
Bab 2
JAM penggera yang berbunyi lantang membuatkan Alisa mengeluh kemalasan. Tangannya cuba menggapai jam itu untuk dimatikan. Dibaling jam itu ke dinding setelah cubaannya untuk mematikan jam itu gagal. Matanya terkebil-kebil akibat silauan cahaya matahari yang menerjah masuk dari tingkap biliknya.
"Cepat bangun Al, pagar tutup kejap lagi," Laung suara Erisa dari luar biliknya. Alisa menguap kemalasan. Kejadian malam semalam masih terngiang-ngiang di mindanya. Bibirnya mengukir senyuman, hujung rambutnya yang terkena cat dipandang sekilas. Akibat keletihan dia langsung tertidur setelah pulang dari restoran.
Perlahan-lahan Alisa bangkit dari katil dan menapak ke bilik air. Ditarik sedikit seluar tidurnya yang terlondeh. Pancuran air kedengaran dari luar pintu bilik Alisa diiringi suara nyaring gadis tersebut menyanyi di dalam bilik air.
Erisa menggeleng kepala dan bergegas menuruni tangga. Langkahnya dituju ke peti sejuk. Diambilnya sekotak air milo dan disedut laju. Pembantu rumah mula menghidangkan sarapan di atas meja. Erisa cuma mengambil roti telur dan mengemamnya di mulut. Dia menggapai kunci motornya dan bergegas ke garaj. Jam tangan dikilas sesaat cuma.
"Lantak kau la Al, kau yang lambat bukan aku," Enjin motor dihidupkan dan helmet disarung di kepala. Motornya berlalu dari kawasan perumahan dengan deruman enjin yang kuat.
Alisa bernyanyi riang sepanjang dia menuruni tangga, sarapan yang dihidangkan langsung tidak dipandang. Melihatkan motor Erisa sudah tiada, laju sahaja dia masuk ke dalam kereta dan bergegas keluar. Mahu mengejar masa yang sudah dibuang akibat menyental cat yang tidak mahu tanggal dari rambutnya.
Dalam perjalanan, Alisa bersiul-siulan sambil mendengar lagu dari radionya pada tahap kelantangan yang paling tinggi. Kepalanya terangguk-angguk mengikut rentak lagu yang disiarkan. Jalan yang agak sunyi membolehkan Alisa untuk memecut keretanya dengan sesuka hati.
Sedang dia menekan butang untuk menukar siaran radio, sesusuk tubuh yang melintasi jalan raya membuatkan Alisa menekan brek dengan serta merta.
Degupan jantungnya amat kencang sehingga dapat didengari oleh dirinya sendiri. Alisa meraup wajahnya dengan perlahan. Dia memerhati seorang lelaki yang berpakaian kusut sedang menunduk ke bawah.
Alisa menurunkan cermin keretanya. "Hello? Encik tak apa-apa ke?" Soalannya tidak dijawab. Tiba-tiba Alisa berang kerana diabaikan.
"Hey? Encik? Helloooooooooo?" Setelah kali kedua tidak dijawab. Alisa melihat sekilas ke arah jam tangannya. Dia menaikkan cermin keretanya semula.
"Penagih dadah la tu, menyusahkan hidup aku je," Alisa meneruskan perjalanannya. Manakala lelaki tadi bergerak perlahan-lahan ke seberang jalan. Dia mengangkat kepalanya untuk melihat kereta Alisa yang meluncur laju.
Dan darah mula berjejeran keluar dari mulutnya. Lelaki itu beransur gerak di sepanjang jalan. Memerhati satu demi satu kenderaan yang lalu di hadapannya. Mata hitamnya bersinar-sinar. Tatkala seorang pemuda menaiki basikal berhenti berhampiran dengannya, kakinya terhenti.
"Encik? Nak saya tumpan—" Tidak sempat pemuda itu menghabiskan katanya, dia diterkam oleh lelaki berpakaian kusut itu. Pada mulanya difikir segalanya prank semata. Tetapi apabila lehernya digigit rakus, jeritannya bergema di sepanjang jalan tersebut. Pandangan pemuda itu semakin pudar. Darah mula merembes keluar dari tengkuknya. Dan akhirnya dia terkulai lemah di tepi jalan.
SEWAKTU Alisa hendak menutup pintu keretanya, kelihatan Erisa sedang berjalan selamba memasuki bangunan sekolah.
"Dia langsung tak tunggu aku, cis!" Alisa mendengus kasar dan mengunci keretanya. Beg disandang dengan rakus dan matanya tepat menikam tubuh Erisa.
"Hoi Eris!" Alisa berlari anak ke arah Erisa yang sedang melajukan langkah kakinya. "Oi oi oi, kau laju sangat nak ke mana ni hey slow down lah ngok," Tegur Alisa. Tangannya menarik lengan Erisa.
"Dewan," Balas Erisa sepatah tanpa menoleh sekilas ke arah kembarnya.
"Tak pernah-pernah kau rajin sangat nak masuk—"
"Diamlah," Ujar Erisa lantas mematikan percakapan Alisa. Dia cuma memutarkan matanya. "Eh nanti, si bodoh tu mana. Dia dah bereskan tak apa yang kita suruh tu?"
"Itu sebabnya aku nak gerak awal masuk dewan, nak dengar beritanya," Dengus Erisa, menepis tangan Alisa yang memaut lengannya.
"Aku dah bayar dia awal-awal lagi, kalau dia tak buat memang nahas dia aku kerjakan," Jerkah Alisa, semakin merapati tubuh Erisa.
"Eh tepi sikitla, asal rambut kau busuk ni," Bidas Erisa lantas menolak kepala Alisa dari merapatinya.
"Busuk ke? Aku cuci rambut guna syampu mama. Syampu aku habis, kalau aku tak syampu kang macam mana nak hilangkan cat semalam kan?" Alisa memintal-mintal hujung rambutnya.
"Patut balik je mandi, kau malas sangat kan, nasib kau la," Erisa menjungkit bahunya dan mempercepatkan langkah ke dewan. Saat kakinya jejak di hadapan pintu dewan, ramai pelajar-pelajar lain merenung mereka. Namun, perkara itu perkara biasa. Pengumuman yang bakal diumumkan oleh guru bertugas bakal menjadi perkara yang dinanti-nantikan oleh kembar tersebut.
"Baiklah murid-murid sekalian, dukacitanya ingin saya maklumkan bahawa salah seorang guru dari sekolah kita iaitu Puan Shila menjalani pembedahan usus disebabkan keracunan makanan yang teruk. Jadi, saya minta kita semua doa-doakanlah supaya dia berada dalam keadaan baik-baik sahaja. Saya harap para pelajar sentiasa berwaspada dengan makanan yang dipilih ya? Baiklah, beralih kepada topik yang seterusnya, acara sukan pada petang i—"
"This is why my dear, don't mess with the twin," Gumam Alisa sekaligus melagakan penumbuknya dengan Erisa. Para pelajar di sebelahnya hanya mengerutkan dahi.
'Apa masalah dua celaka ni?' Desis hati pelajar perempuan di sebelah mereka. Tanpa membuang masa, dia hanya memfokuskan penguguman yang diberitahu oleh pengetua.
"Mimi is such a good girl," Erisa tersenyum sinis saat matanya terpandangkan susuk tubuh yang menundukkan wajahnya ke lantai. Terlihat tangan gadis itu terketar-ketar menggenggam tali begnya. Erisa menarik nafas lega, selesai hajat mereka untuk membalas dendam kepada Puan Shila.

SEORANG guru berjalan mundar-mandir di hadapan kelas sambil menjinjing sebuah buku teks yang agak tebal. Cermin matanya yang melorot, dibetulkan. "So class, in March 1832, Abraham Lincoln becomes a cand—"
Tumpuan Alisa terganggu apabila Sofea menyiku lengannya. Sofea mendekatkan dirinya ke arah Alisa dan membisikkan sesuatu.
"Dah dengar pasal kes rusuhan dekat Petaling Jaya?"
Alisa mengerutkan dahinya. "Rusuhan apa?"
"Pasal sebuah fakulti kimia yang menghasilkan ubat bunuh manusia," Sofea berkata sambil mengeluarkan telefon bimbitnya. Dibelek skrin telefon itu beberapa saat kemudian diberi kepada Alisa.
Mulut Alisa terkumat kamit membaca isi-isi ayat di dalam telefon Sofea. Matanya sedikit membesar melihat bukti-bukti gambar yang dipamerkan.
"Boleh percaya ke?" Tanya Alisa.
Sofea hanya mengangkat bahu. "Dengar cerita, ubat tu boleh tukar ma—"
"Excuse me girls? Boleh tak tumpukan perhatian sewaktu saya mengajar?" Guru sejarah mereka memerhati dengan pandangan tajam.
Alisa dan Sofea mengangguk sambil tersengih. "Maaf miss,"
"Okay, lets continue. Abraham Linco—" Butir butir percakapan guru itu langsung tidak diendahkan. Alisa buntu memikir apa yang dibaca olehnya sebentar tadi. Ditolehnya kebelakang melihat Erisa yang khusyuk menekan skrin telefonnya tanpa mengendahkan kelas yang sedang berlangsung. Alisa cuma mampu mengeluh perlahan melihat sikap kembarnya.
Setelah tamat kelas mereka pada hari tersebut, Alisa mengeluh akibat kepenatan yang dialaminya sepanjang hari. Dia memanaskan enjin kereta sementara menunggu Erisa. Masih terbayang lagi isu yang dibicarakan oleh Sofea. Serta-merta dirinya dilanda keresahan.
"Ha asal kau? Buruk semacam je dari tadi?" Tegur Erisa. Dia menghidupkan enjin motor dan memakai sarung tangannya. Jaket putih yang tersarung segera dikemaskan.
"Eris, aku dengar cerita tadi ada—"
"Hey girls!" Sapa Rania dari jauh. Senyumannya melebar saat kedua kembar itu melambai ke arahnya. Kakinya dilajukan ke arah mereka.
"Ey," Erisa meletakkan sikunya ke atas bahu Rania.
"Awal kau balik, tak ada koku ke?" Alisa memasuki kereta dan memandang Rania.
"Um ada. Tapi orang malas ah, nak koku bagai segala. Dahlah baru habis kelas tambahan ni" Ujar Rania sambil mencemikkan bibirnya. Alisa hanya tergelak kecil.
"Oh, um orang nak tumpang balik boleh? Kereta ayah rosak, dia suruh balik tumpang kawan. Soo, boleh eh Al? Pleaseee?" Rania mengerdipkan matanya beberapa kali ke arah Alisa.
"Taknak naik aku ke Ran?" Soal Erisa, keningnya dijongketkan.
"Ei, tak nak! Bawa motor macam nak pergi lumba haram! Kus semangat," Rania menggelengkan kepalanya, dijauhi Erisa yang sedang tergelak.
"Ahaha boleh je Rania. Ha naiklah," Pinta Alisa, membukakan pintu untuk Rania. Dia tersenyum ke arah Erisa dan menutup pintu setelah Rania memasuki keretanya.
"Kita cakap dekat rumah nanti," Ujar Erisa, muktamad.
Alisa menghantar Rania pulang ke kediamannya. Sepanjang perjalanan, hatinya runsing memikirkan keadaan di Petaling Jaya, dimana syarikat papanya berada. Langsung tidak diendahkan percakapan Rania di sebelahnya. Fikiran Alisa semakin buntu.
Melihat bumbung rumah Rania dari jauh, Alisa membelok ke persimpangan kawasan perumahan gadis itu. Dia menurunkan Rania betul-betul di hadapan rumahnya.
"Thanks, jumpa esok ya!" Laung Rania, melambai-lambai ke arah Alisa. Cermin kereta dinaikkan dan Alisa meneruskan perjalanan kembali ke rumahnya.
Sampai sahaja di rumah, keretanya diletakkan di dalam garaj bersebelahan dengan motor Erisa. Dia mula menapak ke dalam rumah. Beg sandang dilontarkan ke atas lantai. Alisa menghempaskan tubuhnya ke sofa. Dia menguap beberapa kali sebelum mencapai alat kawalan televisyen dan menekan-nekan butang alat kawalan itu untuk mencari saluran yang diingininya.
Tidak lama kemudian, Erisa melintas di hadapannya membawa segelas air milo sejuk.
"Eris, sini. Aku nak bagitahu ni," Alisa menepuk ruangan kosong di sebelahnya lantas Erisa melabuhkan diri di sofa.
"Weh, aku risau pasal syarikat papa lah," Ujar Alisa sambil menggaru lehernya.
"Asal?"
"Ada rusuhan dekat area Petaling Jaya. Berdekatan dengan syarikat papa. Buatnya papa dengan mama turun pejabat. Kau tak rasa ke nanti dia orang kena hold dekat sana,"
Erisa cuma mengeluh. Air milo diletak di atas meja. Matanya memerhati siaran televisyen yang memaparkan drama animasi Naruto. Diambilnya alat kawalan dari tangan Alisa dan menukar siaran lain.
"Assalamualaikum dan salam sejahtera, anda bersama saya Abu Ha—"
Saluran ditukar lagi.
"Weh! Buka berita tadi!" Dengan riak wajah yang pelik, Erisa membuka siaran berita itu semula.
"—Berita terkini mendapati bahawa virus yang dikenali sebagai 'Zikolas' kini telah dijangkiti di beberapa buah negeri," Pembaca berita itu berkata sambil beberapa klip video mempamerkan aksi beberapa pesakit yang meronta-ronta di dalam satu sel. Keadaan pesakit itu agak mengerikan dengan tampilan bajunya yang compang-camping serta mulutnya yang dipenuhi darah.
"We're still trying to do research on their bodies. Please be caution with your surroundings. This will take a few moment to find the cure to this virus," Seorang saintis yang berpakaian serba putih berkata pada pihak media.
Klip itu dihentikan dan diteruskan dengan wawancara pembaca berita tadi.
"Sukacita dimaklumkan bahawa kajian bakal dijalankan di seluruh sekolah bagi mengawal virus ini dari terjebak kepada golongan remaja. Diminta supaya anda memberi kerjasama yang baik dalam membasmi virus ini dari tersebar dengan lebih meluas. Kajian bagi golongan dewasa dan warga tua juga akan dijalankan di setiap hospital. Anda boleh mendapatkan rawatan lanjut dari pihak hosp—" Televisyen itu dimatikan oleh Erisa. Mulutnya terbuka luas.
Mereka berdua tergamam. "Tengok! Aku dah cakap, mesti papa dengan mama tak dapat balik ni. Kurang-kurang pun sebulan weh!" Alisa berteriak kecil. Tangannya menyentap-nyentap bahu Erisa yang semakin menyepikan diri. Matanya tidak berkelip.
"Dude, that shit is a zombie!!" Jerit Erisa sambil berdiri. Tangannya dilayangkan ke udara. Matanya terbentang luas.
"Aku serius ni Erisa, kau tak fikir pasal mama papa ke ha?" Jerkah Alisa.
Erisa memutarkan matanya,"Chill la my dear, benda sekejap je ni. Nanti dah jumpa penawar dia, tutuplah kes, the end of story. Balik lah diorang nanti kan," Jelas Erisa, kembali duduk di sofa. Air milo dicapai dan diteguk perlahan.
"Aku takut, aku tak suka makh—"
"Shhhhh drama dah mula tu," Pintas Erisa, menunjuk ke arah skrin televisyen yang memaparkan drama kegemarannya. Serta-merta Alisa menghentak kakinya dan meluru ke dalam bilik. Air matanya berjuraian di pipi.

KEESOKAN harinya, seisi sekolah riuh dengan berita yang diterima semalam. Para pelajar sibuk berceloteh tentang virus 'Zikolas' yang kian tersebar.
Bunyi desingan mikrofon membuatkan para pelajar berhenti berbual dan menumpukan perhatian kepada guru bertugas yang berada di atas pentas.
"Selamat pagi murid-murid. Seperti yang dimaklumkan, para saintis akan menjalankan kajian di setiap sekolah dan ianya termasuklah sekolah kita. Saya disini ingin menegaskan supaya anda semua jaga kelakuan masing-masing. Tiada apa yang perlu dirisaukan ya, hal ini mungkin hanyalah disebabkan faktor cuaca. Baiklah anak-anak, ucapan akan diteruskan oleh pengetua,"
Usai sahaja pengetua mengakhiri kata-katanya, para pelajar terus beransur naik ke kelas bagi memulakan sesi pembelajaran.
Alisa mempamerkan riak wajah yang runsing. Sewaktu dia menaiki tangga sehinggalah sesi pembelajaran bermula. Mindanya tidak berhenti dari memikirkan hal tersebut. Sehinggalah tamat sesi pagi, baru dia terpana seketika.
"Bye madam!" Sejurus itu seorang guru wanita bergerak keluar dari kelasnya. Pelajar-pelajar mula beransur keluar dari kelas.
"Weh kau rasa saintis tu datang bila?"
"Kau tahu tak, fakulti kimia tu punca semua benda ni,"
"Aduh, habislah kita Daud, aku tak kahwin lagi,"
"Kau rasa kita selamat tak?"
Pelbagai perbualan yang didengari oleh Alisa namun dia tidak mengendahkan perbualan tersebut. iPhone 7 Plus dikeluarkan. Dengan segera dia menghantar WhatsApp kepada Erisa.
'Asal x masuk class?'—Alis
'Training...' —Eris
'Tunggu aku kat cafe boleh?'—Alis
Tanpa menunggu sebarang balasan, Alisa terus memasukkan telefonnya ke dalam poket dan bergerak ke arah cafe dengan pantas.
Dia menanti kehadiran kembarnya dengan cemas. Tatkala melihat susuk tubuh Erisa memasuki ruang Cafe, dia melambai ke arah Erisa.
"Lama sampai ke?" Tanya Erisa, mengelap dahinya dengan tuala kecil.
"Tak pun," Alisa berkata dengan nada bosan.
"Kau ada hal apa sebenarnya nak jumpa ni. Dari semalam lagi macam ni? Kau fikir apa?" Keluh Erisa sambil menyandarkan tubuhnya di kerusi. Air tin milo disedut rakus.
"Aku risaulah sebenarnya,"
"Risau sebab?" Erisa menjongket keningnya.
"Mama dengan papalah. Aku risau lah, kut dia orang tu jadi apa-apa ke?" Kepalanya disembamkan di telapak tangan.
"Tak ada bendalah. Biar je tak boleh ke?" Erisa meneguk lagi air milonya sehingga habis. Tin kosong itu diberi kepada pelajar yang lalu disebelahnya. Disuruhnya pelajar itu buang ke tong sampah.
"Tapi diorang tu mama dengan papa kita Eris, mana boleh biar," Alisa membantah keras.
"Dia biarkan kita boleh je, why not kita pula biarkan dia orang hmm?" Sikunya diletakkan di atas meja, senyuman sinis terlakar di bibir.
"Eh kau ni kenapa Eris? Kau tak sedar ke apa yang kau cakap ni melampaui batas?" Bentak Alisa.
"Aha, aku rasa kau yang tak sedar Al. Buka mata kau tu," Erisa berkata selamba.
Alisa serta merta bangun menyebabkan kerusi yang didudukinya jatuh. Dia meninggalkan Erisa yang merenungnya pelik. Perbalahan mereka didengari oleh beberapa pelajar di dalam kafeteria itu, termasuk rakan mereka sendiri.
Rania menghampiri Erisa yang sedang berpeluk tubuh. "Eris? Kau dengan Al okay tak ni?"
"Okay,"
"Al kenapa?" Tanya Rania.
"Datang bulan," Balas Erisa serentak mengambil begnya dan beredar dari kafeteria tersebut untuk mencari Alisa.
"Aik? Dah kenapa dua-dua ni?" Ujar Rania sambil menggaru kepalanya.
"Mati pucuk kot," Sampuk seorang gadis di sebelahnya.
"Apa ke bangang," Rania menampar belakang kepala rakannya. Sudahnya mereka berdua hanya menggeleng kepala.
Alisa bergerak ke taman bunga yang sederhana besar di belakang sekolahnya. Dia suka mengambil angin disitu kerana suasananya yang tenang. Dia melabuhkan punggungnya di sebuah pondok kecil. Serta merta imbasan wajah mama dan papanya melintas di fikiran. Alisa terlalu sayangkan mereka walaupun mereka jarang menonjolkan diri di rumah.
Teringat semasa dia kecil, dia dan Erisa selalu mengusik papa dan mamanya. Waktu itu hanya kegembiraan yang menyinari hidupnya.
"Mama.."
Setitik air mata jatuh ke pipinya menyebabkan dia lantas mengelap air mata itu dari terus mengalir.
"Papa..."
Setitik lagi air mata jatuh ke pipinya. Lama kelamaan, air matanya berjuraian membasahi pipi mulusnya. Alisa menarik nafas berulang kali agar hatinya yang resah akan kembali reda.
Dia mengelap air mata menggunakan sapu tangannya. Terkebil-kebil matanya menahan air mata dari terus menitik.
"Alisa," Satu suara menyapanya. Alisa tidak menoleh, dia tahu milik siapa suara itu. Bibirnya diketap erat, menahan amarah di dadanya.
"Oh hello my dear lovely twin," Alisa menyindir.
"Hey sorry ah, tak patut aku cakap macam tu tadi sebenarnya kan," Erisa melabuhkan diri di sebelah Alisa.
"Tak apa, aku faham," Ujar Alisa sambil mengelap sisa air matanya.
"Aku tak ada niat—"
"Erisa, tak apa lah. Anggap je perkara tu tak pernah jadi, aku faham lah. Aku tahu kau tak berapa suka dengan apa yang dia orang buat dekat kita," Alisa memintas percakapan Erisa.
Erisa mengeluh. Dia menggaru kepalanya, "Kau jangan risau Al, Aku janji aku akan jaga kau baik-baik,"
Alisa tergelak kecil. "Ni, aku nak cakap ni, sejak bila kau jadi sweet tiba-tiba ni ha? Meroyan apa kau?"
Erisa menggaru dahinya. Terasa janggal bila dia berkata begitu kepada Alisa. "Eh aku nak buat research sikit. Teman aku pergi perpustakaan?" Ajak Erisa.
Alisa mengangguk seraya berdiri. Mereka berdua keluar dari kawasan taman itu untuk menuju ke perpustakaan.
Baru sahaja ingin membuka pintu perpustakaan, seorang pelajar mencuit Alisa dari belakang. Pelajar itu memberi Alisa sepucuk surat. Lantas, dia beredar tanpa berkata apa-apa.
Mereka memasuki perpustakaan dan mencari tempat duduk. Alisa dengan segera membuka surat itu lantas tersenyum kambing apabila membaca isi kandungan surat itu.
"I haven't talked to you in a while but you're on my mind everyday. I miss you so much♡"
Erisa ternampak nama Shah di belakang surat tersebut. Dan tidak beberapa lama kemudian, dia merampas dan membuang surat itu ke dalam tong sampah.
"Apa kau buat ni!" Alisa bangkit dari kerusinya dan mengutip semula surat itu di dalam tong sampah.
"Serius ah, Shah Iskandar? Budak tak matang tu? Eh bukan aku dah suruh putus ke haritu?" Erisa berdiri dan memerhati tajam ke arah anak mata Alisa.
"I dont care! He is my boyfriend, not yours!"
"Duh, that kid is very dan—"
"Maaf ya, dalam perpustakaan tak boleh bising-bising," Seorang pengawas perpustakaan menegur mereka berdua.
Erisa membuat mata kuyu ke arah pengawas perpustakaan itu. Pandangannya ditoleh semula ke arah Alisa. "Nanti satu saat bila kau dah kena, baru kau faham apa niat aku," Erisa mengambil buku-bukunya dan keluar dari perpustakaan itu.
Alisa meminta maaf kepada pengawas tersebut dan kembali duduk di mejanya.
"Kenapalah dari dulu kau tak pernah suka si Shah tu weh," Alisa mengeluh lantas meraup mukanya kasar.
"Dari tadi gaduh je, aku rimas betul lah," Alisa menghentak kepalanya di meja dan tertidur sehingga sesi petang.
•••
END OF CHAPTER 2
❝Thank you for reading. Do vote and comment❞
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro