Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 19

RAIHAN hanya memerhati kelibat Alisa yang menghilang di sebalik kediaman itu. Kekacauan yang terjadi di hadapannya dibiarkan sahaja.

"Rai," Seseorang menepuk bahunya perlahan. Pantas Raihan menoleh mendapati Daniel sedang merenungnya tajam.

"Kau campak bala apa ni Rai," Keluh Daniel. Rambutnya diramas kasar. Dilihat Raihan hanya terkebil-kebil di hadapannya.

"Entahlah bang, saya pun tak tahu macam mana boleh jadi," Raihan menggaru kepalanya.

Tiba-tiba sahaja seorang lelaki meluru ke tempat kejadian. Ditatangnya kepala Hana yang berlumuran darah. Tubuh badan gadis itu dipeluk erat walaupun cebisan daging Hana terburai di sisinya.

"No-Hana. Bangun sayang..Hana-argh.." Tampak jelas kesedihan terpancar di raut wajah lelaki itu.

"Amir, sudahlah. Benda dah lepas," Ahli-ahli yang lain kini cuba menenangkan lelaki itu.

"Siapa bunuh Hana aku!!!!" Jerit Amir lantang. Dikeluarkan sebilah pisau kecil dan diacukan kepada semua orang. Matanya melilau sekeliling mencari gerangan pembunuh kekasih hatinya.

"Amir, sudahlah. Kau kena tenang, bawa bersabar," Ujar Daniel, cuba mengawal keadaan.

"Argh, sudahlah kau. Banyak kias pulak, cepat cakap siapa pembunuhnya. Biar aku bunuh dia sekali!" Jerit Amir sekali lagi. Sudahnya, terpaksa Dr. Syami memberi ubat penenang kepadanya.

Mayat Hana dibawa ke makmal untuk dibersihkan kemudian akan dihantar ke suatu tempat untuk ditanam pada esoknya.

Raihan mengetuk pintu pejabat Sir Remy. Dipulasnya tombol itu dengan perlahan. Tajam sahaja pandangan mata Sir Remy ke arahnya.

"Masuk cepat," Raihan akur. Segera dia masuk ke dalam pejabat itu dan menutup pintu.

Dina yang menunduk di hadapan hanya dikilas sipi sahaja. "Ada apa Sir?"

"How can you be so idiot Raihan!" Now we lost our best fighter!" Sir Remy sudah bangkit dari kerusinya dan menayangkan wajah bengis di hadapan mereka.

"Sir saya-"

"Kau memang betul-betul mengecewakan. Kalau kau jaga budak tu betul-betul tak adanya hal macam ni jadi. And you Dina! How many times do i need to say, jangan biarkan orang yang tak ada kena mengena masuk sesuka hati dalam menara tu!" Mencungap-cungap Sir Remy melepaskan amarahnya.

Tertunduk masing-masing apabila diherdik sebegitu rupa.

"Ingat eh, no more mistakes. Kalau jadi macam ni lagi. Aku campak kau dekat King," Mencanang mata Dina apabila mendengar nama itu.

"Now go before i kill both of you," Arah Sir Remy. Tangannya diketap kemas di bucu meja.

Raihan dan Dina segera mengucapkan terima kasih dan beredar dengan pantas.

Sir Remy tertuduk seketika. Kepalanya yang terasa pening diurut perlahan.

"Nasiblah kau berguna Alisa, kalau tak dah lama aku bunuh kau," Ucap Sir Remy dengan nada sinis.

•••

"Kau sudah dengar itu berita?" Pintas Celine. Mencapai segala jenis ubatan di pusat farmasi itu.

"Hm?"

"Aduh, itu Hana lah. Dia mati kena tembak dengan Alisa tu," Ujar Celine lagi, mengikat plastik yang berisi berbagai jenis ubatan dan dijinjing erat.

"Oh," Sepatah sahaja Zain mengeluarkan kata. Matanya ralit membaca isi kandungan sebuah botol yang berisi cecair berwarna kuning.

"Eh aku cakap dengan engkau lah, taik punya orang," Celine membaling kotak kecil ke arah Zain.

"Eh kau ni, apa ?" Zain mengusap tengkuknya dan memerhati Celine yang membebel dalam bahasa ibundanya. Botol di tangannya masih digenggam kemas.

Zain mencapai beberapa lagi botol yang sama jenis dan memasukkan ke dalam begnya.

"Apa kau ambil ha, sorok-sorok pula tu,"

"Kondom," Ujar Zain selamba.

"Cibai, sudah la, aku pergi tunggu dengan budak-budak lain dalam kereta," Celine berkata sambil menapak keluar.

Zain hanya tergelak kecil. Dia memerhati sekeliling farmasi itu. Dicapainya beberapa picagari dan turut dimasukkan ke dalam beg sandangnya.

Dia meneliti kawasan farmasi itu buat kali terakhir dan pantas beransur keluar. Beberapa orang lelaki sedang menunggu di luar kereta.

"Dah sudah Zain?" Soal mereka. Zain hanya mengangguk dan mengeluarkan kunci kereta.

Celine yang baru muncul hanya dipandang sipi. Zain menunggu mereka memasuki kereta. Setelah itu, mereka beransur dari kawasan farmasi itu.

"Eh apa cerita tadi? Kecoh satu rumah pasal dak Hana,"

"Hana mana?"

"Alah, Hanalah makwe si Amir tu,"

"Oh, kenapa dia?"

"Tak adalah, aku dapat info tadi abang Daniel yang bagitahu Hana tu kena tembak, orang kita sendiri yang buat," Omel mereka di belakang. Zain tidak mengambil tahu.

"Alisa kan?"

"Ya, dia tak sengaja tu, biasalah orang baru," Pintas Celine.

"Sir ada bagitahu kau apa-apa ke Cel?" Soal Zain tiba-tiba. Matanya difokuskan ke arah jalan yang sunyi.

"Tak ada apa pun,"

Zain mengetatkan pegangannya pada stereng kereta.

'Bukan dah masa untuk hantar habuan dekat baruah tu ke?' Bisik hati Zain. Aneh pula Sir Remy tidak beritahu sebarang informasi.

'Banyak muslihat betul Sir ni,' Bisik hatinya lagi. Kekeliruan menguasai diri.

•••

Dr. Rozie dan Dr.Syahmi memerhati dua tubuh badan manusia yang berada di atas katil. Yang satu tidak sedarkan diri. Yang satu sudah berkecai pula isinya.

"I rasa budak ni macam dah tak ada harapan," Ujar Dr. Syami. Memerhati data kesihatan Erisa.

Bip, Bip, Bip !

Bunyi mesin denyutan nadi menandakan nyawa gadis itu masih ada. Namun, Erisa berada di dalam keadaan yang agak kritikal. Pagi tadi, Dr. Rozie mengesahkan bahawa salah satu saraf halus di dalam otak Erisa telah mati. Berita itu masih tidak diberitahu pada sesiapa.

Beralih pula pada Hana. Tubuh gadis itu tidak mampu dicantum semula. Sudah dijahit isi isi daging yang terkeluar namun tetap jua tiada faedahnya. Dr. Syami menutup mayat Hana dengan kain putih. Sudah bersedia untuk menghantar gadis itu ke peti mayat.

"Roz, I hantar mayat ni dulu. If ada apa-apa you call I? Okay ?" Dr. Rozie hanya tersenyum kecil.

Tubuh Erisa dipandang sekilas. Kesan-kesan lebam sudah mulai pudar. Diikutkan hati, gadis itu sepatutnya sudah sedar. Namun dia buntu untuk melakukan apa lagi. Kesan racun yang mengalir ditubuhnya turut memberi kesan.

Pada mulanya dia tidak tahu akan kehadiran racun itu. Namun setelah dia mengambil sampel darah Erisa, baru dia dapat mengenal pasti punca gadis itu sedarkan diri. Racun itu amat merbahaya jika kuantitinya berlebihan. Dr. Rozie hanya berserah kepada kekuatan daya Erisa.

Bippp bipp..Bipp bipp..Bipp..Bipp!

Tiba-tiba mesin itu berbunyi tersekat-sekat. Dr. Rozie menayangkan ekspresi pelik. Dia melihat skrin denyutan nadi itu. Semakin lemah pula denyutan nadi Erisa.

Panik mula menyerbu ke dalam dirinya. Dihubunginya Dr. Syahmi dengan terburu-buru. Baru sahaja dia ingin membalas kata, mesin denyutan nadi itu berhenti dan menunjukkan garisan panjang yang tiada noktahnya.

Dr. Rozie menghembuskan nafas berat.

•••

Sir Remy masuk ke dalam makmal dengan cemas. Diurut kepalanya perlahan-lahan yang terasa pening. Dia menuju ke arah Dr. Syami dan Dr. Rozie yang masih menyelidik keputusan Erisa.

Sir Remy bercakap sesuatu dengan mereka. Perbicaraan itu berakhir dengan raut wajah hampa dari kedua-dua doktor tersebut. Sir Remy mati akal. Tidak boleh dibiarkan harapannya mati begitu sahaja. Kakinya pantas dilajukan keluar dari makmal itu.

Seorang gadis yang baru sahaja melangkah kaki ke dalam makmal tiba-tiba berlanggaran dengan Sir Remy yang tidak tentu hala.

"Sir?" Pertanyaannya dibiarkan sepi. Laju sahaja orang tua itu berjalan tanpa memandang ke kiri dan ke kanan.

Topi yang dipakainya diusap perlahan. Kelibat Dr. Rozie yang berbual-bual dengan Dr. Syami dipandang tajam. Secara berhati-hati dia memasuki ruang wad Erisa ditempatkan agar tidak diketahui oleh doktor itu.

Namun dihadapannya hanyalah lembaran kain putih yang menutupi sekujur tubuh yang kaku. Eksperesi wajahnya membabi buta. Sekejap kelu dan sekejap aneh.

Gadis itu menarik kain putih kebawah bagi melihatkan wajah Erisa yang masih terlena.

"Eh masalah apa tutup muka budak ni. Mati dah ke?" Dia merasa denyutan nadi di leher Erisa. Tiada respons.

Dikeluarkan suatu cecair dari poketnya dan dicapai juga bungkusan picagari yang masih baru. Dosnya dimasukkan ke dalam picagari dan diperhati dengan teliti.

"Okay, here we go," Gadis itu menyuntik dos ke lengan Erisa. Ditariknya perlahan-lahan setelah dos itu habis dimasukkan ke dalam antibodi gadis itu.

Bibirnya dikemam rapi. Alatan-alatannya dimasukkan semula ke dalam poket. Kain yang menutupi Erisa dibiarkan terbuka di bahagian wajah gadis itu. Segera dia menapak keluar dari dalam bilik. Dr. Rozie masih jua leka membicarakan sesuatu dengan Dr. Syami.

Gadis itu tersenyum sinis. Kerjanya sudah selesai. Dia menghubungi seseorang setelah dia keluar dari makmal itu.

"Hello? It's done babe. Already done," Gadis itu tersenyum kecil.

"Ah such a good girl," Bisik suara itu di sebalik talian.

"Of course, tengoklah siapa," Gadis itu membuka topinya. Rambutnya yang ikal dibiar lepas.

"Get in my room, i have a gift for you" Talian dimatikan. Gadis itu segera menapak ke arah tujuannya dengan senyuman kecil.

Pintu bilik diketuk dari luar. Suara seseorang yang memanggilnya dari dalam makin melonjakkan hatinya.

"Dah make sure tak ada siapa nampak?" Aju suara itu.

"Tak ada siapa pun yang perasan,"

"Very well dear sister,"

"My pleasure brother," Gadis itu menapak ke meja lelaki itu.

Lelaki itu mengambil sesuatu dari dalam meja lacinya. Dihulurkan ke arah gadis di hadapannya.

Gadis itu mempamerkan wajah suka dan segera memeluk lelaki itu. "Omg i love you so much! Thank you!"

Pelukan itu diuraikan setelah pelukannya tak berbalas. "Gosh, dah lama sangat nak benda ni,"

Senjata baru yang bersalut perak digenggam kemas. Diperhati raut wajah lelaki yang sedang merenungnya.

"Kenapa?"

"Kau jaga barang tu elok-elok,"

"Takkan tak percaya adik sendiri kut?"

"Ah kau, berambus cepat aku banyak kerja ni," Halau lelaki itu.

"Gosh, apa lah dia," Gadis itu tergelak kecil. Baru sahaja dia ingin menutup pintu, lelaki itu mengucapkan terima kasih kepadanya.

"No problem, Zain," Gadis itu mengenyit mata ke arah abangnya.

•••

"Rai, kejap lagi Sir nak kita berkumpul. Ada hal penting katanya, nak kena tanam dua mayat sekaligus lagi," Kata Daniel.

"Hah dua? Siapa lagi seorang?" Raihan melontarkan kata.

"Hm budak last month yang kena attack dengan Ayda tu. Erisa eh? Ha dia lah. Ok lah aku ada hal ni, nak bagitahu dekat budak lain pula. Jangan lupa kumpul nanti," Laju sahaja Daniel berkata kepada Raihan.

Raihan mengerdipkan matanya beberapa kali seoalah-olah tidak percaya akan berita yang disampaikan oleh Daniel.

"Macam mana dengan Alisa nanti.." Bisik Raihan perlahan.

Baru beberapa tapak sahaja Daniel meninggalkan bilik latihan itu, kedengaran bunyi tembakan di segenap ruang bilik latihan bergema. Daniel mengangkat bahu. Mungkin Raihan hanya berlatih menembak.

Namun hatinya tidak berasa puas.

Serta merta langkah dituju semula ke arah bilik latihan tadi. Daniel terpana seketika apabila melihat cecair merah pekat berlinangan di atas lantai.

"Bro, kau gila?" Jerit Daniel.

"Alah, aku tertekan. Nanti aku bersihkan balik cat ni," Ujar Raihan selamba.

Daniel hanya menggelengkan kepala. Dia segera menuju ke ruang bilik latihan yang lain untuk memberitahu akan berita yang disampaikan oleh Sir Remy. Ada yang ketawa, malah ada yang turut bersimpati. Bermacam reaksi mereka.

Malam itu, ahli army berkumpul di ruang tamu. Sir Remy tidak mahu hal ini diingati sampai bila-bila. Dia mahu ahli pasukannya kuat menempuhi cabaran yang menimpa. Oleh itu, mesyuarat besar-besaran diadakan di ruang tamu yang besar itu.

Ada yang berdiri, ada yang duduk. Malahan ada pula yang sedang bercakap. Eh siap ketawa lagi? Ah celaka mereka, orang mati pun masih gelak-gelak.

Seisi ruang itu senyap seketika apabila Alisa menuruni tangga. Kesemua perhatian dialihkan kepadanya.

Alisa hanya menundukkan wajahnya dan membiarkan bisikan-bisikan firaun melintasi hawa telinganya.

"Weh tu budak yang bawak malang tu kan? Kesian Hana,"

"Ergh disebabkan dia kita kehilangan Kak Hana.."

"Bukan Hana je tau, Amir tu dah gila aku tengok semalam. Sikit lagi dia nak bunuh diri,"

"Hm nak buat macam mana, malang sangat dia. Padan muka dia, aku dengar kakak dia pun mati sekali,"

Nah itulah, bisikan halus yang didengari oleh Alisa. Dengan muka yang ditebalkan beratus inci, Alisa hanya mengambil tempat di sebelah Shah.

Dia memaut lengan Shah namun Shah menarik tangannya semula. Sedikit sebanyak, Alisa mula rasa dipinggir.

Pintu utama dibuka dari luar. Kelihatan Sir Remy dan Hadi sedang membawa beberapa fail. Sir Remy berdehem kecil untuk mematikan perbualan seisi rumah itu. Dia berjalan pantas dan menghempas beberapa kertas di atas meja. Terkejut mereka dengan sikap Sir Remy yang dingin itu.

"Perhatian!" Sir Remy bersuara tegas. Kesemuanya menumpukan perhatian ke arah Sir Remy kecuali Alisa. Masih beradu sedih dengan kecuaiannya.

Raihan turut mengambil tempat di ruangan kosong di sebelah Alisa.

Dielus perlahan bahu gadis itu. Dia mahu gadis itu tabah mendengar kata-kata yang bakal dikeluarkan oleh Sir Remy.

"Pertama, kita kekurangan bekalan. Saya minta anda semua bekerja keras mulai saat ini. Raihan!"

Tersentak jiwanya apabila dipanggil secara tiba-tiba. Serta merta pandangannya dialihkan ke arah Sir Remy.

"Aku serahkan kerja ni dekat kau. Pandai-pandai la kau agihkan tugas dia orang balik. Ada pertukaran. Nanti kau review balik. Kalian semua, sila akur dengan pertukaran ni," Mendengar sahaja ayat itu, ahli-ahli Army mengeluh berat. Jika pertukaran tugas diadakan, ini berkmakna pertukaran bilik juga akan dilakukan.

"Second, kita kehilangan dua ahli hari ni. Hana, yang mati akibat kecuaian ahli kita sendiri," Sir Remy merenung Alisa yang cuba menundukkan wajahnya. Masing-masing turut memandang Alisa tajam.

"Dan seorang lagi, Erisa," Mendengar nama itu. Alisa mengangkat wajahnya pantas.

"Uh Erisa?" Soal Alisa tergagap-gagap.

Celine yang berada jauh darinya mempamerkan riak wajah simpati.

Gadis bertopi merah yang berdiri di sebelah Zain menyiku lengan lelaki itu. Zain hanya membuat wajah dingin.

"Yes, mayatnya akan ditanam serentak dengan mayat Hana," Ujar Sir Remy.

Alisa mula memberontak. "Kau yang bunuh dia kan!! Syaitan!!"

Segala barang di sisinya dilempar ke arah Sir Remy. Raihan cuba mengawal keadaan. Daniel turut memaut lengan gadis itu. Dibawa keluar dari ruang itu.

"Boleh bersurai," Bentak Sir Remy.

"Now!" Jeritnya dengan lantang setelah arahan pertamanya diabaikan.

Sir Remy memejam matanya rapat. Letih dengan segala kecelaruan yang dialami. Berkerut-kerut dahinya memikirkan sesuatu. Dia terduduk di atas sofa. Puan Maria mula mendekatinya.

"Abang, pergi berehat dulu," Belai Puan Maria lembut.

"Banyak lagi hal ni Mar, mana boleh rehat,"

"Abang tu dah tua, mana boleh tertekan banyak kali,"

"Then? How about King? Nak biarkan kejadian silam berlaku lagi?" Sir Remy memerhati raut wajah isterinya yang mula sayu.

"No,"

•••

Genggaman tangan Daniel dan Raihan yang kuat direntap begitu sahaja.

"Stop, okay? Stop!" Jerit Alisa.

"Just kill me already," Alisa terduduk di atas lantai. Mereka membawa gadis itu di ruang istirehat.

"Alisa, cuba bertenang," Sapa Daniel.

"Bertenang bapak kau," Alisa melontarkan dengan nada kesat. Air matanya tidak henti-henti mengalir.

"Alisa, kita tak boleh jangka benda ni nak jadi hmm?" Raihan cuba mendekati gadis itu namun Alisa mengangkat tangannya.

"Kau.." Alisa menuding jari ke arah Raihan. Rambutnya diseka kebelakang.

"Kalau kau tak suruh aku cuba senjata tu benda ni semua tak akan jadi! Kau! Semua sebab kau!" Alisa kembali menangis teresak-esak.

"Alisa saya b-"

"Diamlah!" Alisa menjerit lantas keluar dari kediaman itu. Langkahnya ditujukan ke arah halaman rumah.

Dia bersandar di sebuah gazebo yang berdekatan dengan kolam. Sepatutnya kolam itu dihiasi dengan lampu-lampu yang berwarna warni. Namun hari ini mungkin tiada siapa yang menghidupkan lampu itu.

Raihan mengekori langkah gadis itu perlahan-lahan. Dia berjalan di atas simen yang dihiasi batu-batu kecil. Dia memerhati ke arah gazebo. Terlihat Alisa sedang termenung. Raihan melepaskan keluhan berat.

Dia berjalan semula memasuki rumah namun sesampai di hadapan pintu. Dia menoleh semula ke arah Raihan. Tangannya segera membuka suis lampu di dinding itu. Secara drastiknya kolam yang berhampiran gazebo itu dihiasi cahaya yang berkelipan.

Walau Alisa agak terkejut namun serba sedikit dia tersenyum hiba melihat keindahan lampu-lampu itu.

Raihan tersenyum kecil. Dia memasuki rumah itu dengan harapan bahawa senyuman Alisa akan kekal tiada akhirnya.

Namun dia silap. Usai sahaja dia melangkah ke dalam, air mata Alisa semakin deras menuruni pipinya.

"Shah, where are you when i need you.." Tangisan Alisa tersekat-sekat di kerongkongnya.

Shah seharian tidak menegurnya. Malah, sewaktu Sir Remy memberitahu khabar tentang Erisa, Shah bangkit melayan seorang gadis di ruang tamu itu. Entah kenapa tiba-tiba dia merasakan lelaki itu berlaku curang terhadapnya. Laju Alisa mengelap air matanya namun ianya tidak henti-henti merembes keluar.

Tersedu-sedan gadis itu mengingati sikap Shah terhadapnya. Alisa mengenggam rambutnya dan diramas kasar. Ditampar-tampar pipinya dengan esakan yang menggila.

Kayu tiang gazebo itu dihentak dengan kakinya bertubi-tubi. Bahunya terhincut-hincut menahan esakan. Perlahan-lahan tubuhnya longlai sambil memaut tiang itu.

Nafasnya semakin reda setelah direhatkan seketika. Matanya terkebil-kebil memerhati langit yang gelap, kosong tanpa kerlipan bintang. Sewaktu dia ingin beredar dari gazebo itu, dia terlihat kelibat seorang lelaki sedang berbual mesra dengan seorang gadis. Malahan, lelaki yang amat dikenalinya. Tak silap, gadis itu bernama Fira? Ira? Ah lantak.

Yang penting kenapa Shah begitu galak bermesraan dengan gadis itu. Sungguh amuk dirinya apabila melihat kemesraan mereka berdua.

Sepantas kilat Alisa menuju ke arah pasangan itu.

"Shah?" Alisa memanggil lelaki itu. Riak wajah lelaki itu tiba-tiba berubah. Mati jua gela tawanya seketika tadi.

"Yes?" Jawab Shah, biasa.

"Can i-talk to uh you? For a second?" Nadanya sengaja dilembutkan.

"Eh sekejap, suka hati kau je nak cakap dengan boyfriend orang ya? " Pintas gadis di sebelah Shah. Skirt mini yang tersarung di tubuhnya membuatkan Alisa merenung gadis itu dari atas ke bawah.

"Sejak bila dia jadi boyfriend kau," Dengan nada jengkel Alisa membalas kembali. Suaranya masih serak akibat tangisannya.

"Sorry Al, she's my girl right now. Dan I rasa no, i taknak bercakap dengan pembunuh. And beside, Erisa pun..she's gone so, yeah. There's no point having you by my side anymore," Selamba Shah berkata sedemikian. Tangannya segera merangkul pinggang gadis itu.

"Eh wh-"

"Dengar kan? So apa lagi? Get lost la," Pintas gadis itu.

"It's okay Fira, apa kata kita je yang pergi? Biarkan lah dia dekat sini seorang diri? Right?" Shah merenung anak mata Fira sambil tersengih.

"Okay baby," Pasangan itu segera masuk ke dalam, meninggalkan Alisa tercegat seperti patung ais.

"Shah.." Air mata Alisa sudah bergenang di tubir matanya. Mulutnya bagai ikan yang kesesakan nafasnya. Tangannya dibawa ke jantung yang berdetak laju. Dipejam matanya erat sambil membiarkan titisan air mata jatuh ke bumi. Menjadi saksi peritnya kehidupan yang dialami.

"A-nya..what-fffnm..ARGH!" Alisa melutut di halaman itu. Nafasnya turun naik menahan kesakitan.

"Erisa, please. Come back.." Bisik Alisa.

"Erisa t-olong.."

"Erisa.." Alisa terbaring lemah.

Tangisannya terhenti. Cuma mengharapkan keajaiban membantu dirinya bangkit dari segalanya.

•••
END OF CHAPTER 19
Thank you for reading. Do vote or comment

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro