
Bab 18
MATANYA ralit memerhati kepulan-kepulan awan di langit biru itu. Hari-harinya semakin sunyi tanpa Erisa. Sikunya diletakkan di atas palang besi di balkoni. Angin yang menerpa tubuhnya seakan-akan memahami perasaannya tatkala itu. Di balkoni itulah mereka sering meluangkan masa bersama. Bergurau-senda, berbual mesra. Namun dirasakan harinya berlalu tanpa secebis kegembiraan. Alisa memejam matanya seketika, cuba menahan gelora di dalam hati.
"Bangunlah Eris, lama sangat kau tidur," Alisa mengeluh.
Dalam pada itu, ketukan di pintu bilik mematikan lamunannya. Pantas sahaja kepalanya ditoleh kebelakang. Terpacul kepala Celine di sebalik pintu.
"Itu Erisa ah..Dia-" Kata-kata Celine tidak sempat dihabiskan. Meluru sahaja Alisa keluar dari bilik.
Alisa pantas berlari menuruni tangga. Tidak dihiraukan manusia yang dilanggarnya. Ditepis segala tangan yang ingin mencapainya. Penghuni Army juga amat pelik dengan kelakuan Alisa. Namun langkah kakinya terus berlari mengharungi segala ragam manusia di dalam rumah itu. Tidak dijeling sedikit pun riak wajah pelik yang merenungnya. Kakinya laju sahaja berlari menapak ke arah makmal. Dimana Erisa ditempatkan. Jantungnya berdegup kencang menahan debaran di dada. Ditolak pintu makmal dengan kuat sehingga dirinya terlonjak sama.
Dr.Rozie dan Dr. Syami menahan Alisa dari memasuki ruang wad kecemasan. Namun dirinya meronta-ronta ingin memasuki wad itu.
"Erisa!! Kenapa dengan dia!! Dia dah sedar kan?Jawab lah!" Jerit Alisa sambil merenung kedua-dua doktor itu.
Kehadiran seseorang turut mengejutkan Dr. Rozie. Pantas lelaki tua itu menghampiri mereka.
"Kenapa ni?" Ujar Sir Remy.
"Saya pun tak tahu Sir, tiba-tiba dia-"
"Hey! Celine bagitahu saya tentang Erisa. Dia dah bangun kan?" Soal Alisa sekali lagi.
Dr.Syami hanya meraup mukanya dan menggelengkan kepala dengan perlahan. "No, not yet,"
Alisa terpana. Lemah seketika lututnya. "Tapi Celine.."
Sir Remy memberi arahan supaya melepaskan gadis itu. Tubuh Alisa terjatuh akibat dirinya dilepaskan secara tiba-tiba. Kakinya turut lemah. Air-matanya berjuraian di pipi mulusnya itu.
Alisa mengangkat wajahnya. Ditenung sepuas-puas pintu wad itu. Terketar-ketar kakinya ingin bangkit untuk menuju ke wad Erisa. Jantungnya yang berdetak laju tidak diendahkan. Digenggam bajunya di bahagian dada dan diteruskan langkahnya.
Mulutnya terbuka membiarkan nafasnya keluar masuk dari mulut itu. Naik semput dia menahan sesak di dada. Dia memejam mata dan menarik nafas panjang. Alisa memasuki wad itu dengan kepalanya ditundukkan.
Apabila kepalanya mendongak melihat keadaan Erisa, dirinya kaku. Keadaan gadis itu masih sama seperti waktu sebelum-sebelumnya. Kejadian tempoh hari masih bermain di benak fikirannya. Sewaktu dia mendapat tahu Erisa tidak sedarkan diri, laju sahaja dia menerpa ke arah makmal. Namun apa yang dilihatnya hanyalah seorang gadis yang terlantar kelesuan. Tiada reaksi, tiada senyuman. Hanya kesejukan tangannya dapat dirasai.
Sama seperti kini, Masih terlantar lagi di atas katil dengan keadaan yang teruk. Bibirnya masih menunjukkan kesan lebam dan mata kiri Erisa agak bengkak dengan kesan warna kebiruan di sekeliling kelopak matanya. Kepalanya dibaluti dengan kain putih. Banyak wayar-wayar yang berselirat di tangan dan tubuh Erisa.
"Erisa, tolong bangun.." Alisa memejam matanya. Perlahan-lahan dia mengundur ke belakang dan merapatkan pintu bilik itu. Tangannya masih melekap di tombol pintu itu. Kepalanya dibiarkan bersandar di pintu itu. Mulutnya terkumat-kamit mengatakan sesuatu.
Tangan seseorang dibahunya menghentikan kelakuannya. Dia menoleh sekilas dan mendapati Celine dan Hana berada di sisinya.
"You jangan risau okay? Kami ada," Ujar Celine. Hana turut mengangguk kecil.
Dipeluk tubuh Celine dengan erat bagi melepaskan segala kepedihan yang dipendamnya. Terlalu lama Erisa tidak menyedarkan dirinya. Hampir dua minggu. Celine menepuk perlahan bahu gadis itu. Tubuh Alisa yang kian melorot memeranjatkan mereka berdua. Dipapah tubuh gadis itu ke kerusi yang berdekatan.
Bagai ditusuk sembilu yang lagi memeritkan tangkai jangtungnya, Alisa terkulai lemah di tepi dinding itu. Matanya tepat menikam pintu bilik Erisa ditempatkan. Air mata yang mengalir ke pipi dibiarkan sepi.
Sir Remy memberi isyarat supaya meninggalkan Alisa untuk sementara. Mereka mengerti akan isyarat itu. Hana menepuk perlahan bahu Alisa. Mungkin memberi sedikit semangat. Lalu langkah mereka semua dituju ke arah pintu keluar. Mereka memberi waktu kepada Alisa untuk menenangkan diri. Pintu itu dirapatkan dari luar.
Sir Remy memasukkan tangan kedalam poketnya. Direnung sekilas wajah-wajah dihadapannya.
"We should stop the machine already," Ujar Dr. Syami. Tangannya diletakkan ke belakang. Dia menunggu reaksi dari Sir Remy namun lelaki tua itu hanya merenungnya.
"Syami, bagi budak tu sikit masa lagi," Pintas Dr. Rozie lantas memaut sekilas lengan Dr. Syami. Mereka berdua hanya memandang antara satu sama lain.
"Apa maksud you nak stop machine? Machine apa lo? You cuba cerita sikit?" Celine turut serta dalam perbualan mereka. Rambutnya yang panjang diselak tepi. Rimas apabila anak rambutnya mengerbang ke pipi.
"Kita patut hentikan mesin bantuan pernafasan tu, dia tak boleh survive lama. Tak ada pergerakan langsung, dah macam mayat hidup," Bentak Dr. Syami. Tangannya mengelus kumis nipis di dagunya.
"No," Celah Sir Remy secara tiba-tiba sedari tadi dia hanya mendiamkan diri.
"Kita perlukan dia. She have skill dan dia mampu bantu plan kita, i can't let her die just like that," Sir Remy mengerutkan dahinya.
"Sir, mereka budak je. Apa yang mereka boleh buat?" Bentak Dr. Syami.
"Wait and see," Terlakar senyuman sinis di bibir Sir Remy.
•••
Anak matanya cuba difokuskan ke arah patung itu. Dengan sekali tarikan nafas, dia melepaskan tembakan dan pelurunya tepat mengenai sasaran.
Zain meletakkan senapang itu ke dalam raknya semula. Diambil sekotak peluru yang berada di atas meja dan disusun peluru-peluru itu sehingga kemas. Sampailah saat peluru yang terakhir, pintu bilik latihan itu dikuar dari luar.
"Kau sibuk ke?" Soal lelaki tersebut. Daripada suaranya, Zain sudah dapat mengenal pasti gerangan itu.
Digelengkan kepalanya sekali dan menyambung kerjanya semula. "Kau nak apa Daniel?"
"Aku ada hal nak bincang dengan kau sekejap,"
"Hmm?"
"Tentang King," Jari-jemari Zain terhenti tatkala mendengar nama itu. Ligat matanya tertancap di tubuh Daniel.
"Kenapa dengan dia," Zain menyimpan kotak peluru itu dan menumpukan sepenuh perhatian kepada manusia di hadapannya.
Daniel menutup pintu bilik, kemudian mengambil tempat disebuah bangku. Kakinya disilangkan. Dia menarik nafas panjang untuk memulakan cerita.
"King bagi tempoh, dalam masa satu bulan kalau Sir tak hantar apa yang dia nak, dia akan letupkan tempat ni," Jelas Daniel.
Zain meraut rambutnya ke belakang. Dibiarkan telapak tangannya hinggap ke tengkuknya yang terasa sengal seketika.
"Dan dia bukan nak satu, dia nak dua, sebagai ganti barang yang kita hantar waktu tu," Daniel bersandar di dinding dan melepaskan keluhan berat.
"Bukan salah kita perempuan tu lari," Zain berkata selamba. Anak mata Daniel pantas memerhati sekeliling.
"Hey careful, kita tak nak kawan dia tu tahu," Daniel memesan.
Zain tergelak sinis, dia menarik satu palang di sebelah rak lalu gantungan-gantungan baju menerpa dari pelusuk dinding yang tiba tiba terbuka luas. Diambil jaketnya yang masih baru, dan disarungkan ke tubuh.
"Kau dah buat, then kau tahu takut kalau dia orang tahu," Sindiran itu membuatkan Daniel bingkas bangun dari duduknya.
"Itu arahan abang aku, nak buat apa lagi. Dah memang biasa sebulan sekali kita kena hantar orang, kau asal bro?"
"Nothing," Zain merapikan rambutnya yang sedikit kusut dan keluar dari bilik itu.
•••
"Hey baby girl," Suara serak-serak basah Shah menerpa di ruang makmal itu. Alisa tiada daya mahu menjawab, dia hanya memandang Shah sekilas dan menunduk kembali.
"Sayang, janganlah macam ni hmm," Shah cuba memaut dagu gadis itu namun ditepis perlahan. Tangan gadis itu digenggam erat.
"She need to wake up," Alisa berbisik perlahan. Air matanya kembali berlinangan. Dia mengetap bibirnya bagi menahan esakan terlepas keluar dari mulutnya itu.
"Sokay, nanti dia sedarlah tu. Awak kena rehat, takkan nak duduk sini sampai bila-bila?"
"Hmm," Alisa menutup matanya dan menyandarkan tubuhnya di bahu Shah. Terlepas segala lelah di bahu lelaki itu.
Shah memandang sekilas ke arah Alisa yang kini melelapkan matanya. Kemudian, direnung pula ruang wad Erisa. Agak lama pandangannya terpaku di situ. Pandangan yang sukar ditafsirkan.
"Alisa," Pantas Shah menoleh ke belakang. Tercegat seorang gadis berbaju merah tersenyum ke arah mereka.
"Sir Remy nak jumpa dekat pejabat," Gadis itu tersenyum lagi dan menggamit Alisa ke sisinya.
Alisa hanya mengangguk lemah kemudian bangkit dari bangku yang didukinya dan beransur ke arah gadis itu.
"Alisa?" Shah memanggil, dia tersenyum kecil dan membuat bentuk love di jarinya.
"Jumpa awak esok ya sayang?" Sambung Shah sambil mengenyit mata. Namun Alisa cuma memerhati sahaja, riak wajahnya hanya membeku. Akhirnya, dia hanya mengangguk dan terus menapak keluar dari makmal itu bersama si gadis yang memanggilnya tadi.
"Alisa right?" Soal gadis itu. Alisa mengangguk.
"Hai, i'm Tya. Anyway sorry. Bukan Sir panggil sebenarnya," Usai Tya berkata. Alisa turut menghentikan langkahnya.
"Habistu?" Alisa memandangnya aneh.
Tya hanya tergelak kecil dan memaut tangan Alisa. Dia membawa Alisa ke ruang dapur. Sewaktu Tya berdehem kecil. Kelihatan seorang lelaki menerpa dari tempat persembunyiannya.
"Hai Alisa," Ujar lelaki itu tersengih lebar.
"Raihan," Alisa menggelengkan kepalanya. Serta-merta dia tergelak kecil.
"Ingatkan apa tadi,"
"Sorry, thanks eh Tya, nanti aku tunaikan hajat kau," Aju Raihan kepada Tya yang melambai dari jauh. Kini hanya tinggal mereka berdua di ruang dapur itu.
Raihan menggaru kepalanya. Buntu pula mahu melontar bicara.
"So, ada apa?" Ujar Alisa terlebih dahulu.
"Saya saja nak ajak awak berbual. Tengok awak muram aje dua tiga hari ni,"
Alisa menundukkan wajah. Terimbas kembali keadaan Erisa di makmal.
"Tapi tak apa, saya akan try buat awak gelak," Raihan berkata sambil mengangkat ibu jarinya. Gigi taringnya terserlah sewaktu dia tersengih lebar.
Tanpa membuang masa, Raihan membawa Alisa ke halaman hadapan. Mereka berhenti betul-betul di menara kawalan. Raihan mengambil sesuatu di balik sakunya dan mengeluarkan sejenis alat penghubung.
"Dina, abang nak naik ni," Ujar Raihan. Seketika kemudian pintu di hadapan mereka terbuka.
Raihan menggamit Alisa memasuki menara itu. Segera ditekan butang di tepi untuk menutup pintu.
"Seriusla ada lift?" Mata Alisa terkebil-kebil. Diperhati sekeliling ruang kecil itu. Dindingnya diperbuat dari kaca, maka terlihat jelas keadaan di sekitar halaman mereka. Setelah Raihan menekan butang di suatu sudut. Lift itu mula bergerak. Alisa terpegun seketika melihat kecanggihan kawasan menara itu.
'Ding'
Pintu terbuka.
"Hai abang Rai!" Jerit Dina dari jauh. Kerusi yang didukinya dipusingkan menghadap Raihan dan Alisa.
"Oh kak Alisa pun ada? Hai to you too!" Dina membuka headphonenya dan menyangkutnya di leher. Ruang di atas menara itu bersaiz sederhana. Dilengkapi dengan alatan elektronik dan kabel-kabel cctv. Dua tingkap yang disediakan, diletakkan dua senjata untuk bersedia sekiranya menghadapi sebarang serangan.
"Dina, selalu seorang je ke?" Tanya Alisa.
"Yes, kalau ramai-ramai nanti tak boleh buat kerja. Yelah, Dina kuat borak takut nanti leka,"
"Haha memang Dina ni, kalau duduk dengan dia, memang takkan habis celoteh dia," Ujar Raihan sambil tergelak.
"Eh abang ni, Zafril mana?" Dina menggamit mereka kearahnya.
"Zaf dengan umi, tak silap lah,"
"Oh, ha okaylah. Dina ada kerja sikit ni. Kau orang buatlah apa kau orang nak. Tengok sekeliling ke kan," Dina menyambung semula tugasnya yang tergendala. Skrin monitor dihadapannya dipandang lama sebelum mencatat sesuatu di atas kertas putih.
"Well, saya sebenarnya nak tunjuk awak something," Raihan menarik lengan gadis itu dan menapak ke arah tingkap yang bersaiz sederhana. Ditolaknya pintu kaca tersebut agar dapat melihat kawasan di luar. Serta-merta angin yang kencang menembus ke menara itu.
Rambut Alisa yang ditiup angin dipandang sejenak oleh Raihan. Lelaki itu tersenyum kecil.
"Cantiknya pemandangan.." Bisik Alisa tanpa sedar. Tangannya diletakkan di tepi tingkap. Sekilas kemudian baru dia sedar, ada sejenis senjata api di hadapannya.
"Apa..benda senapang ni..buat..sini" Alisa menyentuh senjata api itu. Raihan menggerakkan senjata itu ke kanan, kemudian dia merendahkan tubuhnya sedikit untuk melihat sasaran.
"This, is what we call Barret 50 cal. Ini kalau shoot, berkecai tau. And yang sebelah sana riffle biasa," Raihan menunjuk ke arah anak tingkap di seberang bilik.
"Okay no need to explain panjang-panjang sebab awak tak akan faham. Cukup awak tahu, senjata ni tahap kuasa dia tinggi, you see eh," Raihan menutup sebelah mata dan cuba memfokuskan ke arah dahan pokok yang agak besar.
Picu ditarik dan tembakan dilepaskan. Bergegar seketika ruang bilik itu. Alisa turut terkejut dengan bunyi tembakan yang nyaring menusuk ke telinganya. Denyutan di kepala diusap sekilas.
"Dasyatnya, sakit kepala otak dengar," Raihan tergelak kecil mendengar keluhan Alisa. Dia menarik tangan Alisa dan membetulkan kedudukan gadis itu.
"Awak try,"
"Eh taknaklah. Saya tak tahu,"
"Saya ajar," Alisa merenung Raihan lama. Kemudian dia mengeluh perlahan.
Dia hanya mendiamkan diri sewaktu Raihan memberi penerangan kepadanya. Acap kali jari-jemari Raihan bersentuhan dengannya, Alisa segera menarik semula jarinya. Bimbang jika Shah terlihat.
"Okay, boleh start. Ingat, make sure target dah tetap baru boleh shoot," Pesan Raihan.
Alisa hanya tersenyum dan cuba memegang tempat pemicu senjata itu. Matanya terkelip-kelip memerhati sasaran yang ditujukan. Sedang dia leka mengamati pemandangan tiba-tiba dia terlihat akan sesuatu bergerak-gerak di sebalik pokok-pokok hutan. Tanpa sedar, senapang itu telah dialihkan ke arah bayangan itu.
Tambahan lagi, tangannya tertekan pemicu senjata itu dan tidak semena-mena tembakan itu dilepaskan terhadap bayangan itu. Terpelanting sejenak bayang itu ke hadapan. Baru Alisa sedar, bayang itu sebenarnya,
'manusia'
"R—aihan?" Terketar-ketar suara Alisa memanggil lelaki itu. Raihan leka berbual dengan Dina sehingga tidak sedar akan kejadian itu.
"Raihan!" Jeritan Alisa yang sedikit kuat pantas membuatkan Raihan menoleh ke arahnya.
"Yes?"
"Saya rasa—uh i just..kill somebody.." Bisik Alisa.
"Sorry, apa dia?" Raihan ingin memaut lengan gadis itu namun gegaran di poketnya mematikan segera niatnya itu. Raihan mengeluarkan alat penghubungnya lantas menjawab panggilan.
"Yes, anything?"
"Kau dekat mana?"
"Aku dekat menara,"
"Kau guna Barret ke Rai,"
"Haah, dua das je," Raihan mula cuak.
"Kau tahu tak apa jadi?" Ujar pemanggil tersebut.
Alisa mengundur dirinya ke belakang.
"One of our team has died because of the bullet, you supposed to be careful Rai!" Jerit pemanngil itu.
Mulut Raihan terbuka ingin melontarkan balasan namun ianya tertutup semula. Alisa di hadapannya ditenung lama. Terus dia mematikan panggilan itu.
"Bang, Sir Remy panggil dekat pejabat, ada apa-apa yang jadi k—" Belum sempat Dina menghabiskan bicaranya, Alisa meluru keluar ke pintu lift. Ditekannya butang itu sepantas kilat.
"Alisa!" Jerit Raihan seraya menahan pintu itu dari tertutup. "Okay dengar sini, saya tak tahu apa jadi tapi sa—"
"No, it's my fault..saya..bunuh dia..It's uh..Sorry..sorry..I—" Alisa menekup mulutnya yang menggeletar.
"Hey shh it's okay Alisa. Awak tak sengaja," Raihan memasuki lift itu dan pintu seraya tertutup rapat.
"Saya nampak dia, saya ter—"
"Alisa, cuba tenang. Ini mungkin takdir dia," Raihan cuba memujuk. Namun Alisa enggan mendengari alasannya.
Pintu terbuka, menunjukkan kawasan halaman yang agak kalut dengan ahli kediaman itu.
"Panggil Dr.Rozie!"
"There's no point! She's dead!"
"Angkat badan dia,"
"Apa jadi?"
"Sir ada bagitahu apa?"
"Guard mana oi! Buka ni buka!"
Alisa turut cemas. Melihat mereka yang kehulu-kehilir di halaman itu membuatkan kakinya menggigil.
Alisa mengekori Raihan yang menapak ke hadapan pagar, disusulinya mereka-mereka yang kelam-kabut ingin melihat keadaan di kawasan hutan itu.
Jejak sahaja kaki Alisa di tanah hutan itu, darah pekat merah menangkap ekor matanya. Tubuh badan yang berkecai di serata tempat hanya dipandang sekilas. Alisa membalikkan tubuhnya untuk mengurut lehernya. Tekaknya berasa mual. Sungguh dasyat penangan tembakan itu.
Raihan merentap tangan seorang lelaki, "Siapa?"
"Hana, team 09" Dan genggaman itu turut terlepas.
Alisa terpaku. Jadi mayat yang hancur di hadapannya itu adalah mayat Hana?
"No.." Alisa menekup mulutnya menahan esakan yang perit di rongga tekaknya.
"Hey, dia pembunuhnya!" Seorang gadis menunjuk ke arah Alisa. Terkejut gadis itu seketika.
"Right, aku dapat berita dia yang guna Barret,"
"Such a killer,"
"Kita patut bunuh dia sekali,"
"YEAH!" Sorakan dan hinaan ditujukan kepada Alisa. Terundur gadis itu perlahan-lahan. Dan dia membuka langkah untuk lari.
Bersedia untuk lari dari kediaman itu. Tapi dia teringat akan keadaan Erisa. Maka diteruskan niat untuk lari.
Bukan ke luar, namun masuk semula ke perangkap neraka itu.
Lariannya begitu pantas sehingga tangan yang cuba menariknya ditepis kasar. Alisa memasuki kediaman Army, langkahnya pantas menaiki tangga. Dengan air mata yang berjujuran ke pipi, Alisa membuka kasar pintunya kemudian menutup pintu itu semula sekuat hati.
Nafasnya tidak tentu hala. Matanya tertancap pada tombol pintu. Rambutnya yang dibasahi peluh berselirat di wajahnya. Alisa terduduk di lantai.
Mulutnya menggeletar tanpa henti. Air matanya deras mengalir bak air hujan yang tiada putusnya.
"Sorry.." Alisa menangis hiba. Dirinya terlalu letih.
Dan dia mula hilang arah tujuan.
Tanpa sahabat.
Tanpa cinta.
Tanpa Erisa.
Dia beku.
•••
END OF CHAPTER 18
"Thank you for reading. Do vote or comment"
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro