia menapak keluar, sempat dia mencapai sebuah beg yang berisi paket darah dan mengeluarkan paket-paket itu untuk mengosongkan beg tersebut. Dicapai sebuah picagari yang berisi cecair ke dalam gengamannya.
Bermulalah rancangannya untuk menyeludup pakaian, makanan dan senjata yang dijumpainya. Kesemua barang itu dimasukkan ke dalam beg.
Dan kini, beradalah dia di ruang latihan sambil membuatkan dirinya menjadi manusia semula. Kamar mandi di bilik latihan itu agak kecil berbanding kamar mandi di biliknya. Namun dibiarkan sahaja kerana sudah tidak peduli akan hal tersebut.
Usai Erisa membersihkan dirinya dan mengisi perutnya yang berbulan tidak dimasuki makanan, Erisa mengikat tali kasutnya dengan kemas dan melihat pantulan dirinya yang lebih baik dari sebelum ini.
"Hm, baru hidup," Erisa tersenyum sendirian di hadapan cermin. Dia mengambil begnya dan disandang semula. Tangannya memulas tombol pintu dan beransur keluar.
Sunyi sahaja ruang bawah tanah itu.
Dia mengambil keputusan untuk masuk semula ke dalam rumah kediaman tersebut untuk meletakkan pisau yang diambilnya. Sewaktu dia sampai ke ruang dapur, tiada satu umat pun yang berada di ruang itu.
Namun sebaik sahaja dia mengeluarkan pisau dari dalam begnya muncul pula beberapa orang di ruang itu secara tiba-tiba.
"Erisa?" Seorang ahli Army menegurnya. Erisa masih membelakangi mereka. Tidak diendahkan teguran tadi lalu dia mula mengangkat pisau itu untuk diletakkan ke dalam laci.
"God, she is really crazy," Bisikan itu menusuk ke pendengarannya membuatkan tangannya terhenti seketika.
Erisa memusingkan tubuhnya dengan pisau yang masih berada cantik di gengamannya.
Erisa berdiri di sisi kabinet sambil memerhati dua orang gadis yang sedang memandangnya dengan aneh.
Pisau di tangan dibaling menerusi mereka, tercacak di dinding. Mujur sahaja tidak mengenai mereka berdua.
Pisau itu benar-benar melintasi tubuh mereka. Dua orang gadis itu kini seakan hilang separuh nyawa apabila diperlakukan sedemikian.
Kehadiran seorang lagi manusia di ruangan itu tidak diketahui oleh Erisa. Dia masih merenung dua gadis di hadapannya bagai singa yang kelaparan.
"Sorry, what do you say?" Erisa bertanya selamba. Matanya dikerdipkan berkali-kali, sambil tersenyum kecil. Gadis-gadis itu tertunduk apabila ditanya sedemikian.
"Aaa, tadi boleh bercakap. Now what? Bisu?" Sekali lagi Erisa selamba melontarkan ayat sebegitu.
Erisa bosan menunggu jawapan dari mereka lantas tangannya menghalau dua orang gadis itu. Bagai tikus gadis-gadis itu melarikan diri.
Pisau yang tersekat di dinding ditarik semula untuk diletakkan ke tempat asal.
Baru sahaja tangan Erisa membuka laci, laci itu ditutup semula dengan kasar. Seseorang yang berdiri rapat dengannya dari belakang pantas mencapai pisau itu dan dicampak ke lantai.
Erisa terasa hembusan nafas yang hangat melingkar di tengkuknya. Tindakan pertama yang difikirkan ialah menyiku perut manusia itu namun tindakan itu terhenti apabila sepasang tangan mencengkam lehernya.
Tidak kasar, cuma letak sahaja.
"Good to see you again," Erisa ligat memikirkan suara siapa di belakangnya itu. Yang pasti ianya lelaki.
"Oh really? Why don't you let me see you too?" Ujar Erisa dengan nada sinis. Lelaki itu mengetatkan sedikit gengamannya di leher Erisa.
Tangan Erisa mula memaut cengkaman yang mula mengetat. Mukanya kelihatan memerah akibat kerongkongnya disekat. Tidak beberapa saat kemudian, cengkaman itu dilepaskan.
Erisa terbatuk kecil sambil mengusap lehernya yang agak sakit. "Apa masalah kau ni—"
Ayatnya terhenti.
Wajah lelaki itu ditatap puas. Masih kelihatan sama seperti dahulu. Tidak semena-mena perasaan benci menular ke pelusuk hatinya.
"You again," Bentak Erisa. Nadanya lantang beraurkan sinis.
"Hello,"
Erisa menjeling lelaki itu dan mula menapak keluar. Kali ini lelaki itu merentap tangannya dan menggengam erat.
Erisa hilang sabar, dihentak lelaki itu sehingga ke dinding.
"Don't you ever touch me lahanat," Jelas Erisa.
"No thank you then?"
"For?"
"Hm, nice boobs," Tamparan halus hinggap ke wajah lelaki itu. Erisa memberi jelingan maut.
"Kau nak apa dari aku Zain," Erisa menjauhkan diri beberapa inci.
Lelaki itu hanya tersenyum. Kemudian wajahnya kembali dengan ekspresi dingin. Dan selepas itu Zain menghilangkan diri.
Erisa perhati pintu belakang dapur itu tertutup.
"Kepala dia, ingat aku ni apa," Gumam Erisa.
"Dasar anak bab—"
"Erisa" Seorang gadis menerpa ke arah Erisa sambil mendakapnya erat. Erisa terpaku. Dilihatnya gadis itu tidak lain tidak bukan iaitu kembarnya sendiri.
"Siapa kau—"
Berkerut dahi Alisa apabila Erisa berkata sedemikian. Alisa melepaskan pelukan dan menilik wajah Erisa di hadapannya. Tiba-tiba hatinya sebak.
"Aw just kidding, how are you kiddo?" Erisa tersenyum kecil. Diperhatikan sahaja Alisa yang kebuntuan.
Anak mata Alisa kembali mengeluarkan cecair
jernih. Setitis demi setitis air matanya menitik. Tidak mampu untuk dibendung lagi.
"Hey," Erisa memaut bahu Alisa yang tersedu-sedan.
"Erisa—kau tak tahu..it's too—much already. I—I was—gosh.." Alisa teresak-esak sehingga jatuh melutut ke lantai. Erisa turut menunduk mencapai tangan Alisa.
"Siapa buat kau Al,"
"Semua..Semua Erisa..termasuk Shah..Tolong aku..—tolong,"
Terkebil-kebil Erisa seketika. Dia memerhati sekeliling. Tangannya mengepal sebuah penumbuk. Tampak jelas urat yang tersembul keluar di lengannya.
"Sure, Al, just you wait,"
•••
"Sir,"
Lelaki tua itu memalingkan wajahnya. Alat penghubung segera dimatikan lalu dicampak alat itu ke meja.
"Mana dia," Keras suara itu bertanya.
"Dua orang ni nampak dia dekat dapur tadi," Ujar Daniel sambil menunjuk ke arah dua orang gadis yang menunduk di balik pintu.
"Panggil mereka masuk,"
Dua orang gadis itu masuk ke dalam pejabat dengan teragak-agak. Daniel menutup pintu pejabat itu.
"Bagitahu saya, macam mana keadaan Erisa,"
"Dia nampak gil—" Gadis di sebelahnya menampar lengan rakannya menyuruh gadis itu menghentikan ayatnya.
"Erisa nampak biasa, normal. Tak ada apa yang berubah. Mungkin dia masih ada lagi di sana," Jelas gadis itu.
Sir Remy mengangguk kecil. Diarahkan Daniel mengikutinya ke bahagian dapur.
Sewaktu Sir Remy melintasi ruang tamu, terdapat beberapa kekecohan sedang berlaku.
"Ada hal apa lagi ni," Soal Daniel.
Orang-orang di sekeliling ruang tamu itu lantas berhenti dari bercakap dan memandang Sir Remy dengan riak wajah yang serabut.
"Erisa, dia lalu sini tadi,"
"Dia nampak normal,"
"Eh tapi dia dah mati kau lupa ke,"
"And she's kind of scary,"
"Dia bagitahu dia ada dalam bilik dia,"
"Dia kata jangan cari dia lagi,"
"Dia fikir apa, aku nak ke cari dia. Oh please,"
"Kan, entah siapa-siapa je dia,"
"Sudah! Diam!" Bentak Sir Remy. Sekelip mata ruangan itu sunyi.
"Anggap benda ni tak terjadi. Anggap dia biasa sahaja. Saya taknak ada huru-hara lagi lepas ni, faham?" Arah Sir Remy.
"Sir, ada hal yang perlu Sir tahu," Tiba-tiba Hadi mencelah.
"Saya jumpa ni dalam peti ais,"
Sir Remy mengambil kertas kecil di tangan Hadi. Dibacanya surat itu dalam hati.
''Roses are red
Petals in bed
Erisa saw red
She wants you dead"
Surat itu direnyukkan dan dicampak ke lantai. Terhapus hasratnya ingin meminta bantuan dari Erisa. Dia harus berfikir bagaimana untuk mengumpan Erisa agar gadis itu dapat membantunya.
"Daniel," Gumam Sir Remy. Segera adiknya itu menghampirinya.
"Bagitahu King, dah sampai waktunya untuk bebaskan Rania,"
•••
END OF CHAPTER 20
❝Thank you for reading. Do vote or comment❞
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro